KENYATAAN AKHBAR TUN ABDUL HAMID MOHAMAD

KENYATAAN AKHBAR TUN ABDUL HAMID MOHAMAD

(MANTAN KETUA HAKIM NEGARA)

 

Saya merujuk kepada poster iklan yang disiarkan oleh pihak-pihak tertentu yang kononnya menyatakan bahawa saya akan menghadiri sebagai seorang speaker di Dialog Pulangkan Najib pada 12 November 2023 di Dataran Bukit Tariq, Klebang Permai Melaka mulai jam 8.30 malam.

Saya nafikan poster iklan itu sekeras-kerasnya. Ia adalah satu pembohongan yang tidak bertanggungjawab. Saya tidak tahu menahu mengenai dialog itu; saya tidak pernah bersetuju untuk hadir sebagai seorang speaker atau dalam apa kapasiti sekalipun.

Saya menuntut pihah-pihak berkenaan menarik balik poster iklan itu dan meminta maaf kepada saya.

 

Tun Abdul Hamid Mohamad

12 November 2023

6 visits