UCAPAN DI MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA MAHKAMAH KUALA LUMPUR

UCAPAN DI MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA MAHKAMAH KUALA LUMPUR
13 Oktober 2008
Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad
Ketua Hakim Negara

 

Bersempena dengan Hari Raya Aidil Fitri, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan memohon Maaf Zahir Batin.

Terima kasih kerana menjemput saya dan Toh Puan ke Majlis ini. Saya mohon maaf kerana Toh Puan tidak dapat hadir.

Saya telah ditunjukkan TI Global Corruption Report 2007. Walaupun kedudukan Malaysia adalah di tangga 44 daripada 62 negara yang dibuat kajian, tetapi kedudukan Badan Kehakiman Malaysia adalah di tangga kesembilan terbaik. Lapan Negara yang teratas ialah Denmark, Singapura, Sweden, Finland, Norway, Germany, Switzerland dan Luxembourg.

Saya berterima kasih kepada semua warga Mahkamah di atas sumbangan mereka yang membolehkan kita berada di kedudukan yang baik itu.

Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga Mahkamah di atas kerjasama yang telah diberikan kepada saya sepanjang kerjaya saya. Saya ucapkan selamat maju jaya dalam kerjaya masing-masing. Semoga Allah s.w.t. merahmati tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Terima kasih.

90 visits