UCAPAN DI MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN JALSOA 2012

UCAPAN DI MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN JALSOA 2012
Cyberview Lodge Resort & Spa
22 Jun 2012
Oleh
Tun Abdul Hamid Mohamad
(Mantan Ketua Hakim Negara)


 

Saya memohon untuk naik ke pentas atas dua sebab. Pertama, saya ingin menyampaikan sendiri dengan suara saya sendiri ucapan ribuan terima kasih saya kepada ahl-ahli JALSOA yang telah sudi bersama-sama bersolat hajat, membaca Ya-sin dan mendoakan saya semasa saya sakit dahulu. Terima kasih.

Kedua, saya ingin menyampaikan harapan saya kepada semua ahli-ahli JALSOA supaya mempertahankan Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan. Ia adalah sesuatu yang unik dan amat baik dan ia perlu dikekalkan. Ia memberi pengalaman yang menyeluruh yang amat berguna kepada seseorang pegawai apabila dia dilantik menjadi Pesuruhjaya Kehakiman atau Hakim kemudiannya.

Harapan saya juga ialah bahawa pegawai-pegawai akan diberi peluang untuk berkhidmat di kedua-dua bahagian, ia itu di Mahkamah dan di Jabatan Peguam Negara. Saya sedar bahawa “specialization” adalah perlu, tetapi janganlah kerana seorang pegawai itu bagus dalam sesuatu bahagian sehingga dia tidak boleh dilepaskan untuk ditukar ke bahagian atau jabatan lain, apatah lagi untuk dilantik menjadi Pesuruhjaya Kehakiman atau Hakim. Negara memerlukan pegawai-pegawai yang berkalibar untuk menjadi Hakim. Pegawai-pegawai juga tidak sepatutnya “didenda” (penalised) kerana dia bagus. Itu tidak adil.

Akhir sekali, sudilah layari laman wab saya: tunabdulhamid.my. Ianya PERCUMA.

Sekian. Terima kasih.

177 visits