EPILOG KEPADA “PELANTIKAN MENTERI BESAR: BUDI BICARA BUKAN SESUKA HATI”

EPILOG KEPADA “PELANTIKAN MENTERI BESAR: BUDI BICARA BUKAN SESUKA HATI”

 

Semalam (17 03 2022), saya telah menyiarkan rencana berkenaan. Hari ini, saya menerima satu petikan daripada rencana Tunku Abdul Rahman dalam kolumnya bertajuk “As I See It” dalam akhbar The Star yang dihantar (forward) oleh seorang veteran UMNO dari Pulau Pinang. Ia sangat tepat dengan isu yang sedang dibincangkan. Saya akan menterjemahkannya ke Bahasa Melayu dan meletakkan petikan asalnya sebagai nota akhir (end note) untuk faedah pembaca:

 “Justeru, raja tidak boleh memecat Menteri Besar yang hanya boleh disingkirkan daripada jawatannya dengan undi majoriti ahli dewan. Atas alasan yang sama, seorang raja tidak boleh menolak untuk menerima Menteri Besar yang dicadangkan oleh rakyat.

 Apa yang akan berlaku jika baginda berbuat demikian dan majlis perundangan negeri menghantar semula orang yang sama sebagai Menteri Besar? Baginda hanya boleh memberi persetujuan tetapi tidak berhak memilih Menteri Besar mengikut kehendak hatinya sendiri.

 Ini kerana Menteri Besar adalah orang rakyat dan sekiranya raja diberi hak untuk memilihnya, Menteri Besar akan menjadi orang raja dan tunduk kepada kehendaknya. Ini akan menjadikan demokrasi tunggang terbalik.[i]

 Ertinya, kuasa Sultan adalah terhad dan peranan mereka dalam badan perundangan setiap negeri adalah kecil atau simbolik.”[ii]

 Tidak ada apa yang perlu ditambah lagi.

Tun Abdul Hamid Mohamad

18 03 2022

 

i]  Perkataan “menjadikan demokrasi terbalik” digantikan dengan “menjadikan demokrasi tunggang terbalik” pada 19 03 2022.

ii] “The ruler, therefore, cannot sack the Menteri Besar who can only be ousted from office by the majority vote of members of the assembly. By the same token, a ruler cannot refuse to accept a Menteri Besar proposed by the people.

What would happen if he does and the legislative council of the state sends in the same man again as Menteri Besar? He can only give assent but has no right to choose a Menteri Besar after his own heart.

This is so because the Menteri Besar is the man of the people and if the ruler is given the right to choose him, the Menteri Besar would be the ruler’s man and subservient to his will. This will turn democracy upside down.

 In that sense, the powers of the Sultan are limited and their role in the legislature of each state is infinitesimal or symbolic.”

 

 

45 visits