JAWAPAN KEPADA SEMUA PENGKRITIK SAYA

JAWAPAN KEPADA SEMUA PENGKRITIK SAYA

Oleh

Tun Abdul Hamid Mohamad

 

Apabila saya memulakan laman web saya, atas cadangan dan bantuan seorang kawan, niat saya adalah untuk memuatkan ucapan dan kertas kerja saya yang disampaikan atau ditulis semasa saya berkhidmat sebagai hakim supaya orang lain dapat membacanya. Kesemuanya adalah mengenai undang-undang.

Dalam tempoh beberapa tahun pertama persaraan saya, akibat penglibatan saya dalam bidang tersebut, saya mula menulis dan bercakap mengenai aspek undang-undang perbankan dan kewangan Islam. Selain itu, saya sering mendapat jemputan untuk berucap mengenai subjek seperti integriti, rasuah dan lain-lain.

Semuanya dimuat naik di laman web saya. Bilangan pelawat terus meningkat, di luar jangkaan saya. Saya kerap menerima e-mel daripada pembaca, tetapi tidak ada yang mengkritik.

Pada awal Mac 2014, saya dijemput oleh sekumpulan NGO Melayu / Islam yang diketuai oleh Dato’ Ibrahim Ali, yang menentang pemansuhan Akta Hasutan 1948 dan kelulusan apa yang dikenali sebagai Bil Harmoni, untuk mengetuai sebuah jawatankuasa bagi menyediakan memorandum untuk dikemukakan kepada Dato’ Seri Najib, Perdana Menteri BN pada masa itu.

Saya berbahas sendirian sama ada hendak menerimanya atau tidak, kerana apabila saya dilihat duduk disamping Dato’ Ibrahim Ali, Presiden Perkasa itu pun sudah cukup untuk menarik kritikan daripada kumpulan bukan Melayu yang memperjuangkan pemansuhan Akta Hasutan dan menjadikan bil Harmony sebagai undang-undang.

Saya memutuskan untuk menerimany atas syarat saya, yang saya nyatakan di mesyuarat pertama pada 14 Mac 2014, iaitu:

1. Tugas saya hanya untuk membantu jawatankuasa itu mengenai aspek undang-undang dan perlembagaan dalam merangka memorandum. Saya mungkin atau tidak bersetuju dengan beberapa bahagian memorandum tersebut. Isi kandungannya akan diputuskan oleh konvensyen NGO-NGO yang akan diadakan.

2. NGO-NGO tersebut tidak boleh melanggar undang-undang dalam tindakan mereka. Selain itu, tindakan mereka mestilah tidak bertentangan dengan akhlaq umat Islam dan adab orang Melayu.

Walaupun kedudukan saya hanya sebagai penasihat, bukan seorang aktivis, saya tahu bahawa saya akan dituduh terlibat dalam politik, lebih-lebih lagi dengan kumpulan “ultra-ekstremis Melayu” oleh kumpulan bertentangan. Sebaliknya, Majlis Peguam yang secara terbuka bukan sahaja memperjuangkan pemansuhan Akta Hasutan, malah menggubal rang undang-undang Harmony tidak dilihat sebagai terlibat dalam aktiviti “politik”, atau adakah ia dikecualikan?

Bagaimanapun, saya berhujah bahawa saya telah bersara, memetik Dr Zhivago,”I am the people too´ (“Saya juga rakyat”) dan, setelah pemecatannya, Tun Salleh Abas, bertanding dalam pilihan raya, mula-mula sebagai calon PKR, kemudian sebagai calon PAS dan menjadi Ahli Exco di Terengganu, tiada siapa berkata apa-apa. Saya tidak menyertai mana-mana parti politik atau bertanding dalam pilihan raya sebagai calon mana-mana parti, mengapa patut menjadi suatu isu?

Tetapi, seperti dijangka, saya ditanya oleh seorang wartawan (Cina) sama ada wajar bagi saya, bekas KHN untuk terlibat dalam penggubalan memorandum itu. Kita dapat lihat berapa cepatnya mereka mencari kesalahan kita apabila apa yang kita lakukan mungkin mengancam kepentingan mereka.

Pada 22 April 2014, saya menulis rencana “Perpecahan Melayu Punca Tuntutan Melampau Bukan Melayu” dari Bilik Cempaka, Hospital Kuala Lumpur. Itu adalah rencana politik pertama saya tetapi kedudukan saya adalah jelas: saya hanya mempertahankan hak-hak orang Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak serta kedudukan Islam seperti yang telah dipersetujui oleh kesemua kaum dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan yang sedang dicabar, terutama sekali oleh orang Cina yang telah berkumpul di belakang DAP untuk mencapai matlamat mereka. Rencana itu diterbitkan oleh Utusan Malaysia dan telah tular di kalangan orang Melayu. Saya menerima banyak mesej tahniah menerusi e-mel saya.

Momentum bantahan terhadap pemansuhan Akta Hasutan dan kelulusan bil Harmony sebagai undang-undang semakin kuat. Saya telah dilihat sebagai penentang kuat usaha untuk memansuhkan Akta Hasutan dan kelulusan bil Harmony itu.

Pada 29 Jun 2014 saya menulis rencana “Pembangkang, Majlis Peguam dan Comango “Merampas” MPKN (NUCC)”. Rencana itu diterbitkan oleh Utusan Malaysia pada 2 Julai 2014 di bawah tajuk “Saya tidak mahu jadi pengkhianat”.

Ketika menulis rencana itu, saya terkeliru antara Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) atau dalam bahasa Inggerisnya NUCC dengan Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian di Antara Penganut Agama (JKMPKA) yang juga berada di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN). Saya telah ditawarkan pengerusi JKMPKA yang saya tolak. Walau bagaimanapun, dalam rencana itu, saya tersilap menaip “MKPN” yang sepatutny “JKMPKA”.

Saya tidak dapat mencari rencana yang disiarkan oleh Malaysiakini sekarang kecuali satu baris “1 Julai 2014 – – ‘To helm unity panel will make me Malay traitor’. (‘Untuk memimpin panel perpaduan akan menjadikan saya pengkhianat Melayu’.” Saya percaya itu adalah rencana berita berdasarkan rencana saya pada 29 Julai 2014.

Pada 2 Julai 2014 Malaysiakini menerbitkan 16 ulasan terpilih daripada para pelanggannya di bawah judul “Yousay” diikuti dengan “Shocking that Abdul Hamid was chief justice”. (“Mengejutkan bahawa Abdul Hamid adalah ketua hakim negara”). Sama seperti tajuknya, semua mereka mengutuk saya dengan kasar dan mempersoalkan bagaimana seorang “bigot” (pelampau) seperti saya boleh menjadi hakim dan ketua hakim negara.

Untuk menjimatkan ruang, saya hanya memetik bahagian dari apa yang mereka katakan:

“closet bigot”
(pelampau (?))
“a fraud”
(seorang penipu)

“We can only lament such a defective mind could have led the judiciary.”
(Kita hanya boleh bayangkan fikran yang cacat seperti itu boleh mengetuai kehakiman.)

“cock-eyed judges like Abdul Hamid.”
(hakim bodoh seperti Abdul Hamid)

“Abdul Hamid is a traitor to the constitution and the rule of law”
(Abdul Hamid adalah pengkhianat perlembagaan dan keluhuran undang-undang)

“the man is a disgrace to the bench and the law.”
(dia mengaibkan mahkamah dan undang-undang)

“……bigots like Abdul Hamid around spouting their ridiculous ideas,”
(pelampau seperti Abdul Hamid meluahkan ideanya yang tak masuk akal)

Pada keesokan harinya, pada 3 Julai 2014, Malaysiakini sekali lagi menerbitkan pilihan 17 komen oleh para pelanggannya di bawah tajuk “Goodness gracious, and he was chief justice?” Komen mereka sama. Mereka menyerang saya secara peribadi.

Menyedari kesilapan saya itu, pada 8 Julai 2014, saya mengeluarkan pembetulan dan meminta maaf kerana kesilapan itu. Pembetulan itu adalah sekadar yang berkaitan dengan kekeliruan itu. Isi rencana itu adalah sama.

Walau bagaimanapun, pada keesokan harinya, 9 Julai 2019, Hornbill Unleash, mungkin bergantung kepada rencana asal oleh “Malaysian Insider,” melaporkan di bawah tajuk “Ex-chief justice was not truthful, he was not offered a place on unity council, says source”:

“Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad (gambar) tidak bercakap benar apabila beliau berkata beliau menolak tawaran untuk menyertai Majlis Perundingan Perpaduan Negara kerana takut menjadi “pengkhianat” kepada orang Melayu dan Islam, kata sumber yang sudah biasa dengan isu ini.

“Sebenarnya, Abdul Hamid tidak pernah ditawarkan kedudukan dalam panel NUCC,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.

“Beliau sebaliknya ditawarkan pengerusi Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian di Antara Penganut Agama (JKMPKA) di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi.”

Saya percaya “sumber” itu adalah salah seorang pegawai di jabatan itu. Apakah motifnya membocorkan maklumat kepada Malaysian Insider untuk melaporkannya, jika tidak untuk memburukkan saya kerana, pada masa itu, kedudukan NUCC pun sudah goyah?

Sebenarnya, saya bertanya sama ada jabatan berkenan boleh menyediakan kereta untuk membawa saya dari rumah saya untuk menghadiri mesyuarat dan menghantar saya kembali selepas mesyuarat kerana, disebabkan oleh keadaan kesihatan saya, saya tidak dapat memandu lagi dan saya tidak mempunyai seorang pemandu! Saya bukan meminta sebuah kereta dengan seorang pemandu. Lihatlah bagaimana ia diputarbelitkan.

Ya, saya bertanya mengenai elaun mesyuarat bukan hanya untuk diri saya tetapi untuk semua ahli jawatankuasa. Menteri dan jabatan itu mempunyai pegawai sepenuh masa yang dibayar gaji sepenuhnya untuk melakukan kerja jabatan. Sekarang mereka mahu kami membuat kerja itu untuk mereka. Mereka tidak boleh mengharapkan kami melakukannya secara percuma untuk mereka dan, akhirnya, mereka yang mendapat nama. Saya menyebut jumlah Kementerian Kewangan dan Bank Negara membayar kepada saya untuk mempengerusikan jawatankuasa mereka untuk maklumat mereka. Mengapa bocorkan maklumat itu jika tidak untuk memburukkan integriti saya?

Rencana itu 1,077 perkataan panjangnya. Saya membincang beberapa isu, memberikan hujah saya untuk menyokong pandangan saya. (Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas tentang isu ini, saya minta pembaca supaya membaca rencana tersebut dan juga rencana-rencana dan ucapan-ucapan saya yang lainnya tentang isu ini, di laman web saya.) Tiada siapa yang menulis rencana yang serupa memberikan hujah balas untuk menyokong pandangannya. Sebaliknya, mereka mencaci saya dengan kata-kata yang amat kasar dan tidak beradab; menumpukan kepada kesilapan saya dalam menaip singkatan “MKPN” yang sepatutnya “JKMPKA” dan cuba membuat saya kelihatan tamakkan wang.

Ia menunjukkan bahawa tiada seorang pun di antara mereka yang membaca rencana saya, dalam Bahasa Melayu. Saya yakin mereka hanya bergantung kepada rencana berita dalam bahasa Inggeris yang ditulis oleh seseorang yang biasanya mengikuti apa yang saya tulis dan diterbitkan oleh salah satu media internet yang menerbitkan rencana berita serupa tentang saya.

Mengapa mereka tiba-tiba begitu marah dengan saya? Sebenarnya, pada masa itu, mereka sudah dapat merasakan kekuatan penentangan kami dan pengaruh rencana dan ucapan saya. Saya mesti dimalukan (discredited) dan dibungkam dengan apa cara juga pun. Ini adalah peluang terbaik bagi mereka melakukannya.

Ucapan saya di majlis iftar yang dianjurkan oleh Perkasa pada 21 Julai 2014 memburukkan lagi kritikan mereka terhadap saya. Tajuknya ialah “Mempertahankan Perlembagaan Sebagai Asas Perpaduan Negara.”

Saya memulakan ucapan saya seperti berikut:

“Semenanjung Tanah Melayu tetah dijajah daripada orang Melayu. Yang menentangnya, baik Dato Bahaman, Dato’ Sagor, Dato Maharaja Lela, Dol Said atau Tok Janggut, adalah orang Melayu. Yang menentang Malayan Union adalah orang Melayu. Yang berkorban nyawa menentang pengganas Kominis semasa darurat adalah orang Melayu. Yang menuntut kemerdekaan adalah orang Melayu. Orang bukan Melayu menyertai gerakan menuntut kemerdekaan apabila mereka melihat ianya akan menjadi kenyataan untuk menjaga kepentingan mereka. Pada masa itu pun tujuan mereka sudah berlainan.

Lojiknya, Semenanjung Tanah Melayu yang dijajah daripada orang Melayu hendaklah dipulangkan kepada orang Melayu. Tetapi tidak, orang Melayu diminta berkongsi kuasa yang akan diserah balik oleh penjajah British. Pada masa itu pun orang Melayu telah diminta mengorbankan hak mereka “untuk menjaga perpaduan”. Orang Melayu bersetuju, sehinggakan dalam PIlihan Raya Umum (PRU) 1955, untuk memberi lebih banyak representasi kepada orang bukan Melayu, kawasan-kawasan majoriti Melayu di berikan kepada calun-calun bukan Melayu untuk bertanding. Keadaan ini berterusan demi untuk memastikan kemenangan pemimpin-pemimpin utama bukan Melayu, sehinggalah PRU 12 apabila kemenangan UMNO sendiri dalam kawasan majority Melayu sudah tidak terjamin.”

Kemudian, saya memetic buku Professor Shad Saleem Farouqi “Document of Destiny: The Constitution of the Federation of Malaysia” di mana beliau berkata:

“Akibat “kontrak sosial” antara pelbagai kaum, berjuta-juta pendatang ke British Malaya telah diberikan kewarganegaraan oleh Perlembagaan Merdeka. Adalah dipercayai bahawa bilangan warganegara di Malaya meningkat dua kali ganda pada pertengahan tengah malam pada 31 Ogos 1957 disebabkan oleh pemberian perlembagaan.”

Kemudian, saya berkata:

“Rata-rata orang bukan Islam di Malaysia tidak senang dengan kedudukann agama Islam sebagai agama Perekutuan. Mereka mahu agama-agama mereka juga diberi kedudukan yang sama. Mengikut mantan Mufti Pulau Pinang, di Pulau Pinang telah berlaku satu peristiwa di mana di perasmian sebuah bangunan oleh Timbalan Ketua Menteri, do’a dibacakan oleh seorang Padri Kristian, seorang Sami Hindu dan Imam Masjid Negeri. Saya amat hairan mengapa Imam Besar pun turut menyertainya.”

Saya juga berkata, mengikut bekas Mufti itu sekarang semakin sukar bagi Majlis Agama Islam Negeri mendapat peruntukan kerana persatuan-persatuan agama-agama lain juga menuntutnya.

Pada 23 Julai 2014, Malaysia Today melaporkan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang, menyerang saya dan memanggil saya “a racist, an extremist and a liar” (“seorang rasis, seorang pelampau dan seorang pembohong”.)

Pertama sekali, adakah beliau membaca keseluruhan ucapan saya sebelum menyerang saya? Sekarang, marilah kita lihat kemarahannya secara rasional. Saya telah menyatakan satu fakta berdasarkan apa yang diberitahu kepada saya oleh seorang yang yang saya percaya adalah benar. Sekiranya fakta itu salah, saya bukan berbohong. Saya membuat kesilapan fakta. Apa yang perlu dilakukan oleh Lim Guan Eng adalah untuk mengatakan bahawa apa yang saya katakan itu adalah salah dan memberikan fakta yang betul. Saya akan menerima kenyataannya dan memohon maaf sama seperti yang saya lakukan berkaitan dengan Tun Dr. Mahathir empat tahun kemudian. Adalah amat mendukacitakan, seorang Ketua Menteri tidak tahu perbezaan antara berbohong dan membuat kesilapan fakta.

Memanggil saya “rasis” dan “pelampau” tidak membuktikan sama ada apa yang saya katakan adalah betul atau salah. Ia hanya menunjukkan tahap hujahnya.

Oleh sebab itu adalah kritikannya terhadap saya yang pertama dan terakhir yang saya tahu, walaupun ketika beliau menjadi Menteri Kewangan, sebanyak dua kali, saya mempersoalkan penggunaan Bahasa Mandarin sahaja olehnya dalam perkara-perkara rasmi, saya tidak akan berkata apa-apa lagi mengenainya.

Perkataan “rasis” yang dikatakan oleh Lim Guan Eng terhadap saya itu seolah-olah telah mengejutkan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Dato’ Sri Gopal Sri Ram dari tidurnya selama 30 tahun.

Pada hari berikutnya, 24 Julai 2014, The Malaysian Insider melaporkan “Hamid revealed racial prejudice in a High Court judgment, says retired judge” (“Hamid mendedahkan prasangka kaum dalam penghakiman Mahkamah Tinggi, kata hakim bersara”.)

Laporan itu meneruskan:

“Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata beliau telah bersidang di Mahkamah Rayuan pada tahun 1996 yang menyaksikan keputusan Hamid dalam kes sivil yang menunjukkan prasangkanya.

Dalam kes itu, bank telah menuntut terhadap dua orang rakan kongsi perniagaan, seorang Melayu dan seorang India, yang telah menjamin satu pinjaman. Kedua-dua defendan bergantung pada pembelaan bahawa tandatangan mereka dipalsukan oleh pihak ketiga.

Sri Ram memberitahu The Malaysian Insider bahawa Hamid, yang telah menulis penghakiman dalam Bahasa Malaysia, menerima pembelaan oleh defendan Melayu kerana “sebagai seorang Muslim dia tidak akan berbohong”.

“Namun, beliau tidak menerima pembelaan defendan India itu. Bank dan defendan India itu merayu kepada Mahkamah Rayuan.”

Saya tidak ingat kes tersebut, jika ada, hampir tiga puluh tahun yang lalu, mengikut tarikh yang diberikan oleh Gopal Sri Ram, jika betul. Tunjukkan kepada saya penghakiman itu dan apa yang saya katakan, dalam bahasa Melayu. Hanya selepas itu baru saya akan dapat mejawabnya. Buat masa ini, atas anggapan apa yang dikatanya itu benar, saya hanya akan berkata seperti berikut:

Pertama, jangan cuba menggambarkan bahawa saya menulis penghakiman itu dalam bahasa Kebangsaan kerana saya rasis dan saya mempunyai sesuatu yang hendak disembunyikan. Pada masa itu, terdapat arahan Ketua Hakim Negara yang menghendaki hakim-hakim menulis penghakiman mereka dalam bahasa Kebangsaan dan bagi mereka yang tidak mahir bahasa Kebangsaan, sekurang-kurangnya satu sebulan. Saya tidak tahu sama ada Gopal Sri Ram mematuhi arahan itu.

Kedua, pernahkah beliau membaca dan memahami penghakiman yang ditulis dalam bahasa Kebangsaan?

Ketiga, saya menjadi hakim selama 18 tahun, menulis beratus-ratus penghakiman dan memutuskan beribu-ribu kes, tetapi beliau hanya dapat menyebut satu kes, samar-samar, 30 tahun kemudian, untuk menyokong tuduhan bahawa saya “rasias”. Adakah beliau tidak menemui kes-kes lain? Tunjukkan kepada saya satu aduan rasmi oleh mana-mana peguam atau Majlis Peguam atau sesiapa sahaja terhadap saya, mengenai apa saja, sepanjang tempoh saya menjadi hakim.

Keempat, beliau adalah ahli panel Mahkamah Rayuan yang mendengar rayuan itu. Mengapa Mahkamah Rayuan (atau beliau sendiri) tidak menulis suatu penghakiman yang mengatakan bahawa saya salah memberikan alasan seperti itu untuk menerima satu keterangan afidavit. Adalah kewajipan Mahkamah Rayuan untuk membetulkan kesilapan Mahkamah Tinggi. Saya, seorang hakim yang junior pada masa itu, akan mengetahui kesilapan saya, tiga abad lebih awal. Hakim-hakim lain juga akan mendapat manfaat daripadanya. Atau, mengapa beliau atau mana-mana ahli panel Mahkamah Rayuan itu tidak menelifon memberitahu saya bahawa saya salah. Saya akan berterima kasih kepada mereka kerana itu.

Gopal Sri Ram sendiri pergi ke Pulau Pinang untuk persidangan Mahkamah Rayuan. Malah, hakim-hakim itu menggunakan bilik saya dan bilik mahkamah saya ketika mereka berada di sana. Mengapa beliau tidak memberitahu saya berkenaan kesilapan saya itu? Sebaliknya, beliau memberitahu saya untuk tidak menulis penghakiman dalam bahasa ebangsaan “kerana orang tidak akan membacanya”.

Tambahan pula, apabila saya dipindahkan ke Kuala Lumpur pada tahun 1999, Ketua Hakim Negara, Tun Eusoff Chin memberitahu saya bahawa Gopal Sri Ram telah mengadu (complain) kepadanya bahawa saya tidak sopan kepadanya (kepada Tun Eusoff!) semasa saya di Pulau Pinang kerana saya duduk kaki atas kaki di hadapan Ketua Hakim Negara itu! Memandangkan semua itu, apakah motifnya membangkitkan isu ini hampir tiga abad kemudian? Adakah untuk mengajar seorang hakim junior atau memburukkan namanya selepas beliau bersara, atas alasan yang beliau (Gopal Sri Ran) sendiri lebih mengetahuinya? Adakah ia dilakukan dengan niat baik?

Pada 30 Julai 2014, Hornbill Unleash menyiarkan rencana “Muslim Cannot Tell Lies” (Orang Islam tidak boleh berbohong) yang ditulis oleh Ravinder Singh. Adalah jelas bahawa beliau menceduk apa yang dikatakan oleh Gopal Sri Ram enam hari sebelumnya dan “menghentam” saya. Tetapi, apa yang menarik ialah beliau menumpukan bahagian kedua rencana itu untuk mengkritik Tun Dr Mahathir kerana tidak bercakap benar. Saya percaya beliau juga adalah seorang peguam kerana beliau bercakap berkenaan “hearsay evidence”, walaupun di luar konteks tetapi nampaknya beliau tidak mengetahui makna perkataan “relevance”. Perhatikan bahawa pada masa itu Pakatan Harapan belum ditubuh!

Pada hari berikutnya, 31 Julai 2014, ada seorang menulis dalam ruangan “Just my thoughts” (saya tidak tahu dalam blog mana), di bawah tajuk ““Not in Defence of Tun Hamid”. (“Bukan hendak membela Tun Hamid”). Walaupun beliau berkata beliau bukan bertujuan membela saya, daripada isi kandungan tulisannya, beliau sebenarnya membela saya. Beliau juga memetik seorang lain yang menafikan kritikan terhadap saya satu demi satu selain daripada memetik Perkasa. Untuk mengelakkan rencana ini menjadi terlalu panjang, saya akan tinggalkan petikan-petikannya itu:

“Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad telah menyampaikan satu ucapan yang penuh dengan fakta yang sangat baik baru-baru ini yang mesti dibaca sepenuhnya oleh semua ahli politik Melayu / Bumiputra khususnya dan rakyat Malaysia amnya:

PEMANSUHAN PROKLAMASI DAN ORDINAN DARURAT, ISA DAN AKTA HASUTAN DAN PENGGANTIANNYA

Malangnya, ucapan Tun Abdul Hamid telah benar-benar diputarbelit oleh penyokong-penyokong yang sangat pro-DAP / Pakatan (dan) The Malaysian Insider yang cuba menyangkal ucapan yang disediakan oleh Tun Abdul Hamid dengan sangat baik itu, dengan retorik biasa mereka yang tidak mempunyai sebarang fakta:

Bahaya bekas hakim menjadikan pendapat sebagai fakta

Selepas membaca TMI, saya mendapati mereka bukan sahaja cuba menghentam Tun Abdul Hamid tetapi mereka juga cuba menghentam UMNO, Perkasa dan ISMA, mereka juga cuba menghentam badan kehakiman. Sekiranya TMI menginginkan tindak balas negatif mereka, mendapat apa yang mereka mahu dari suspek biasa seperti Ambigas, DAP Lims dan juga bekas Hakim Mahkamah Rayuan (sic) yang telah bersara.

Sebenarnya terdapat banyak ilmu yang bermanfaat untuk dikutip yang boleh didapati dalam ucapan Tun Abdul Hamid …. mengenai ISA, NUCC, Akta Hasutan draf Rang Undang-undang Harmoni dan lain-lain dia adalah Ketua Hakim Negara pada satu masa, pandangannya terhadap urusan semasa sangat berharga.
……….

Bagi orang-orang Malaysia yang mengulas secara negatif terhadap ucapan Tun Abdul Hamid, saya bertanya kepada mereka, adakah kamu baca atau tidak membaca ucapan beliau sepenuhnya atau adakah kamu hanya membaca tajuk utama TMI dan mula menilai tanpa mendapatkan fakta yang betul atau lengkap?” (Penekanan ditambah).

Sama ada pembaca bersetuju dengannya atau tidak, perhatikan bahasa yang digunanya dan bahasa pengkritik saya. Saya pasti pembaca akan dapat melihat perbezaannya. Itu adalah perbezaan didikan ibu bapa masing-masing.

Lima bulan kemudian, pada 18 Disember 2014, Lim Kit Siang, supremo DAP, menulis dalam blognya “Bagaimana seorang ekstremis dan prasangka kaum dan agama boleh naik menjadi Ketua Hakim Negara, hakim paling kanan negara?”

Beliau hanya bergantung sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh Gopal Sri Ram dan membuat kesimpulan, “Hamid sepatutnya dibawa ke hadapan tribunal kehakiman kerana prasangka ekstremis, perkauman dan keagamaan dan tidak dibenarkan untuk dinaikkan pangkat kehakiman.”

Bayangkan jika beliau seorang Perdana Menteri. Apabila mendengar seorang membuat tuduhan terhadap seorang hakim, tanpa mendengar penjelasan hakim itu, beliau akan terus menghadapkannya ke tribunal kehakiman. Mungkin itulah rule of law beliau.

Peliknya, dua tahun kemudian, pada 10 September 2016, menulis dalam blognya, beliau memetik perenggan-perenggan berikut daripada rencana saya yang bertajuk “Pegawai Awam Sebagai Penyelamat Negara” (02 09 2016):

“Semenjak Merdeka, tidak ada satu tahun di mana kita menyambut hari kemerdekaan dalam keadaan negara seperti tahun ini, di mana pemimpin-pemimpin kerajaan menghadapi krisis integriti yang paling serius dan imej yang paling teruk. Sebabnya boleh disimpulkan dengan satu perkataan: rasuah.

Umumnya, pemimpin-pemimpin politik sudah tidak boleh hendak dihormati dan diteladani untuk tujuan yang baik lagi. Selain daripada mereka disorak (cheered) oleh penyokong-penyokong mereka yang berkepentingan, yang mengharapkan sesuatu habuan atau yang tidak tahu dan terikut-ikut, paling tinggi, mereka hanya ditolerated oleh pegawai-pegawai awam yang berkerja di bawah mereka dan tiada pilihan. Dalam keadaan itu, kita lihat, masa depan negara menurun dan menurun.”

(Sila ambil perhatian bahawa saya menulis rencana itu pada 2 September 2016, hampir dua tahun sebelum GE 14, ketika Najib masih berkuasa.)

Beliau meneruskan:

“Adakah ini ditulis oleh pemimpin politik dari DAP, PKR atau AMANAH dari Pakatan Harapan? Atau adakah oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir?

Bukan sesiapa yang tersebut di atas. Ia ditulis oleh bekas pegawai awam yang tertinggi, bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad yang memegang jawatan hakim tertinggi di negara ini dari tahun 2007 hingga 2008.”

Apabila saya membaca rencana Lim Kit Siang itu, saya terkejut dan gembira kerana beliau juga melawat laman web saya. Walau bagaimanapun, beberapa soalan timbul di fikiran saya: Adakah beliau telah mengubah fikirannya tentang saya? Adakah beliau menyangka saya telah berubah? Adakah beliau lupa apa yang beliau dan anaknya berkata tentang saya? Jika saya seorang “pembohong” seperti yang dikatakan oleh anaknya dan saya sepatutnya telah dihadapkan ke tribunal, mengapa memetik kata-kata saya dengan persetujuan? Adakah saya hanya berbohong apabila saya berkata sesuatu yang berlawanan dengan kepentingan politiknya?

Pada hari berikutnya, Free Malaysia Today mengeluarkan laporan “LKS plaudit for ex-CJ’s corruption remarks”. (“LKS memuji kata-kata bekas KHN mengenai rasuah.”) Oleh sebab saya tidak ingat sama ada saya pernah menemui perkataan “plaudit” sebelum ini, saya terpaksa google untuk mengetahui maknanya. Inilah hasilnya: “ungkapan pujian atau persetujuan.”

Wartawan FMT itu, antara lain, menulis:

“PETALING JAYA: Seorang bekas Ketua Hakim Negara yang pernah dikecam oleh pemimpin DAP kerana mengeluarkan kata-kata yang kontroversial mengenai Islam dan masyarakat Cina, diberi layanan yang baik oleh supremo DAP Lim Kit Siang kerana mengajak supaya diambil tindakan dalam menghadapi krisis integriti di kalangan pemimpin kerajaan.

Menulis di blognya hari ini, Lim memetik dari rencana minggu lalu oleh Abdul Hamid Mohamad, Ketua Hakim Negara dari tahun 2007-2009 (sic), yang telah menyeru kepada penjawat kerajaan untuk menjadi penyelamat Malaysia.
……

Lim memuji seruan Abdul Hamid supaya penjawat awam menjadi penyelamat Malaysia melalui kempen kebangsaan untuk membuat ikrar awam: “Kami tidak akan terlibat dengan rasuah”, untuk memalukan pemimpin-pemimpin politik yang korup dalam kerajaan.
……

Kenyataan Lim yang memuji Abdul Hamid itu berbeza dengan serangan yang dilancarkan terhadap bekas ketua hakim negara itu oleh anak Lim, Guan Eng, yang merupakan setiausaha agung DAP dan P Ramasamy, timbalan pengerusi kebangsaan.”

Seolah-olah mengingatkan Lim, wartawan FMT itu memetik apa yang dikatakan oleh Lim Guan Eng dan Ramasamy mengenai saya dua tahun lebih awal.

Soalan: Adakah Free Malaysia Today kecewa dengan pendirian terbaru Lim Kit Sing?

Pada 6 Mei 2017, saya menulis “Keperlembagaan Pelantikan Semula Hakim Negara Selepas Umur 66 Tahun Enam Bulan”. Itu adalah satu tahun sebelum GE 14, ketika BN dan Najib masih berkuasa.

Kira-kira dua bulan kemudian, pada 8 Julai 2017 iaitu sepuluh bulan selepas beliau “memuji” (plaudit) saya, Lim Kit Siang menulis dalam blognya (yang saya mula layari hanya apabila saya menulis rencana ini) di bawah tajuk “An Illegal Chief Justice With Raus’ Extension?” (“Ketua Hakim Negara Yang Tak Sah Dengan Pelanjutan Raus?” di mana beliau merujuk kepada rencana saya itu dengan persetujuan:

“Bekas ketua hakim negara, Abdul Hamid Mohamad secara terbuka menyatakan bahawa pelanjutan tempoh jawatan Raus selepas beliau mencapai umur persaraan mandatori 66 tahun dan enam bulan akan menjadi tidak berperlembagaan.

Hamid menulis dalam blognya bahawa beliau menulis bukanlah kerana beliau tidak sukakan Raus, tetapi hanya memberikan pandangannya mengenai keperlembagaan melantik Raus sebagai “hakim tambahan” dan memanjangkan perkhidmatannya sebagai ketua akim negara.

Hamid, yang merupakan ketua hakim nagara dari November 2007 hingga Oktober 2008, menegaskan bahawa pelanjutan perkhidmatan Raus melangkaui tempoh 66 tahun dan enam bulan boleh menjejaskan kebebasan badan kehakiman.

Beliau mencadangkan supaya Raus menolak tawaran kerajaan untuk melantiknya semula sebagai ketua hakim negara selepas 3 Ogos.”

Hampir setahun kemudian pada 9 Jun 2018, mstar.com.my melaporkan bahawa:

“Penasihat DAP, Lim Kit Siang (gambar) menggesa ketua hakim negara, Tun Md Raus Sharif dan presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin untuk meletakkan jawatan secara baik.”

Ingatlah bahawa, seawal 6 Mei 2017, saya telah menulis:

“Melainkan jika pelantikan itu telah dibuat dengan sahnya menurut mana-mana peruntukan lain, cara yang lebih baik untuk menyelesaikan masalah ini adalah bagi Tan Sri Md Raus mengetepikan kepentingan peribadi dan berkata “Saya telah menimbang semula mengenai keperlembagaan pelatikan ini dan saya merasa tidak selesa untuk terus memegang jawatan Ketua Hakim Negara dan saya meletak jawatan”.

Jika beliau berbuat demikian, saya pasti bahawa beliau akan diingati untuk jangka masa yang panjang kerana keberaniannya, tidak mementingkan diri, maruah dan integriti. Jiwanya juga akan tenang sepanjang hayat.”

Jadi, mengenai supremo DAP, saya fikir saya boleh berhenti di sini. Beliau hanya mengkritik saya sekali, mungkin dipengaruhi oleh apa yang dikatakan oleh Gopal Sri Ram tentang saya, dan mula mundur dua tahun kemudian dan terus memetik atau merujuk rencana saya dengan persetujuan.

Kembali ke perenggan pertama ucapan saya pada 21 Julai 2014 yang di perturunkan di atas. Apabila saya menulisnya, saya fikir saya hanya menyatakan fakta-fakta sejarah berdasarkan pengamatan saya kerana saya hidup dalam tempoh itu. Sebelum pergi lebih lanjut, saya ingin mengingatkan pembaca bahawa, dalam perenggan-perenggan pembukaan itu, saya bercakap mengenai “Semenanjung Tanah Melayu.”

Sekarang, saya merujuk kepada bantahan yang dibangkitkan oleh MCA. Untuk menjimatkan ruang, saya tidak akan mmetik apa yang mereka katakan. Sesungguhnya saya tidak perlu menjawab dan selama empat tahun saya tidak menjawab serangan mereka. Sebab? Seorang kawan menghantar kepada saya satu rencana yang ditulis oleh Helen Ang (yang saya tidak tahu atau kenal) bertajuk “My Reply to MCA’a Criticism of Tun Hamid” (Jawapan saya kepada Kritikan MCA terhadap Tun Hamid” bertarikh 10 September 2014. Rencana itu menyangkal satu demi satu kritikan MCA terhadap ucapan saya.

Sehingga saya menulis rencana ini, saya tidak pernah melayari blognya untuk mencari rencana itu. Apabila saya melakukannya semasa saya menulis rencana ini, saya benar-benar terkejut dengan minat yang tunjukkan kepada perenggan berkenaan dalam ucapan saya itu, dan pembelaannya oleh Helen Ang. Sudah tentu, pembaca, termasuk saya, telah mempelajari sesuatu daripada rencananya. Beliau layak menerima pujian daripada pembaca-pembaca yang menghargainya. Beliau tidak sepatutnya terganggu oleh komen kasar dan penghinaan pengkritiknya. Saya berterima kasih kepadanya.

Oleh kerana rencana itu panjang, saya hanya akan memilih beberapa bahagian-bahagian yang lebih penting.

“Menurut Asst Prof. Heng Pek Koon, mereka mempunyai orientasi budaya dan politik yang “strongly China-centric”.

Dalam rencananya mengenai reaksi orang Cina terhadap ketuanan Melayu, Dr Heng menulis bahawa walaupun orang Cina mahukan hak politik yang sama dengan orang Melayu , mereka juga mahukan dua kewarganegaraan.

Dan walaupun dengan memegang kewarganegaraan seperti mereka tuntut akan mewajibkan orang Cina menjadi setia kepada kedua-dua Malaya dan China, parti komunis – apabila cadangan Malayan Union sedang dibahaskan – mereka masih berpegang kepada keputusan bahawa “kesetiaan muktamad adalah kepada China sekiranya berlaku konflik antara kedua-dua negara”.

Menyelidiki kesedaran identiti orang Cina di Malaya, Fujio Hara – dalam kertas kajiannya untuk Institute of Developing Economies, Tokyo – menulis:

“Untuk sepuluh tahun pertama selepas berakhirnya Perang Dunia II, akhbar-akhbar berbahasa Cina yang diterbitkan di Malaya merujuk kepada China sebagai “tanah air’ mereka dan memberikan peristiwa di China sama, jika tidak lebih pentingnya, daripada urusan di Malaya. Fakta ini akan menjadi jelas kepada sesiapa sahaja yang membuka akhbar-akhba berbahasa Cina itu yang diterbitkan pada masa itu dan membaca tajuk utamanya.”
………….

Dua hari yang lalu, MCA mengeluarkan kenyataan akhbar berjudul “Bekas Ketua Hakim Negara mesti berhenti menyalahi pengorbanan bersama orang Melaya yang berbilang bangsa dalam perjuangan mencapai kemerdekaan’.

Sebelum tahun 1952*, tidak ramai orang Cina yang menjadi warganegara negara ini. Mereka BUKAN anak watan yang tertakluk kepada Raja-Raja Melayu. Ramai di antara mereka adalah China-centric dan berorientasi ke tanah air mereka (China). Orang Cina Peranakan tinggal di tanah jajahan British.

Orang Cina Selat (Straits Chinese) yang tinggal di Pulau Pinang dan Melaka menganggap diri mereka sebagai subjek British. Sebenarnya terdapat pergerakan orang-orang Pulau Pinang, termasuk golongan pemastautin, yang menentang kemasukan Pulau Pinang ke dalam Persekutuan pada tahun 1957. Mereka mahu memisahkan diri, lebih suka memilih kesetiaan mereka kepada Ratu England, seperti di Hong Kong.

Kenapa MCA menegaskan bahawa orang-orang Cina, yang tidak pernah menjadi rakyat Tanah Melayu, telah berjuang untuk membebaskan negara ini dari British?
………….

Setiausaha agung parti, Ong Ka Chuan menyatakan pada 8 Sept:

“MCA sangat kesal bahawa Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid yang bersara telah mengucapkan pernyataan yang memegang asas sifar dengan menolak untuk mengiktiraf fakta sejarah bahawa perjuangan untuk Merdeka adalah usaha bersama oleh semua komuniti dengan wawasan umum kedaulatan dan kebebasan dari penjajahan British.”

Sebenarnya Tun Hamid memberikan gambaran yang saksama mengenai premis sejarah. (Tekanan ditambah).

Ong mendakwa bahawa “ucapan Tun Hamid adalah satu penghinaan yang keterlaluan terhadap sumbangan MCA, terutamanya, bapa pengasas parti Tun Tan Cheng Lock”.

Pengasas MCA, Sir Tan Cheng Lock adalah seorang Baba Melaka yang tidak boleh membaca hanzi (skrip Cina). Dia dianugerah gelaran (Sir – ditambah) oleh pemerintah Inggeris. Tan sama sekali tidak serupa dengan majoriti orang Cina di Malaysia hari ini.
……………

Setiausaha Agung MCA, Ong Ka Chuan mendakwa bahawa “dalam Perang Dunia II, semasa Pendudukan Jepun di Tanah Melayu, komuniti Cina, Melayu dan India telah mengorbankan nyawa mereka untuk mempertahankan Malaya daripada pasukan penyerang”.

Bintang Tiga Chin Peng berperang dengan penjajah Jepun kerana tanah air China berperang dengan Jepun. Dan kerana tentera Jepun menjadikan orang-orang Cina sebagai mangsa mereka, di sini.

Ong (MCA) dengan mudah mengabaikan untuk menyebut bahawa orang Cina komunis tidak mahu mengembalikan Tanah Melayu kepada pemerintahan oleh Raja-Raja Melayu jika mereka berjaya dalam pemberontakan mereka.

Setelah Jepun meninggalkan Tanah Melayu pada tahun 1945, komunis masih enggan meletakkan senjata mereka tetapi terus berperang melawan kerajaan Perikatan dan YDP Agong.
………….

Ong mengatakan bahawa kenyataan Tun Hamid tidak masuk akal. Sebaliknya, kenyataan Tun Hamid mempunyai asas sejarah.” (Tekanan ditambah).

Untuk selanjutnya, sila ikuti pautan ini. https://helenang.wordpress.com/tag/tun-abdul-hamid-mohamad/

Saya sangat terkejut dengan minat yang dibangkitkan oleh beberapa perenggan ucapan saya itu. Sila baca komen di blog Helen Ang. Perhatikan mutu perbincangan dan bandingkan dengan komen-komen di Malaysiakini.

Pada 8 September 2014, dua hari sebelum Helen Ang menerbitkan rencananya, Malaysia Times melaporkan,“Ex-CJ under fire for claiming ‘only Malay fought truly for Malaysia”. (“Bekas Ketua Hakim Negara dikutuk kerana mendakwa hanya Melayu yang benar-benar berjuang untuk Malaysia”). Ia memetik Naib Presiden Gerakan, Datuk A. Kohilan Pillay. Jelas sekali, memandangkan MCA secara terbuka telah mengkritik saya, Gerakan tidak dapat dilihat sebagai tidak berkata apa-apa. Saya akan memetik hanya tiga perenggan pertama laporan itu sebagai contoh.

“KUALA LUMPUR, 8 Sept: Naib Presiden Gerakan, Datuk A. Kohilan Pillay hari ini mengutuk kenyataan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad yang mendakwa bahawa hanya orang Melayu yang benar-benar berjuang untuk kemerdekaan negara.

Beliau mencela bekas Ketua Hakim Negara itu atas ucapannya yang pelik dan menakutkan kerana Kohilan percaya bahawa adalah amat tidak adil untuk mengabaikan sumbangan masyarakat bukan Melayu dalam perjuangan negara untuk mencapai kemerdekaan dengan sikap berat sebelah dan pemikiran yang salah.

“Ia adalah satu kesalahan yang nyata kepada semua rakyat Malaysia dan hanya berfungsi untuk menambah salah faham antara masyarakat Malaysia.”

Oleh kerana isu itu telah dijawab oleh Helen Ang, saya tidak akan berkata apa-apa lagi. Walau bagaimanapun, saya hairan dengan apa yang dikatakan ditulis oleh seorang anak muda, Ahmad Ali Karim, dalam blog Helen Ang. Jika ia ditulis oleh orang lain, orang dewasa, sekalipun ia patut dipetik kerana kematangannya:

“Aunty Helen,

Terima kasih atas rencana yang hebat; Saya belajar banyak darinya. Sebenarnya, ibu saya yang membantu saya memahami ucapan Tun Hamid:

Mengapa Tun Hamid patut meminta maaf kerana menceritakan sejarah Malaysia? Tun tidak mengatakan perkara yang buruk tentang orang lain tetapi beliau mahu orang Melayu bersatu dan memahami hak mereka, melindungi Islam, menghormati Sultan, Perlembagaan Persekutuan, sejarah … .. Kohilan Pillay dari Gerakan mesti memahami bahawa sejarah tidak boleh diubah.”

Pada 11 November 2014 saya menulis ulasan mengenai kes Muhamad Juzaili Bin Mohd Khamis v. Kerajaan Negeri Negeri Sembilan. Rencana itu ditulis dalam Bahasa Melayu dan diterbitkan oleh Utusan Malaysia. Saya percaya bahawa wartawan Malaysiakini yang selalu mengikuti jejak saya telah menemuinya, menerjemahkannya dan mengubahnya menjadi rencana berita kerana ia dirujuk oleh pelanggan Malasiakini yang komennya diterbitkan oleh Malaysiakini. Seperti biasa, Malaysiakini menjemput komen. Seterusnya, Malaysiakini menerbitkan sepuluh komen terpilih oleh Malaysiakinisubscribers.

Apa yang menarik perhatian mereka untuk mengulas mengenai rencana itu? Kerana kes itu melibatkan dua orang transgender Muslim yang didakwa di bawah seksyen 66 Enakmen Undang-Undang Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 (EUJSNS) kerana berpakaian seperti wanita. Mereka memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk mendapat pengisytiharan bahawa seksyen 66 EUJSNS adalah tidak berperlembagaan dan tidak sah. Mahkamah Tinggi menolak permohonan mereka. Mereka merayu kepada Mahkamah Rayuan yang membenarkan rayuan mereka dan mengisytiharkan seksyen itu tidak bercanggah dengan Perlembagaan.

Saya menghujahkan bahawa keperlembagaan “kesalahan terhadap perintah agama Islam” di bawah Senarai II Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, tidak patut diuji dengan peruntukan Perkara 5(1) (kebebasan diri), 8(1) (kesamarataan), 8(2) (diskriminasi), 9(2) (kebebasan bergerak) dan 10(1)(a) (kebebasan bercakap dan bersuara) (mahupun Perkara 11 (kebebasan beragama) – ditambah) seperti yang dilakukan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes itu.

Satu-satunya ujian yanrg terpakai ialah sama ada ia satu “kesalahan terhadap suruhan agama Islam”. Ini kerana ia diperuntukkan secara khusus oleh Perlembagaan. (Lihat rencana berkenaan dalam laman web saya.) Ini adalah perbincangan akademik mengenai isu undang-undang dan perlembagaan.

Ini adalah contoh apa yang mereka katakan.

“Any Malaysian with common sense…..could have made a better chief justice than Abdul Hamid Mohamad.”

(Sesiapa sahaja orang Malaysia yang mempunyai common sense….boleh menjadi ketua hakim negara yang lebih baik daripada Abdul Hamid Mohamad

“Hamid is the picture of extremist unreasonableness.”
(Hamid adalah gambaran seorang pelampau yang tiak wajar.”)

“It looks like he is playing God after retiring from his previous job.”
(Nampak seolah-olah dia berlagak seperti Tuhan selepas berara daripada jawatanya dahulu.)

“As an ex-CJ, this statement is truly disappointing.”
(Sebagai bekas KHN, kenyataan ini benar-benar mengecewakan.)

“The mind-numbing thing about this news article is the apparent lack of even a basic understanding of constitutional law, as it applies to the creation of law under a constitution, by a former chief justice.”
(Yang membingungkan mengenai rencana berita ini ialah apa yang nampak seperti ketiadaan pemahaman asas pun mengenai undang-undang perlembagaan sebagaimana ia terpakai kepada pembuatan undang-undang di bawah perlembagaan, oleh bekas ketua hakim negara.)

“Former CJ Mohamed Suffian Hashim must be rolling in his grave. If this sets a benchmark for the rest of the judiciary then Malaysia is in big trouble.”
(Bekas KHN Mohamed Suffian Hashim semestinya berguling dalam kuburnya. Jika ini menetapkan tanda aras bagi kehakiman yan lainnya maka Malaysia berada dalam masalah besar.)

“You are publicly exposing your ignorance.”
(Kamu menunjukkan kepada awam kejahilan kamu.”

“With his kind of mentality, how did Abdul Hamid get appointed to be CJ in our country?”
(Dengan pemikiran seperti ini, bagaimana Abdul Hamid dilantik menjadi KHN di negara kita?”

“Thank God, Abdul Hamid is no longer a judge. He has done a lot of injustice already.”
(Nasib baiklah, Abdul Hamid bukan lagi seorang hakim. Dia telah pun melakukan banyak ketidakadilan.)

“Too late, we should have found out that he was a bigot and racist when he was a judge.”
(Sudah terlewat, kita sepatutnya telah tahu dia seorang bigot dan rasis semasa dia menjadi hakim.)

“I hope one day Abdul Hamid will have a grandchild who is born a transgender.”
(Saya harap suatu hari Hamid akan mendapat seorang cucu yang dilahirkan seorang transgender.)

“It’s really sad to find a bigoted ex-judge spewing hatred every day.”
(Memang menyedihkan menemui seorang bekas hakim yang bigot meluahkan kebencian setiap hari..)

“Will this foolish old retired judge…..”
(Adakah hakim bodoh tua bersara ini….)

“Shocking! Ex-CJ who’s obtuse on the constitution.”
(Mengejutkan bekas KHN yang bodoh mengenai perlembagaan.)

Apa kena mengena semua ini dengan isu perlembagaan dan undang-undang yang dibincangkan? Mana hujah-hujah mereka yang menyangkal hujah-hujah saya itu? Berapa ramaikah di antara mereka yang membaca rencana saya dalam bahasa Melayu di Utusan Malaysia atau di laman web saya? Kenapa mereka begitu prihatin terhadap syariah yang hanya terpakai kepada umat Islam? Adakah syariah pun mereka hendak kawal? Bolehkah Malaysiakini berbangga dengan pelanggannya?

Konvensyen Perpaduan Nasional yang dianjurkan oleh NGO-NGO Melayu / Islam yang diketuai oleh Perkasa telah diadakan pada 23 November 2014. Tun Dr. Mahathir sepatutnya menyampaikan ucaptama dan saya akan mengikuti dengan ucapan khas. Jika berucap di persidangan itu akan menjadikan saya seorang rasis dan pelampau, maka Tun Dr. Mahathir juga demikian.

Malangnya, Tun Dr. Mahathir tidak sihat pada hari itu, jadi beliau tidak dapat hadir. Ucapannya dibaca oleh seorang bekas Menteri BN.

Maka, ucapan saya menjadi tumpuan hari itu. (Ia boleh didapati di laman web saya.) Ia adalah ucapan sepanjang 3,558 perkataan, tetapi satu ayat yang diketengahkan oleh para wartawan, menarik perhatian dan komen lantang pengkritik saya:

“Masalahnya ialah bahawa orang Melayu menghadapi ancaman akan menjadi Red Indians di tanahair sendiri.”

Ini adalah peringatan kepada orang Melayu. Mengapa ia menimbulkan bantahan yang begitu kuat oleh orang bukan Melayu, terutama sekali orang Cina? Adakah mereka tidak mahu saya mengingatkan orang Melayu? Adakah mereka takut bahawa orang Melayu akan menyedari bahaya yang dihadapi mereka?

Walau bagaimanapun, ucapan itu mempunyai kesan yang sangat kuat terhadap Perhimpunan Agung UMNO yang diadakan empat hari kemudian. Satu hari selepas saya berucap, Dato’ Seri Sharizat, ketua Wanita UMNO, dalam ucapannya kepada sayap Wanita Umno secara terbuka menentang pemansuhan Akta Hasutan. Keesokan harinya, Tan Sri Muhyiddin, Naib Presiden UMNO dan sayap Pemuda UMNIO mengikutinya. Keesokan harinya, Dato’ Seri Najib mengadakan sidang akhbar dan mengatakan bahawa Akta Hasutan tidak akan dimansuhkan.

Pada 4 Disember 2014, Dato Seri Azman Ujang, bekas ketua pengarang Bernama menulis di The Sun di bawah tajuk “Najib’s Close Call over Sedition Act”. Katanya:”Penentangan dalam UMNO terhadap janji Dato’ Seri Najib Razak untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 itu adalah “time bomb” yang akan meletup di perhimpunan agung parti pada minggu lalu jika Perdana Menteri tidak memadamnya (diffuse) pada saat-saat terakhir ….
“Sesuatu telah berlaku pada 23 Nov, hanya empat hari sebelum ucapan pembukaan Najib di perhimpunan ……

Pada hari itu, bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad berkata bahawa cadangan untuk memansuhkan Akta Hasutan adalah satu adalah satu kesilapan.

Berucap di konvensyen mengenai perpaduan negara, Hamid mengingatkan negara bahawa walaupun Akta itu diadakan oleh pihak British untuk menangani bangkangan terhadap pemerintahan kolonial, ia juga mengharamkan perbuatan mencetuskan kebencian antara kaum dan ketidaksetiaan kepada raja-raja Melayu. …

Dan beliau mengatakan bahawa tidak semuanya dalam Akta itu datang dari Inggeris.

Kemudian tibalah hujah yang menyebabkan “perubahan hati” Najib atas pendirian tegarnya yang terdahulu untuk memansuhkan Akta tersebut. Inilah tujuannya sehingga 5 Sept.

Hamid mendedahkan bahawa pindaan yang paling penting kepada Akta itu dibuat selepas 13 Mei 1969 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak, bapa Najib.

Beliau berkata Seksyen 3 (1) (f) ditambah untuk mengelakkan berulangnya tragedi 13 Mei. Pindaan ini menjadikannya suatu kesalahan untuk mempersoalkan hak kewarganegaraan, kedudukan raja-raja Melayu, status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, dan peruntukan kuota khas dan permit kepada orang Melayu dan anak- anak negeri Sabah dan Sarawak.

“Bagi saya, pengwujudan seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan adalah kemuncak kejayaan politik orang Melayu dan Tun Abdul Razak,” katanya.

Dalam ucapannya di perhimpunan itu, Najib mengumumkan bahawa Akta itu akan dikekalkan disambut tepukan gemuruh perwakilan di beberapa adegan yang paling riuh (rapturous) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra.
“Selepas mendengar pendapat dan cadangan dari kepimpinan UMNO, pemimpin sayap parti, akar umbi dan pertubuhan bukan kerajaan, saya sebagai perdana menteri, membuat keputusan bahawa Akta Hasutan 1948 perlu dikekalkan,” kata Najib.”

Pada keesokan harinya, selepas penyerahan memorandum kepada Najib di PWTC, saya terserempak dengan Sharizat. (Saya berkerusi roda). Beliau menjerit, “Tun, saya rasa macam nak peluk Tun. Ke mana saja saya pergi orang berkata, ‘Rujuk kepada rencana Tun Hamid. Rujuk kepada rencana Tun Hamid.'”

Di majlis makan tengah hari yang diberikan kepada NGO-NGO di kediamannya yang saya turut dijemput, satu atau dua minggu kemudian, dalam ucapan ringkasnya, Muhyiddin berkata, “Saya mendapat ilham daripada Tun Hamid. Malah, saya memetiknya dalam ucapannya.”

Saya pasti pengkritik saya kecewa. Najib berjanji untuk memansuhkan Akta Hasutan tetapi membuat U-turn! Adakah anda fikir mereka akan melupakan saya?

Saya telah dijemput untuk menyampaikan “Ucapan Perasmian” Perhimpunan Agung Perkasa ke-5. Saya tidak pasti sama ada hendak menerima atau tidak. Tetapi memandangkan Tun Dr. Mahathir dan Tengku Razaleigh pernah melakukan perkara yang sama dan saya akan mengatakan apa yang saya hendak katakan kepada mereka dan bukan apa yang mereka mahu saya katakan, saya diterima.

Tanpa dimaklum terlebih dahulu, sebelum menyampaikan ucapan saya, saya telah diberi “anugerah” kerana sumbangan saya dalam bidang undang-undang kepada negara ini. Untuk itu, tengkolok telah dipakaikan kepada saya. Gambar itu, bersama Dato’ Ibrahim Ali di samping saya telah diperbesar-besarkan oleh media pada hari berikutnya.

Terus terang, jika saya tahu mengenainya, saya akan menerima jemputan untuk berucap tanpa “anugerah” itu jika mereka bersetuju. Jika tidak, saya akan menolak undangan itu. Saya tidak mahu membuat kecoh apabila ia diumumkan. Lagi pula. Tun Dr. Mahathir, Tengku Razaleigh dan Tan Sri Harussani Mufti Perak telah diberikan “anugerah” yang sama, jadi, saya fikir saya boleh dimaafkan kerana mengikut kehendak mereka. Tetapi, kepada pengkritik saya yang kecewa, sekurang-kurangnya mereka mempunyai sesuatu yang baru untuk menjatuhkan nama saya.

Sejak itu, saya sering bercakap mengenai hudud, hudud Kelantan, pindaan Akta 355, perpaduan Melayu dan kerjasama UMNO dan PAS dalam PRU 14 yang akan datang.

Saya tidak melihat sebarang kritikan terhadap ucapan dan rencana saya mengenai hudud dan pindaan Akta 355 atau mengenai pandangan saya terhadap enakmen hudud Kelantan. Walaupun saya tidak tahu sebabnya mengenai hudud dan pindaan Akta355, mengenai enakmen hudud Kelantan, oleh sebab saya berkata ia adalah bercanggah dengan perlembagaan, mereka tentu gembira dengannya.

Bagaimanapun, ada kritikan terhadap ucapan dan artikel saya yang menyeru perpaduan Melayu, dan supaya UMNO dan PAS bekerjasama. Seperti sebelum ini mereka melabel saya sebagai “rasis”, “pelampau” dan sebagainya. Saya telah dituduh bahawa saya hanya mengambil berat tentang menyatukan orang Melayu/Islam dan bukan negara, memecah-belahkan negara dan sebagainya. Sekali lagi, mengapa ia sangat tidak menyenangkan kepada mereka melainkan jika mereka melihatnya sebagai satu cabaran kepada agenda (DAP) mereka untuk memecah-belah orang Melayu dalam Pilihanraya Umum yang akan datang?

Adalah jelas bahawa V Anbalagan sentiasa mengekori saya untuk mencari apa yang saya dikatakan atau ditulis. Dia juga akan membaca Utusan Malaysia selain melawat laman web saya, mengambil artikel itu dan menemuramah bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Gopat Sri Ram dan Presiden Majlis Peguam untuk untuk mendapat komen mereka untuk menulis rencana beritanya.

Salah satu contohnya ialah rencana beritanya yang dilaporkan dalam Malaysian Insider “Let public decide on Hamid’s racially charged views, says ex-Bar Council chief” (“Biarkan orang ramai membuat keputusan tentang pandangan perkauman Hamid, kata ketua Majlis Peguam)”, pada 5 Januari 2015. Bahkan artikel saya “Tsunami di Acheh, Banjir di Kelantan: Ada Pengajarannya” dan seruan saya supaya UMNO-PAS berkerjasama pun tidak terlepaskan daripada komen dan kritikan mereka. Dalam artikel itu, beliau menemubual Presiden Majlis Peguan, Ragunath Kesavan. Kepada mereka, kerana saya adalah bekas KHN, walaupun saya telah bersara, saya tidak boleh menulis artikel “politik” seperti itu, tetapi Majlis Peguam boleh terlibat secara langsung dalam aktiviti politik untuk menyokong parti yang disukai oleh mereka.

Pada 17 Jun 2018, saya menulis artikel di bawah tajuk “Resignation of Tun Md Raus as Chief Justice.” (“Peletakan jawatan Tun Md Raus sebagai Ketua Hakim Negara.” Pada hari berikutnya, 18 Jun 2019, saya menerima e-mel daripada seorang yang saya tidak kenal. Pada keesokan harinya, 19 Jun 2019, The New Straits Times Online menerbitkannya di bawah tajuk “It appears even post of chief justice has been politicised” (“Nampaknya walaupun jawatan ketua keadilan telah dipolitikkan”.)

Inilah yang dikatakan oleh e-mel itu:

“Terima kasih kerana penilaian yang bijak. Pendapat anda yang terpelajar adalah sumbangan penting kepada pemahaman masyarakat terhadap kebebasan kehakiman. Lebih banyak pandangan tentang topik ini dan yang berkaitan harus disiarkan untuk memajukan pemahaman kita mengenai satu masyarakat yang aman tenteraman. Dan kenapa prosedur yang betul adalah penting.

Terima kasih dan tahniah. “

Seperti biasa, saya akan meminta pengirim untuk memperkenalkan dirinya, supaya saya tahu saya berhubungan dengan siapa. Saya terkejut apabila mendapat tahu bahawa pengirimnya adalah seorang Cina Malaysia yang telah bermastutin di Australia, bekerja sebagai ahli akademik di sebuah universiti di Australia, kini bersara dan tinggal di Adelaide.

Dalam e-mel yang berikutnya, beliau menulis, “I find your point so cogent that I was prompted to write to thank you.” (“Saya dapati point anda begitu meyakinkan menggalakkan saya menulis untuk berterima kasih.”)

Awas! Jangan sentuh Peguam Negara mereka, Tommy Thomas dan mereka akan menyerang kamu, seperti lebah. Dan itu bukan “rasis”. Pada 25 Jun 2018, saya menulis “Is the new AG choosing his briefs like a private lawyer?” (“Adakah PN baru memilih kesnya seperti peguam persendirian?”

Dua hari kemudian, pada 27 Jun 2018, The Malaysian Insight menerbitkan artikel berita di bawah tajuk “Ex-CJ’s criticism of A-G an ‘assault’ on reform agenda, says group” (“Kritikan bekas KHN terhadap PN satu ‘serangan’ ke atas agenda reformasi, kata kumpulan” dengan gambar peguam-peguam dari kumpulan itu.

Di bawah gambar itu terdapat satu kenyataan: “Peguam N. Surendran berkata bekas ketua hakim negara Abdul Hamid Mohamad mempunyai rekod 1a bagi membuat kenyataan yang memihak kepada polemik dan politik perkauman Barisan Nasional. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Jun 2018.”

Lihatlah jenis komen yang dibuat. Mengapa mengaitkan saya dengan Barisan Basional DAN “polemik dan politik perkauman”? Artikel itu tiada kaitan dengan politik, BN atau PH. Ia adalah mengenai PN baru yang enggan melakukan beberapa kerja yang menjadi tanggungjawab PN dan dilakukan oleh semua PN semenjak Merdeka. Saya memberikan alasan saya untuk mengatakan mengapa PN baru juga harus melakukan kerja-kerja itu? Kenapa beliau tidak memberikan alasan sebaliknya? Adakah apa yang dikatakan itu alasannya? Adakah beliau tidak tahu perkataan “relevency”?

Pada hari yang sama, 27 Jun 2018, Malaysiakini menerbitkan sebuah rencana yang ditulis oleh N Surendran di bawah tajuk, “Unwarranted attack by ex-CJ Hamid upon new AG”. (“Serangan tidak wajar oleh bekas KHN Hamid terhadap PN baru”.) Saya akan menjawab hanya mengenai satu point dan menyerahkan kepada kembaca untuk membaca rencana saya dan rencananya dan membuat keputusan sendiri mengenainya.

Inilah yang beliau katakan:

“Hamid juga membuat serangan ke atas pelantikan Tommy Thomas dengan salahnya mendakwa bahawa Perkara 145 (1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa PN mesti dilantik dari perkhidmatan kehakiman dan perundangan.

Ini adalah paling karut. Perkara 145 (1) menyatakan bahawa raja akan melantik seorang “yang layak menjadi hakim Mahkamah Persekutuan” menjadi PN. Tidak ada keperluan langsung bahawa PN mesti dilantik dari perkhidmatan kehakiman dan perundangan. Adalah agak sukar dipercayai bahawa bekas KHM boleh salah dalam hal ini.”

Marilah kita kembali ke rencana saya. Inilah yang saya katakan:

“I am sure many people would be surprised to read the same Article in the 1957 Federation of Malaya Constitution:”

(“Saya yakin ramai orang akan terkejut membaca Perkara yang sama dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957:)

“145. (1) The Yang di-Pertuan Agong shall, after consultation with the Judicial and Legal Service Commission, appoint from among the members of the Judicial and Legal Service an Attorney General, who shall be a person qualified to be judge of the Federal Court.” (Tekanan ditambah).

(“145. (1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah, selepas berunding dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, melantik daripada kalangan anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan seorang Peguam Negara, yang hendaklah seorang yang layak untuk menjadi hakim Mahkamah Persekutuan.”) (Terjemahan saya, tiada terjemahan rasmi.) (Tekanan ditambah).

Saya hanya menunjukkan bahawa di bawah peruntukan asal Perlembagaan 1957, PN mestilah dilantik “daripada kalangan anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan.”
Adakah itu pun beliau tidak faham? Dengan banyak peguam yang berdiri di belakangnya untuk menunjukkan sokongan (dan muka) mereka, tidakkah sekurang-kurangnya seorang daripada mereka membaca rencana N Surendran itu dan menunjukkan kesilapan itu kepadanya?

Pada hari yang sama, 27 Jun 2018, G K Ganesan, yang memperkenalkan dirinya sebagai “an advocate & solicitor and an international commercial arbitrator…a constitutionalist, author and littérateur” (“peguambela & pengacara dan penimbangtara komersil antarabangsa … seorang pakar perlembagaan, pengarang dan littérateur” menulis di bawah tajuk, “Is the ex-Chief Justice right? Should the AG be appointed from the Judicial & Legal Services?”, (“Adakah bekas Ketua Hakim Negara betul? Patutkah PN dilantik dari Perkhidmatan Kehakiman & Perundangan?”, dalam PARADOX Legal Issues Simplified:

“Dan beliau (saya – ditambah) mengakhiri rencananya dengan menembak peluru yang disimpannya. Ia adalah pièce de résistance beliau. Beliau menggunanya dengan kesan yang memusnahkan: ‘Saya yakin ramai orang akan terkejut membaca perkara 145 Perlembagaan Persekutuan,(tekanan ditambah) yang mengatakan’ – dan kemudian beliau memetik-

‘145(1) The Yang di-Pertuan Agong shall, after consultation with the Judicial and Legal Services Commission, appoint from among the members of the judicial and legal servicean Attorney General, who shall be a person qualified to be a judge of the Federal Court.’

(Terjemahan seperti di atas.)

Oleh itu penulis (saya – ditambah) menunjuk kepada dua syarat sebelum seorang PN boleh dilantik: pertama, Raja hendaklah berunding ‘Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan’ mengenai pelantikan. Seterusnya, Kebawah Duli Yang Maha Mulia hendaklah melantik PN ‘dari kalangan anggota perkhidmatan kehakiman dan perundangan’.

Dan kemudian beliau menyimpulkan analisisnya dengan pernyataan letupan ini: ‘Perhatikan bahawa PN mestilah datang dari perkhidmatan kehakiman dan perundangan. Tentulah ada sebabnya. Jika Mahathir tahu bahawa Thomas tidak akan melakukan pendakwaan, adakah beliau akan mengemukakan namanya untuk dilantik sebagai Peguam Negara? ‘

Ini menunjukkan bahawa Perdana Menteri telah mengelirukan DYMM Raja sepenuhnya. Beliau membayangkan bahawa mereka yang telah menasihatkan Raja, dan Perdana Menteri telah terlepas pandang gajah 12.000 pound di dalam bilik – bahawa PN mesti datang ‘dari kalangan anggota perkhidmatan perundangan dan undang-undang’.

Adakah bekas Ketua Hakim betul dalam apa yang beliau katakan?

Mari kita lihat.

Pada 24 Jun 1994 Akta Perlembagaan (Pindaan) 1994 [Akta 885], telah meminda Perkara yang disebut oleh bekas KHN itu – iaitu Perkara 145 (1). Ia telah dipinda seperti berikut: –

‘145 (1): Yang di-Pertuan Agong hendaklah, atas nasihat Perdana Menteri, melantik seorang yang layak menjadi hakim Mahkamah Persekutuan sebagai Peguam Negara bagi Persekutuan.’

Ini bermakna keperluan kembar sebelumnya iaitu Raja perlu berunding dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, dan keperluan untuk memilih PN hanya dari Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan – telah dikeluarkan secara mutlak. Itu 24 tahun yang lalu.

A lifetime (Seumur hidup – maaf, saya tidak faham maksudnya – TAHM)

Saya (GK Ganesan – ditambah) hairan bagaimana salah pandang yang begitu teruk boleh berlaku akibat pembacaan Perlembagaan yang salah. Apabila bekas KHN boleh salah petik keseluruhan fasal Perlembagaan, tidakkah itu akan mengelirukan (mislead) orang ramai? Beliau akan berjalan sambil berfikir, ‘Saya fikir PM tidak tahu undang-undang, dan saya tidak fikir penasihat undang-undangnya menjalankan kerjanya dengan baik. Orang-orang ini telah mengelirukan Raja. Apa yang salah dengan orang-orang ini? ‘

Ia menimbulkan satu pertanyaan: Perlembagaan mana yang dirujuk oleh bekas Ketua Hakim Negara itu?

Di belakang Perlembagaan Persekutuan, terdapat Senarai Pindaan. Mungkin bekas Ketua Hakim Negara patut melihatnya. Beliau kemudian akan ternampak Akta 885.”

Itu adalah apa yang dikatakan oleh G K Ganesan terhadap saya. Untuk faedah pembaca, biarkan saya perturunkan semula ayat yang berkaitan dalam rencana saya itu:

“I am sure many people would be surprised to read the same Article in the 1957 Federation of Malaya Constitution:”

(‘Saya yakin ramai orang akan terkejut membaca perkara 145 Perlembagaan Persekutuan: (tekanan ditambah)).

G K Ganesan memetik ayat itu begini:

‘I am sure many people would be surprised to read article 145 of the Federal Constitution, which states’.

(‘Saya yakin ramai orang akan terkejut membaca Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan’.

Saya merujuk kepada Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 untuk menunjukkan peruntukan asal Perkara 145. Sama ada kerana kesilapan atau disengajakan, beliau telah mengubahnya kepada peruntukan yang dipinda. Saya tahu ada pindaan sedmikian. Itulah sebabnya saya dengan sengaja menulis perkataan “Persekutuan Perlembagaan Persekutuan 1957”.

Setelah bermula dengan premis yang salah, beliau bergantung pada peruntukan yang dipinda untuk mengkritik saya. Akibatnya, semua kritikannya terhadap saya itu tidak berkenaan dan gugur ke tanah. Seperti yang saya katakan di atas, saya menunjukkan bahawa di bawah peruntukan asal Perlembagaan 1957, PN mestilah dilantik “daripada kalangan anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan.”

Saya tidak faham mengapa begitu ramai peguam tidak dapat melihat perkara itu. Berapa ramaikah pembaca yang telah dikelirukan mereka?

Pada hari yang sama, 27 Jun 2018, rencana GK Ganesan itu telah disiar oleh Malaysiakini sebagai pilihan pengarangnya di bawah tajuk, “Should the AG be appointed from the Judicial & Legal Services?” (Patutkah PN dilantik daripada Perkhidmatan & Perundangan?)
Mula-mula beliau mengulangi tuduhannya bahawa saya telah merujuk kepada peruntukan yang tidak dipinda dan, dengan salah, bergantung kepadanya. Saya telah menjawabnya di atas dan tidak perlu mengulanginya lagi.

Kemudian beliau menumpukan selebihnya dan sebahagian besar rencana itu menceritakan bagaimana kuatnya beliau (dan rakan-rakan beliau) bekerja, terbang ke Dubai untuk mendengar taklimat selama beberapa jam, kemudian pergi ke Munich untuk menghujahkan kes itu di hadapan penimbangtara Eropah dan bagaimana beliau dan rakan-rakan tertekan oleh kekurangan masa di Singapura, dan sebagainya.

Ahli akademik yang sama yang tinggal di Australia yang menghantar rencana GK Ganesan itu kepada saya, berkata, “Kepada saya hujahnya selain daripada “pedantic”, adalah “a non sequitur.” ….

…. Saya dapati surat itu menyakitkan hati dan tak logik.”

Saya tidak akan berkata apa-apa lagi mengenainya.

Empat hari kemudian, pada 1 Julai 2018, Malaysiakini sekali lagi menerbitkan di bawah tajuk “Surendran’s arguments against ex-CJ crystal clear” (“Hujah Surendran terhadap bekas KHN jernih seperti kaca”) 14 komen mengenai jawapan Surendran terhadap rencana saya yang dipilih daripada komen-komen oleh para pelanggannya.

Apa yang mereka katakan?

Saya akan memetik hanya satu daripadanya, yang semestinya dianggap terbaik oleh Malaysiakini kerana ia adalah yang paling panjang dan diletakkan di atas sekali. Antara lain, Vijay 47 (saya percaya dia seorang peguam), berkata:

“Kita kemudiannya mengingati prestasinya sebagai seorang hakim, bahawa beliau adalah ahli kehakiman yang paling dibenci, yang didorong oleh kecenderungan perkauman, dipandu oleh doktrin agama yang tidak berkenaan dan tidak masuk akal, yang keputusannya sering membuat kita terkejut dan marah.

Sebagai bukti mengenai pembelajarannya yang mendalam dan tidak syak lagi untuk mengekang bakal pengkritik, Abdul Hamid memetik dari Perlembagaan, dan tidak menyedari bahawa Perkara yang berkenaan telah lama dipinda. Dan ini datangnya dari seorang yang pernah menjadi hakim dan ketua hakim negara.

Apabila kita ingat juga bahawa beliau bersahabat karib secara terbuka dengan organisasi perkauman dan memegang jawatan politik secara terang-terangan, kita hanya dapat membuat kesimpulan tentang kualiti hakim yang kita punyai.”

Itu, antara lain, kata Vijay 47.

Saya merujuk kepada perenggan kedua terakhir di mana beliau berkata, “Abdul Hamid memetik dari Perlembagaan, dan tidak menyedari bahawa Perkara yang berkenaan telah lama dipinda” dan menambah “Dan ini datangnya dari seorang yang pernah menjadi hakim dan ketua hakim negara.”

Ini adalah hujah yang sama dengan yang telah dibangkitkan oleh N Surendran dan G K Ganesan dan dibincangkan lebih awal. Nampaknya, ia seperti kisah murid sekolah yang meniru jawapan yang salah daripada kawan sedarjahnya dan murid-murid lain meniru pula daripadanya. Akhirnya, semua mereka memberi jawapan yang salah. Bezanya, di sini, mereka adalah peguam. Saya merasa kasihan kepada pelanggan-pelanggan mereka.

Mengenai 13 komen yang lain, saya hanya akan memilih ekspresi yang mereka gunakan terhadap saya. (Tidak ada hujah undang-undang yang mereka beri untuk mencabar hujah-hujah saya.).

Inilah kata mereka:

“narrow minded”,
(“berfikiran sempit”),

“…this man was not appointed through meritocracy. He was more a political appointee. He had meted out very unjust decisions in favour of BN.”
(“… lelaki ini tidak dilantik melalui meritokrasi. Beliau adalah lebih pelantikan politik. Beliau telah membuat keputusan yang sangat tidak adil memihak kepada BN.”

“…the ex-CJ was appointed not based on merit but on loyalty to BN. Hence, he cannot be expected to be knowledgeable and erudite.”
(…. bekas KHN ini dilantik tidak berdasarkan merit tetapi berdasarkan kesetiaan kepada BN. Oleh itu, beliau tidak boleh diharap berpengetahuan dan terpelajar.”

“How on earth did Hamid become the CJ?”
(“Bagaimana Hamid boleh menjadi KHN?”

“Amazing, an ex-CJ came out with those SPM-level arguments….”
(“Menakjubkan, bekas KHN mengeluarkan hujah peringkat SPM ….”)

“He’s just jealous, period”
(“Dia semata-mata cemburu, noktah”’)

Walaupun saya tidak hendak berhujah dengan mereka, saya hanya ingin menjelaskan satu perkara, iaitu, mengenai tuduhan bahawa saya telah dilantik menjadi KHN kerana kesetiaan saya kepada BN dan saya “telah membuat keputusan yang sangat tidak adil memihak kepada BN.”

Saya harap pembaca masih ingat kes liwat pertama Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Siapa yang menulis penghakiman majoriti Mahkamah Persekutuan yang membebaskannya dan memperoleh kemarahan UMNO, termasuk Tun Dr. Mahathir walaupun beliau telah bersara? Walaupun saya hakim Mahkamah Persekutuan yang paling kanan dan jawatan Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar (Malaya), kosong, saya dinafikan, walaupun untuk memangku, apatah lagi dinaikkan pangkat ke salah satu jawatan itu. Hanya selepas beberapa orang Raja berkeras menolak hakim yang lebih junior dilantik, memintas saya, barulah kerajaan BN bersetuju untuk melantik saya sebagai Presiden Mahkamah Rayuan dan, selepas itu, sebagai Ketua Hakim Negara.

Pada masa itu, Majlis Peguam penuh dengan pujian terhadap saya, malah mengorek kes-kes yang yang hakim junior itu tidak menulis penghakimannya, untuk mendiskreditkannya. Dan, apabila saya menyampaikan penghakiman dalam kes Meor Atiqulrahman Ishak & Ors v. Fatimah Sihi & Ors (2006) 4 CLJ 1 (“kes serban”), sekali lagi Majlis Peguam penuh dengan pujian bagi saya. Peguam-peguam Cina dan India, yang saya tidak kenali, menulis kepada saya mengucapkan tahniah kepada saya kerana “penghakiman yang ditulis dengan baik” saya. Pada masa itu pun sudah jelas apabila saya menyampaikan penghakiman yang mereka suka, itu adalah penghakiman yang baik, jika tidak, itu adalah penghakiman tidak baik.

Saya menceritakan kisah ini dengan lebih terperinci dalam buku saya: I Will Never Beg dan Saya Tidak Akan Melutut.

Pada 12 07 2018, saya menulis “Should the posts of Attorney General and Public Prosecutor be separated?”. (Patutkah jawatan Peguam Negara dan Pendakwa Raya dipisahkan?”. Dalam rencana itu saya membincangkan kedudukan Perlembagaan, undang-undang, sejarah dan kebaikan dan keburukan masing-masing.
Kemudian, pada 9 September 2018, saya menulis “First three months of Tommy Thomas as Attorney General”. (“Tiga bulan pertama Tommy Thomas sebagai Peguam Negara”.)

Pada hari yang sama, Yiswaree Palansami menulis rencana berita yang diputar belit di Malay Mail Online di bawah tajuk “Ex-CJ roasts Tommy Thomas over Guan Eng’s acquittal.” (Bekas KHN memanggang Tommy Thomas kerana pembebasan Guan Eng.”

Artikel saya itu menarik begitu banyak blogger, dalam bahasa Inggeris dan Melayu. (Saya tidak tahu mengenai bahasa lain.) Banyak yang menerbitkan sepenuhnya. Ada yang hanya menerbitkan bahagian mengenai topik tertentu. Para blogger Melayu juga berusaha menterjemahkan bahagian yang mereka pilih untuk diterbitkan. Agak mengejutkan saya kerana saya tidak dapat menemui komen yang serupa dengan yang diterbitkan oleh Malaysiakini mengenai rencana-rencana lain. Jadi, saya tiada apa untuk dijawab.

Sampai di sini, mungkin sesuai untuk kita berhenti sejenak dan membaca rencana “Malay-Muslims are victims of reverse discrimination”. (“Orang-orang Melayu/Islam adalah mangsa diskriminasi terbalik”) yang ditulis oleh Jae Senn, seorang Cina yang saya tidak kenali, yang diterbitkan oleh Ragggie Jessi dari The Third Force pada 7 Disember 2018:

“Apabila orang kulit hitam di Amerika Syarikat mengatakan mereka berbangga dengan Black Panther, orang ramai bersorak sebagai tanda “empowerment” dan kepelbagaian. Tetapi jika orang kulit putih cheer wira lelaki macho kulit putih hari ini, mereka akan diserang kerana menyokong “toxic masculinity”, “keistimewaan putih”, dan mereka akan dipanggil rasis, redneck, dll.

Ini adalah contoh diskriminasi terbalik.

Demikian juga, apabila orang bukan Melayu berkumpul dalam satu perhimpunan besar, apabila mereka secara terbuka mengutuk dan mencaci Sultan dan Yang di-Pertuan Agong, apabila mereka menuntut “hak yang sama” padaha hal mereka “lebih sama” daripada majoriti, mereka berkata ini adalah sebahagian daripada hak-hak sivil; kebebasan bersuara; Ia berjuang untuk hak dan keadilan.

Apabila orang Melayu bimbang kerana setiap bidang dominasi mereka diambil dari mereka; apabila mereka memperlihatkan kebimbangan kerana melihat budaya, agama dan kaum mereka diperkecil-kecilkan dan dihina; dan apabila mereka berkumpul sebagai tanda solidariti antara satu sama lain, atau jika mereka berkumpul untuk menunjukkan sokongan kepada pemimpin pilihan mereka yang tidak disukai oleh orang bukan Melayu; mereka akan dilabelkan sebagai perkauman, sebagai berminda sempit, sebagai bumpkin kampung, ke belakang, dan sebagainya.

Ini juga merupakan contoh diskriminasi terbalik.

Apabila orang Melayu bimbang tindakan afirmatif dihentikan dan hak istimewa mereka diambil dari mereka kerana jurang bandar-luar bandar yang masih agak besar, beberapa orang bukan Melayu akan mengatakan bahawa mereka menyokong Apartheid.

Itu salah. Apartheid, dalam pengertian Afrika Selatan, adalah ketika minoriti kecil orang Putih mendominasi penduduk Hitam.

Apabila orang bukan Melayu mendominasi arena politik, selepas kita telah mendominasi arena pendidikan dan ekonomi, dan mempunyai kuasa politik yang cukup untuk menentukan apa yang berlaku kepada orang Melayu, ketika itulah sesuatu yang menyerupai Apartheid berlaku.
……………….

Di Malaysia, orang bukan Melayu mempunyai peluang dan hak-hak yang kita orang yang tersebar merata-rata tidak perolehi di tempat lain di dunia selain Malaysia dan Singapura. Sekolah pendidikan vernakular, radio dan stesen radio bahasa vernakular, berita dan program utama bahasa vernakular di TV kebangsaan .. ini adalah keistimewaan yang kita tidak dapat mencari di mana-mana juga. Sektor swasta didominasi oleh bukan Melayu hingga ke tahap di mana sesetengah syarikat boleh menolak menyewa orang Melayu. Ada orang bukan Melayu yang boleh hidup dari buaian ke kubur di ghetto kecil mereka tanpa pernah belajar untuk bercakap bahasa kebangsaan atau bergaul dengan bangsa lain selain bangsa mereka sendiri.

Namun demikian, kita mengatakan kita menjadi “warga kelas dua” dan kita tidak mempunyai hak. Ada yang pergi sejauh mengabadikan mitos bahawa kita perlu memeluk agama Islam dan “menjadi Melayu” untuk mendapat suntikan untuk meningkat dan unggul di negara ini.

Ini adalah versi mentaliti mangsa Malaysia. Kita, orang bukan Melayu, memiliki kedudukan yang sangat baik di negara ini berbanding kebanyakan tempat lain di dunia, tetapi kita mengadu bahawa kita warga kelas dua tanpa hak.

Jadi, siapa yang sebenarnya rasis? Dan siapa mangsa?”

Sedikit pun saya tidak menyangka bahawa empat tahun selepas terlibat dalam episod Akta Hasutan, saya akan terlibat dengan perkara yang sama, tetapi lebih besar. Kali ini ia adalah bantahan terhadap ratifikasi ICERD.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir, dalam ucapannya di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, berkata:
“Dalam konteks ini, kerajaan baru Malaysia telah berjanji untuk meratifikasi semua instrumen PBB teras yang berkaitan dengan perlindungan hak asasi manusia”.
Tidak lama selepas itu, menteri HINDRAF yang tidak dipilih (elected) di Jabatan Perdana Menteri, yang bertanggungjawab ke atas Perpaduan dan Kesejahteraan Sosial nampaknya telah merampas fungsi untuk meratifikasi ICERD daripada Menteri Luar, untuk faedah politiknya.

Saya menulis rencana pertama saya, dalam Bahasa Melayu, pada 30 Oktober 2018, diikuti dengan versi yang ditambahbaikkan pada 9 November 2019. Saya menjelaskan kesan pengesahan ICERD terhadap hak-hak yang diskriminasi orang Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak yang diperuntukkan oleh Perkara 153 dan juga mengenai rejimen Melayu dan tanah rizab Melayu. Kedua-dua itu itu “ditularkan” oleh NGO-NGO Melayu, UMNO, PAS, kumpulan persendirian dan individu di seluruh negara menembusi semua lapisan masyarakat Melayu / Muslim.

Ia menyedarkan masyarakat Melayu-Islam. Bukan sahaja NGO-NGO Melayu, malah UMNO dan PAS bersetuju untuk bergabung dengan NGO-NGO itu untuk menentangnya. Rencana saya menjadi dokumen rujukan. Momentum melampaui jangkaan.

Saya dijadualkan menyampaikan ucapan saya pada 25 November 2018 di kongres bersama yang dianjurkan oleh organisasi-organisasi tersebut di atas. Pada 23 November 2018, tanpa disangka, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir mengumumkan bahawa kerajaan tidak akan mengesahkan ICERD. Saya terpaksa menulis semula ucapan saya yang sudah siap itu.

Pada 25 November 2018, saya pergi ke PWTC dengan menaiki ambulans kerana saya tidak dapat duduk lama, dibantu untuk duduk di kerusi roda dan berucap sambil duduk di atas kerusi roda.

Pada keesokan harinya, 26 November 2018, seorang sahabat menghantar kepada saya apa yang telah dilakukan oleh “Lillie Lillie dengan Margaret Chan”. Mereka meletakkan gambar saya dan gambar Datuk Hasanah Abdul Hamid, bekas ketua Pertubuhan Perisikan Luar Negeri (MEIO) Malaysia bersebelahan. Di atas gambar-gambar ditulis kata-kata, “No wonder he came in an ambulance to encourage the protest to go on. To save his spy daughter!”. (“Tidak hairanlah beliau datang dengan ambulans untuk menggalakkan bantahan itu dilangsungkan. Untuk menyelamatkan anaknya seorang perisik!”.) Di atas gambar saya diletakkan kata-kata “Abdul Hamid ex Chief Judge, pro Najib angry his daughter arrested.” (“Abdul Hamid bekas Ketua Hakim Negara, pro Najib marah anak perempuannya ditangkap.”) Di atas gambar Datuk Hasanah diletakkan kata-kata berikut “Hasanah Abdul Hamid MEIO ex chief spy arrested (pro Najib)”.(“Hasanah Abdul Hamid MEIO bekas ketua perisik yang ditangkap (pro Najib)”.

Memandangkan perbezaan umur antara Datuk Hasanah dan saya sendiri, jika beliau anak saya, saya perlu berkahwin pada usia 12 atau 13 tahun, jika tidak lebih awal!

Pada 29 November 2018, Datuk Hasanah mengeluarkan kenyataan, antara lain, berkata:

“Kritikan tidak cerdik terhadap YBhg. Tun Abdul Hamid (lihat bawah) amat saya kesali. Apa yang dikatakan oleh Tun Hamid hendaklah difahami oleh semua rakyat.

Tun Hamid ialah bekas Ketua Hakim Negara. Walaupun beliau seorang Melayu, beliau tidak berat sebelah dan memberi pandangan yang sama pernah diberi oleh Pengarah Cawangan Khas, Ketua Polis Negara, Ketua Perisikan Tentera, Ketua Pengarah Perisikan JPM dan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara sebelum ini kepada mana-mana Perdana Menteri termasuk YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad”.

Pada 25 November 2018, saya pergi ke PWTC dengan tujuan untuk tidak menjawab sebarang pertanyaan selepas ucapan saya. Walau bagaimanapun, masa yang diperuntukkan untuk ucapan saya adalah satu jam manakala ucapan saya berakhir dalam masa 25 minit. Juruacara majlis bertanya sama ada saya akan mengambil beberapa soalan.

Saya kasihan kepada penonton. Itulah masalah saya, kelemahan saya dan kesilapan saya. Dan saya bersetuju (obliged). Anda tahu jenis soalan yang biasanya datang dari penonton. Dan saya menjawabnya. Saya menyesal menjawab soalan-soalan itu sebaik sahaja ia selesai. Saya tidak sepatutnya melayan soalan-soalan mereka. Saya berazam ia tidak akan berulang.

Keesokan harinya, Gopal Sri Ram menegur saya kerana membuat kenyataan politik. Sekali lagi, adakah beliau sendiri mendengar apa yang saya katakan dalam bahasa Melayu? Bagaimanapun, inilah jawapan saya:

1. Bagaimana dengan seorang bekas Hakim Mahkamah Persekutuan yang secara sukarela menjadi pendakwa bekas Perdana Menteri, keputusan untuk mendakwanya telah pun dibuat semasa kempen pilihan raya oleh lawan politiknya yang kemudiannya menjadi Perdana Menteri? Apa yang saya lakukan adalah memberikan komen saya mengenai bilangan undi yang diperoleh oleh pelbagai parti. Mana yang lebih buruk? Kita patut ingat bahawa beliau adalah peguam Tun Dr Mahathir sebelum sahaja beliau dilantik terus ke Mahkamah Rayuan padahal Eusoffe Abdoolcader pun terpaksa menjadi Hakim Mahkamah Tinggi terlebih dahulu!

2. Apabila Tun Salleh Abas bersara dan bertanding dalam pilihan raya sebagai calon PKR melawan Sharizat, tiada siapa yang menegurnya. Kemudian beliau bertanding sebai calon PAS di Terengganu dan menjadi Ahli Exco. Tiada siapa yang berkata apa-apa. Saya tidak menyertai mana-mana parti politik atau bertanding dalam pilihan raya. Mana yang lebih buruk?

3. Dalam sejarah Badan Kehakiman di Malaysia, bekas Ahli Parlimen BN (Tun Mohd Zahir Ismail), seorang bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (Dato Wan Adnan Ismail), bekas ahli Parlimen pembangkang (Dato’ Mustapha Hussain dari Gerakan, sebelum Gerakan menyertai BN), dua orang calon DUN PAS yang kalah dalam pilihan raya umum (Dato’ Ariffin Jaka dan Dato Mohd Arif), calon ahli parlimen BN (Dato’ Ian Chin) dan calon ahli Parlimen pembangkang (Tan Sri George Seah – SUPP) yang kalah dalam pilihan raya umum, semuanya dilantik sebagai hakim. Tiada siapa yang menimbulkan sebarang bantahan. Mereka telah terlibat dalam politik berparti sebelum mereka dilantik menjadi hakim.

4. Selepas PRU 14 pun, ada hakim bersara yang berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib parti komponen PH. Kenapa Gopal Sri Ram tidak menegurnya?

6. Jika Tun Dr. Mahathir boleh berubah, Waytha Moorthy boleh berubah, mengapa saya tidak boleh? Saya tidak memberi pendapat mengenai isu-isu politik semasa saya dalam perkhidmatan. Hanya setelah bersara baharu saya berbuat demikian. Saya juga rakrat.

Pada hari yang sama, Malaysiakini melaporkan di bawah tajuk “Bedridden ex-CJ says ‘war’ to protect bumi rights not over”. (“Bekas KHN yang bedridden berkata ‘perang’ untuk melindungi hak-hak bumiputra belum berakhir”.) Saya mesti mengatakan ia adalah satu laporan yang adil walaupun ia menekankan pemergian saya dengan menaiki ambulans dan hanya satu aspek ucapan saya. Saya tidak menyalahkannya kerana menonjolkan pemergian saya ke PWTC dengan menaiki ambulans kerana itu mungkin satu berita menarik dan, mungkin, tiada siapa yang pernah melakukannya di negara ini. Itu juga boleh menjadi satu rekod.

Tajuk Free Malaysia Today “ICERD: Jangan percaya Putrajaya, kata Tun Hamid” seperti dilaporkan pada 26 Disember 2018 dengan jelas memasukkan perkataan ke dalam mulut saya. Walau bagaimanapun, kandungannya agak adil kerana ia memetik dari ucapan saya, walaupun ia juga hanya memberi tumpuan hanya kepada satu aspek ucapan saya.

Selepas konvensyen itu, adalah jelas bahawa “Perhimpunan kesyukuran” pada 8 Disember 2018 di Dataran Merdeka (perhimpunan 812) itu mendapat sokongan di seluruh negara. Saya menulis “Amanat Tun Hamid” yang dibuat rakaman video dan dimainkan malam itu sebagai sebahagian daripada kempen perhimpunan itu.

Tidak syak lagi, rencana dan ucapan saya mengenai ICERD memainkan peranan penting untuk menjadikan masyarakat Melayu/Islam faham isu itu dan mempengaruhi mereka untuk pergi ke Kuala Lumpur untuk menyertai perhimpunan itu, lebih daripada ucapan saya menentang pemansuhan Akta Hasutan, empat tahun lebih awal. Saya memberitahu penganjur bahawa saya tidak akan menghadiri perhimpunan itu kerana tempatnya tidak sesuai dengan keadaan saya. Walau bagaimanapun, dua poster muncul dengan gambar saya, mendesak orang ramai untuk hadir. Jelas, seseorang menggunakan nama saya untuk mempengaruhi orang ramai untuk menghadiri perhimpunan itu.

Beberapa hari sebelum 8 Disember 2018, kita mendapat tahu bahawa SUHAKAM akan mengadakan perhimpunan untuk merayakan hari hak asasi manusia pada hari yang sama dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir akan menghadiri majlis itu. Ia dilihat sebagai satu usaha untuk menjejaskan perhimpunan 812 oleh SUHAKAM yang menyokong kuatnya ratifikasi ICERD.

Pada lewat petang 7 Disember 2018, apabila bas-bas yang membawa penyokong untuk perhimpunan 812 telah tiba di Kuala Lumpur atau sedang dalam perjalanan dari seluruh Semenanjung Tanah Melayu untuk menyertai kebangkitan menentang “Malayan Union 2”, Tun Dr. Mahathir menggugurkan satu lagi bom ke atas SUHAKAM bahawa beliau tidak akan menghadiri perhimpunan SUHAKAM itu. Bukan itu sahaja, sebab yang diberikan oleh Perdana Menteri itu juga tentulah menyayat hati SUHAKAM. Beliau berkata, “Saya memutuskan kita tidak akan menerima ICERD. Suhakam mahu menerima ICERD. Jadi, bagaimana saya hendak pergi?”

Keesokan harinya, The Star Online melaporkan, “Ketiadaan Tun Dr Mahathir Mohamad di perhimpunan Hari Hak Asasi Manusia Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) adalah satu kebaikan bagi mereka, kata Tan Sri Razali Ismail.” Ini jelas adalah satu kenyataan untuk menutup malu.

Kembali ke perhimpunan 812. Dalam artikel saya “Ratifikasi ICERD; Mengimbas Kembali” yang dikeluarkan pada 10 Disember 2018, saya merumuskan:

“Biar berapa pun jumlah peserta yang dianggarkan, perhimpunan itu menempah sejarah dalam tiga perkara:

1. Ia adalah satu perhimpunan yang terbesar dalam sejarah negara ini;

2. Ia adalah satu perhimpunan orang Melayu yang terbesar sepanjang sejarah.

3. Ia adalah satu perhimpunan yang paling aman dan bersih dalam sejarah negara. Tiada satu saman dikeluarkan dan tiada sekeping kertas atau satu sampah yang ditinggalkan.”

Apabila terbit berita bahawa YDPA telah meletak jawatan, saya menulis satu rencana dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Pada 16 Januari 2019, satu artikel di bawah tajuk “Insulting The King: Why Hasn’t The Police Arrested & Charged Ex-Chief Justice Abdul Hamid? – PDRM Have Been Quiet About Abdul Hamid’s Blatant Insults On The Monarchy.” (“Menghina Raja: Mengapa Polis Masih Tidak Menangkap & Menuduh Ketua Hakim Negara Abdul Hamid? – PDRM Diam Mengenai Penghinaan Raja Terang-Terangan Oleh Abdul Hamid”) telah diterbitkan oleh The Coverage memetik Financial Twitter sebagai sumbernya. Mula-mula saya lihat rencana itu, saya nampak nama pengarangnya sebagai “?? Singh “(saya lupa nama pertamanya). Ia tidak disebut sekarang. Bagaimanapun, saya yakin bahawa dia adalah orang yang sama dengan yang menulis “Muslims cannot tell lies” (“Orang Islam tidak boleh berbohong”) yang diterbitkan oleh Hornbill Unleashed pada 30 Julai 2014 itu.

Oleh kerana rencana itu berdasarkan rencana asal saya, saya memperturunkan semula rencana asal saya dengan bahagian yang dipotong kemudiannya ditulis dengan font tebal (bold). Saya juga memperturunkan rencana yang disiarkan oleh Hornbill Unleashed supaya pembaca dapat membandingkan kedua-duanya dan menilainya sendiri.

Saya akan menjawab beberapa perkara yang pembaca mungkin tidak mengetahui.

Ini adalah rencana asal saya:

“PELETAKAN JAWATAN YANG DI-PERTUAN AGONG DAN SELEPASNYA
By
Tun Abdul Hamid Mohamad

Pada 6 Januari 2019, Yang di-Pertuan Agong ke-15 Malaysia meletak jawatannya. Tiada alasan diberikan. Saya juga tidak akan menduga.

Bagi saya 6 Januari 2019 adalah suatu hari yang sangat penting bagi sistem raja berperlembagaan di Malaysia. Ia menunjukkan kematangannya. Jika YDPA, atas sebab-sebab yang diketahui olehnya, berpendapat bahawa baginda tidak mampu menjalankan tugasnya dengan baik sebagai seorang YDPA, atau jika baginda tidak sukakan pekerjaan itu atau baginda tidak sukakan orang yang baginda perlu bekerja dengannya atau atas alasan apa pun, tindakan yang baik untuk dilakukannya ialah meletakkan jawatan.

Kita tahu bahawa beberapa hari sebelum tarikh itu, Raja-Raja mengadakan mesyuarat tidak berjadual. Kita tidak tahu sama ada mereka membincang berkenan YDPA Ke-15 atau kedudukannya, apa keputusan yang dibuat, jika ada dan sama ada ia telah disampaikan kepada baginda. Jika jawapan kepada semua soalan-soalan ini adalah afirmatif yang mengakibatkan peletakan jawatan itu, itu adalah cara yang sangat terhormat dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Malah Dato’ Seri Najib, katakanlah apa yang anda suka mengenainya, menyerahkan kerajaan kepada Pakatan Harapan dengan cara yang terhormat apabila partinya kalah dalam GE 14.

Bandingkan dengan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak selepas GE 13 yang berpaut di meja Speaker apabila pengawal-pengawal dewan cuba mengeluarkannya dengan paksa apabila beliau enggan mengosongkan kerusinya, selepas kerajaannya kehilangan majoriti dalam dewan itu. Jika beliau berpendapat bahawa kerajaannya masih mempunyai majoriti dan/atau beliau fikir beliau lebih kuat daripada pengawal-pengawal itu sekali pun, beliau sepatutnya bangun dan berjalan keluar dengan cara yang bermaruah kerana, bukanlah martabatnya, sebagai seorang Speaker, yang berpakaian lengkap, untuk bergelut dengan pengawal-pengawal itu, apatah lagi, apabila akhirnya, beliau di angkat keluar dari dewan itu. Beliau sepatutnya mencari remedi lain.

Saya telah menyatakan pendapat saya bahawa adalah satu kesilapan bagi YDPA memberitahu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir bahawa baginda bersetuju untuk mengampunkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebelum mesyuarat Lembaga Pengampunan dan menerima kunjungan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, yang masih menjalani hukuman pemenjaraannya dan memberitahu bahawa beliau akan diampunkan, juga sebelum mesyuarat Lembaga Pengampunan. Lebih buruk lagi apabila YDPA memberitahu Dato’ Seri Anwar bahawa beliau diampunkan kerana ketidakadilan yang dilakukan kepadanya. Itu demoralise mahkamah, Pendakwa Raya dan polis kerana ia seolah-oleh menyatakan bahawa mereka kelihatan seperti alat kerajaan sebelumnya. (Lihat Pengampunan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Keadilan Kepada Saiful (14 05 2018)).

Suatu perkara lagi yang kita baca dalam media yang dilakukan semasa pemerintahan baginda ialah YDPA selalu mengadakan majlis-majlis angkat sumpah di luar waktu pejabat. Majlis mengangkat sumpah pelantikan kontroversi Tun Md Rauf sebagai Ketua Hakim Negara dan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin sebagai Presiden Mahkamah Rayuan untuk tempoh lanjutan itu dilakukan pada waktu malam. Begitu juga majlis angkat sumpah Tan Sri Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim Negara. Ini adalah fungsi rasmi YDPA yang serius. Ia patut dilakukan di waktu pejabat.

Majlis mengangkat sumpah Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri wajar diberi perhatian khusus. Kita membaca bahawa sebaik sahaja pengumuman keputusan pilihan raya menunjukkan bahawa PH telah mendapat majoriti, pada malam itu juga, Tun Dr. Mahathir pergi ke Istana Negara untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kerana takut kiranya akan berlaku lompatan parti oleh Ahli-Ahli Parlimen yang baru dipilih itu yang akan menyebabkan PH kehilangan majoriti.

Bagi saya, adalah memalukan bagi seorang bakal Perdana Menteri untuk pergi tanpa diundang, pada waktu malam, mungkin untuk mengejutkan YDPA jika baginda sedang beradu, untuk mengangkat sumpah beliau sebagai Perdana Menteri.

Kedua, YDPA tidak sepatutnya nampak seperti menjalankan tugasnya di bawah tekanan. YDPA berhak memuaskan hatinya siapa, menurut pendapatnya, mempunyai sokongan majoriti Ahli-Ahli Parlimen yang baru dipilih itu. Apatah lagi, baginda mempunyai budibicara dalam pelantikan Perdana Menteri. Jika Ahli-Ahli Parlimen yang baru dipilih hendak menyeberang dan menyeberang balik malam itu, biarkan mereka berbuat demikian. Sekurang-kurangnya, YDPA sepatutnya berpeluang untuk memuaskan hati baginda siapa yang mempunyai sokongan majoriti, pada siang hari keesokan harinya.

Upacara mengangkat sumpah Perdana Menteri adalah upacara mengangkat sumpah yang paling penting yang dilakukan oleh YDPA. Ia perlu dilakukan di majlis yang sesuai, dihadiri oleh para VIP termasuk, saya cadangkan, mantan Perdana Menteri terakhir, dan disiar secara langsung oleh televisyen. Ia akan membuktikan bahawa demokrasi berjalan dengan baik di Malaysia. Ia juga menunjukkan kematangan ahli-ahli politik di Malaysia..

Saya harap di masa hadapan YDPA tidak akan tunduk kepada tekanan. Biarkan calon Perdana Menteri piket di luar Istana Negara sepanjang malam jika beliau mahu!

Adalah juga diharapkan, tidak lama lagi Raja-Raja akan memilih YDPA baru yang memahami sistem raja berperlembagaan, federalisme, kedaulatan undang-undang, memahami dan menghormati Perlembagaan dan mematuhinya.

Zaman kuasa mutlak Kesultanan Melaka sudah berlalu. Raja berperlembagaan mesti sedar bahawa kuasanya datang dari Perlembagaan. Perlembagaanlah yang memberi dan menghadkannya. Perlembagaanlah yang menentukan bagaimana kuasa-kuasa itu dilaksanakan.

Ada kuasa yang boleh dilaksanakan mengikut budi bicara, manakala yang lainnya kena dilaksanakan atas nasihat Perdana Menteri. Perkataan “atas nasihat” mempunyai makna yang berbeza daripada perkataan nasihat yang digunakan dalam perbualan harian. Ia bermakna anda perlu mengikutinya, sama seperti Raja-Raja Melayu mesti mengikut “nasihat” Resident Inggeris sebelum Merdeka.

Saya minta maaf kiranya saya membuat bunyinya tidak sedap didengar. Tetapi, itulah realitinya. Anda mungkin tertanya-tanya mengapa. Katalah itu cara orang Inggeris berbuat sesuatu. Setelah berjuang begitu lama menuntut daripada raja-raja mereka yang berakhir dengan raja berperlembagaan yang kita ambil pakai, kata-kata “atas nasihat” tentunya lebih diplomatic dan lebih sedap didengar daripada “seperti yang diperintahkan” atau “mengikut arahan” Perdana Menteri!

Terdapat satu perkara lagi yang perlu diketahui oleh YDPA, iaitu konvensyen. Sistem raja berperlembagaan tidak boleh berfungsi tanpa konvensyen. Ada perkara yang YDPA, seperti juga King atau Queen England mesti lakukan walaupun Perlembagaan (Malaysia mempunyai Perlembagaan bertulis, England tidak) Perlembagaan tidak menyebutnya.

Satu contoh yang baik ialah Perkara 44:

“44. Kuasa perundangan Persekutuan hendaklah terletak hak pada Parlimen yang hendaklah terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong dan dua Majlis Parlimen yang dikenali sebagai Dewan Negara dan Dewan Rakyat.”

Menurut konvensyen, selepas kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara meluluskan sesuatu rang undang-undang, YDPA hendaklah memberi persetujuan baginda. Menurut konvensyen, baginda tidak boleh menolak untuk memberikan persetujuannya. Sekiranya konvensyen ini dan konvensyen-konvensyen lain diketahui dan dipatuhi pada tahun 1983, mungkin krisis perlembagaan pertama dapat dielakkan dan pindaan-pindaan yang banyak yang dilakukan kepada Perlembagaan itu tidak perlu.

Nasib baik atau tidak, selepas tiga Perdana Menteri pertama adalah peguam, Perdana Menteri keempat pada masa itu, seperti yang ketujuh, adalah seorang doktor perubatan. Maka, doktor perubatan itu pun melakukan pembedahan ke atas Perlembagaan yang digubal oleh Law Lords England.

Biasanya, setiap orang yang menjalani pekerjaan baru melalui latihan dalam perkhidmatan. Saya fikir pekerjaan yang tertinggi dan paling penting di negara ini juga tidak patut dikecualikan, melainkan YDPA adalah seorang peguam. Tiada apa-apa yang hendak dimalukan. Adalah lebih baik untuk belajar lebih awal daripada membuat kesilapan kemudian, apatah lagi apabila kesilapan itu akan membawa akibat kepada seluruh negara.

Sampai kepada rakyat. Terdapat kecenderungan yang semakin meningkat di kalangan orang Melayu untuk meminta Raja-Raja, melalui Majlis Raja-Raja, untuk campur tangan dalam berbagai perkara, undang-undang, pentadbiran dan politik di mana mereka tidak mendapat perhatian atau penyelesaian yang memuaskan daripada kerajaan.

Sekarang, terdapat satu trend menghantar memorandum kepada Raja-Raja mengenai isu politik semasa, meminta Raja-Raja, melalui Majlis Raja-Raja, untuk campur tangan. Perlu diingati bahawa Majlis Raja-Raja telah ditubuhkan untuk tujuan tertentu. (Sila baca ucaptama saya “Majlis Raja-Raja: Fungsinya Menurut Perlembagaan Persekutuan” (19 September 2017).

Adalah penting bahawa YDPA, Raja-Raja, ahli-ahli politik dan rakyat mengetahui kuasa dan sempadan bidangkuasa institutsi-institusi dalam sistem raja berperlembagaan dan institusi-institusi itu hendaklah befungsi dalam sempadan bidangkuasanya dan tidak diminta untuk mengganggu dalam perkara-perkara di luar bidang kuasanya.

Apa yang paling menyakitkan hati sekarang ialah peningkatan komen kasar, biadab, kurang ajar dan penghinaan terhadap YDPA dan Raja-Raja di media sosial. Kebebasan bersuara ada hadnya. Orang yang tidak tahu, tidak peduli atau tidak menghormati had kebebasan atau memang biadab dan kurang ajar tidak sepatutnya dibiarkan menyalahgunakan kebebasan itu.”

Ini adalah rencana yang disiarkan oleh The Coverage yang dipetik dari Finance Twitters:

(“Menghina Raja: Mengapa Polis Masih Tidak Menangkap & Menuduh Ketua Hakim Negara Abdul Hamid? – PDRM Diam Mengenai Penghinaan Raja Terang-Terangan Oleh Abdul Hamid”)
Bekas Ketua Hakim Negara, Abdul Hamid Mohamad, adalah (dan masih merupakan) penyokong tegar Najib Razak. Beliau adalah peminat fanatik bekas perdana menteri itu dua hari sebelum pilihan raya umum pada 9 Mei tahun lalu, beliau mengutuk Mahathir bukan sahaja kerana hendak menjatuhkan Najib, tetapi juga kerana mahu memusnahkan UMNO tanpa mengambil kira kebajikan dan masa depan orang Melayu.
Jangan buat kesilapan mengenainya. Bukan sahaja Abdul Hamid menyokong Najib Razak walaupun penjahat itu mencuri berbilion ringgit dan menjual negara kepada China, beliau mungkin salah seorang hakim paling rasis yang pernah dihasilkan oleh negara itu. Apabila kerajaan Mahathir melantik seorang Kristian Hindu – Tommy Thomas – sebagai Peguam Negara yang baru, Hamid hampir mengalami serangan jantung.

Sudah tentu, Abdul Hamid adalah hakim yang sama yang menulis penghakiman rasisnya di Mahkamah Rayuan pada tahun 1996 dalam kes di mana sebuah bank telah membuat tuntutan terhadap dua orang rakan kongsi perniagaan – seorang Melayu dan seorang India – yang melihatkan beliau menerima tuntutan (claim – sic) oleh Defendan Melayu (tetapi tidak orang Defendan India) kerana bekas Ketua Hakim Negara itu menerima hujah bahawa “sebagai seorang Islam orang Melayu tidak akan berbohong”.

Sekarang, walaupun selepas 8 bulan idola – penjahat dan pengkhianat Najib Razak – dikalahkan dan ditampar dengan 39 pertuduhan pecah amanah (CBT), pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kuasa, kekecewaan Abdul Hamid nampaknya telah mencapai titik tiada pulangan. Pada hari Jumaat (11 Jan), bekas Ketua Hakim Negara itu meletup dan berterbangan.

Pertama, Abdul Hamid yang nyanyok itu mendakwa Mahathir Mohamad, dalam tergesa-gesa untuk menjadi perdana menteri yang akan datang, telah pergi ke istana tanpa diundang untuk meminta supaya beliau diangkat sumpah ke jawatan itu lewat pada malam 9 Mei, pada hari yang sama pilihan raya umum ke-14 diadakan. Bagaimana Mahathir yang berusia 93 tahun itu diam-diam boleh dibawa ke istana tanpa beratus-ratus wartawan mengetahuinya, tidak dapat difahami.

Kedua, Abdul Hamid beg sampah mendakwa Agong (sekarang bekas Raja, Sultan Muhammad V Kelantan) telah membuat banyak kesilapan, antaranya secara tidak berperlembagaan memaafkan Anwar dan menghina mahkamah. Ya, bekas Ketua Hakim Negara telah menuduh bekas Raja tidak berkebolehan – bahkan mengejek raja bahawa cara terbaik baginya adalah untuk turun dari takhta.

Oleh kerana bekas Raja telah melakukan penghinaan terhadap mahkamah, Abdul Hamid, yang menganggap dirinya sangat tinggi, pada dasarnya mencadangkan bahawa Raja Melayu itu patut ditangkap dan dituduh. Beliau berkata – “Lebih teruk lagi bahawa Baginda telah memberitahu Anwar bahawa dia telah diampunkan kerana ketidakadilan yang dikenakan kepadanya. Ini akan melemahkan semangat mahkamah, pendakwa raya dan polis kerana ia menunjukkan bahawa mereka adalah alat kerajaan sebelum ini.”

Itu samalah seperti mengatakan bekas Raja sebagai diktator seperti Adolf Hitler atau Kim Jong-un – merampas kuasa badan kehakiman dan menurunkan Polis Diraja Malaysia ke institusi pariah. Abdul Hamid juga memberi tanggapan bahawa Sultan Muhammad V sangat lemah dan terencat sehingga baginda telah menjadi boneka PM Mahathir dan PM-menunggu Anwar Ibrahim.

Ketiga, Abdul Hamid yang sombong mengkritik mantan Raja kerana kononnya melakukan upacara bersumpah di luar jam kerja. Dia memberikan contoh – Mohd Rauf Sharif (Ketua Hakim egata) dan Zulkefli Ahmad Makinuddin (presiden Mahkamah Rayuan) dan Richard Malanjum (Ketua Hakim Negara) yang paling baru – yang semuanya mengangkat sumpah di malam hari di istana.

Mengkritik bekas Raja, bekas hakim tertinggi itu berkata – “Ini adalah fungsi rasmi Yang Di-Pertuan Agong (Raja) dan perlu diberi perhatian yang serius. Ia perlu dilakukan di waktu pejabat.” Adakah Abdul Hamid baharu sahaja mendedahkan bahawa bekas Raja itu terlalu melakukan terlalu banyak kegiatan extra-curricular “tak rasmi” pada siang hari sehingga raja terpaksa menjalankan tugasnya hanya pada waktu malam?

Sebagai penyokong kuat Najib Razak dan bekas ketua sistem perundangan, berkemungkinan besar Abdul Hamid mempunyai akses kepada maklumat rahsia yang tidak diketahui oleh orang ramai. Justeru, bolehkah beliau, tanpa disedarinya, berkata terlalu banyak dan dalam proses itu secara tidak langsung mengesahkan khabar angin di media sosial bahawa Sultan Muhammad V Kelantan mempunyai masalah seks dan dadah?

Jika tidak, bagaimanakah Abdul Hamid menjelaskan tuduhannya bahawa Sultan Kelantan tidak dapat melaksanakan tugasnya secara bertanggungjawab di waktu pejabat dari pukul 9 pagi hingga 5 petang seperti mana-mana pekerja pejabat? Kecuali bekas Ketua Hakim Negara itu boleh membuktikan sultan adalah seorang superhero seperti Batman, yang membenteras jenayah pada malam hari, ucapannya membawa motif tersembunyi yang memperkecilkan, menyerang dan menghina Raja Melayu itu.

Serangan kasar Abdul Hamid terhadap bekas Raja itu sebenarnya adalah serangan ke atas angkatan tentera negara ini berdasarkan kuasa raja sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Malaysia (Angkatan Darat, Tentera Laut dan Angkatan Udara). Ini bermakna bahawa di bawah pemerintahan Sultan Muhammad V sebagai Pemerintah Tertinggi, keselamatan negara telah terancam selama lebih dari 2 tahun.

Heck, Abdul Hamid tidak peduli untuk menyembunyikan sokonga terus menerusnya terhsdsp kerana rasuah dan pengkhianatan bahawa beliau sebenarnya percaya bahawa sumpah Mahathir Mohamad tidak dilakukan dengan baik kerana bekas perdana menteri Najib Razak tidak dijemput ke acara tersebut. Mengejutkan, dua hari selepas ledakan bodoh itu, bekas Ketua Hakim Negara itu meminta maaf kepada Mahathir Mohamad dan bekas Raja.
Setakat ini, polis berdiam diri mengenai penghinaan Abdul Hamid yang sangat terang terhadap Raja. Memang, dia telah meminta maaf tetapi begitu juga pengguna Facebook Eric Liew Chee Ling. Dan mengapa pengguna media sosial seperti Eric Liew, Azham Akhtar Abdullah dan Nur Alia Astaman ditangkap dan didakwa di bawah Akta Hasutan 1948, tetapi bekas Ketua Hakim Negara Abdul Hamid Mohamad tidak?

Adakah Timbalan Ketua Polis Negara (IGP) Noor Rashid Ibrahim tidur di tempat kerja? Kenapa dia tidak menahan dan menuduh Abdul Hamid kerana menghasut? Adakah dia menunggu artikel menghasut untuk menjadi virus sebelum dia boleh bertindak? Atau adakah Timbalan Ketua Polis, seperti bekas Ketua Hakim Negara, masih terhutang budi kepada Najib Razak oleh itu pilih kasih yang sengaja dan “double standard”?

Tidak seperti pengguna media sosial biasa yang dianggap menghina Sultan Muhammad V selepas Raja Kelantan yang telah turun takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15, Abdul Hamid mengutuk dan menghina hampir semua institusi – Eksekutif, Kehakiman, Ketua Kerajaan, Polis Diraja Malaysia, Tentera, Institusi Beraja dan apa sahaja.

Mungkin Mahathir betul ketika beliau mengejek pegawai penguat kuasa yang tidak tahu apa yang dianggap sebagai “penghinaan”, sehingga Perdana Menteri berusia 93 tahun itu harus berceramah kepada polis. Timbalan IGP Noor Rashid Ibrahim nampaknya tidak mengerti sama seperti orang yang terus menghalakan alat kawalan jauh TV ke microwave atau peti sejuk.”

Saya hanya akan menjelaskan beberapa perkara:

Pertama, berkenaan komen saya mengenai Tun Dr. Mahathir pergi ke Istana Negara pada malam 9 Mei 2019, saya bergantung pada apa yang diberitahu kepada saya oleh orang yang saya tidak mempunyai sebab untuk tidak percaya, di hapadan dua orang lain yang sama kedudukan dengannya. Malah, hingga ke hari ini saya masih cenderung untuk mempercayai apa yang diberitahunya kepada saya.

Bagaimanapun, oleh kerana Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang menafikannya, dan saya tidak mahu berbalah mengenainya, saya terima kenyataan itu dan meminta maaf kepada Perdana Menteri. Permintaan maaf itu dimuat naik di dua laman web saya pada 12 Januari 2019. Saya juga meminda artikel saya dengan memotong bahagian yang relevan dengan cetakan tebal. Itu sepatutnya menamatkan perkara itu, tetapi permmohonan maaf saya diputar belit untuk mendiskreditkan saya. Jika ada sesiap yang tahu sama ada sebenarnya Tun Dr. Mahathir pergi atau tidak ke Islana Negara pada malam itu, sila melangkah kehadapan. Kita, hanya ingin tahu apa yang benar.

Mengenai permintaan maaf kepada YDPA, ini apa yangsaya katakan:

“Saya juga mengangkat sembah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong memohon maaf kiranya terdapat apa-apa kesilapan fakta yang melibatkan baginda dalam rencana itu walaupun, setakat ini, belum ada sesiapa yang menunjuknya.” (Tekanan ditambah.)

Itu adat Melayu. Apabila berucap, sebelum berhenti, seseorang itu akan meminta maaf kiranya ada apa-apa kesilapan, kekasaran, kekurangan dan sebagainya. Dalam hal ini, oleh sebab saya telah meminta maaf kepada Tun Dr. Mahathir, maka saya panjangkan juga kepada YDPD sekiranya terdapat apa-apa kesilapan….Itu adalah permohonan maaf beradat dan bersyarat.
Mengenai tuduhan “penghinaan yang terang-terang” saya terhadap YDPA, sila bandingkan apa dan bagaimana saya mengatakannya dengan apa yang penulis rencana itu berkata, saya katakan. Hanya untuk memberi satu contoh yang jelas, beliau berkata bahawa saya telah “…berkata terlalu banyak dan dalam proses itu secara tidak langsung mengesahkan khabar angin di media sosial bahawa Sultan Muhammad V Kelantan mempunyai masalah seks dan dadah?” Tunjukkan kepada saya di mana, di dalam rencana saya itu, saya berkata atau membayangkan sedemikian.
Mengenai selainnya, saya serahkan kepada pembaca untuk menilainya.

Untuk pengetahuan pengarang rencana bertarikh 16 Januari 2019 itu, walaupun beliau berusaha bersungguh-sungguh supaya saya ditangkap kerana menghina YDPA ke-15, se minggu selepas rencananya diterbitkan, saya menerima panggilan telefon dari pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja meminta pengesahan alamat kediaman saya sekarang untuk mereka menghantar kad undangan untuk menghadiri majlis mengangkat sumpah YDPA ke-16! Terkejut? Kecewa? Beliau terima undangan atau tidak? Bagaimanapun, saya memberitahu pegawai tersebut bahawa, malangnya, saya tidak dapat hadir kerana keadaan kesihatan saya tidak mengizinkan.

Pada 23 Januari 2019, Malaysiakini menerbitkan sembilan lagi komen terpilih di bawah “Yoursay: Inexcusable for ex-CJ to make an error of facts (“Yoursay: Kesilapan fakta bekas KHN tidak dapat dimaafkan.”). Perhatikan bahawa pengkritik saya telah kalah dalam tahun 2014, dan kini sekali lagi, dalam tahun 2018, kepada seorang yang uzur. Bolehkah mereka memaafkan saya? Oleh itu, permohonan maaf pun perlu diputar belit sepenuhnya untuk menjatuhkan integriti saya.

Saya akan memetik mereka sepenuhnya (kecuali nama mereka, bukan nama sebenar mereka pun) untuk membaca memutuskan sendiri sama ada mereka bersetuju dengan pengkritik-pengkritik saya itu atau tidak. Saya telah menjelaskan mengapa saya menulisnya seperti yang saya lakukan dan mengapa saya memohon maaf. Saya tidak akan mengulanginya lagi.

Inilah apa yang mereka katakan, berikutan permintaan maaf saya:

A: “Secara jujur, hakikat bahawa Abdul Hamid Mohamad ketua hakim negara Malaysia adalah mengejutkan, teruk, dahsyat dan tidak dapat dimaafkan.

Berpuluh-puluh tahun ketuanan Melayu dan ketaksuban rasis dan agama telah mencipta keadaan di mana seorang lelaki yang dalam kebijaksanaannya yang tidak terhingga memutuskan bahawa “orang Islam tidak berbohong” dan yang dalam keadaan biasa tidak mungkin layak untuk menjadi seorang majistret, telah menjadi pegawai kehakiman Malaysia yang tertinggi.

Adakah kita memerlukan lebih banyak alasan mengenai apa yang merosakkan negara kita yang tercinta?”

B: “Adalah patut dipuji bahawa lelaki ini telah mengakui kesilapannya (kerana mendakwa bahawa Dr Mahathir Mohamad telah pergi ke Istana Negara yang tidak diundang pada 9 Mei dalam usaha untuk bersumpah sebagai perdana menteri) dan memohon maaf untuknya.

Walau bagaimanapun, masih terdapat banyak perkara yang beliau menulis sebelum ini yang mana beliau patut meminta maaf. Memang, beliau sangat mengecewakan sebagai seorang yang menjadi ketua hakim negara.”

C: “Sebelum pengulas “memuji” bekas ketua hakim negara ini, mereka harus ingat konteks permintaan maafnya.

1. Bekas KHN meminta maaf hanya kerana ia melibatkan Mahathir. Adakah anda fikir beliau akan memohon maaf jika ini adalah fitnah mengenai (katakan) Lim Kit Siang atau DAP atau mana-mana orang bukan Melayu?

2. Bekas HKN adalah seorang Melayu “bigot” yang dilantik ke jawatan tertinggi KHN semata-mata kerana pandangannya yang “bigot” itu.

Baru-baru ini beliau telah “memperingatkan” Konvensyen Perpaduan Negara bahawa orang Melayu akan menjadi “Red Indians” di tanahair sendiri.

Kembali kepada ketika beliau menjadi seorang hakim, beliau menulis penghakiman yang mengatakan bahawa kesaksian seorang Melayu dapat diterima hanya kerana dia seorang Muslim (kononnya Muslim tidak berbohong) tetapi kesaksian seorang India ditolak (kononnya bukan Islam tidak boleh dipercayai).

Inilah ukuran Abdul Hamid, seorang tokoh fasis Islam dan “bigot” bangsa””

D: “Hamid, ini adalah permulaan yang baik – anda boleh meminta maaf kerana tidak bercakap benar.

Biarkan saya mengingatkan anda bahawa terdapat banyak perkara lain yang anda telah bercakap tentang komuniti lain yang tidak benar. Anda perlu memohon maaf kepada mereka juga.”

E: “Saya ingin bertanya kepada yang arif bekas ketua hakim negara itu berapa kali beliau membuat kesilapan yang disengajakan seperti itu?

Ini semestinya bukan kesilapan, ia bukanlah suatu dakwaan yang beliau nyatakan sebagai fakta, dan oleh itu ia adalah satu pembohongan yang disengaja yang datangnya dari bekas ketua hakim negara.

Saya ingin bertanya kepadanya, saya tidak akan membuat apa-apa tuduhan, tetapi adakah beliau dibayar untuk melakukan kebohongan tebal muka itu? Dan saya juga ingin mengingatkannya bahawa melakukan satu pembohongan untuk menutup satu pembohongan lain bukanlah cara melakukannya.”

F: “Malu kepada kamu, Hamid. Sebagai bekas ketua hakim negara, anda sepatutnya seorang pakar dalam mengumpul fakta dan membuat keputusan berdasarkan fakta dan undang-undang.

Juga, anda sepatutnya tidak memihak dan tidak terpengaruh dengan perkara lain seperti sama ada anda minum kopi atau teh apabila anda membuat keputusan.

Sekarang kita tahu bagaimana naif dan rendahnya awak. Nasihat saya kepada anda adalah untuk bersenang-senang bersara dan bersembunyi di bawah “tempurung” anda.”

G: “Hamid adalah jaguh Melayu lantikan sendiri, bukan ‘jaguh’ Malaysia, (dan yang lemah, terpesong). Lihat perbezaannya?

Kedua-dua cara dan fikirannya menggagalkan orangnya sendiri yang dianggap diwakili olehnya dan negaranya yang kononnya dia bersumpah kesetiaan kepadanya.

Dia adalah orang yang membantu menghancurkan reputasi badan kehakiman dan negara, dan semoga kita belajar dari semua penipuan ini dan memperluaskan pandangan dunia kita di luar tempurung bangsa dan agama kita seperti yang dilakukannya.

Kita, sebagai sebuah negara, membuat kesilapan dalam menjadikannya sebagai KHN kita; dan ya, kita berhak lebih baik, tetapi sekarang kita menerimanya sebagai sandiwara dalam sejarah negara kita dan kita maju ke hadapan.”

H: “Bolehkah seseorang mengaibkan dan memalukan dirinya lebih dari pada orang ini?

Ya, ada beberapa ahli politik di luar sana yang menunggu makanan dan penginapan percuma. Tetapi seperti dijangka, ahli politik entah bagaimana memilikinya dalam gen mereka untuk memalukan diri mereka dengan kata-kata dan kelakuan dan berakhir dalam pembetung.

Bagaimanapun, lelaki ini menjadi KHN negara ini pada satu masa. Beliau mengetuai institusi yang diharapkan oleh orang ramai untuk mendapatkan keadilan. Bagaimana beliau mendapat kenaikan demikian; jika tidak kerana apa yang beliau telah bukti semasa di mahkamah dan lebih lebih lagi sekarang?

Ia adalah kerana ini adalah orangnya yang dengan mudah, dengan bersungguh-sungguh, dengan sengaja dan rasial terhutang budi kepada tikus-tikus yang menjadikannya KHN.

Dan itu menyebabkan kita semua malu, kerana membenarkan sampah untuk naik melebihi nilai moral minimum yang diharapkan daripada mana-mana orang biasa di jalanraya”.

I: “Hamid, saya tertanya-tanya berapa kes yang anda buat di masa lalu yang diputuskan berdasarkan kesilapan fakta.

Anda adalah bekas ketua hakim negara. Anda sepatutnya dilatih untuk menimbang fakta dan keputusan anda dengan cermat dengan kewajipan berhati-hati sepenuhnya. Adalah mustahil untuk mempercayai bahawa anda boleh membuat kesalahan sedemikian.

Peristiwa sumpah itu berlaku lapan bulan lalu. Tentunya, anda mempunyai banyak masa untuk mengumpulkan fakta anda.

Sesungguhnya orang ramai harus meragui kecekapan Hamid sebagai ketua hakim negara. Mungkin Majlis Peguam harus mengkaji semula semua kes yang lalu untuk menentukan sama ada ia mengandungi kesilapan fakta.

Ini benar-benar tindakan yang memalukan dari bekas ketua hakim negara.”

Adakah apa-apa yang baru? Biar apan pun yang mereka katakan terhadap saya, tunjukkan saya satu perkataan yang serupa dengan yang digunakan oleh mereka terhadap saya, yang saya gunakan terhadap sesiapa pun. Semoga Allah memberi ganjaran kepada ruh ibu bapa saya kerana telah mendidik saya cseperti yang mereka lakukan.

Memandang ke belakang, semua ini berlaku dalam tempoh empat tahun yang lalu. Dalam tempoh itu, pada tahun 2014, saya masih dapat berdiri dan berjalan beberapa meter. Tetapi dari tahun 2015, saya tidak dapat berdiri lagi dan saya menghabiskan sebahagian besar masa saya terlentang.

Pada masa itu, saya mula menulis dan bercakap mengenai isu-isu politik untuk mempertahankan kontrak sosial dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan; mempertahankan hak-hak orang Melayu dan anak-anak negari Sabah dan Sarawak serta kedudukan Islam, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan, dalam menentang cabaran yang semakin meningkat oleh kumpulan bukan Melayu dan bukan Islam yang mahu pengagihan semula hak-hak orang Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak, sambil mengekalkan hak-hak mereka. Itu adalah pendirian saya dan, untuk itu, saya tidak meminta maaf.

Dalam tempoh itu, saya juga menulis banyak rencana tentang isu-isu undang-undang dan perlembagaan yang lain, serta isu-isu lain, yang mana pengkritik saya diam.

Tetapi, bagi yang awal disebut, dan juga kerana menyentuh ikon mereka Tommy Thomas, saya menerime kritikan, cemuhan, penghinaan, cercaan dan kutukan pengkritik-pengkritik saya. Pengkritik-pengkritik itu mengikuti saya, mencari apa yang saya tulis atau kata, yang mereka boleh putar belit dan siarkan. Media internet akan menjemput para pelanggannya mengulas (baca mengkritik, mengutuk). Memandangkan bilangan kritikan terhadap saya, saya tidak terkejut bahawa saya telah menjadi musuh No.1 mereka. Oleh itu, saya mesti diikuti, diperhatikan, didiskreditkan dan dibungkam.

Pada masa yang sama, walaupun saya terlentang dan dalam kesakitan, hanya melalui tulisan dan, kadang-kadang, ucapan, saya telah memainkan peranan penting dalam mempengaruhi masyarakat Melayu-Muslim untuk mempengaruhi dua orang perdana menteri, seorang dari Barisan Nasional dan seorang lagi dari Pakatan Harapan, kedua-duanya musuh ketat, yang kemudian disebut daripada kumpulan parti-parti yang disokong oleh pengkritik-pengkritik saya itu, untuk mengubah fikiran mereka mengenai dua isu kebangsaan (pemansuhan Akta Hasutan dan pengesahan ICERD), yang mengecewakan pengkritik-pengkritik saya itu. Itu tidak mengambil kira isu-isu lain seperti kempen tandatangan untuk menjadikan Rukun Negra sebagai mukadimah Perlembagaan yang saya tentang dan mati tak berkubur dan seruan saya supaya UMNO dan PAS bekerjasama demi perpaduan Melayu/Muslim, yang nampaknya, sedang berlaku.

Paling kurang, tidakkah saya mempunyai sebab untuk senyum? Adakah mereka?

25 02 2019

[email protected]
http://www.tunabdulhamid.my
https://tunabdulhamid.me

392 visits