KEMENANGAN PRK: SATU NASIHAT

KEMENANGAN PRK: SATU NASIHAT
Oleh
Tun Abdul Hamid Mohamad

 

Barisan Nasional (BN) telah memenagi Pilihanraya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar dengan majority besar. Saya ucapkan tahniah.

PAS patut mengambil iktibar daripada keputusan itu supaya tidak meletak calun di kawasan-kawasan yang ia tiada atau kurang harapan menang dan menyokong UMNO untuk tidak memecahbelahkan undi Melayu. Bayangkan betapa besarnya majority jika dalam PRK itu PAS menyokong BN. Bagi kawasan-kawasan lain, ia akan mengelakkan kemenangan DAP, PKR atau PAN. DAP, PKR dan PAN tentu mempunyai kerjasama untuk sokong menyokong antara satu sama lain.

Tun Dr Mahathir juga patut mengambil iktibar daripada keputusan itu. Janganlah rosakkan itegriti dan pencapaian yang telah diperolehi sepanjang hayat setelah berada dipenghujung jalan. Janganlah menyusahkan orang untuk terus menghormati beliau. Beliau lebih baik berehat sahaja supaya orang boleh terus menghormatinya.

Pemimpin-pemimpin UMNO pula patut bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada pengundi-pengundi. Jangan bongkak dan mendabik dada. Jangan cakap besar, memukul canang merata jalan. Jangan bagi orang meluat semula. Pada masa yang sama, bersihkan imej rasuah yang ada itu. Insya Allah pengundi Melayu akan menyokong mereka semula. Apabila BN sudah nampak kuat, pengundi-pengundi bukan Melayu (terutama sekali Cina) akan membuat perhitungan “untung-rugi” semula dan mungkin akan mengubah pendirian mereka untuk mengundi BN semula. Mereka takut rugi.

19 06 2016

[email protected]
http://www.tunabdulhamid.my
https://tunabdulhamid.me

75 visits