CETAKAN KEDUA BUKU-BUKU BARU TUN HAMID SIAP

CETAKAN KEDUA BUKU-BUKU BARU TUN HAMID SIAP

Cetakan kedua buku Hakim Bukan Parlimen (HBP) dan No Judge is a Parliament (NJIAP) karangan Tun Abdul Hamid Mohamad telah siap. Buku-buku itu boleh dibeli sekarang terus daripada Tun.

Buku-buku itu bukannya identical. Melainkan beberapa rencana, yang lainnya berlainan. HBP mengandungi rencana-rencana yang ditulis dalam Bahasa Melayu daripada 2016 hingga 2020. NJIAP mengandungi rencana-rencana yang ditulis dalam Bahasa Inggeris dalam tempoh yang sama. Untuk mempunyai koleksi yang lengkap pembaca eloklah membeli kedua-duanya.

Oleh sebab kenaikan kos percetakan, harga jualan perlu dinaikkan kepada RM80 bagi HBP dan RM75 bagi NJIAP. Namun demikian, harga-harga itu adalah separuh harga pasaran jika ia diterbitkan oleh syarikat-syarikat penerbit buku.

Tempahan boleh dibuat terus kepada Tun melalui email [email protected] atau WhatsApp 018 255 5354.

Buku-buku boleh diambil sendiri secara bersendirian atau secara berkumpulan melalui wakil ATAU dihantar melalui pos. Untuk dihantar melalui pos tambahan bayaran pos dikenakan. Pembeli yang mahu buku dipos hendaklah memberi nama penuh, alamat dan nombor telefon. Pembeli yang akan mengambil sendiri hanya perlu memberi nama penuh dan nombor telefon.

Semua buku akan diotograf oleh Tun sendiri.

Sekian.

70 visits