DCB BANK BHD (CO NO 6171-M) v. PRO-VEST SDN BHD (CO NO 269987H) & ORS
DCB BANK BHD (CO NO 6171-M) v. PRO-VEST SDN BHD (CO NO 269987H) & ORS
HIGH COURT, PULAU PINANG
ABDUL HAMID MOHAMAD J
RAYUAN SIVIL NO 22-210-97
1 MARCH 1999
[1999] 1 LNS 368
CIVIL PROCEDURE
Counsel:
Sharon Song Choy Leng (M/s Gan Teik Chee & HO), Krishna Kumari a/p Ratnam (M/s Cheng, Leong & Co)
ALASAN PENGHAKIMAN
[LAMPIRAN 29]
Alasan penghakiman ini mengenai kes terhadap Defendan Kedua sahaja. Oleh itu tumpuan hanya akan diberi kepadanya.
Tuntutan Plaintif adalah terhadap Defendan Pertama (Syarikat) sebagai penghutang utama dan terhadap Defendan Kedua, Ketiga dan Keempat sebagai penjamin. Mengikut pernyataan tuntutan Plaintif, Plaintif telah memberi kemudahan kredit kepada Defendan Pertama berjumlah RM5,550,000,00.
Melalui perjanjian jaminan, Defendan-Defendan Kedua, Ketiga dan Keempat: [2]
“jointly and severally guarantee payment on demand upon the Defendants of all money and liabilities including interest thereon whether certain or contingent now or hereafter owing or incurred to the Plaintiff from or by the 1st Defendant on any current or other account or in any manner whatever whether as principal or surety and whether alone or jointly with any other person and in whatever name style or firm together with interest prevailing on all such debts and liabilities to the date of payment with monthly rest (whether the relation of Plaintiff and the 1st Defendant has ceased or not), commission banking charges legal and other costs charges and expenses whether incurred in enforcing or seeking to enforce any security for or obtaining or seeking to obtain payment of all or any part of the money hereby guaranteed or otherwise howsoever. Such debts shall deemed to be owing from each of us as principal principal debtors notwithstanding any defect informality or insufficiency in the borrowing powers of the 1st Defendant or in the exercise thereof which might be a defence as between the 1st Defendant and the Plaintiff.”
Defendan Kedua memfail pembelaan pada 4 Ogos 1997.
Pada 22 Ogos 1997, Plaintiff memfail saman dalam kamar memohon penghakiman terus berjumlah RN2,941,705.06, faedah dan kos (Lampiran 7).
Pada 27 Ogos 1997, penghakiman ingkar dimasukkan terhadap Defendan Pertama (Syarikat) untuk jumlah yang sama.
Pada 25 Jun 1998 Penolong Kanan Pendaftar menolak permohonan Plaintif (Lampiran 7). Plaintif merayu kepada Hakim dalam Kamar (Lampiran 29).
Pada 12 Oktober 1998 saya membernarkan rayuan Plaintif dan memberi penghakiman kepada Plaintif untuk jumlah yang sama tetapi faedah atas “Overdraft” pada kadar 12.25% setahun dan atas “Trust Receipt” pada kadar 13.25% [3] setahun. Defendan Kedua merayu ke Mahkamah Rayuan. Maka alasan penghakiman ini.
Oleh sebab ini adalah pemohonan untuk mendapat penghakiman terus di bawah Aturan 14 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 (KMT 1980) maka soalnya ialah sama ada Defendan Kedua dapat menunjukkan bahawa terdapat persoalan-persoalan atau apa-apa sebab lain yang mematutkan tindakan ini dibicarakan.
Pertama, dihujahkan bahawa Plaintif tidak mempunyai “locus standi” untuk mengambil tindakan. Ini kerana Plaintif sekarang tidak wujud lagi sebagai DCB Bank Bhd. tetapi sebagai RHB Bank Berhad. Plaintif patut meminda namanya terlebih dahulu dalam prosiding ini.
Perlu disebut bahawa pada tarikh tindakan ini dimulakan, Plaintif masih dikenali atas nama lamanya. Perubahan berlaku selepas itu. Tetapi Plaintif belum meminda writ ini.
Saya berpendapat bahawa penukaran nama Plaintif itu tidaklah mencacatkan permohonan ini, walau pun Plaintif patutlah memindanya. Pindaan boleh dibuat bila-bila masa, lebih awal lebih baik. Seksyen 23(6) Akta Syarikat 1965 memperuntukkan:
“A change of name pursuant to this Act shall not affect the the identity of the company or any rights or obligations of the company or render defective any legal proceeding by or against the company, and any legal proceeding that might have been continued or commenced by or against it by its former name may be continued or commenced by or against it by its new name.” [4]
Kedua, dihujahkan bahawa notis tuntutan bertarikh 24 Mac 1997 tidak diterima. Ini satu lagi hujah biasa dalam tuntutan seperti ini.
Klausa 18 perjanjian jaminan itu antara lain memperuntukkan bahawa notis tuntutan disifatkan sebagai telah diberi dengan secukupnya jika ia dihantar dengan pos berbayar ke alamat Defendan Kedua yang terakhir yang diketahui oleh Bank. Sebenarnya itu dilakukan. Alamat Defendan Kedua yang digunakan oleh Plaintif untuk mendhantar notis itu adalah alamt yang digunakan oleh Defendan Kedua sendiri dalam affidavit-affidavitnya sekarang. Salinan “slip” pos berdaftar surat itu diekshibitkan – Lampiran 17 Ekshibit 7CS-12.
Ketiga, dihujahkan bahawa perjanjian jaminan itu tak sah kerana ketiadaan balasan, sebab balasan, jika ada pun, adalah balasan lampau.
Defendan Kedua adalah salah seorang pengarah Defendan Pertama. Klausa perjanjian jaminan (Lampiran 6 Ekshibit TCS-3 menyebut:
“IN CONSIDERATION of you… the Bank… at your request, making or having made or continuing advances or otherwise giving credit or efforting facilities and accomodation for as long as the Bank may think fit to PRO-VEST SDN. BHD…. we the undersigned IDRUS BIN IBRAHIM… guarantee payment on demand upon us….”
Ini adalah satu jaminan berterusan. Dalam kes Perwira [5] Habib Bank Malaysia Bhd. v. Fast Travel Sdn. Bhd & Ors.1 diputuskan bahawa satu jaminan berterusan, bukan sahaja menjamin kemudahan yang telah wujud pada masa jaminan diberi tetapi juga kemudahan yang akan diberi di masa hadapan.
Seksyen 80 Akta Kontrak 1950 memperuntukkan:
“80. Anything done, or any promise made, for the benefit of the debtor may be a sufficient consideration to the surety for giving guarantee.”
Seksyen 82 Akta itu mentafsirkan suatu “continuing guarantee” sebagai “A guarantee which extends to a series of transactions.”
Lihat juga Cheng Swee v. Bangkok Bank Ltd.2.
Hujah ini tidak bermerit.
Keempat, dalam pernyataan pembelaannya Defendan Kedua mengatakan bahawa “Plaintiff boleh mendapat kembali jumlah yang terhutang oleh Defendan Pertama, yang dinafikan, dengan menggunakan cagaran-cagaran…”. Mungkin, apa yang dimaksudkan ialah bahawa Plaintif hendaklah menghalang-tebus cagaran-cagaran itu dulu sebelum menuntut daripada penjamin. Hujah ini tidak dibangkitkan di hadapan saya. Maka memadailah sekadar menyentuhnya dengan ringkas.
Klausa 17, perjanjian jaminan itu memperuntukkan:
“The Bank shall be under no liability to marshall in… favour any securities or any of the funds or assets which the Bank may be entitled to receive or upon which [6] the Bank has a claim.”
Klausa 20 memperuntukkan:
“This guarantee shall be in addition to and shall not be in any way prejudiced or affected by any colleteral or other security now or hereafter held by the Bank for all or any part of the money hereby guaranteed…”
Jika autoriti diperlukan, sila lihat Kwong Yik Finance Bhd. v. Mutual Endeavour Sdn. Bhd. & Ors,3 dan Heng Cheng Swee v. Bangkok Bank Ltd.4.
Hujah ini juga tidak berasas.
Hujah kelima adalah mengenai faedah. Ini boleh disenaraikan begini:
(a);kadar faedah yang dituntut oleh Plaintif adalah terlalu berlebihan dan taksah;
(b);Plaintif telah mengubah kadar faedah tanpa memberi not is kepada Defendan Kedua;
(c);Plaintif secara taksah menuntut “penalty interest”;
(d);Plaintif telah “capitalised the interest.”
Sebelum membincangkan hujah-hujah itu satu per satu, eloklah diperturunkan beberapa peruntukkan perjanjian jaminan itu dulu.
Klausa 1 perjanjian jaminan itu memperuntukkan, antara lain:
“… we the undersigned… jointly and severally guarantee payment on demand upon us of all money and [7] liabilities including thereon whether certain or contingent now or hereafter owing or incurred by the Bank… together with interest prevailing on all such debts and liabilities to the date of payment.” (tekanan ditambah).
Proviso kepada klausa itu, antara lain, memperuntukkan:
“Provided that the total sum recoverable from us is limited to the sum of RM5,550,000.00… together with such further sum of interest thereon at such rate as the Bank may from time to time stipulate as well after a before judgment…” (tekanan ditambah).
Surat tawaran kemudahan itu bertarikh 10 Februari 1996 (Lampiran 17 Ekshibit TCS8) memperuntukkan kadar faedah semasa biasa sebelum berlakunya kemungkinan atau pindaan. Ia seterusnya memperuntukkan:
“The Bank shall be entitled at its absolute discretion to vary at any time and from time to time the Base Lending Rate of interest of the Bank and/or the margin of interest imposed above the Base Lending Rate… in the following manner:
(i);in respect of the Base Lending Rate of intertest by displaying at the premises of the Bank a general notice of change…
(ii);in respect of the margin of interest imposed above the BLR… by serving a notice in writing on you of the change… and such notice shall be deemed to have been sufficiently served on you if sent by ordinary wait to you usual or last known place of business or to the address above stated.”
Klausa X( p ) perjanjian itu memperuntukkan: [8]
“We reserve the right to capitalise interest in the event that the facilities are under recall notwithstanding the termination of banker-customer relationship…. We shall change additional interest at such rate that may be imposed at any time and from time to time by us at your absolute discretion over and above our prevailing Base Lending Rate as well after as before judgment.”
Mengenai (a) adalah jelas bahawa perjanjian itu mewajibkan Defendan-Defendan membayar faedah yang dikenakan atau akan dikenakan pada kadar yang akan ditetapkan oleh Plaintif dari semasa ke semasa dan Plaintif berhak memindanya dari semasa ke semasa. Apa yang diakukan oleh Plaintif adalah mengikut perjanjian itu. Defendan Kedua tidak boleh mengatakan ianya terlalu tinggi atau berlebihan.
Walau bagaimana pun peguam Plaintif mengakui bahawa kadar faedah yang tersebut dalam prayer (b) dan (c) pernyataan tuntutan adalah silap. Ia sepatutnya 12.25% dan 13.25% bukan 13.25% dan 14.25%. Tetapi perkiraan jumlah terhutang dalam prayer (a) adalah betul. Ini disahkan oleh pengurus Plaintif dalam affidavitnya – lihat Lampiran 17.
Oleh sebab itu, dalam memberi penghakiman kepada Plaintif, bagi prayer (b) dan (c) saya cuma memerintahkan bahawa kadar-kadar faedah yang kena dibayar ialah 12.25% dan 13.25% bagi prayer-prayer itu masing-masing.
Mengenai (b), hujah ini adalah satu hujah yang kerap didengar dalam tindakan seperti ini. Dalam kes ini [9] Plaintif telah mengemukakan beberapa notis yang dihantar kepada Defendan Pertama. Dan perlu diingati bahawa Defendan Kedua adalah pengarah Defendan Pertama. Plaintif juga mengatakan bahawa notis perubahan Base Lending Rate sentiasa dipamirkan di papan kenyataan Plaintif. Ini perkara biasa. Sesiapa yang pernah melangkah masuk kemana-mana bank pasti ternampak kenyataan seperti itu.
Mengenai (c) itu juga telah diperuntukkan dalam perjanjian itu dan Defendan Kedua tidak boleh mempertikainya.
Mengenai (d) mahkamah di Malaysia telahpun mengesahkan “capitalisation of interest”. Dalam Chung Khiaw Bank Malaysia Berhad v. Raju Jayaraman Kerpaya5 Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Guaman Sivil No. 23-248-88 yang telah pun disahkan oleh Mahkamah Rayuan, saya menerima pakai penghakiman House Lords dalam National Bank of Greece SA v. Pinios Shippping Co. No. 1 & Anor6 yang membolehkan mahkamah mengandaikan bahawa ia boleh dilakukan berdasarkan amalan dan kebiasaan bank-bank. Amalan itu adalah suatu kebiasaan di England dan juga di Malaysia. Dalam kes ini juga ia adalah suatu perkara yang boleh diandaikan dan pengenaannya adalah sah.
Akhir sekali, satu perkara lagi yang patut disebut ialah hakikat bahawa Plaintif telah pun memperolehi penghakiman, walaupun penghakiman ingkar, terhadap Defendan Pertama. Klausa 19 perjanjian itu (Lampiran 6 Ekshibit TCS-3) [10] memperuntukkan:
“19. Any admission or acknowledgment in writing by the customer or by any person authorised by the customer of the amount of indebtedness of the customer to the Bank and any judgment recovered by the Bank against the customer in respect of such indebtedness shall be binding and conclusive on and against us and our executors administrators and legal representatives in all courts of law and elsewhere. A certificate by an officer of the Bank as to the money and liabilities for the time being due or incurred to the Bank from or by the customer shall be conclusive evidence in any legal proceedings against us or any one of us of our personal representatives.
Dalam kes Bangkok Bank Ltd. v. Cheng Lip Kwong7 diputuskan bahawa ketiadaan frod dan kesilapan yang nyata pada zahirnya, sijil yang dikeluarkan di bawah klausa keterangan konklusif adalah konklusif mengenai liabiliti dan jumlah hutang, lihat juga D & C Nomina Merchant Bankers Ltd. v. Gunung Kuari Sdn. Bhd & 3 Ors8, Oriental Bank Bhd. v. Jaafar Sidek & Mohd Salam & Ors.9 dan Standard Chartered Bank v. Boomland Development Sdn. Bhd & 3 Ors10.
Dalam kes ini bukan sahaja sijil, tetapi penghakiman telah diperolehi terhadap Defendan Pertama. Peruntukkan Klausa 19, itu adalah terpakai mengenai jumlah yang dituntut yang tidak dapat ditunjuk adalah suatu kesilapan, yang tertakluk kepada pengurangan kadar faedah dalam prayer (b) dan (c) yang saya telah sebut lebih awal.
Kesimpulannya, walau pun beberapa hujah telah [11] dikemukakan, apabila diteliti dan ianya boleh dilakukan berdasarkan keterangan affidavit dan dokumen-dokumen semasa, nyata tidak terdapat persoalan yang patut dibiarakan atau apa-apa sebab lain mengapa tindakan ini patut dibicarakan maka saya telah membenarkan rayuan ini, dan memberi penghakiman terus kepada Plaintif dengan kos antara pihak kepada Plaintif, walau pun Plaintif memohon kos antara peguam dengan anakguam diperintahkan dibayar oleh Defendan Kedua. Sebab perintah mengenai kos ini memihak kepada Defendan Kedua dan rayuan ini bukan oleh Plaintif. maka tidaklah perlu saya memberi alasan mengenai perintah itu.