MOHD IBRAHIM MOHD SHARIF lwn. PENDAKWA SYARIE PULAU PINANG

MOHD IBRAHIM MOHD SHARIF lwn. PENDAKWA SYARIE PULAU PINANG
MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH [PULAU PINANG]
AZMI AHMAD; ABDUL HAMID HAJI MOHAMED; ISMAIL YAHYA, H
RAYUAN JENAYAH NO: MR-04-98-J
26 SEPTEMBER 1998
[1999] 2 SYA 8
Case(s) referred to:
Sau Soo Kim v. Public Prosecutor [1975] 1 LNS 158; [1975] 2 MLJ 134 MP
Mohd Dalhar Redzwan 2 Anor v. Datuk Bandar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur [1995] 2 CLJ 209; [1995] 1 MLJ 645 (Mahkamah Rayuan)
Tang Kee Chie v. Public Prosecutor [1984] 1 LNS 43; [1987] 1 MLJ 430
Ho Kin Luan & Anor v. Public Prosecutor [1959] 1 LNS 33; [1959] MLJ 159
Ngeranter Ripai [1990] 2 CLJ 530 (Rep); [1990] 2 CLJ 273
Manokaran & Anor v. Public Prosecutor [1978] 1 LNS 118; [1979] 1 MLJ 262
Lee Yu Fah & 5 Ors. v. Public Prosecutor [1937] 1 LNS 31; [1937] MLJ 179
Chen Hock Heng Textile Printing Pte Ltd v. Public Prosecutor [1996] 1 SLR 745
Lo Kim Peng & Ors v. Public Prosecutor [1978] 1 LNS 105; [1979] 1 MLJ 249
Supramaniam v. Kanthasamy [1955] 1 LNS 153; [1956] MLJ 18
Nadeson v. Public Prosecutor [1965] 1 LNS 123; [1966] 1 MLJ 63
Ulaganathan Thamilarasan v. Public Prosecutor [1996] 2 SLR 534
Hassan Dollah v. Public Prosecutor [1996] 5 MLJ 285
Public Prosecutor v. Abdul Aziz [1978] 1 LNS 148; [1978] 2 MLJ 155
Public Prosecutor v. Hussein & Anor [1970] 1 MLJ 37
R v. Yamot Guntidong [1957] SCR 10 (Mallal’s Digest, Edisi Keempat, Jilid 5 perenggan 2018 1997 Reissue)
Lau Eng Teck v. Public Prosecutor [1964] 1 LNS 75; [1965] 1 MLJ 34
Chen Chong & Ors v. Public Prosecutor [1967] 1 LNS 22; [1967] 2 MLJ 130
Swander Singh Bawa Singh v. Public Prosecutor (Mallal’s Digest, Edisi keempat, Jilid 5 perenggan 1939 (1997 Reissue)
Tan Thian Sang v. Public Prosecutor [1959] SCR 5 (Mallal’s Digest, Edisi keempat, Jilid 5 perenggan 1944 (1997 Reissue)
Low Ah Thit v. Public Prosecutor [1992] 2 CLJ 811 (Rep); [1992] 2 CLJ 1223
Loh Kwang Seang v. Public Prosecutor [1960] 1 LNS 64; [1960] MLJ 271
Lim Guan Eng v. Pendakwa Raya [1998] 2 CLJ 623; [1998] 3 AMR 2079
Teo Siew Peng & 4 Ors v. Public Prosecutor [1984] 1 LNS 71; [1985] 2 MLJ 125
Public Prosecutor v. Mohamed Nor & Ors [1985] 1 LNS 25; [1985] 2 MLJ 200
Mokhtar bin Pangat v. Pendakwa Agama Islam, Wilayah Persekutuan [1990] 2 MLJ xxiv

Legislation referred to:
Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 1993 [En 7/93] – s. 48 (2)(a), 49(2) (a), 55, 61
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 1996 [En 3/96] – s. 27 (a)
Enakmen Keterangan Syariah (Negeri Pulau Pinang) 1996 [En 5/96] – s. 17
Enakmen Acara Jenayah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 1996 [En 4/96], – s. 54, 96, 107, 152(2), 154, 230
Kanun Acara Jenayah [FMS – Bab 6] – 168 – 172, 305
Akta Mahkamah Kehakiman 1964 (Akta 91) – s. 31 – 37

Other source(s) referred to:
I’anat al-Talibin – Juzuk 3 – m.s. 187
Kitab Mughni al-Muhtaj – Jilid 2 – m.s. 238
Al-Fiqh al-Islami wa-Adillatuhu oleh Dr. Wahbah al Zuhaili – Juzuk 6 – m.s. 197
Jama’ al-Usul – Juzuk 4 – m.s. 56
Al-Fiqh Al-Islami wa-Adillatuhu oleh Dr. Wahbah al-Zuhaili – Juzuk 5 – m.s. 81
Tafsir Fakrulrazi – ayat 33 – Surah Al-Maidah
Al-fiqh Nazhariyat al-Isbat Fi Jana’i al-Islami oleh Dr. Ahmad Fathi Bahansi – m.s. 161
At-Ta’zir al-Syariah al-Islamiyah oleh Dr. Abdul Aziz Aamir – m.s. 52
Surah an Nisaa’ – ayat 35
Surah Al-Israa’ – ayat 32
Surah Al-Maidah – ayat 33

Counsel:
Bagi pihak Perayu – Anuar Ismail
Bagi pihak Pendakwa – Yusuf Abu Bakar, Pendakwa Syarie Pulau Pinang

ALASAN PENGHAKIMAN ABDUL HAMID HJ MOHAMED
Perayu (Tertuduh) telah dituduh di Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang seperti berikut:-
“Bahawa kamu pada 17.10,1997 jam lebih kurang 5.45 petang bertempat bilik No. 3, Hotel Eng Chuan, Jalan Pintal Tali dalam Daerah Timur Laut Negeri Pulau Pinang didapati ada bersama dengan seorang perempuan bernama Rohani Bt. Che Puteh K/P No.: 591124-03-5182 yang bukan isteri kamu yang sah atau mahram kamu dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa kamu sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral. Perbuatan kamu itu adalah melakukan kesalahan mengikut Sek. 27(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang Tahun 1996 dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.”
Di dalam Mahkamah Tinggi Syariah itu, tertuduh tidak diwakili oleh Peguam setelah pertuduhan dibaca kepadanya, tertuduh mengaku salah.
Selepas itu dia ditanya sama ada dia faham pertuduhan. Dia menjawab bahawa dia faham. Atas permohonan Pendakwa kes ditangguhkan pada 29 Oktober 1997. Tertuduh hadir di Mahkamah untuk sambung bicara. Pertuduhan dibaca sekali lagi. Apabila disoal, tertuduh mengaku dia faham pertuduhan itu. Dia ditanya sama ada dia16 OF 37 mengaku salah. Tertuduh menjawab dia mengaku salah. Selepas itu Hakim sendiri menyoal lagi dan dia menjawab bahawa faham tuduhan itu. Hakim sendiri bertanya lagi sama ada dia mengaku salah atau tidak. Dia mengaku salah sekali lagi. Hakim bertanya lagi sama ada dia faham akibat pengakuan salahnya. Dia jawab dia faham. Selepas itu Hakim menjelaskan bahawa jika dia mengaku salah dia boleh dihukum denda tidak melebihi RM3,000.00 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya. Hakim bertanya lagi “Adakah kamu masih mengaku salah?” Dia masih mengaku salah.
Maka Pendakwa membentangkan kes seperti berikut:-
“Kes Jenayah Syariah No. 332/97 (OKT Mohd. Ibrahim bin Mohd. Shariff). Kes ini dikesan semasa Operasi Mencegah Maksiat dijalankan pada 17.10.97 jam lebih kurang 5.45 petang. OKT ditangkap ketika berada di bilik No. 3, Hotel Eng Chuan, Jalan Pintal Tali bersama dengan seorang perempuan pelacur bernama Rohani binti Che Puteh. Setelah pemeriksaan dibuat di dapati OKT dan pasangannya bukanlah suami isteri yang sah dan tiada apa-apa hubungan mahram.”
Selepas itu Hakim bertanya Tertuduh sama ada fakta kes yang telah dibentangkan itu betul kesemuanya atau tidak. Tertuduh menjawab “Betul.” Hakim bertanya sekali lagi, adakah dia masih mengaku salah. Sekali lagi Tertuduh menjawab bahawa dia masih mengaku salah.
Hakim berpuashati dengan pengakuan salah Tertuduh, bahawa tuduhan itu bertepatan dengan kehendak seksyen 27(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 (selepas ini disebut “Enakmen Kesalahan Jenayah”) dan mensabitkannya.
Selepas itu tertuduh diberi peluang untuk membuat rayuan17 OF 37 (mitigation) mengenai hukuman yang akan dijatuhkan. Tertuduh memaklumkan Mahkamah bahawa dia sudah berkahwin, mempunyai enam orang anak dan kesalahan itu adalah kesalahan pertamanya.
Hakim Bicara itu juga mendengar hujah Pendakwa mengenai hukuman.
Maka barulah Hakim Bicara itu menjatuhkan hukuman penjara selama tiga bulan dan denda sebanyak RM2,000.00, sekiranya gagal membayar denda, dia akan dipenjara selama enam bulan lagi.
Dalam alasan penghakimannya Hakim Bicara itu mengambil ingatan firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Israa’ ayat 32 yang bermaksud: “Janganlah kamu menghampiri perbuatan yang keji lagi jalan yang sesat.”
Selain dari itu Hakim Bicara itu memberi lapan alasan lagi mengapa beliau menjatuhkan hukuman sedemikian:-
i) Perbuatan OKT ini boleh mendorong OKT untuk melakukan perzinaan.
ii) Perbuatan OKT ini boleh merosakkan rumahtangganya kerana OKT sudah pun mempunyai isteri dan anak-anak.
iii) OKT gagal menunjukkan tanggungjawab dan contoh tauladan kepada isteri dan anak-anak.
iv) Perbuatan melanggani pelacur adalah merupakan perbuatan yang sangat keji dan kotor kerana boleh menyebabkan penyakit-penyakit yang berjangkit.
v) Gejala umat Islam melanggani rumah-rumah pelacuran pada masa kini amat berleluasa sekali, jika tidak dicegah maka sudah tentu akan menyebabkan berlakunya berbagai masalah sosial lain.18 OF 37
vi) OKT sudah pun beristeri dan boleh menikmati hubungan seks yang halal tetapi OKT sengaja mencari perbuatan yang haram.
vii) OKT sudah pun berumur, sepatutnya dapat mempertimbangkan perbuatan yang baik dan perbuatan yang buruk.
viii) Hukuman yang akan Mahkamah jatuhkan dapat memberi pengajaran dan iktibar kepada OKT untuk tidak mengulangi lagi perbuatan itu.
Tertuduh merayu ke Mahkamah Rayuan Syariah bukan sahaja terhadap hukuman tetapi juga terhadap sabitan. Di Mahkamah ini, tertuduh diwakili Peguam.
Sebelum membincang hujah-hujah Peguam Perayu itu eloklah disebut mengenai hak merayu di mana seseorang tertuduh itu mengaku salah.
Seksyen 152(2) Enakmen Acara Jenayah Syariah (Negert Pulau Pinang) 1996 (selepas itu disebut sebagai “Enakmen Acara Jenayah Syariah”) memperuntukkan:-
“152. (2) Jika orang tertuduh mengaku salah dan disabitkan di atas akuan itu, dia tidak boleh merayu kecuali tentang kadar atau keesahan hukuman itu.”
Peruntukan ini adalah serupa pada matannya dengan peruntukan seksyen 305 Kanun Acara Jenayah (Criminal Procedure Code) yang dipakai di Mahkamah Sivil, malah telah dipadankan daripada peruntukan Kanun Acara Jenayah yang telah dipakai di Mahkamah Sivil semenjak tahun 1927 itu.
Peruntukan ini adalah jelas. Jika seseorang tertuduh itu mengaku salah, dia tidak boleh merayu terhadap sabitan. Dia cuma boleh merayu tentang kadar atau keesahan hukuman itu sahaja (Lihat Sau Soo Kim v. Public Prosecutor[1].) Mengenai “kadar hukuman”, tiada persoalan berbangkit. Tertuduh boleh merayu atas alasan bahawa hukuman itu terlalu berat. Mengenai “keesahan hukuman” juga, jika rayuan itu atas alasan bahawa hukuman itu sah misalnya tidak diperuntukkan oleh undang-undang atau hukuman yang dijatuhkan itu melebihi hukuman maksima yang ditetapkan oleh undang-undang, rayuan itu adalah dibolehkan oleh peruntukan seksyen itu. Tetapi, bolehkah tertuduh yang mengaku salah itu merayu terhadap sabitan atas alasan bahawa hukuman itu tidak sah kerana sabitannya tidak sah.
Terdapat banyak penghakiman Mahkamah Sivil mengenai persoalan ini. Pandangan yang sahih talah walaupun seseorang yang mengaku salah tidak berhak merayu terhadap sabitan, Mahkamah Rayuan berhak meneliti rekod rayuan dan memakai kuasa penyemakan untuk mengenepikan sabitan jika rekod itu menunjukkan bahawa kegagalan keadilan (failure of justice) telah berlaku. Untuk prinsip ini rujukan bolehlah dibuat kepada kes-kes berikut: Mohd Dalhar bin Redzwan & Anor v. Datuk Bandar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur[2], Tang Kee Chie v. Public Prosecutor[3], Ho Kin Luan & Anor v. Public Prosecutor[4], Ngeranter anak Ripai[5], Manokaran & Anor v. Public Prosecutor[6], Lee Yu Fah & Ors. v. Public Prosecutor[7].
Perlu ditekankan bahawa seorang tertuduh yang mengaku salah tidak berhak untuk merayu terhadap sabitan. Tetapi, Mahkamah berhak untuk meneliti rekod rayuan, dan di mana patut dilakukan kerana terdapat kegagalan keadilan, mengenepikan sabitan berkenaan. Ini hak Mahkamah Rayuan, bukan hak Perayu (Tertuduh) – dan, Mahkamah Rayuan melakukannya dengan memakai kuasa penyemakan.
Mahkamah Rayuan Syariah diberi kuasa pengawasan dan penyemakan oleh seksyen 55 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang 1993 (selepas ini disebut sebagai “Enakmen Pentadbiran”) yang menyebut:-
“55. (1) Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa pengawasan dan penyemakan ke atas Mahkamah Tinggi Syariah dan boleh, jika nampaknya dikehendaki demi kepentingan keadilan, sama ada atas kehendaknya sendiri atau atas kehendak mana-mana pihak atau orang yang berkepentingan, pada mana-mana peringkat dalam apa-apa perkara atau prosiding, sama ada mal atau jenayah, dalam Mahkamah Tinggi Syariah, memanggil dan memeriksa mana-mana rekod mengenainya dan boleh memberikan apa-apa arahan yang dikehendaki demi keadilan.
Enakmen Acara Jenayah Syariah (Pulau Pinang) 1996 juga mempunyai peruntukan mengenai acara penyemakan – lihat seksyen 168 hingga 172.
Peruntukan-pemntukan ini, pada matannya, adalah serupa dengan peruntukan-peruntukan seksyen-seksyen 31 hingga 37 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 (Courts of Judicature Act 1964) dan seksyen-seksyen 323 hingga 327 Kanun Acara Jenayah.
Saya berpendapat, memandangkan bahawa peruntukan undang-undang yang berkenaan yang terpakai di kedua-dua Mahkamah itu adalah serupa, malah peruntukan-peruntukan yang terpakai di Mahkamah Syariah itu diambil daripada perutukan undang-undang yang dipakai di Mahkamah Sivil, memandangkan bahawa prinsip itu baik dan untuk kepentingan keadilan dan tidak pula bercanggah dengan Hukum Syarak, maka prinsip yang dipakai di Mahkamah Sivil itu eloklah dipakai oleh Mahkamah Syariah, dan saya menerima pakainya.21 OF 37
Di dalam keadaan manakah Mahkamah Rayuan patut mengenepikan sabitan dalam memakai kuasa penyemakan. Saya akan berikan beberapa contoh, berdasarkan penghakiman-penghakiman Mahkamah Sivil, kerana sepanjang pengetahuan saya tidak ada penghakiman Mahkamah Syariah mengenainya. Contoh-contohnya (contoh-contoh ini tidak menyeluruh [exhaustive]):-
(a) Fakta kes tidak menunjukkan kesalahan yang tertuduh dituduh melakukannya – Chen Hock Heng Textile Printing Pte. Ltd. v. Public Prosecutor[8], Lo Kim Peng & Ors v. Public Prosecutor[9].
(b) Kegagalan merekodkan fakta kes – Supramaniam v. Kanthasamy[10], Nadeson v. Public Prosecutor[11].
(c) Kegagalan Mahkamah memastikan tertuduh faham keadaan dan akibat pengakuan salahnya – Ulanganathan Thamilarasan v. Public Prosecutor[12], Hassan bin Dollah v. Public Prosecutor[13].
(d) Pertuduhan tak sah – Public Prosecutor v. Abdul Aziz[14].
(e) Tiada kesalahan mengikut undang-undang – Public Prosecutor v. Hussein & Anor[15].
(f) Pengakuan salah bersyarat – R v. Yamot bin Gundtidong[16], Lau Eng Teck v. Public Prosecutor[17], Chen Chong & Ors. v. Public Prosecutor[18].
(g) Kegagalan mematuhi acara yang ditetapkan mengenai kes pengakuan salah, di Mahkamah Sivil seksyen 173 Kanun Acara Jenayah (Peruntukan yang serupa terdapat di seksyen 96 Enakmen Acara Jenayah Syariah (Pulau Pinang) 1996 – Swander Singh a/l Bawa Singh v. Public Prosecutor[19] -1997 (Malla’s Digest, Edisi Keempat, jilid 5, perenggan 1939) (1997 Reissue).
Ini adalah antara contoh-contoh keadaan dalam mana sabitan yang dibuat atas pengakuan salah tertuduh diketepikan oleh Mahkamah Rayuan.
Perlu disebut juga, bahawa Mahkamah Rayuan hanya akan meneliti rekod rayuan untuk memastikan apa yang dilakukan atau tidak dilakukan atau bagaimana dilakukan oleh hakim perbicaraan – Tan Thian Sang v. Public Prosecutor[20].
Sekali lagi saya berpendapat, memandangkan bahawa peruntukan undang-undang mengenai acara perbicaraan jenayah di mana tertuduh mengaku salah di dalam seksyen 96 Enakmen Acara Jenayah Syariah dan seksyen 173(b) Kanun Acara Jenayah adalah serupa, memandangkan bahawa prinsip-prinsip ini adalah untuk memastikan keadilan dilakukan dan bahawa ia tidak bercanggah dengan Hukum Syarak, maka ia patutlah dipakai di Mahkamah Syariah, dan saya memakainya.
Kembali kepada kes ini, Perayu tidak berhak merayu mengenai sabitan. Soalannya ialah sama ada Mahkamah ini patut menggunakan budibicaranya untuk membuat penyemakan demi kepentingan keadilan.
Dalam memutuskan untuk hendak atau tidak melakukannya, Mahkamah ini telah meneliti rekod rayuan.
Pertama, dihujahkan bahawa pertuduhan menimbulkan keraguan kerana tidak disebut apakah yang “menimbulkan syak” itu. Peguam Perayu juga membandingkan pertuduhan yang terdapat pada kertas pertuduhan dengan yang disalinkan semula oleh Hakim Bicara itu dalam “Catatan Mahkamah”.
Pertuduhan yang disalin semula oleh Hakim Bicara itu mempunyai perkataan “dianggap” sebelum kata-kata “telah melakukan kesalahan……” Perkataan itu tidak terdapat dalam23 OF 37 pertuduhan yang terdapat di kertas pertuduhan asal. Oleh itu beliau menghujahkan bahawa pertuduhan itu adalah meragukan.
Saya berpendapat bahawa hujah ini tidak berasas. Pertuduhan yang dibaca kepada Perayu semasa perbicaraan bermula semestinya pertuduhan yang terdapat pada kertas pertuduhan itu. Pertuduhan yang terdapat dalam “Catatan Mahkamah” itu semestinya telah disalin daripadanya. Besar kemungkinan apa yang berlaku ialah kesilapan menaip semasa menyalinnya. Ini tidak menimbulkan apa-apa kecacatan kerana pertuduhan asal yang terdapat pada kertas pertuduhan itu yang penting, kerana itulah yang semestinya dibaca kepada Perayu.
Daripada isi kandungannya “Catatan Mahkamah” itu, merupakan campuran antara “nota keterangan” dan “alasan keputusan”. Amalan di Mahkamah Sivil adalah mengasingkan kedua-dua itu.
“Nota Keterangan” yang adalah catatan Hakim tentang apa yang berlaku dalam Mahkamah dalam kes itu setiap kali tertuduh dihadapkan ke Mahkamah dari mula hingga ke akhir termasuk keterangan saksi-saksi, jika ada, keputusan dan hukuman. Pertuduhan tidak perlu disalin semula. Ia sudah terdapat pada kertas pertuduhan tidak perlu disalin semula. Ia sudah terdapat pada kertas pertuduhan yang akan menjadi sebahagian daripada rekod prosiding atau apa yang dipanggil “Rekod Rayuan” di Mahkamah Sivil. Hujah-hujah jika dibuat secara lisan hendaklah dicatat secara ringkas dan menjadi sebahagian daripada “Nota-Nota Keterangan” itu. Jika ia dibuat secara bertulis, tidaklah perlu ditaip semula. Penghujahan bertulis itu memadai dikembarkan dalam rekod prosiding. Ini akan menjimatkan masa, tenaga dan kos. Keputusan Mahkamah, sama ada tertuduh disabitkan atau dilepas dan24 OF 37 dibebaskan, hendaklah dicatat. Demikian juga “rayuan” untuk hukuman ringan (mitigation) oleh tertuduh dan “hujah pendakwa” mengenai hukuman jika dibuat secara lisan, hendaklah dicatat, dengan ringkas sahaja. Memadailah ia dikembarkan dalam rekod prosiding.
Kalau diperhatikan Peruntukan seksyen 154 Enakmen Acara Jenayah Syariah, “penghakiman” dan “alasan keputusan” adalah perkara yang sama. Cuma bezanya, penghakiman ditulis sebelum keputusan diberi dan biasanya dibaca dalam Mahkamah semasa memberi keputusan.
“Alasan keputusan” ditulis selepas keputusan diberi. Di Mahkamah Sivil, biasanya Hakim tidak menyediakan penghakiman sebelum memberi keputusan tetapi menulis alasan keputusan (yang dipanggil “alasan penghakiman”) selepas memberi keputusan, jika ada rayuan. Ada kebaikannya dengan amalan ini.
Pertama, kes tidak perlu ditangguh untuk Hakim menulis penghakiman terlebih dahulu sebelum memberi keputusan terutama sekali dalam kes-kes yang mudah.
Kedua, penghakiman yang panjang lebar tidaklah perlu jika tiada rayuan.
Ketiga, jika alasan keputusan ditulis kemudian, Hakim akan metnpunyai lebih banyak masa dan dapat menulisnya dengan lengkap, membuat penganalisaan keterangan, menyebut penemuan fakta yang dibuat dan memberi sebab-sebab. Ini amat penting jika kes itu telah dibicarakan sepenuhnya dan saksi-saksi, memberi keterangan, kerana Mahkamah Rayuan perlu tahu mengapa sesuatu keterangan itu diterima dan yang lainnya ditolak sebab, biasanya Mahkamah Rayuan25 OF 37 tidak akan mengganggu penemuan fakta Hakim Bicara, melainkan jika ia jelas tidak munasabah atau tidak disokong oleh keterangan. Daripada rayuan-rayuan yang saya pernah temui setakat ini, mungkin kerana Hakim-hakim Bicara itu mencatat “alasan keputusannya” semasa dalam perbicaraan itu masanya terhad, Hakim-hakim Bicara tidak membuat analisa keterangan saksi-saksi, tidak menyatakan penemuan fakta olehnya dan memberi alasannya. Hal ini kurang memuaskan. Maka, adalah lebih baik jika alasan keputusan ditulis selepas memberi keputusan, jika ada rayuan.
Keempat, jika oleh kesuntukan masa, Hakim Bicara mencatat “alasan keputusan” semasa memberi keputusan secara ringkas, ia tidak lengkap. Jika beliau menulis suatu alasan keputusan pula selepas itu, mungkin akan timbul bantahan bahawa terdapat dua alasan keputusan. Di Mahkamah Sivil, seorang Hakim tidak dibenarkan menulis lebih daripada satu alasan penghakiman bagi satu keputusan. Malah seorang Hakim tidak dibenarkan untuk menambah atau meminda alasan-alasan keputusan yang telah dicatatnya dengan menulis satu alasan keputusan lain kemudiannya. (lihat Low Ah Thit v. Public Prosecutor[21], Loh Kwang Seang v. Public Prosecutor[22], dan Mahkamah Rayuan dalam kes Lim Guan Eng v. Pendakwa Raya[23]) malah dinasihatkan Hakim Bicara supaya tidak mencatatkan alasan-alasan keputusannya, walaupun secara butiran untuk mengelakkan masalah ini.
Ini adalah untuk menjaga ketelusan keputusan Hakim itu.
Satu perkara lagi yang saya ingin sebut ialah mengenai penangguhan-penangguhan tanpa sebab (atau sebab-sebabnya tidak dicatat). Dalam kes ini misalnya pada hari pertama, cuma pertuduhan26 OF 37 dibaca dan tertuduh ditanya sama ada dia faham. Selepas itu Pendakwa memohon penangguhan. Tiada sebab diberi.
Kes semudah ini, apabila tertuduh mengaku salah sepatutnya diselesaikan pada hari pertama itu juga. Selepas tertuduh mengaku bahawa dia faham tuduhan terhadapnya dia sepatutnya terus ditanya sama ada dia mengaku salah atau minta dibicarakan. Jika, seperti dalam kes ini, dia mengaku salah, Hakim Bicara hendaklah menjelaskan kepadanya keadaan dan akibat pengakuan salahnya itu. Jika dia mengaku dia faham keadaan dan akibat pengakuan salahnya itu, Pendakwa hendaklah terus memberi fakta kes itu. Pendakwa hendaklah bersedia dengan fakta kes itu pada hari pertama tertuduh di hadapkan ke Mahkamah itu. Dalam kes seperti ini di mana tidak perlu mendapatkan laporan Pegawai Kimia, laporan Pegawai Kebajikan Masyarakat dan sebagainya tidak ada sebab mengapa Pendakwa tidak bersedia memberi fakta kes itu pada hari itu juga. Juga bagi kes semudah ini tidak ada sebab bagi Pendakwa untuk memohon penangguhan untuk menyediakan hujah mengenai hukuman. Hujah mengenai hukuman oleh Pendakwa tidak pun diperuntukkan, baik dalam Enakmen Acara Jenayah Syariah mahupun dalam Kanun Acara Jenayah. Tetapi jika dalam kes-kes tertentu Pendakwa berpendapat bahawa beliau perlu menarik perhatian Mahkamah mengenai hukuman yang akan dijatuhkan Pendakwa bolehlah dengan kebenaran Mahkamah menyatakannya. Tetapi, ini bukanlah sesuatu perkara yang dilakukan dalam setiap kes dan semestinya tidak memerlukan “penghujahan” yang panjang lebar, sebab Hakim Bicara sudah sedia maklum mengenainya. Sebaliknya tertuduh eloklah ditanya kiranya dia ingin berkata sesuatu untuk memohon hukuman ringan sebelum hukuman dijatuhkan.
Rekod prosiding eloklah mengandungi, dokumen-dokumen berikut dan disusun seperti berikut:-
(1) Indeks
Bahagian A
(2) Notis Rayuan.
(3) Petisyen Rayuan
(4) Kertas Pertuduhan dan Pertuduhan yang dilampirkan jika tidak ditaip dalam ruangan yang disediakan keraha tidak cukup ruangan.
(5) Nota Keterangan.
(6) Alasan Keputusan
Bahagian B
(7) Ekshibit-ekshibit dokumentari yang dikemukakan dalam perbicaraan. (Surat menyurat antara Peguam dan Mahkamah dan sebagainya yang bukan Ekshibit yang dikemukakan dalam perbicaraan tidak sepatutnya dimasukkan).
Muka surat rekod prosiding itu hendaklah dinomborkan.
Saya sedar bahawa penghakiman ini menyentuh banyak perkara secara panjang lebar, walaupun ia tidaklah betul-betul perlu untuk memutuskan rayuan ini. Saya lakukan ini kerana ini adalah alasan penghakiman bertulis pertama yang diberi oleh Mahkamah ini dan eloklah Mahkamah ini memberi sedikit sebanyak panduan.
Hujah kedua Peguam Perayu ialah tertuduh sepatutnya disoal sama ada dia mengaku salah tanpa syarat, bukan sekadar sama ada dia mengaku salah. Saya juga dapati hujah ini tidak berasas. Dalam kes ini tertuduhditanya sama ada dia faham pertuduhan sebanyak dua28 OF 37 kali, sama ada dia mengaku salah sebanyak empat kali, iaitu dua kali selepas dia mengaku dia faham tuduhan terhadapnya, sekali selepas akibat pengakuan salahnya diterangkan dan sekali lagi selepas fakta kes diberi dan dia mengakuinya betul.
Sebenarnya, apa yang dilakukan oleh Hakim Bicara itu adalah lebih daripada yang perlu. Tiada sekali pun tertuduh berkata apa-apa yang mensyaratkan pengakuan salahnya. Seksyen 96 (b) Enakmen Acara Jenayah Syariah pun tidak mengatakan bahawa Hakim Bicara mesti bertanya sama ada tertuduh mengaku tanpa syarat. Apa yang diperuntukkan ialah bahawa Hakim Bicara itu hendaklah menentukan, ertinya berpuashati, bahawa pengakuan salah itu tanpa syarat. Dalam keadaan kes ini, tidak ada sebab untuk meragui bahawa pengakuan bersalah tertuduh itu adalah tanpa syarat.
Seterusnya dihujahkan bahawa mengikut seksyen 27(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 1996 (selepas ini disebut sebagai Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah) tertuduh mestilah ditemui berada bersama-sama dengan perempuan yang bukan mahramnya itu di dalam bilik. Beliau merujuk kepada laporan polis yang dibuat oleh Pegawai Penguatkuasa Agama, Butterworth bernombor 2244/97. Laporan itu menyebut bahawa beliau bersama tiga orang Pegawai Penguatkuasa Agama lain (nama-nama mereka diberi) membuat pemeriksaan di hotel berkenaan. “Sewaktu berada ditingkat atas hotel itu, didapati (1) perempuan Melayu keluar daripada bilik No. 3, hotel itu, dalam keadaan tidak memakai baju. Periksa bilik No. 3 didapati (1) lelaki Melayu berada di dalamnya” (Lelaki Melayu itu adalah tertuduh).
Saya dapati hujah ini juga remeh. Pertama, pengakuan salah tertuduh diterima bukan berdasarkan apa yang tersebut dalam laporan29 OF 37 polis, tetapi berdasarkan fakta kes yang dikemukakan di Mahkamah dan diakui benar keseluruhannya oleh tertuduh.
Di mana tertuduh mengaku salah laporan polis itu tidak perlu dikemukakan. Nampaknya Pegawai Penguatkuasa Agama pun masih silap faham tentang kedudukan mereka. Sebenarnya mereka sendiri adalah polis bagi tujuan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah. Mereka dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut seksyen 62 Enakmen Pentadbiran.
Enakmen Acara Jenayah Syariah memberikan mereka kuasa yang serupa dengan yang diberi kepada polis oleh Enakmen itu malah serupa dengan kuasa yang diberi kepada pegawai polis oleh Kanun Acara Jenayah. Seksyen 54 pula adalah serupa dengan seksyen 107 Kanun Acara Jenayah. Seksyen 54 Enakmen Acara Jenayah Syariah itu memperuntukkan:-
“54 (1) Tiap-tiap maklumat berhubung dengan perlakuan sesuatu kesalahan, jika diberi dengan lisan kepada seseorang Pegawai Penguatkuasa Agama, hendaklah ditulis olehnya atau di bawah arahannya dan dibaca kepada pengadu itu.
(2) Tiap-tiap maklumat itu hendaklah dimasukkan ke dalam Borang 5, jadual yang akan disimpan pegawai itu yang hendaklah melampirkan kepada catatan itu tarikh dan waktu maklumat itu telah diberi, dan sama ada diberi secara bertulis atau diubah kepada bentuk bertulis seperti yang tersebut dahulu, hendaklah ditandatangani oleh orang yang memberinya.”
Ertinya, seksyen 54 Enakmen Acara Jenayah Syariah mengenai seorang Pegawai Penguatkuasa Agama samalah seperti Seksyen 107 Kanun Acara Jenayah mengenai seorang Pegawai Polis. Pegawai Penguatkuasa Agama diberi kuasa menerima maklumat berhubung30 OF 37 dengan perlakuan sesuatu kesalahan jenayah syariah, sama seperti seorang Pegawai Polis diberi kuasa oleh seksyen 107 Kanun Acara Jenayah mengenai maklumat kesalahan jenayah lainnya. Dalam kata-kata lain Pegawai Penguatkuasa Agama adalah “Polis” mengenai kesalahan jenayah syariah. Mereka tidak perlu membuat laporan kepada polis apabila mereka melakukan tangkapan menurut Enakmen Acara Jenayah Syariah. Sebaliknya mereka diberikuasa menerima laporan yang diberi oleh orang lain. Apabila seorang pegawai polis membuat tangkapan di bawah Kanun Acara Jenayah, dia membuat laporan di Balai Polis. Demikian juga apabila seorang Pegawai Penguatkuasa Agama membuat tangkapan di bawah Enakmen Acara Jenayah Syariah, dia cuma perlu membuat laporan di pejabatnya.
Kembali kepada hujah Peguam Perayu dalam kes ini, jika kandungan laporan polis itu diambil kira pun, ia tidaklah bercanggah dengan pertuduhan atau fakta kes. Perkataan yang digunakan dalam laporan polis itu ialah “keluar daripada bilik No. 3, bukan berada di luar bilik No. 3”. Sebelum keluar perempuan itu tentulah kena berada dalam bilik itu dahulu. Jika tidak bagaimana dia hendak keluar? Ertinya sesaat sebelum perempuan itu keluar tanpa memakai baju, dia tentu telah berada bersama tertuduh dalam bilik itu, jadi, jika hujah itu diterima pun, fakta kes ini memenuhi kehendak peruntukan seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah itu.
Akhir sekali dihujahkan bahawa fakta kes tidak diberi, tidak dicatat dan tidak dibaca. Hujah ini meleset. Rekod prosiding merujuk sebaliknya dengan jelas.
Kesimpulannya, saya didapati tidak terdapat apa-apa kesilapan atau ketidakteraturan, baik dari segi undang-undang substantif31 OF 37 ataupun acara, yang mematutkan Mahkamah ini mengguna kuasa penyemakan dalam kes ini. Maka saya bersetuju mengesahkan sabitan ke atas Perayu yang dibuat oleh Hakim Bicara itu.
Mengenai rayuan terhadap hukuman, prinsip yang dipakai di Mahkamah Sivil ialah bahawa Mahkamah Rayuan tidak akan mengubah hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah yang lebih rendah melainkan jika Mahkamah itu tersilap pada prinsipnya atau hukuman itu terlalu berlebihan – Teo Siew Peng v. Public Prosecutor[24].
Dalam kes Public Prosecutor v. Mohamed Nor & Ors[25] Mahkamah Agung antara lain berkata, adalah suatu prinsip kukuh (establish) bahawa Mahkamah Rayuan keberatan untuk campur tangan atau mengganggu sesuatu hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah yang lebih rendah melainkan ianya jelas silap dalam ertikata ianya taksah atau tak bersesuaian dengan fakta yang terbukti atau keadaan kes itu.
Saya berpendapat prinsip ini juga boleh dipakai di Mahkamah Syariah. Dalam kes ini, kesalahan itu membawa hukuman maksima denda tidak melebihi RM3,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Hukuman yang dijatuhkan ialah penjara selama tiga bulan dan denda sebanyak RM2,000.00 sekiranya gagal membayar denda dia dikenakan penjara selama enam bulan.
Hukuman ini sah mengikut undang-undang. Soal selanjutnya ialah sama ada Hakim Bicara itu silap disegi prinsip atau hukuman itu terlalu berlebihan. Tertuduh berumur 47 tahun semasa melakukan kesalahan itu.
Dia beristeri dan mempunyai enam orang anak. Dia mengaku salah. Ini kesalahannya yang pertama.
Hakim Bicara telah memberi sebab-sebab mengapa beliau menjatuhkan hukuman itu. Sebab-sebab itu memang patut diambil kira.
Memang Hakim Bicara itu tidak mencatat bahawa beliau mengambil kira fakta Perayu mengaku salah. Memang diakui bahawa itu adalah satu fakta meringankan hukuman yang diambil kira oleh Mahkamah Sivil dalam menetapkan hukuman – (Lihat Sau Soo Kim v. Public Prosecutor ). Mahkamah Syariah juga memakai prinsip ini. (Lihat Mokhtar bin Pangat v. Pendakwa Agama Islam, Wilayah Persekutuan [1990][26].
Walau bagaimanapun, memandangkan kepada keseluruhan fakta kes ini, hukuman maksima yang ditetapkan oleh undang-undang dan hukuman yang dijatuhkan, sebab-sebab yang diberi oleh Hakim Bicara, hukuman yang dijatuhkan itu tidaklah terlalu berlebihan (tinggi) dan ia tidak mematutkan Mahkamah ini campur tangan, mengganggu atau mengubahnya.
Atas alasan-alasan ini saya bersetuju menolak rayuan ini.
Rayuan dari Kes Jenayah No 332/97 (Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang)
________________________________________
[1]Sau Soo Kim v. Public Prosecutor
[2]Mohd Dalhar Redzwan & Anor v. Datuk Bandar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
[3]Tang Kee Chie v. Public Prosecutor
[4]Ho Kin Luan & Anor v. Public Prosecutor
[5]Ngeranter Ripai
[6]Manokaran & Anor v. Public Prosecutor
[7]Lee Yu Fah & Ors v. Public Prosecutor
[8]Chen Hock Heng Textile Printing Pte Ltd v. Public Prosecutor
[9]Lo Kim Peng & Ors v. Public Prosecutor
[10]Supramaniam v. Kanthasamy
[11]Nadeson v. Public Prosecutor
[12]Ulanganathan Thamilarasan v. Public Prosecutor
[13]Hassan Dollah v. Public Prosecutor
[14]Public Prosecutor v. Abdul Aziz
[15]Public Prosecutor v. Hussein & Anor
[16]R v. Yamot Gundtidong
[17]Lau Eng Teck v. Public Prosecutor
[18]Chen Chong & Ors v. Public Prosecutor
[19]Swander Singh Bawa Singh v. Public Prosecutor
[20]Tan Thian Sang v. Public Prosecutor
[21]Low Ah Thit v. Public Prosecutor
[22]Loh Kwang Seang v. Public Prosecutor
[23]Lim Guan Eng v. Pendakwa Raya
[24]Teo Siew Peng v. Public Prosecutor
[25]Public Prosecutor v. Mohamed Nor & Ors
[26]Mokhtar Pangat v. Pendakwa Agama Islam, Wilayah Persekutuan [1990]

260 visits