KU ANISBULLAH BIN KU MANGSOR & 1 ORS v. NYANAMUTHU A/L MANIAM

KU ANISBULLAH BIN KU MANGSOR & 1 ORS v. NYANAMUTHU A/L MANIAM
HIGH COURT, PULAU PINANG
ABDUL HAMID MOHAMAD J
RAYUAN SIVIL 12-77-97
6 AUGUST 1998
[1998] 1 LNS 645

Case(s) referred to:
1. Watt or Thomas v. Thomas (1947) AC 484 @ 487.
2. Lim Kim Chet & Anor v. Multar bin Masngut [1984] 2 CLJ 77; [1984] 1 CLJ 23 (Rep); [1984] 2 MLJ 165 PC.
3. Yau Heng Fang v. Public Prosecutor [1985] 2 CLJ 22; [1985] CLJ 350 (Rep); [1985] 2 MLJ 355.
4. Ng Aik Kian & Anor v. Sia Loh Sia [1997] 2 CLJ Supp. 218.
5. Azman bin Kasri & Anor v. Mohd Isa bin Endut & Govt. of Malaysia [1988] 2 CLJ 743; [1988] 1 CLJ 351 (Rep).
6. R.J. Mc Guinness v. Ahmad Zaini [1980] 1 LNS 67; [1980] 2 MLJ 304.
7. Tan Kuan Yau v. Suhindrimani [1985] 1 CLJ 429; [1985] CLJ 323 (Rep); [1985] 2 MLJ 22, M.A.
8. Topaiwah v. Salleh [1968] 1 LNS 161; [1968] 1 MLJ 284 @ 285.
9. Wong Yee Cheong & Anor v. Toh Seng Guan [1988] 2 CLJ 624; [1988] 2 CLJ 555 (Rep).
10. Balachandar v. Asiatic Development Bhd & Anor [1995] 2 CLJ 783; [1995] 1 MLJ xlviii.

Counsel:
Pihak-pihak;
1. Bagi pihak Perayu/ Defendan, Encik Navaratnam, Tetuan Nava & Associates Peguambela & Peguamcara
2. Bagi pihak Plaintif/ Responden, Encik Muthusamy dan Shanti, Tetuan V. Muthusamy & Tan, Peguambela & Peguamcara
JUDGMENT
Rayuan ini adalah terhadap penghakiman Mahkamah Sesyen dalam satu kes kemalangan jalan raya. Hakim Mahkamah Sesyen telah mendapati Defendan/Perayu bertanggungjawab seratus-peratus. Di Mahkamah ini, saya membenarkan rayuan Defendan/Perayu dan membahagikan liabiliti seperti berikut: Defendan/Perayu 40% dan Plaintif/Responden 60%. Walau bagaimana pun saya tidak mengganggu jumlah gantirugi yang [Page 2] ditaksirkan oleh Mahkamah Sesyen itu. Jumlah itu dikurangkan mengikut peratusan liabiliti Defendan/Perayu.
Mengenai liabiliti, rayuan ini memanglah terhadap keputusan fakta. Saya mengingatkan diri saya mengenai prinsip yang perlu dipatuhi oleh mahkamah rayuan dalam rayuan seperti ini, seperti yang disebut berulang-ulang kali dan saya tidak akan mengulanginya – lihat Watt or Thomas v. Thomas1; Lim Kim Chet & Anor v. Multar bin Masngut [1984] 2 CLJ 77; [1984] 1 CLJ 23 (Rep); [1984] 2 MLJ 1652; Yau Heng Fang v. Public Prosecutor [1985] 2 CLJ 22; [1985] CLJ 350 (Rep); [1985] 2 MLJ 3553.
Kesimpulan penemuan fakta Hakim Mahkamah Sesyen itu adalah seperti berikut:
Plaintif/Responden menunggang motosikal. Defendan Pertama memandu lori. Kedua-dua mereka menuju hala yang sama. Jalan itu adalah selepas Jambatan Pulau Pinang, berdekatan susur kanan untuk ke Ipoh dan Selatan. Susur D kanan itu adalah daripada lebuhraya ke Utara. Beliau memutuskan bahawa motosikal berada di lorong kiri menyusur ke kanan itu. Sebaliknya lori itu berada di lorong kanan ke Utara. Lori itu laju dan memotong beberapa kenderaan sebelum kemalangan. Ertinya, lori itu berada di kiri motosikal. Kemudian lori itu masuk ke lorong untuk menyusur ke kanan itu dan melanggar Plaintif/Responden dari belakang.
Saya telah meneliti Rekod Rayuan. Saya berpendapat Hakim Mahkamah Sesyen telah membuat kesilapan apabila [Page 3] memutuskan bahawa lori Defendan hendak pergi ke Bukit Mertajam melalui Jalan Juru (lebuhraya ke Selatan) dan oleh sebab itu telah masuk ke lorong susur dan melanggar motosikal yang taerada di lorong itu. Sebaliknya, keterangan nampak jelas menunjukkan bahawa sebenarnya, motosikal itu berada di lorong kiri jalan ke utara, kemudian memintas lorong kanan menuju ke Utara di mana lori itu berada kerana hendak menyusur ke kanan dan memasuki lebuhraya menuju ke Selatan untuk ke Juru.
Pertama kita lihat keterangan Plaintif/Responden (S.P5.) sendiri di halaman 47 hingga 50 Rekod Rayuan:
“lebih kurang 6.00 petang saya tunggang motosikal dari Pulau Pinang menuju ke Juru. Saya ikut Jambatan Pulau Pinang. Saya hendak masuk ke lalan lebuhraya menulu selatan (Juru). ” (tekanan ditambah)
“Sebelum masuk ke lebuhraya ke arah Selatan, saya memasang lampu isyarat kanan. Selepas itu, tiba-tiba sebuah lori – saksi kata – kemudian tak tahu kenderaan apa langgar – langgar dari arah belakang.” Dalam laporan Polisnya Plaintif berkata:
“Apabila saya hendak ke Lebuhraya Utara – Selatan di Perai saya hendak membelok ke kanan ke jalan menuju ke Juru. Motolori yang datang dari belakang melanggar saya.” (tekanan ditambah)
[Page 4]
Kita lihat pula keterangan Defendan Pertama/Perayu Pertama, di halaman 66:
“Saya dari tol menuju Bukit Mertajam dengan lalui lorong memotong – sebelah kanan. Bila sampai di simpang ke Ipoh, sebuah motosikal telah melintas menuju ke arah Jalan Ipoh. Motorsikal itu melintas di depan. Perlanggaran berlaku.
“S: Pada masa sebelum kemalangan, motorsikal itu berada di mana?
J: Di kiri jalan. Kemudian dia masuk depan lori, kemalangan pun berlaku sebaik saja dia masuk depan lori.”
Di halaman 68 Defendan Pertama, dalam soalan balas:
“S: Kemalangan berlaku di kiri jalan masuk ke Ipoh?
J: Setuju.”
Di bawah pemeriksaan semula:
“S: Semasa memotong, di mana kamu? Rujuk rajah kasar?
J: Saya berada di lorong memotong menuju ke arah Utara.”
Jadi mengikut keterangan Plaintif sendiri, dia hendak pergi ke Juru. Ini bererti dia akan menyusur ke kanan untuk masuk ke lebuhraya ke Selatan. Pada masa itulah dia dilanggar oleh lori Defendan dari belakang.
Mengikut Defendan Pertama dia hendak ke Bukit Mertajam.
[Page 5]
Dia mengikut lorong memotong, lorong kanan untuk ke Utara, (Lorong susur ke Selatan dikanannya). Apabila sampai ke simpang susur ke Selatan, motosikal Plaintif melintas di hadapannya, dan kemalangan berlaku di kiri jalan susur ke Selatan.
Hakim Mahkamah Sesyen itu mendapati bahawa Defendan menggunakan jalan -kanan ke Utara. Ini betul. Tetapi, Detendan Pertama secara tiba-tiba masuk ke kanan kerana hendak menyusur ke lebuhraya ke Selatan. Dengan hormat, itu tidak betul. Tidak ada langsung keterangan Defendan Pertama hendak memakai lebuhraya ke Selatan.
Seterusnya beliau berpendapat motosikal itu menggunakan lorong kiri ke Juru. Ertinya, motosikal taerada di lorong sebelah kanan Defendan Pertama. Dengan hormat, jika kedua-dua mereka sama-sama hendak menggunakan jalan susur ke lebuhraya ke Selatan, tidak ada sebeb mengapa perlanggaran akan berlaku, kerana kedua-duanya akan sama-sama menyusur ke kanan dengan motosikal di depan dan lori di belakang.
Adalah lebih munasabah bahawa kemalangan berlaku seperti cerita Defendan Pertama. Motosikal berada di lorong sebelah kirinya. Dia menggunakan lorong memotong (kanan) ke Utara. Motosikal hendak menyusur ke lorong menyusur ke lebuhraya ke Selatan yang berada di sebelah kanan Defendan. Untuk pergi [Page 6] ke lorong paling kanan itu, Plaintif melintas di hadapan lorinya, menyebabkan kemalangan berlaku. Perlu difahami bahawa “melintas” dalam keadaan itu bukanlah bererti melintas 90% seperti penjalan kaki melintas jalan. Kedua-dua kenderaan sama-sama bergerak, ke arah yang sama, motosikal di lorong kiri lori. Motosikal hendak ke lorong lebih kanan daripada lorong yang digunakan oleh lori itu. Maka motosikal terpaksa melintas jalan lori. Dalam keadaan itu, tidak ada apa-apa yang luarbiasa bahawa bahagian motosikal yang terlanggar adalah bahagian belakang, kerana, motosikal bukan melintas seperti penjalan kaki melintas jalan, tetapi menyerong.
Bahawa Defendan Pertama cuai tidak boleh dinafikan. Mengikut keterangannya sendiri dia memandu laju, memotong beberapa kenderaan. Defendan Pertama mengakui bahawa dia cuma nampak motosikal itu semasa motosikal itu melintas di hadapan lorinya sahaja. Ini bererti dia tidak memberi perhatian yang secukupnya. Juga, kiranya dia tidak terlalu laju, mungkin dia boleh mengelak kemalangan itu.
Tetapi, saya berpendapat berdasarkan fakta kes ini, Plaintif juga cuai. Dia sepatutnya telah mengambil jalan yang letaih kanan. Jika tidak pun, dia patut menyusur perlahan-lahan dari jarak jauh, bukannya melintas dengan tiba-tiba. Dia patut melihat kenderaan dikanannya dan di [Page 7] belakangnya sebelum melintas.
Dalam keadaan ini, saya berpendapat bahawa adalah lebih munasabah membahagikan kecuaian mereka pada kedua-duanya 40% bagi Defendan Pertama dan 60% bagi Plaintif.
Mengenai gantirugi, Hakim Mahkamah Sesyen itu mentaksirkan sebanyak RM84,885.10 untuk gantirugi khas dan sebanyak RM66,000.00 untuk gantirugi am.”
Mengenai gantirugi am, berkenaan dengan kecederaan, Hakim Mahkamah Sesyen mentaksirkan seperti berikut:
“(1) Compound fracture of (L) femur & kecacatan kepada hip, (L) knee, (L) ankle – RM37,000.00
(2) Compound fracture of (L) 4th, 5th metacarpal dan kecacatan tidak boleh menggengam – RM17,000.00
(3) Fracture of proximal phalanx of (R) middle finger – RM 2,000.00
(4) Scarring – RM10,000.00
Jumlah RM66,000.00
Peguam Defendan/Perayu menghujahkan bahawa untuk butiran “1”, Plaintif/Responden sepatutnya diberi antara RM20,000 – RM25,000 sahaja. Peguam Defendan/Responden merujuk kepada kes Ng Aik Kian & Anor v. Sia Loh Sia [1997] 2 CLJ Supp. 2184 di mana Mahkamah Tinggi Johor Baru memberi RM40,000.00 untuk kecacatan yang lebih teruk, [Page 8] katanya.
Sebaliknya, peguam Plaintif/Responden, yang memfail rayuan balas, menghujahkan bahawa kaki Plaintif tidak ubah seperti telah dipotong. Beliau telah merujuk kepada kes-kes. “amputation” seperti Azman bin Kasri & Anor v. Mohd Isa bin Endut & Govt. of Malaysia [1988] 2 CLJ 743; [1988] 1 CLJ 351 (Rep)5 (RM45,000.00), R.J. Mc Guinness v. Ahmad Zaini [1980] 1 LNS 67; [1980] 2 MLJ 3046 (RM50,000.00).
Rasanya tidaklah perlu bagi saya membicangkan setiap kes yang dirujukkan itu. Kesemuanya boleh digunakan sebagai panduan, sambil diberi perhatian bahawa setiap kes ada kelainannya sendiri. Di samping itu pendapat saya adalah tidak betul untuk menyamakan keadaan seorang yang kakinya telah dipotong dengan seorang yang kakinya masih ada, walaupun kegunaannya amat terhad.
Saya juga mengambil ingatan prinsip bahawa “The appeal Court is slow, disinclined to interfere with the Judge’s finding merely because the appeal court thinks that if the case had been before it in the first instance a lesser sum would have been awarded” – Abdul Hamid H.B (Malaya) (pada masa itu), dalam kes Tan Kuan Yau v. Suhindrimani [1985] 1 CLJ 429; [1985] CLJ 323 (Rep); [1985] 2 MLJ 227.
Azmi, H.B (Malaya) pada masa itu dalam penghakiman Mahkamah Persekutuan dalam kes Topaiwah v. Salleh [1968] 1 LNS 161; [1968] 1 MLJ 284 @ 285 berkata:
[Page 9]
“To justify reversing him (hakim perbicaraan – ditambah), we should be convinced that he acted upon some wrong principle of law, or that the amount awarded was so extremely high or so very small as to make it an entirely erroneous estimate of the damage.”
Saya tidak dapati apa-apa kesilapan Hakim Mahkamah Sesyen seperti yang disebutkan itu dalam kes ini. Malah saya dapati jumlah yang diberinya itu amat berpatutan, tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Oleh itu saya menolak kedua-dua rayuan Plaintif/Perayu dan rayuan balas Defendan/Responden mengenai butiran ini. Mengenai butiran “2” (“Compound fracture of (L) 4th, 5th metacapal dan kecacatan tidak boleh menggenggam), Hakim Mahkamah Sesyen memberi RM17,000.00.
Peguam Defendan/Perayu menghujahkan walau pun jumlah itu agak tinggi, ia tidak patut diubah.
Sebaliknya peguam Plaintif/Responden menghujahkan bahawa award yang patut diberi adalah antara RM60,000.00 hingga RM65,000.00.
Saya dapati jumlah yang diminta oleh peguam Plaintif/Responden itu tidak munasabah langsung. Atas prinsip yang sama seperti yang saya telah sebutkan, saya kekalkan award Hakim Mahkamah Sesyen mengenai butiran ini, yang pada pandangan saya adalah munasabah.
Untuk “scarring and skin grafting” yang melibatkan tangan dan paha, Hakim Mahkamah Sesyen memberi RM10,000.00.
[Page 10]
Peguam Plaintif/Responden menghujahkan bahawa ia terlalu rendah. Mengikutnya jumlah yang lebih berpatutan adalah RM25,000.00.
Sebagai perbandingan dalam kes Azman bin Kasri & Anor v. Mohd Isa bin Endut & Govt. of Malaysia [1988] 2 CLJ 743; [1988] 1 CLJ 351 (Rep)5. RM10,000.00 diberi untuk “skin grafting and resultant scar”. Dalam kes Wong Yee Cheong & Anor v. Toh Seng Guan [1988] 2 CLJ 624; [1988] 2 CLJ 555 (Rep)9. untuk multiple scars on fontal region, the abdomen, pelvis and the right leg” -RM8,500.00 diberi. Dalam kes Balachandar v. Asiatic Development Bhd & Anor [1995] 2 CLJ 783; [1995] 1 MLJ xlviii10. RM10,000.00 diberi untuk “multiple scars on right forehead”.
Memanglah mengenai teruknya kecederaan setiap kes itu ada perbezaannya dengan yang lain. Tetapi, saya berpendapat, RM10,000.00 yang diberi itu adalah dalam lengkongan yang munasabah. Atas prinsip-prinsip yang saya telah sebut tadi, melihat kepada jumlah besar award yang diberi, saya dapati ini bukanlah satu kes mahkamah rayuan patut campur tangan.
Mengenai gantirugi khas, cuma dua butiran yang dihujahkan oleh Defendan/Perayu:
(a) perbelanjaan perubatan sebanyak RM13,394.00 di Hospital Fatimah.
(b) kehilangan pendapatan.
Dalam kedua-dua perkara ini, saya mengekalkan award [Page 11] Hakim Mahkamah Sesyen. Memandangkan bahawa pihak yang merayu ke Mahkamah Rayuan sekarang adalah Responden/Plaintif yang semestinya berpuashati dengan keputusan saya itu, maka tidaklah perlu bagi saya memberi apa-apa alasan mengenainya.
Kesimpulannya, saya membenarkan rayuan mengenai liabiliti tetapi inenolak rayuan terhadap jumlah (quantum) gantirugi. Peguam Perayu/Defendan telah bermurah hati bersetuju supaya masing-masing pihak membayar kos masing-masing. Maka saya perintahkan sedemikian. Deposit dikembalikan kepada Perayu/Defendan.
Bertarikh 6 Ogos 1998.
Dato’ Abdul Hamid bin Haji Mohamad
Hakim Mahkamah Tinggi
Pulau Pinang
Pihak-pihak;
1. Bagi pihak Perayu/ Defendan, Encik Navaratnam, Tetuan Nava & Associates Peguambela & Peguamcara Bilik 202, Bgn Chung Siew Yin, 25 Lebuh Light, 10200 Pulau Pinang.
2. Bagi pihak Plaintif/ Responden, Encik Muthusamy dan Shanti, Tetuan V. Muthusamy & Tan, Peguambela & Peguamcara, 1st Floor, 6757, Jalan Kampong Gajah, 12200 Butterworth.
[Page 12]
Kes-kes yang dirujuk
1. Watt or Thomas v. Thomas (1947) AC 484 @ 487.
2. Lim Kim Chet & Anor v. Multar bin Masngut [1984] 2 CLJ 77; [1984] 1 CLJ 23 (Rep); [1984] 2 MLJ 165 PC.
3. Yau Heng Fang v. Public Prosecutor [1985] 2 CLJ 22; [1985] CLJ 350 (Rep); [1985] 2 MLJ 355.
4. Ng Aik Kian & Anor v. Sia Loh Sia [1997] 2 CLJ Supp. 218.
5. Azman bin Kasri & Anor v. Mohd Isa bin Endut & Govt. of Malaysia [1988] 2 CLJ 743; [1988] 1 CLJ 351 (Rep).
6. R.J. Mc Guinness v. Ahmad Zaini [1980] 1 LNS 67; [1980] 2 MLJ 304.
7. Tan Kuan Yau v. Suhindrimani [1985] 1 CLJ 429; [1985] CLJ 323 (Rep); [1985] 2 MLJ 22, M.A.
8. Topaiwah v. Salleh [1968] 1 LNS 161; [1968] 1 MLJ 284 @ 285.
9. Wong Yee Cheong & Anor v. Toh Seng Guan [1988] 2 CLJ 624; [1988] 2 CLJ 555 (Rep).
10. Balachandar v. Asiatic Development Bhd & Anor [1995] 2 CLJ 783; [1995] 1 MLJ xlviii.

76 visits