YU AH HIEOK MENUNTUT SEBAGAI BENEFISIARI DARI ISTERI YANG SAH BAGI SOON CHUAN AIK, SI MATI v. SUHAIMI BIN ABDUL GHANI & 1 ORS

YU AH HIEOK MENUNTUT SEBAGAI BENEFISIARI DARI ISTERI YANG SAH BAGI SOON CHUAN AIK, SI MATI v. SUHAIMI BIN ABDUL GHANI & 1 ORS
HIGH COURT, PULAU PINANG
ABDUL HAMID MOHAMAD J
RAYUAN SIBIL NO; 12-65-96
17 JULY 1998
[1998] 1 LNS 643
Counsel:
Pihak-pihak:
1. Bagi pihak Plaintif/Perayu, Puan Rhina Bhar, Tetuan Rhina Bhar, Accosiates, Peguambela & Peguamcara
2. Bagi pihak Responden, Encik Yahaya bin Ahmad, Tetuan Lim Kean Siew & Co, Peguambela & Peguamcara

JUDGMENT
Ini adalah satu rayuan yang berbangkit daripada penghakiman Mahkamah Sesyen dalam satu kes kemalangan jalanraya. Liabiliti telah dipersetujui. Masing-masing pihak liable sebanyak 50%.
Alasan pertama rayuan ini ialah mengenai keengganan [Page 2] Hakim Mahkamah Sesyen membenarkan pindaan yang dipohon oleh Plaintif/Perayu mengenai pendapatan Si Mati. Saya telah memutuskan bahawa Hakim Mahkamah Sesyen itu sepatutnya membenarkan pindaan itu. Memandangkan bahawa pihak yang merayu ke Mahkamah Rayuan sekarang ini adalah Plaintif/Perayu dan keputusan itu memihak kepadanya, tidaklah perlu bagi saya membincangkan soal itu lagi. Tetapi liku-liku perjalanan kes ini di Mahkamah Sesyen patut juga disebut.
Mengikut Pernyataan Tuntutan Plaintit pendapatan Si Mati adalah sebanyak RM950.00 sebulan. Sumbangan Si Mati kepada keluarganya ialah sebanyak RM800.00 sebulan. Umur Si Mati pada masa kematiannya adalah 31 tahun.
Sebelum keterangan mula diberi peguam Plaintif memohon untuk meminda jumlah sumbangan RM800.00 sebulan kepada RM1,000.00. Pindaan diluluskan. Pindaan tidak dibuat terhadap pendapatan Si Mati. Ia kekal sebanyak RM950.00. Tetapi dalam keterangannya SPl (isteri Si Mati) mengatakan pendapatan Si Mati adalah RM1,500.00 sebulan.
Selepas Plaintif menutup kesnya peguam Plaintif memohon untuk meminda pendapatan Si Mati daripaa RM950.00 kepada RM1,513.00. Peguam Defendan meinbantah. Hakim Mahkamah Sesyen menolak perinohonan itu. Tetapi di Mahkamah ini, saya membenarkannya. Tetapi ini bukan bererti bahawa saya menerima secara automatik bahawa pendapatan Si Mati adalah [Page 3] RM1,513.00. Itu soal pembuktian. Ini soal pindaan kepada pliding sahaja.
Rayuan ini hanya mengenai gantirugi.
Hakim Mahkamah Sesyen itu menerima keterangan Isteri Si Mati bahawa perbelanjaan makan sekeluarga di rumah adalah sebanyak RM500.00 sebulan. Si Mati makan di rumah tiga kali sehari. Hakim Mahkamah Sesyen itu memutuskan bahawa perbelanjaan makan Si Mati di rumah, dan isterinya masing-masing sebanyak RM150.00 sebulan dan RM100.00 bagi setiap orang anaknya. Beliau juga menerima keterangan Isteri Si Mati bahawa mereka makan lima kali sehari dan oleh itu Si Mati makan dua kali sehari di luar. Anggaran perbelanjaan makanan Si Mati di luar rumah adalah RM100.00. Ini juga diterima oleh Hakim Mahkamah Sesyen itu. Beliau juga menerima keterangan Isteri Si Mati bahawa perbelanjaan lain untuk diri Si Mati adalah sebanyak RM250.00 sebulan. Si Mati juga membelanjakan RM15.00 sebulan untuk petrol motosikalnya. Maka Hakim Mahkamah Sesyen menolak RM515.00 daripada pendapatan RM950.00. Jadi jumlah sumbangan Si Mati adalah sebanyak RM435.00 sebulan.
Peguam Perayu menghujahkan bahawa cuma RM80.00 sebulan sahaja yang patut ditolak untuk makanan Si Mati. Beliau mengambil angka RM1,000.00 sebagai jumlah pendapatan Si Mati. Setelah ditolak RM80.00 maka bakinya sebanyak RM920.00 [Page 4] adalah jumlah sumbangan Si Mati.
Dalam hal ini patut di ambil perhatian bahawa Isteri Si Mati sendiri dalam keterangannya mengatakan bahawa sumbangan Si Mati adalah antara RM800.00 hingga RM1,000.00 sebulan.
Daripada pengalaman, saya dapati kerapkali dalam tuntutan seperti ini sumbangan Si Mati selalu di besar-besarkan. Jika apa yang dikatakan oleh Plaintif-Plaintif dalam tuntutan seperti ini dipercayai sepenuhnya, nampaknya seolah-olah cuma suami atau anak-anak yang baik, yang menyerahkan hampir kesemua pendapatannya kepada isteri atau ibu-bapanya yang mati akibat kemalangan jalanraya. Suami atau anak-anak yang tidak atau kurang memberi sumbangantidak pula mati dalam kemalangan jalan raya.
Kiranya hujah peguam Perayu diterima, ertinya Si Mati cuma perlu makan bernilai RM80.00 sebulan untuk hidup. Dan mengikut isterinya mereka makan lima kali sehari. Ertinya lebih kurang 55 sen sekali makan! Ini amat tidak munasabah.
Memang Defendan tidak mengemukakan keterangan untuk menyangkal mengenai perbelanjaan makan Si Mati, selain daripada peguam Defendan menyoalbalas Isteri Si Mati. Tetapi apa lagi yang dilakukan? Kerapkali pihak-pihak yang terlibat dalam sesuatu kemalangan jalan raya tidak kenal pun antara satu sama lain. Bagaimana pihak kena tuntut hendak mendapatkan keterangan mengenai berapa pihak yang [Page 5] menuntut belanja untuk makan (dan lain-lain)?
Selain dari itu, jika hujah peguam Plaintif diterima, ertinya Si Mati cuma perlu makan untuk hidup. Dia tidak perlu pakai seluar, pakai baju, berus gigi, gunting rambut dan lain-lain.
Oleh sebab itu saya berpendapat bahawa hujah peguam Perayu itu tidak munasabah. Mahkamah tidak semestinya menerima apa saja yang dikatakan oleh seseorang saksi walau pun saksi pihak lawan tidak atau tidak mengemukakan keterangan yang bercanggah. Mahkamah masih perlu menimbang sama ada keterangan itu munasabah atau tidak. Hakim akan menjadi robot jika beliau tidak boleh belajar dari pengalaman dan memakai pengalaman itu, dan memutuskan mana uang munasabah dan mana yang tidak.
Walau bagaimanapun saya telah menambah RM200.00 sebulan sebagai sumbangan Si Mati menjadikan RM635.00 sebulan. Pada pandangan saya ini sudah amat “generous”. Sebab, kalau kita ambil pendapatan Si Mati sebagai RM1,000.00 sebulan seperti yang dilakukan oleh peguam Plaintif sendiri, ditolak dengan perbelanjaan Si Mati untuk dirinya sendiri sebanyak RM515.00 sebulan (yang berdasarkan keterangan isterinya sendiri) maka sumbangan Si Mati hanyalah RM485.00 sebulan. Saya menaikkannya kepada RM635.00 sebulan.
Satu perkara lagi yang dihujahkan ialah mengenai umur Si [Page 6] Mati. Dalam Pernyataan Tuntutannya (perenggan 9), bahawa umur Si Mati semasa kematiannya adalah 31 tahun. Pliding ini tidak pernah dipinda. Pada 8 Mei 1996, peguam kedua belah pihak mempersetujui bahawa Si mati dilahirkan pada 12 November 1961 (mukasurat 16 Rekod Rayuan). Selepas itu B saksi-saksi memberi keterangan diikuti dengan hujah kedua-dua “belah pihak. Hujah Peguam Plaintif adalah berdasarkan umur Si Mati pada masa kematiannya adalah 31 tahun seperti dalam pliding. Kes ditangguh kepada 15 Mei 1996 untuk keputusan.
Pada 15 Mei 1996 sebelum Hakim Mahkamah Sesyen memberi keputusan, peguam Plaintif memaklumkan Mahkamah bahawa Si Mati belum mencapai umur 31 tahun. Peguam Defendan membantah.
Perlu disebut di sini bahawa terdapat sedikit kesilapan mengenai tarikh mati Si Mati dalam nota keterangan di mukasurat 38 Rekod Rayuan. Mengikut nota Hakim Mahkamah Sesyen itu, kedua-dua peguam menyebut tarikh mati sebagai “12.11.65”. Tetapi jika dilihat fakta yang dipersetujui oleh kedua belah pihak sebelum perbicaraan bermula (di mukasurat 16 Rekod Rayuan) tarikh yang dipersetujui ialah 12.11.61.
Tetapi Mahkamah Sesyen itu memakai tarikh 12.11.61 itu dengan betulnya untuk mengira umur Si Mati. Ini dapat dilihat dalam Alasan Penghakimannya (mukasurat 45 Rekod Rayuan) yang. mengatakan umur Si Mati pada tarikh kematiannya [Page 7] ialah 30 tahun 11 bulan 18 hari. Ini betul.
Seksyen 7(3)(iv)(d) Akta Undang-Undang Sivil 1956 memperuntukan:
“(iv) in assessing the loss of earnings in respect of any period after the death of a person where such earnings provide for or contribute to the damages under this section the Court shall –
(a)
(b)
(c)
(d) take into account that in the case of a person who was of the age of thirty years and below at the time of his death, the number of years’
purchase shall be 16; and in the case of any other person who was of the age range extending between thirty one years and fifty four years at the time of his death, the number of years’ purchase shall be calculated by using the figure 55, minus the age of the person at the time of death and dividing the remainder by the figure 2. ”
Mengikut peruntukan ini jika seseorang itu berumur 30 tahun dan ke bawah semasa kematiannya pendarabnya adalah 16. Jika dia berumur antara 31 tahun pendarabnya adalah 12.
Hakim Mahkamah Sesyen memakai pendarab 12 berdasarkan umur Si Mati 31 tahun kerana umurnya lebih dekat kepada 31 tahun.
Perlu diingat bahawa di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen [Page 8] hujah peguam Plaintif/Perayu adalah berdasarkan umur Si Mati 31 tahun dan pendarab adalah 12.
Di Mahkamah ini peguam Plaintif/Perayu menghujahkan bahawa pendarab 16 hendaklah dipakai kerana umur Si Mati belum mencapai 31 tahun.
Sekali pandang memang nampak ada lakuna dalam peruntukan itu, ia itu mengenai-orang-orang yang telah melebihi 30 tahun tetapi belum mencapai umur 31 tahun, seperti Si Mati. Saya berpendapat tafsiran yang munasabah ialah asalkan seseorang itu belum mencapai umur 31 tahun tetapi telah melepasi 30 tahun, dia hendaklah masih dikira 30 tahun. Jadi sepatutnya, pendarabnya ialah 12.
Tetapi dalam kes ini pliding Plaintif masih kekal ia itu umur Si Mati adalah 31 tahun. Hujah plaintif di Mahkamah Sesyen itu juga berdasarkan umur Si Mati 31 thaun. Oleh itu saya berpendapat bahawa Plaintif terikat dengan plidingnya dan tidak patut dibenarkan untuk cuba membetulkan kesilapannya di peringkat ini. Atas alasan itu saya mengekalkan pendarab yang dipakai oleh Hakim Mahkamah Sesyen itu.
Kesimpulannya saya telah meluluskan sebahagian daripada rayuan Plaintif itu ia itu mengenai jumlah sumbangan Si Mati tetapi tidak mengenai pendarabnya.
[Page 9]
Bertarikh 17 Julai 1998.
Dato’ Abdul Hamid bin Haji Mohamad
Hakim Mahkamah Tinggi
Pulau Pinang.
Pihak-pihak
1. Bagi pihak Plaintif/Perayu, Puan Rhina Bhar, Tetuan Rhina Bhar, Accosiates, Peguambela & Peguamcara, No. 11 Love Lane, 10200 Pulau Pinang.
2. Bagi pihak Responden, Encik Yahaya bin Ahmad, Tetuan Lim Kean Siew & Co, Peguambela & Peguamcara, Tingkat 5, Wisma Penang, Garden, 42 Jalan Sultan Ahmad Shah, 10050 Pulau Pinang.

73 visits