YEOH HUN MENG & 1 ORS v. ABDUL RASHID BIN CHIK

YEOH HUN MENG & 1 ORS v. ABDUL RASHID BIN CHIK
HIGH COURT, PULAU PINANG
ABDUL HAMID MOHAMAD J
RAYUAN SIVIL NO; 12-1-1997
14 JULY 1998
[1998] 1 LNS 642

Case(s) referred to:
Kes-kes yanq dirujuk:
1. Watt or Thomas v. Thomas (1947) AC 484 @ 487.
2. Kim Guan & Co. Sdn. Bhd v. Yong Nyee Fan & Sons Sdn. Bhd. [1983] 1 CLJ 273; [1983] CLJ 19 (Rep); [1983] 2 MLJ 89.
3. Lim Kim Chet & Anor v. Multar bin Masngut [1984] 2 CLJ 77; [1984] 1 CLJ 23 (Rep); [1984] 2 MLJ 165 PC.
4.Yau Heng Fang v. Public Prosecutor [1985] 2 CLJ 22; [1985] CLJ 350 (Rep); [1985] 2 MLJ 355 F.C.
5. President District Council, Batu Pahat v. Lo Hong Tan [1983] 1 CLJ 175; [1983] CLJ 331 (Rep); [1983] 1 MLJ 299 F.C.
6. M.A. Clyde v. Wong Ah Mei & Anor [1970] 1 LNS 73; [1970] 2 MLJ 183 F.C.

Counsel:
Pihak-pihak:
1. Bagi pihak Perayu, Encik Khairudin, Tetuan Bala Mahesan, Khairudin, Peguambela & Peguamcara
2. Bagi pihak Responden, Encik Ahmad Johari b Hamzah, Tetiian A.J. Hamzah & Co Peguambela & Peguamcara

JUDGMENT
Ini adalah rayuan terhadap penghakiman Hakim Mahkamah Sesyen dalam satu kes kemalangan jalan raya. Rayuan ini mengenai liabiliti sahaja.
Mengikut Pernyataan Tuntutan Plaintif, pada 15 November 1993, lebih kurang pukul 11.15 pagi, Plaintif menunggang motosikal No. PCK 7391 dari arah Georgetown ke Teluk Bahang, melalui jalan Tanjong Bungah. Apabila dia sampai dekat [Page 2] hadapan Hotel Novotel “masa itu ada sebuah kenderaan Motor/Van No PCJ 3567 berhenti di tepi jalan tanpa memberi apa-apa isyarat, ini menyebabkan terjadinya satu perlanggaran.”
[Dalam prosiding ini ada kalanya kenderaan itu dipanggil “van”, ada kalanya “lori” dan ada kalanya “lori pick-up”. Tetapi, oleh sebab Hakim Mahkamah Sesyen pun menggunakan perkataan “van”, saya juga menggunakan perkaraan “van”].
Dalam pembelaannya Defendan mengaku terlibat dalam kemalangan dengan motosikal Plaintif tetapi menafikan kecuaiannya.
Hakim Mahkamah Sesyen dalam alasan penghakimannya mengatakan bahawa terdapat dua versi bagaimana kemalangan itu berlaku. Versi Plaintif ialah beliau mengekori van yang dipandu oleh Defendan. Sampai di tempat berkenaan van tersebut telah masuk ke sebelah kiri dan berhenti dengan tiba-tiba. Dia terkejut, tidak sempat mengelak ke kanan dan berlanggar dengan bahagian belakang van tersebut. Versi Defendan pula ialah dia nampak kawannya sedang menunggu diperhentian bas. Dia memberhentikan vannya 30 kaki daripada perhentian bas. Selepas berhenti beberapa minit motosikal Plaintit melanggar bahagian belakang vannya. Defendan mengatakan dia memang telah menyuruh kawannya menunggunya di perhentian bas itu.
[Page 3]
Jadi soalnya, seperti dikatakan oleh Hakim Mahkamah Sesyen itu dengan betulnya ia itu sama ada van Defendan telah sedia herhenti di tepi jalan sebelum kemalangan belaku atau van itu masuk ke sebelah kiri dan berhenti dengan tiba-tiba.
Hakim Mahkamah Sesyen itu telah memutuskan bahawa adalah lebih munasabah Plaintif terkejut dan panik apabila van Defendan masuk ke kiri dan berhenti dengan tiba-tiba. Oleh itu beliau mendapati bahawa Defendan cuai seratus peratus.
Keputusan itu adalah keputusan fakta dan Mahkamah ini mendengar kes ini dalam satu rayuan. Prinsip yang disebut oleh Lord Thankerton dalam kes Watt or Thomas v. Thomas1 adalah terpakai:
“Where a question of fact has been tried by a judge without a jury, and there is no question of misdirection of himself by the judge, and appellate court which is disposed to come to a different conclusion on the printed evidence, should not do so unless it is satisfied that any advantage enjoyed by the trial judge by reason of having seen and heard the witnesses, could not be sufficient to explain or justify the trial judge’s conclusion;”
Prinsip ini telah banyak kali diterima oleh Mahkamah di negara kita. Antaranya lihat Kim Guan & Co. Sdn. Bhd v. Yong Nyee Fan & Sons Sdn. Bhd. [1983] 1 CLJ 273; [1983] CLJ 19 (Rep); [1983] 2 MLJ 892, Lim Kim Chet & Anor v. Multar bin Masngut [1984] 2 CLJ 77; [1984] 1 CLJ 23 (Rep); [1984] 2 MLJ 1653, Yau Heng Fang v. Public Prosecutor [1985] 2 CLJ 22; [1985] CLJ 350 (Rep); [1985] 2 MLJ 3554.
Sebaliknya ” an Appellate Court is in as good a [Page 4] position to evaluate as the trial court where the latter has A made inferences from findings of facts,” seperti yang dikatakan oleh Wan Suleiman F.J. dalam kes President District Council, Batu Pahat v. Lo Hong Tan [1983] 1 CLJ 175;[1983] CLJ 331 (Rep); [1983] 1 MLJ 2995.
Dalam kes ini Hakim Mahkamah Sesyen itu membuat keputusannya berdasarkan keterangan Plaintif di Mahkamah bahawa dia terkejut dan panik apabila van itu telah masuk ke kiri dengan tiba-tiba. Berdasarkan keterangan itu beliau menimbang juga keterangan Defendan dan mendapatinya tidak munasabah.
Peguam Perayu menghujahkan bahawa Hakim Mahkamah Sesyen itu telah tersilap kerana gagal menimbang dua fakta penting. Pertama, apa yang dikatakan oleh Plaintif dalam laporan polisnya. Kedua keterangan PW3, Pegawai Penyiasat.
Plaintif telah membuat laporan polisnya dalam bulan April 1994, ia itu lebih kurang 5 bulan selepas kemalangan, seperti berikut:
” Pada jam 11.15 pagi 15.11.93 saya menunggang motosikal No. PCK 7391 jenis Kawasaki 600cc warna biru/putih dari Mahkamah Georgetown Pulau Pinang mahu balik ke Teluk Bahang, melalui Jalan Tanjong Bungah. Sampai dekat Hotel Novotel masa itu ada sebuah m/van No PCJ 3557 parking ditepi jalan. Masa itu ada dua buah motokar memotong saya, dan saya terkejut dan terlanggar pada m/van tersebut dan jatuh. Motorsikal saya terus terbakar dan kena pada bahagian kaki dan tangan. Saya telah mendapat rawatan di Hospital Besar Pulau Pinang selama 4 bulan. Keseluruhan motorsikal hangus serta kerugian tidak tahu. Inilah saya datang buat laporan polis.”
[Page 5]
Plaintif telah disoalbalas mengenai laporannya itu. Antara lain dia berkata dia tidak ada masalah menceritakan kepada polis bagaimana kemalangan itu taerlaku. Walau bagaimana pun apabila ditunjuk laporan itu dia berkata dia “tidak boleh membaca.” Di tanya mengenai perkataan “parking” yang digunakannya dia berkata “maksud saya berhenti tanpa isyarat.”
Dia mengaku ada kenderaan memotongnya sebelum perlanggaran, tetapi kenderaan itu memotong “macam biasa sahaja.”
Pegawai Penyiasat (PW3) memberi keterangan bagi pihak Plaintif. Dalam keterangannya, PW3 berkata, antara lain:
“Semasa penunggang motosikal datang buat laporan saya ada jumpa Abdul Rashid. Beliau ada menceritakan sendiri kepada saya bagaimana kemalangan itu berlaku. Penunggang (Plaintif – ditambah) beritahu ada sebuah motokar memotong motosikal dan beliau terhimpit dan terlanggar van yang berhenti: Tidak ada dakwaan dari penunggang bahawa van tiba-tiba masuk dan halang laluannya.”
Kebolehterimaan keterangan ini tidak dicabar. Peguam Responden semasa berhujah dihadapan saya cuma menghujahkan bahawa “keterangan PW3 tak boleh dipakai. Plaintif tak bpleh membaca. PW3 sendiri yang tulis.”
Ertinya, peguam Responden cuma mempertikaikan mengenai “weight” yang boleh diberi kepada laporan polis Plaintif itu kerana PW3 yang menulis laporan itu. Tetapl Plaintif sendiri [Page 6] mengatakan dia tidak ada masalah menceritakan kepada PW3 bagaimana kemalangan itu berlaku.
Dalam kes ini soal kebolehterimaan laporan polis Plaintif dan apa yang diceritanya kepada PW3 itu tidak timbul. Jika timbul pun atas autoriti M.A. Clyde v. Wong Ah Mei & Anor [1970] 1 LNS 73; [1970] 2 MLJ 1836 F.C., ia boleh diterima. Soalnya hanya berapa banyak “weight” hendak diberi kepadanya.
Perlu diingat bahawa beban pernbuktian terletak di atas bahu Plaintif. Keterangan laporan Polisnya sendiri dan saksinya sendiri (PW3) bercanggah dengan keterangannya di Mahkamah dan selaras pula dengan keterangan Defendan.
Adalah tidak munasabah Plaintif tidak tahu makna perkataan “parking” yang digunanya dalam laporan itu. Dia tidak menafikan bahawa dia menggunakan perkataan “parking” semasa membuat laporan. Makna yang diberinya dalam perbicaraan iaitu “berhenti tanpa isyarat” adalah tidak munasabah, dan nampaknya hendak disesuaikan dengan keterangannya di Mahkamah.
Saya dapati Hakim Mahkamah Sesyen tersilap kerana tidak memberi pertimbangan secukupnya kepada dua butir keterangan pihak Plaintif yang bercanggah dengan keterangannya di Mahkamah. Oleh itu beliau tersilap dalam keputusannya mengenai sebab atau punca kemalangan itu berlaku dan mengenai liability. Kesilapan ini, pada pandangan saya mematutkan [Page 7] Mahkamah ini mengenepikan keputusan itu, atas prinsip-prinsip yang saya telah sebutkan lebih awal itu. Maka saya membenarkan rayuan Defendan dengan kos.
Bertarikh 14 Julai 1998.
Dato’ Abdul Hamid bin Haji Mohamad
Hakim Mahkamah Tinggi
Pulau Pinang.
Pihak-pihak.
1. Bagi pihak Perayu, Encik Khairudin, Tetuan Bala Mahesan, Khairudin, Peguambela & Peguamcara, Suite 401, Tingkat 4, Bangunan Southern Bank, 21 Lebuh Pantai, 10300 Pulau Pinang.
2. Bagi pihak Responden, Encik Ahmad Johari b Hamzah, Tetiian A.J. Hamzah & Co Peguambela & Peguamcara Tingkat 1, B-7, Bangunan MARA Lebuh Buckhingham 10200 Pulau Pinang.
[Page 8]
Kes-kes yang dirujuk
1. Watt or Thomas v. Thomas (1947) AC 484 @ 487.
2. Kim Guan & Co. Sdn. Bhd v. Yong Nyee Fan & Sons Sdn. Bhd. [1983] 1 CLJ 273; [1983] CLJ 19 (Rep); [1983] 2 MLJ 89.
3. Lim Kim Chet & Anor v. Multar bin Masngut [1984] 2 CLJ 77; [1984] 1 CLJ 23 (Rep); [1984] 2 MLJ 165 PC.
4. Yau Heng Fang v. Public Prosecutor [1985] 2 CLJ 22; [1985] CLJ 350 (Rep); [1985] 2 MLJ 355 F.C.
5. President District Council, Batu Pahat v. Lo Hong Tan [1983] 1 CLJ 175;[1983] CLJ 331 (Rep); [1983] 1 MLJ 299 F.C.
6. M.A. Clyde v. Wong Ah Mei & Anor [1970] 1 LNS 73; [1970] 2 MLJ 183 F.C.

98 visits