HEAH HEE THENG (SEBAGAI WAKIL MELALUI PERSERAHAN NO. 2861/84 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG BAGI HEAH PENG HOR, HEAH BOON KOK, HEAH PENG LAM DAN HEAH BOON KWEY) v. LOO SANG SING & 1 ORS

HEAH HEE THENG (SEBAGAI WAKIL MELALUI PERSERAHAN NO. 2861/84 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG BAGI HEAH PENG HOR, HEAH BOON KOK, HEAH PENG LAM DAN HEAH BOON KWEY) v. LOO SANG SING & 1 ORS
HIGH COURT, PULAU PINANG
ABDUL HAMID MOHAMAD J
SAMAN PEMULA NO; 24-455-97
9 MAY 1998
[1998] 1 LNS 640
Counsel:
COUNSEL:
1. Bagi pihak Plaintif Cik Amirah bt Haji Abdullah, Tetuan Tan Bak Lee & Co
2. Bagi pihak Defendan-Defendan, Encik S. Anthonysamy, Tetuan Aziz, Anthony & Co

JUDGMENT
(Lampiran 2)
Melalui Saman Pemula, Plaintif memohon perintah-perintah bahawa Perjanjian Jual-Beli bertarikh 10 Ogos 1996 antara Plaintif dengan Defendan-Defendan dibatalkan dan wang deposit sebanyak RM9,900.00 dirampas oleh Plaintif, bahawa Defendan-Defendan diperintahkan memindahmilik semula hartanah tersebut kepada Plaintif dan lain-lain perintah sampingan.
Mengikut affidavit Plaintif-Plaintif telah melalui suatu perjanjian jual beli bertarikh 10 Ogos 1996, bersetuju menjual hartanah berkenaan kepada Defendan-Defendan dengan harga RM99,000.00. Deposit sebanyak RM9,900.00 telah dibayar kepada Plaintif. Baki sebanyak RM89,100.00 hendaklah dibayar dalam masa tiga bulan daripada tarikh perjanjian dengan lanjutan masa selama satu bulan.
Mengikut Plaintif, Defendan-Defendan telah gagal menjelaskan baki itu dalam tempoh tiga bulan yang ditetapkan itu, yang tamat pada 2 Disember 1996. Pada 9 Disember 1996 peguam Plaintif atas arahan Plaintif, menulis surat kepada Defendan-Defendan menyatakan niat Plaintif untuk membatalkan perjanjian itu dan merampas deposit sebanyak RM9,900.00 itu. Pada 14 Disember 1996 peguam Defendan menghantar dua keping [Page 3] cek berjumlah RM89,100.00 kepada peguam Plaintif. Plaintif enggan menerima cek-cek itu, memulangkannya dan memasuki caveat ke atas hartanah itu.
Defendan-Defendan (suami-isteri) tidak menafikan wujudnya perjanjian itu dan terma-terma yang terkandung di dalamnya. Tetapi Defendan Pertama dalam affidavitnya mengatakan bahawa setelah membuat perjanjian untuk membeli rumah Plaintiff itu, dia telah menjual rumahnya di Kuala Kurau. Dia dikehendaki memberi milikan kosong rumahnya pada penghujung bulan November 1996. Dia memberi milikan kosong pada 28 November 1996. Oleh kerana itu dia memindahkan barang-barangnya ke rumah adik Iparnya yang bersebelahan rumah yang dibelinya daripada Plaintif. Semasa dia memindahkan barang-barang itu Plaintit memberitahu Detendan Pertama bahawa Plaintif tidak boleh memberi milikan kosong rumahnya kepada Defendan-Defendan pada 2 Disember 1996. Mereka bersetuju untuk hadir di pejabat peguam M/s Chen, Leong & Co pada 30 Nov. 1996 untuk berbincang perkara itu. Mereka semua pergi.
Dalam perbincangan itu, mereka bersetuju bahawa Plaintif boleh memberi milikan kosong pada 31 Disember 1996. Baki harga jualan akan dibayar pada atau sebelum 31 Disember 1996. Tetapi pada 2 Disember Defendan-Defendan dipanggil ke pejabat peguam itu semula. Mereka pergi. Plaintif dan anak [Page 4] lelakinya juga berada di situ. Peguam itu memberitahu bahawa walau pun Plaintif akan menyerahkan milikan kosong pada 31 Disember 1996, tetapi Plaintif mahu Defendan-Defendan membayar harga belian pada hari itu juga, iaitu 2 Disember 1996. Defendan Pertama mengatakan mereka bersedia bayar hari itu juga jika Plaintit bersedia menyerahkan milikan kosong pada hari itu juga. Plaintit tetap berkeras mahukan bayaran dibuat pada hari itu juga, walau pun dia sendiri tidak boleh memberi milikan kosong.
Mengikut Defendan Pertama, dia bersedia membayar bakinya tetapi Plaintif yang tidak dapat memberi milikan kosong seperti dipersetujui. Akibatnya Defendan Pertama terpaksa menyewa sebuah rumah dengan harga RM250.00 sebulan mulai 1 Januari 1997. Defendan-Defendan memohon supaya tuntutan Plaintif ditolak, kaveat dipotong, gantirugi khas sebanyakRM250.00 sebulan mulai 1 Januari 1997 sehingga milikan kosong diberi, ganti rugi am, kos dan faedah.
Sebelum mendengar hujah-hujah mereka, saya bertanya peguam kedua-dua belah pihak sama ada fakta dipertikaikan dan Mahkamah boleh membuat keputusan besrdasarkan keterangan affidavit. Kedua mereka menjawab bahawa takta tidak dipertikaikan.
Setelah meneliti kes ini saya dapati bahawa fakta berkenaan apa yang berlaku tidak dipertikaikan. Ini termasuk [Page 5] apa yang berlaku di pejabat peguam itu sebanyak dua kali. Maka soalnya ialah siapakah yang melanggar perjanjian?
Mengikut Perjanjian asal tempoh untuk bayaran sepenuhnya ialah pada 2 Disember 1996. Perenggan 7 Jadual Ketiga mengatakan:
“7. The Vendor shall deliver possession of the said Property fee from all encumbrance to the Purchaser upon the full payment of the balance purchase price.” Mengikut peruntukan itu apabila Defendan-Defendan membayar baki harga jualan, Plaintif hendaklah memberi milikan kosong. Adalah jelas bahawa Plaintif tidak dapat menyerahkan milikan kosong pada 2 Disember 1996.
Oleh itu pada 2 Disember 1996, di Pejabat Peguam itu mereka telah bersetuju menangguhkan bayaran dan pemberian milikan kosong kepada 31 Disember 1996. Tetapi lima hari kemudian Plaintif menukar fikiran.
Adalah jelas bahawa Plaintit telah melanggar perjanjian itu sebanyak dua kali, pertama dia tidak dapat menyerah milikan kosong pada 2 Disember 1996, dan sekali lagi (bagi saya lebih penting), melanggar perjanjian yang dipersetujui di pejabat peguam itu. Di pejabat peguam itu mereka bersetuju menangguh bayaran harga belian dan penyerahan milikan kosong kepada 31 Disember 1992. Lima hari selepas mereka mencapai persetujuan itu, Plaintif menukar fikiran dan [Page 6] menghendaki Defendan-Defendan membayar pada 2 Disember 1992 juga, sedangkan dia cuma akan menyerah milikan kosong pada 31 Disember 1996.
Oleh itu saya menolak tuhtutan Plaintif dengan kos. Saya perintahkan kaveat persendrian dibatalkan. Saya juga beri kebebasan kepada Defendan-Defendan untuk mengambil tindakan mengenai breach of contract dan gantirugi, kerana saya tidak fikir perkara itu patut diputuskan dalam Saman Pemula ini, kerana saya berpendapat keterangan lisan mungkin perlu untuk membuktikan gantirugi terutama sekali gantirugi am.
Bertarikh 9 Mei 1998.
Dato’ Abdul Hamid bin Haji Mohamad
Hakim Mahkamah Tinggi
Pulau Pinang.
Pihak-pihak.
1. Bagi pihak Plaintif Cik Amirah bt Haji Abdullah, Tetuan Tan Bak Lee & Co, Peguambela & Peguamcara 34 Tingkat Atas, Jalan Selat, Taman Selat, 12000 Butterworth.
[Page 7]
2. Bagi pihak Defendan-Defendan, Encik S. Anthonysamy, Tetuan Aziz, Anthony & Co Peguambela & Peguamcara No 4918, Tingkat 2 Jalan Bagan Luar 12000 Butterworth.

94 visits