KAPOOR RAHIM BIN RAHMANSHA JUGA DIKENALI SEBAGAI KAPOOR RAHIM BIN RAHIMANSHA, PENTADBIR HARTA PESAKA RAHIMANSHA A/L MOHD ABBAS, SI MATI v. MD SHAH BIN RAHIMANSHA & 1 ORS

KAPOOR RAHIM BIN RAHMANSHA JUGA DIKENALI SEBAGAI KAPOOR RAHIM BIN RAHIMANSHA, PENTADBIR HARTA PESAKA RAHIMANSHA A/L MOHD ABBAS, SI MATI v. MD SHAH BIN RAHIMANSHA & 1 ORS
HIGH COURT, PULAU PINANG
ABDUL HAMID MOHAMAD J
USUL PEMULA NO: 25-23-1996
19 JULY 1997
[1997] 1 LNS 581
Counsel:
Pihak-pihak:
1. Bagi pihak Pemohon, Encik Abu Haniffa, Syarikat Abu Haniffa Peguambela & Peguamcara
2. Pihak Defendan-Defendan, Encik Harjit Singh menyebut bagi pihak Encik Darshan Singh, Tetuan Darshan Singh & Co

JUDGMENT
Melalui Saman Pemula, Plaintif memohon perintah untuk mencegah Defendan-Defendan daripada memulakan atau meneruskan apa-apa prosiding terhadap Plaintif tanpa mendapat kebenaran Mahkamah. Permohonan dibuat di bawah perenggan 17 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan bidangkuasa sedia [Page 2] ada Mahkamah.
Untuk mengetahui latar belakang permohonan ini eloklah diperturunkan kronologi prosiding-prosiding sebelum ini, seperti yang dinyatakan oleh Plaintif dalam Affidavitnya dan tidak disangkal oleh Defendan-Defendan.
Sebenarnya Plaintif dan Defendan-Defendan adalah adik beradik. Bapa mereka telah meninggal dunia, meninggalkan sebuah rumah pesaka. Plaintif adalah pentadbir pesaka bapa mereka, setelah raemperolehi Surat Kuasa Mentadbir pada 11 Mei 1993. Defendan-Defendan berhak kepada 3/11 bahagian pesaka tersebut tetapi raenduduki rumah itu. Oleh sebab itulah sahaja harta pesaka bapa mereka, Plaintif ingin menjual dan membahagikan pesaka itu kepada benefisiari-benefisiari, termasuk Defendan-Defendan, yang berhak. Malah Plaintif pernah menawarkan kepada Defendan-Defendan untuk membelinya, tetapi Defendan-Defendan menolaknya.
Maka pada 22 Disember 1993 Plaintif memfail satu permohonan memohon kebenaran Mahkamah untuk menjualnya. Defendan-Defendan bersetuju dengan permohonan itu dan satu perintah dengan persetujuan telah dimasukkan pada 20 Januari 1994. Selepas itu peguamcara Plaintif menyampaikan Notis Keluar [Page 3] bertarikh 2 Julai 1994 kepada Defendan-Defendan. Defendan-Defendan gagal mematuhinya.
Pada 19 Disember 1994. Plaintif mendapat perintah kebenaran untuk mendakwa Defendan-Defendan dari Mahkamah Tinggi Pulau Pinang melalui Saman Pemula 24-921-94.
Selepas itu Plaintif memfail Saman di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang, Saman No. 52-19-95 memohon perintah milikan kosong rumah tersebut daripada Defendan-Defendan. Defendan-Defendan memfail tuntutan balas. Pada 20 Mac 1995, Mahkamah Sesyen memberi perintah yang dipohon oleh Plaintif itu, ertinya Defendan-Defendan diarahkan menyerah milikan kosong rumah itu. Pada 17 Mei 1995 Mahkamah yang sama memerintahkan Defendan-Defendan membayar sewa dan mesne profit kepada Plaintif sebanyak RM75,600.00 dengan kos. (Ini tidak dibayar hingga ke hari ini). Tuntutan balas Defendan-Defendan ditolak pada 12 Jun 1995.
Defendan-Defendan merayu ke Mahkamah Tinggi. Rayuan Sivil No. 12-42-95.
Defendan-Defendan telah membuat permohonan untuk menggantungkan pelaksanaan sebanyak dua kali di Mahkamah Sesyen, satu sebelum rayuan ke Mahkamah Tinggi ditolak dan satu lagi selepas rayuan itu [Page 4] ditolak.
Mereka juga telah membuat permohonan yang sama berturut-turut di Mahkamah Tnggi. Permohonan pertama secara inter-parties dibuat di bawah Rayuan Sivil No. 12-42-95 itu dan telah ditolak pada 30 Jun 1995. Permohonan kedua di bawah Rayuan Sivil No. 12-146-95 dibuat secara ex-parte pada 8 November 1995 iaitu pada hari yang ditetapkan oleh Bailif untuk pelaksanaan selepas beberapa penangguhan yang disebabkan oleh Defendan-Defendan yang mendapat penggantungan pelaksanaan sementara daripada Mahkamah Tinggi 4. Defendan-Defendan telah mendapat satu perintah ex-parte penggantungan pelaksanaan pada 8 November 1995 tanpa mendedahkan f akta bahawa permohonan mereka di bawah Rayuan Sivil No. 12-42-95 berhubung dengan writ pemilikan yang sama telah pun didengar dan ditolak. Mereka tidak mendedahkan bahawa mereka telah memperolehi injunksi ex-parte sementara dan perintah penggantungan pelaksanaan daripada Mahkamah Tinggi No. 4, pada 18 Oktober dan bahawa permohonan inter-parties mereka telah pun ditolak pada 3 November 1995. Mereka juga telah mendapatkan satu perintah penggantungan pelaksanaan “sehingga keputusan satu permohonan inter-parties dalam Notis Usul” yang [Page 5] difail dalam Rayuan Sivil No. 12-146-95. Selepas mendapat perintah ex-parte itu mereka tidak memohon tarikh pendengaran Notis Usul itu sehinga peguamcara Plaintif memohonnya. Notis Usul tersebut (permohonan ketiga) didengar pada 11 Disember 1995 dan ditolak.
Selepas itu Defendan-Defendan memfail pula Guaman Sivil No. 22-268-95 untuk mendapat perintah penggantungan selanjutnya. Mereka tidak meneruskan tindakan itu walaupun pliding telah ditutup.
Defendan-Defendan juga telah merayu ke Mahkamah Rayuan melalui Rayuan Sivil No. P-04-113- 95 terhadap keputusan Yincent Ng (H) pada 18 Ogos 1995.
Pada 13 Disember 1995 Defendan-Defendan telah diusir keluar oleh Bailif daripada premis tersebut. Pada 28 Disember 1995 premis tersebut telah dijual secara lelongan awam. Tetapi, Defendan-Defendan menghalang penyelesaian penjualan itu dengan memasukkan satu kaveat persendirian pada 27 Disember 1995.
Pada 9 April 1996 Mahkamah Rayuan telah memerintahkan bahawa Rayuan Sivil No. P-04-113-95 akan ditolak kecuali jika Defendan-Defendan membayar RM20,000.00 sebagai jaminan kos rayuan [Page 6] tersebut. Defendan-Defendan tidak membayar jaminan kos itu. Defendan-Defendan juga tidak membayar jumlah RM75,600.00 yang diperintahkan dibayar oleh Mahkamah Sesyen pada 17 Mei 1995.
Plaintif mengatakan bahawa Defendan-Defendan tidak jujur dan sengaja menyusahkan. Mereka sengaja menyalahgunakan proses Mahkamah berulang-ulang kali atas isu-isu yang res judicata. Mereka tidak membayar kerugian dan kos. Harta pesaka itu terpaksa membayar kos-kos yang mana tidak boleh didapati balik daripada Defendan-Defendan. Defendan-Defendan sedang menghalang perabahagian hasil jualan itu kepada lima orang waris-waris yang lain.
Defendan Pertama memfail Affidavit untuk membalas Affidavit Plaintif itu.
Dia tidak menafikan peristiwa-peristiwa yang disebut oleh Plaintif itu. Mengenai Guaman Sivil dia mengatakan dia telah memohon penghakiman terus terhadap Plaintif. Dia berkata: “Perayu (maksudnya Plaintif – ditambah) mencuba untuk mencekik hak kami dan permohonannya adalah keterlaluan berlebihan dan menyalahgunakan proses Mahkamah.” Dia juga ber-kata di perenggan 5 Affidavitnya, “Perayu (maksud-nya Plaintif – ditambah) membuat [Page 7] tuntutan tidak masuk akal. Dia sebenarnya didakwa untuk kesalahan jenayah.”.
Perenggan 17, Jadual, Akta Mahkamah Kehakiman 1964 memperuntukan:
“17. Power restrain any person who has habitually and persistently and with out B reasonable cause instituted vexatious legal proceedings in any court, whether against the same or different persons, from instituting any legal proceedings in any court save by leave of a Judge. A copy of any such order shall be published in the Gazette.”.
Peguam Defendan-Defendan menghujahkan bahawa peruntukan itu cuma terpakai kepada seorang Plaintif, bukan Defendan.
Hujah ini tidak bermerit. Jika Plaintif membuat tuntutan terhadap Defendan-Defendan, mereka semestinya tidak boleh ditahan membela diri. Dalam kes ini pun Defendan-Defendan tidak pernah dihalang membela diri. Tetapi, mereka bukan sahaja sekat dan membela diri. Mereka, berulang-ulang kali dengan berbagai cara membuat permohonan yang sama, walau pun setelah permohonan yang lebih awal ditolak. Mereka juga mengambil tindakan Sivil sebagai Plaintif dalam Guaman Sivil No. 22-268-95 yang nampaknya semata-mata untuk mendapatkan perintah penggantungan pelaksanaan [Page 8] yang telah ditolak. Selepas itu mereka tidak menunjukkan minat untuk meneruskannya lagi. Kronologi peristiwa yang saya perturunkan dengan panjang lebar itu dengan sendirinya menunjukkan bahawa Defendan mencuba berulang-ulang kali dengan berbagai-bagai cara untuk menggagalkan pelaksanaan perintah yang telah diperolehi dengan persetujuan Defendan-Defendan sendiri – iaitu perintah mem-beri kebenaran kepada Plaintif sebagai Pentadbir menjual harta pesaka itu dan membahagi-bahagikan hasilnya kepada waris-waris yang berhak. Tidak ada jaminan bahawa Defendan-Defendan tidak akan terus melakukannya. Apa yang telah dilakukannya pun sudah memadai untuk menunjukkan bahawa mereka berulangkali memulakan prosiding yang menyusahkan yang tidak berasas sama sekali. Perbuatan itu adalah satu penyalahgunaan proses Mahkamah dan membebankan Mahkamah tanpa sebab yang munasabah. Saya berpendapat bahawa ini adalah satu kes yang amat sesuai untuk perintah di bawah perenggan 17 itu dibuat.
Namun demikian, perintah yang saya berikan itu hanya terhad kepada memulakan prosiding baru sahaja berhubung dengan pesaka itu sahaja dan tidak termasuk mengambil apa-apa tindakan dalam [Page 9] prosiding yang sedia ada. Saya berikan kos kepada Plaintif.
Bertarikh 19 Julai 1997.
Dato’ Abdul Hamid bin Haji Mohamad
Hakim Mahkamah Tinggi
Pulau Pinang.
Pihak-pihak:
1. Bagi pihak Pemohon, Encik Abu Haniffa, Syarikat Abu Haniffa Peguambela & Peguamcara Tkt 2, No 21, Lebuh Chulia 10200 Pulau Pinang,
2. Pihak Defendan-Defendan, Encik Harjit Singh menyebut bagi pihak Encik Darshan Singh, Tetuan Darshan Singh & Co Peguambela & Peguamcara 18-A, Leboh Pantai 10300 Pulau Pinang.

93 visits