WAHAB BIN TUAN IDRIS v. ACER TECHNOLOGIES SDN. BHD.

WAHAB BIN TUAN IDRIS v. ACER TECHNOLOGIES SDN. BHD.
HIGH COURT, PULAU PINANG
ABDUL HAMID MOHAMAD J
GUAMAN SIVIL NO. 22-310-93
23 NOVEMBER 1996
[1996] 1 LNS 553

Case(s) referred to:
1. Tan Swee Hoe & Co. Ltd. v. Ali Hussain Bros [1979] 1 LNS 113; [1980] 2 MLJ 16 M.P.

Counsel:
PEGUAMBELA DAN PEGUAMCARA
1. En. Aziz Ibrahim (Tetuan Aziz Anthony & Co.) bagi pihak Plaintif.
2. En. Lee Khai (Tetuan Ong & Manecksha) bagi pihak Defendan.

JUDGMENT
Mengikut Pernyataan Tuntutan Plaintif, Plaintif mengatakan bahawa pada 13 Mac 1991 Plaintif telah dilantik oleh Defendan untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan bagi mengangkut pekerja-pekerja Defendan dari destinasi yang ditentukan di kilang Defendan, pergi dan balik. Semasa perlantikan tersebut Defendan melalui agen atau wakilnya menyatakan bahawa perlantikan Plaintif adalah untuk jangkamasa lima tahun walau pun perjanjian yang ditandatangani bertarikh 13 Mac 1991 itu adalah untuk selama satu tahun. Plaintif telah membeli dl bawah perjanjian sewa-beli selama lima tahun tiga buah van untuk tujuan itu. Pada 15 April 1993 Defendan tanpa sebab telah menamatkan perkhidmatan itu mulai 30 Aprll 1993. Oleh sebab penamatan perkhidmatan itu Plaintif mengalami kerugian. Plaintif juga mengatakan bahawa semenjak mula perkhidmatan itu Defendan gagal membayar bayaran seperti yang dijanjikan. Jumlah tertunggak Itu adalah sebanyak RM62,237.89. Plaintif mengatakan bahawa dla juga mengalami [Page 2] kerugian pendapatan sebanyak RM93,000.00 akibat penamatan perkhidmatan Itu. Juga akibat daripada penamatan perkhidmatannya itu, dia mengalami kerugian kerana tidak dapat menggunakan tiga van itu.
Plaintif menuntut tunggakan sebanyak RM62,237.89, kehilangan punca pendapatan sebanyak RM93,000.00, ganti rugi am kerana tiga buah van itu tidak dapat digunakan, faedah dan kos.
Mengikut Pembelaannya, Defendan mengatakan bahawa Perjanjian itu cuma untuk satu tahun. Pada 12 Januari 1993, Defendan telah membuat pengaduan kepada Plaintif bahawa perkhidmatan pengangkutan Plaintif tidak memuaskan kerana dua atau tiga kali seminggu Plaintif gagal atau lewat membawa pekerja-pekerja ke kilang. Oleh sebab Plaintif gagal memperbaiki perkhidmatannya maka perkhidmatannya dihentikan melalui notis bertarikh 15 April 1993, dan berkuatkuasa mulai 30 Aprll 1993.
Mengikut keterangan Plaintif, dia memberi perkhidmatan pengangkutan kepada Defendan mulai tahun 1991 dengan mengangkut pekerja-pekerja dari rumah mereka ke kilang Defendan dan balik. Perjanjian bertulis untuk tempoh satu tahun ditandatangani pada 13 Mac 1991. Tempoh itu tamat pada 28 Pebruari 1992.
Plaintif menggunakan tiga buah van. Mengenai kad-kad pendaftaran van-van itu, van bernombor CAD 3484 dibeli atas [Page 3] nama Daud bin Kasim, adik ipar Plaintif dan didaftarkan pada 13 Jun 1990. Van bernombor PBY 6215 dibeli atas nama Zuraidah bt. Abu Bakar, kakak angkat Plaintif dan didaftarkan pada 4 Pebruari 1991. Van bernombor PCP 7317 dibeli atas nama Plaintif sendiri dan didaftarkan pada 27 Februari 1992, iaitu sehari sebelum perjanjian bertulis itu tamat. Van-van itu dibeli secara sewa-beli. Pinjaman selama lima tahun.
Perlu disebut bahawa Plaintif telah pun memberi perkhidmatan itu sebelum perjanjian bertulis ditandatangani. Ini diakui sendiri oleh Pengurus Kewangan Defendan (DW1). Juga tidak dipertikaikan bahawa selepas perjanjian itu tamat pun Plaintif terus memberi perkhidmatan itu sehinggalah ia ditamatkan oleh Defendan pada 30 April 1993.
Sepanjang-panjang perkhidmatannya itu Plaintif tidak dibayar sepenuhnya. Dalam tahun 1991, Plaintif menuntut sebanyak RM111,987.55. Dia cuma dibayar RM73,690.65, meninggalkan baki sebanyak RM38,296.90. Bagi tahun 1992 tuntutannya ialah sebanyak RM197,198.34. Dia cuma dibayar sebanyak RM144,717.95, meninggalkan baki RM52,480.39. Bagi tahun 1993 tuntutannya ialah sebanyak RM44,489.45. Tetapi dia dibayar sebanyak RM73,028.89. Lebih bayaran bagi tahun 1993 ialah sebanyak RM28,539.40. Ini meninggalkan jumlah baki yang tidak dibayar oleh Defendan sebanyak RM62,237.89.
[Page 4]
Sumber kewangan Plaintif cuma daripada Defendan. Oleh sebab perkhidmatan itu diberhentikan Plaintif tidak mampu menjelaskan hutangnya kepada syarikat-syarikat kewangan. Van-van itu telah ditarik balik. Untuk van CAD 3487 Mahkamah telah memerintahkan Plaintif membayar RM28,105.54. Untuk dua van lagi baki hutangnya lebih kurang RM80,000.00.
PW2, Encik Jamaluddin Bin Rahmat memberi keterangan menyokong Plaintif. Beliau bekerja dengan Defendan semenjak tahun 1989 apabila Defendan mula membuka kilangnya di sini. Beliau memegang jawatan Pengarah Sumber Manusia. Tugasnya antara lain termasuk mengenai pengangkutan pekerja kantin dan menyediakan asrama. Beliau telah kenal Plaintif semenjak 1984.
Semasa disoal balas beliau antara lain mengatakan apabila Defendan membuka kilang baru, tujuh atau lapan orang memohon untuk memberi perkhidmatan pengangkutan. Tidak seorang pun Bumiputra. Oleh itu beliau membawa masuk Plaintif yang sudah lama dikenalinya dan pernah memberi perkhidmatannya di Kuantan selama empat tahun. Terdapat juga seorang kontraktor Cina yang menggunakan bas. Mereka diberi layanan yang sama. Kedua-duanya merungut mengenai potongan yang dibuatnya.
Mengenai Perjanjian itu, beliaulah yang menggubalnya bersama-sama Pengurus Perjawatan. Beliau mengikut amalan [Page 5] biasa iaitu dari setahun ke setahun. Selepas perjanjian itu tamat, tiada perjanjian bertulis baru dibuat. Sebabnya ialah kerana pada masa itu keadaan syarikat Defendan kurang stabil dan Syarikat Defendan tidak mahu terikat. Dia berbincang dengan Pengarah Urusan Syarikat Defendan yang mengarahkannya menguruskan pengangkutan tanpa membuat perjanjian bertulis dulu Bellau mengatakan bahawa Pengarah Urusan Defendan menjandikan secara lisan bahawa perkhidmatan itu untuk lima tahun. Katanya mula-mula Pengurus Urusan itu bimbang kerana beliau membuat potongan tiap-tiap bulan. Dia takut kontraktor-kontraktor itu lari. Tetapi beliau mengatakan kepada Pengurus Urusan itu bahawa Syarikat Defendan boleh mendapat perkhidmatan yang murah Jika diberi tempoh yang panjang. Jadi, beliaulah yang menetapkan harga untuk perkhidmatan itu.
Mengenai potongan katanya beliau membuat potongan kiranya van Plaintif pulang kosong. Plaintif cuma dibayar kalau ada penumpang. Beliau akui, “Sebenarnya potongan itu tak adil. Saya cuba kurangkan keuntungan kontraktor. Tujuan saya membuat potongan ialah untuk mempastikan keuntungan Syarikat.”
Katanya lagi, “Saya buat potongan berdasarkan perbincangan dengan M.D. Saya bagi tahu Plaintif dia akan diberi perkhidmatan selama 5 tahun. Sebab itu dia terima potongan. Bila dia complain saya minta dia sabar sebab untuk jangka pandang.”
[Page 6]
Dua orang saksi dipanggil untuk memberi keterangan bagi pihak Defendan. Pertama, Pengurus Kewangannya (DWl). Dia, seperti PW2, juga mula bekerja dengan Defendan semenjak syarikat Defendan membuka kliang di sini, dalam tahun 1990. Beliau mengatakan bahawa Plaintif telah memberi perkhidmatan sebelum perjanjian bertulis ditandatangani lagi. Antara lain beliau mengatakan bahawa terdapat beberapa jenis potongan. Satu daripadanya ialah apabila Plaintif membeli “Personal Computer” (Ini tidak dipertikaikan.) Yang kedua ialah bayaran denda (“penalty,payment”). Misalnya, jika kontraktor tidak membawa seorang pekerja, dan pekerja itu menaiki bas, Syarikat akan mengenakan denda 10 kali ganda tambang bas itu terhadap Plaintif. Lagi satu potongan ialah kerana tuntutan yang berlebihan.
Disoal balas, antara lain, beliau mengakui bahawa beliau tidak tahu bagaimana kontraktor-kontraktor itu diambil. Itu dilakukan oleh PW2. Beliau juga tidak pernah hadir mesyuarat antara PW2 dengan Pengurus Urusan dan tidak tahu apa yang berlaku. Potongan-potongan mengenai tuntutan mengikut jarak perjalanan dibuat oleh PW2. Beliau sendiri tidak tahu apa sebabnya. Beliau juga tidak tahu mengenai perjanjian lisan selepas perjanjian bertulis itu tamat.
Seorang saksi lagi yang memberi keterangan bagi pihak Defendan ialah Pengawal Kewangannya (DW2). Banyak [Page 7] keterangannya bertujuan untuk “discredit” PW2. Mengenai tuntutan mengikut jarak perjalanan, DW2 mengatakan bahawa tuntutan Plaintif adalah melebihi perjalanan yang dibuat. Satu hari katanya dia sendiri pergi ke Jetty (Pelabuhan Peri di Butterworth). Dia dapati tuntutan Plaintif berlebihan. Mengikutnya adalah menjadi dasar Syarikat tidak membuat perjanjian lisan. Pengurus Urusan boleh membuat perjanjian lisan katanya, Pengarah (maksudnya PW2) tak boleh.
Semasa disoal balas, beliau ditanya sama ada terdapat, perjanjian lisan antara Defendan dengan Plaintif, jawabnya dia tidak tahu. Beliau juga berkata bahawa perkhidmatan Plaintif tidak memuaskan dari mula lagi. Sebab itu mereka meminta PW2 sama ada memotong tuntutan mengikut jarak perjanjian atau mengenakan denda. Tetapi, PW2 cuma memotong tuntutan mengikut jarak perjalanan. Selepas beliau mengambil alih tugas PW2 beliau mengenakan denda terhadap Plaintif.
Sekarang eloklah saya beri pandangan saya mengenai keterangan saksi-saksi itu.
Plaintif (PWl) nampaknya bukan seorang yang berpelajaran tinggi dan tidak berapa cerdik. Tetapi ia lurus, mungkin terlalu lurus, Beliau tidak pandai berdolak dalik semasa menjawab soalan. Saya dapati dia seorang saksi yang boleh dipercayai. Saya terima keterangannya.
[Page 8]
Mengenai PW2, pihak Defendan cuba menyarankan bahawa dia disuruh berhenti oleh Defendan dan oleh itu dia mempunyai sebab untuk menentang Defendan. Sebenarnya saya dapati DW2 seorang saksi yang tenang, tidak langsung keterlaluan dalam cuba membela rakannya Plaintif. Keterangannya juga boleh dipercayai.
Malangnya saya tidak boleh berkata demikian mengenai DW2. Beliau orang kuat Syarikat yang datang untuk membela Syarikatnya. Daripada kesungguhannya membela Syarikatnya, ternampak keterlaluannya.
Sekarang saya akan bincangkan persoalan-persoalan yang penting satu persatu.
Kewujudan kontrak perkhidmatan.
Bahawa wujudnya satu kontrak antara kedua pihak untuk Plalntif memberi perkhidmatan mengangkut pekerja Defendan tidak dan tidak boleh dipertikaikan. Plaintif telah mula memberi perkhidmatan itu sebelum perjanjian bertulis ditandatangani lagi. Plaintif memberi perkhidmatan itu dan tempoh perjanjian bertulis dan selepas tamat tempoh perjanjian bertulis itu sehingga 30 April 1993.
Soal pertama ialah sama ada perjanjian itu untuk satu tahun sahaja atau untuk lima tahun.
Memanglah perjanjian bertulis cuma untuk satu tahun. Tetapi sebelum perjandian bertulis pun Plaintif telah memberi perkhidmatannya. Selepas perjanjian bertulis itu [Page 9] tamat pun, Plaintif terus memberi perkhidmatannya. Ertinya satu kontrak antara kedua belah pihak telah pun wujud sebelum perjanjian bertulis dan terus wujud selepas perjanjiari bertulis itu tamat. Ertinya hubungan antara kedua pihak bukan cuma wujud kerana adanya perjanjian bertulis itu sahaja.
Mengapa perjanjian itu dibuat dari setahun ke.setahun dijelaskan oleh PW2, pegawai Defendan yang bertanggungjawab membawa masuk Plaintif, mendapatkan perkhidmatannya, membuat perjanjian bertulis, ringkasnya, yang bertanggungjawab, bagi pihak Defendan, dalam hal pengangkutan. Dalam keterangannya PW2 mengatakan:
“Dalam mesyuarat diputuskan bahawa perkhidmatan PWl boleh diberi selama 5 tahun dengan syarat harganya lebih murah. Saya beritahu hal ini kepada PWl. En. Wahab setuju.”
“Biasanya orang yang membeli kenderaan Hire Purchasenya 5 tahun. Sebab itu diberi 5 tahun.”
“Walau pun kontrak itu untuk setahun tetapi ada perjanjian untuk disambung. Sebab itu saya buat potongan. Kalau tidak saya tidak akan buat potongan.”
“Saya ada berbincang dengan pengarah dan memberitahunya mengenai “short term”, “long term” perjanjian untuk 5 tahun. ”
“Saya buat potongan berdasarkan perbincangan dengan M.D. Saya bagi tahu Plaintif dia akan diberi perkhidmatan selama 5 tahun. Sebab itu dia terima potongan. Bila dia complain saya minta dia sabar sebab untuk jangka panjang.”
“Tak setuju tak beritahu En. Wahab perkhidmatannya akan digunakan selama 5 tahun.”
[Page10]
“Tak setuju saya tak diberi kuasa untuk berjanji untuk 5 tahun kepada Plalntif.”
Tentang mengapa perjanjian bertulis dibuat setahun ke setahun, beliau menjelaskan,
“Saya mengikut general practice yang saya buat selalu, dari setahun ke setahun ”
“Perjanjian baru tidak dibuat kerana keadaan Syarikat kurang stabil, oleh itu Syarikat tidak mahu terikat. Saya taerbincang dengan M.D. dan dia mengarahkan saya menguruskan pengangkutan tanpa kontrak dulu. Lima tahun dijanjikan M.D. secara lisan. Mula-mula M.D. bimbang kerana saya membuat potongan tiap-tiap bulan. Mereka takut kontraktor lari. Jawapan saya ialah kita boleh mendapat perkhidmatan yang murah kalau kita beri tempoh yang lama.”
Memang Plaintif sendiri dalam keterangannya tidak menyebut perkataan “5 tahun” itu. Dia berkata “Sebelum memulakan perkhidmatan, En. Jamaluddin berjanji perkhidmatan saya akan diteruskan selagi dia masih berkhidmat dengan ACER.”
Antara saksi-saksi Defendan, DWl, Pengurus Kewangan Defendan, tidak memberi keterangan mengenai hal ini.
DW2, Pengawal Kewangan Defendan memberi keterangan-
“According to policy of Company there would be no P oral contract. Nobody can promise orally on behalf of company M.D. can make oral contract. Directors can’t do so. No company would give oral promise to tie up the company.”
Jika apa yang dikatakannya itu betul bagaimana beliau sebagai Pengawal Kewangan boleh meluluskan bayaran kepada Plaintif atas perkhidmatan Plaintif sebelum perjanjian [Page 11] bertulis ditandatangani dan selepas tempoh perjanjian itu tamat? Beliau datang ke Mahkamah untuk “discredit” PW2, tetapi, daripada pemerhatian aaya antara kedua mereka PW2 lebih boleh dipercayai.
Keterangan PW2 juga selaras dengan apa yang dilakukan oleh Plaintif. Plaintif membeli van-van itu dengan perjanjian sewa-beli selama lima tahun. Sehari sebelum perjanjian bertulis itu tamat Plaintif membeli satu van baru pula. Siapa akan berbuat demikian jika perjanjian untuk satu tahun sahaja atau jika ia tidak akan disambung, selepas perjanjlan bertulis itu tamat?
Berdasarkan keterangan di hadapan saya, saya berpendapat memang ada perjanjian lisan untuk tempoh lima tahun. Saya juga berpendapat bahawa Defendan tertahan daripada menafikan kuasa PW2 untuk membuat janji itu.
Adakah keterangan mengenai perjanjian lisan itu disekat oleh peruntukan seksyen 91 dan 92 Akta Keterangan 1950? Pada pandangan saya tidak kerana ia adalah satu kontrak kolateral – lihat Tan Swee Hoe & Co. Ltd. v. Ali Hussain Bros [1979] 1 LNS 113; [1980] 2 MLJ 161
Kesimpulannya, terdapat perjanjian-perjanjian lisan yang sah bahawa perkhidmatan Plaintif adalah untuk lima tahun.
Soalan kedua ialah adakah notis pemberhentian yang diberi itu memadai?
[Page 12]
Dalam perjanjian bertulis bertarikh 13 Mac 1991 terdapat satu Klausa seperti berikut:
“3. TERMINATION
This agreement can be terminated by either party by giving thirty (30) days written notice.”
Perjanjian ini tamat pada 28 Februari 1992. Plaintif terus memberi perkhidmatan walau pun tiada perjanjian bertulis. Pada 28 Mei 1992 Defendan menulis surat kepada Plaintif – D12. Surat itu mengatakan kadar yang akan dipakai mulai 1 Mei 1992 (sebenarnya dikebelakangkan penguatkuasaannya).
Antara lain surat itu mengatakan:
“This transport service is effective until further notice. Either party can terminate the service by giving one month notice to the other party. However, the company reserves the right to terminate with IMMEDIATE notice if the situation can lead to safely problems for our employees or puts our operations in jeopardy.”
Notis pemberhentian diberi pada 15 April 1995. Notis itu berbunyi:
“Re; Termination of Service-Transport
Regret to inform you that this letter serves as termination notice for the transport services that you have taeen providlng us.
Your last day of service will be 30th April 1993. Should you have any enquiries please refer to me.” Surat itu ditandatangani oleh “K.Y. Yu H.R. Director”. Perlu disebut bahawa “K.Y. Yu” adalah DW2, yang telah mengambil alih tugas PW2.
[Page 13]
Katakanlah terma-terma perjanjian bertulis asal mengenai penamatan perkhidmatan sudah tidak terpakai lagi, kerana telah digantikan dengan terma yang terkandung dalam surat bertarikh 13 Mac 1991 Itu, tempoh notis yang dikehendaki masih 30 hari. Dalam keadaan tertentu, Defendan boleh memberi notis serta-merta. Keadaan itu ialah jika keadaan membawa kepada masalah keselamatan pekerja-pekerja atau meletakkan operasi syarikat “in jeopardy.”.
Tetapi notis itu, yang tidak mematuhi tempoh 30 hari itu, tidak langsung menyebut sebab-sebab pemberhentian itu. Oleh itu, dalam penghakiman saya Defendan tidak boleh cuba memakai keadaan tertentu itu.
Sebagai tambahan, Defendan juga tidak dapat menunjukkan taagaimana keadaan tertentu telah wujud. Van-van Plaintif semuanya dilindungi insurans. Mengenai masalah-masalah lain, ia dijelaskan oleh Plaintif dalam suratnya bertarikh 7 Disember 1992 – D13, yang nampaknya munasabah.
Kesimpulannya, saya berpendapat bahawa notis 15 hari itu adalah tidak mematuhi syarat yang ditetapkan oleh Defendan sendiri dan tidak mencukupi tidak sah.
Oleh itu, saya berpendapat bahawa Defendan telah memungkiri perjanjian antaranya dengan Plaintif. Defendan kenalah membayar gantirugi kepada Plaintif. Tuntutan [Page 14] Plaintif sangat munasabah. Dia cuma meminta RM1,000.00 sebulan mulai 1 Mei 1993 sehingga Julai 1993 yang hanya berjumlah RM2,000.00. Saya dapati tuntutan amat munasabah dan meluluskannya.
Selain dari itu akibat darl pemberhentian itu van-vannya telah ditarik balik. Dia juga telah diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen Kuantan supaya membayar kepada Institusi Kewangan yang membiayai pembelian salah sebuah van itu sejumlah RM28,105.54. Saya berpendapat Defendan kenalah membayar jumlah itu kepada Plaintif. Tidak boleh dinafikan bahawa keadaan itu berlaku kerana penamatan perkhidmatan Plaintif oleh Defendan.
Tunggakan bayaran perkhidmatan.
Tuntutan tunggakan itu tiada kaitan dengan soalan sama ada perjanjian perkhidmatan antara kedua pihak itu untuk setahun atau lima tahun, atau sama ada penamatannya sah atau tidak. Tuntutan ini adalah untuk perkhidmatan yang telah diberi tetapi tidak dibayar sepenuhnya.
Saya telah memperturunkan keterangan Plaintif dan PW2 mengenai hal ini. Saya tidak akan mengulanginya. Ringkasnya, mengikut Plaintif, tuntutan-tuntutan yang dibuatnya dipotong oleh PW2. Bayaran cuma dibuat setelah ditolak potongan itu. (Dalam hal ini potongan kerana Plaintif membeli komputer daripada Defendan tidak diambil kira. Itu memanglah patut dipotong. Demikian juga [Page 15] potongan kerana “denda”). Baki akhirnya ialah sebanyak RM62,237.89 mengikut Plaintif.
Mengikut PW2, dialah yang memotong tuntutan Plaintif itu. Plaintif membuat potongan mengikut jarak perjalanan. Jaraknya ditulis oleh Plaintif sendiri. Beliau ada menghantar pegawai untuk mengesahkan betul atau tidaknya jarak perjalanan itu. Beliau dapati jarak jauh yang diberi oleh Plaintif itu betul, kalau ada perbezaan pun cuma satu atau dua kilometer. Kita mesti faham bahawa perjalanan van-van itu bukan dari satu destinasi ke satu destinasi secara terus seperti bas ekspress. Van-van itu masuk ke kampung-kampung untuk mengambil atau menghantar balik pekerja-pekerja itu dan di rumah mereka. Apakah asas pemotongan itu? Apabila menerima tuntutan Plaintif, PW2 akan membuat anggaran keuntungan Plaintif. Kalau keuntungannya difikirkan antara RM2,000-3,000 beliau akan potong. Beliau berbuat demikian untuk menjimatkan perbelanjaan Syarikat, dan berdasarkan perkhidmatan yang berpanjangan. Dalam soalan balas, beliau ditunjuk Ekshibit D17. Beliau mengaku beliaulah yang membuat potongan itu. Beliau potong jika van pulang kosong. Beliau cuma luluskan tuntutan itu jika ada penumpang. Dalam perkataannya sendiri, “Sebenarnya potongan itu tak adil. Saya cuba kurangkan keuntungan kontraktor. Tujuan saya membuat potongan ialah untuk memastikan keuntungan Syarikat.”
[Page 16]
DW2, yang memangku tugas Pengarah Sumber Manusia selepas PW2 berhenti daripada Syarikat Defendan itu, mempertikaikan jarak perjalanan yang dituntut oleh Plaintif. Beliau mengemukakan satu dokumen bertajuk “Excess Mileage claimed by Wahab (Extract) – D21. Dokumen ini disediakan oleh Pengurus Keselamatannya “who drove all the way to record the mileage.”.
Dokumen ini dimasukkan dengan persetujuan, tetapi isi kandungannya tidak dipersetujui. Dokumen itu cuma disediakan seminggu sebelum ia dikemukakan di Mahkamah, iaitu dalam bulan Oktober 1995, sedangkan tuntutan-tuntutan yang dipertikaikan itu berlaku dalam tahun 1991 dan 1992.
Pengurus Keselamatan yang dikatakan membuat perjalan itu tidak dipanggil. Kita tidak tahu jalan mana yang dia ikut. Kalau dia ikut jalan terus dari satu destinasi, ke satu destinasi mungkin jarak yang disebutnya itu betul. Tetapi, pekerja-pekerja diambil dan dihantar balik dari dan ke rumah mereka. Ini diterangkan oleh PW2 dan tidak dinafikan. Pengurus Keselamatan itu membuat perjalanan itu tiga atau empat tahun kemudian. Tidak ada keterangan beliau tahu siapa pekerja-pekerja itu, di mana rumah atau kampung mereka. Beliau tidak mengambil atau menghantar mereka dari atau ke rumah atau kampung mereka. Oleh itu pengiraanya itu tidak boleh dipakai.
[Page 17]
Dalam keadaan ini saya menerima keterangan Plaintif dan PW2 mengenai jarak perjalanan yang sebenar. Saya juga menerima bahawa potongan yang dibuat itu tidak sah dan tidak patut. Perlu disebut, ini bukan satu keadaan di mana bayaran dibuat oleh Syarikat seperti dituntut tetapi PW2 tidak membayar sepenuhnya kepada Plaintif. Sebaliknya potongan dibuat untuk faedah Syarikat, untuk memastikan keuntungan Syarikat dan Syarikat tidak membayar sepenuhnya kepada Plaintif.
Maka saya juga memberi penghakiman kepada Plaintif untuk tunggakan itu. Walaupun jaumlah tuntutan itu asalnya ialah RM62,237.89. Jumlah ini telah dikurangkan kepada RM30,220.19 dengan persetujuan kedua belah pihak. Oleh itu di bawah tajuk ini penghakiman saya ialah sebanyak RM30,220.19.
Kos diberikan kepada Plaintif mengikut kadar di Mahkamah Sesyen. Ini juga dengan persetujuan peguam Plaintif.
Dato’ Abdul Hamid bin Hj. Mohamad
Hakim, Mahkamah Tinggi
Pulau Pinang
PEGUAMBELA DAN PEGUAMCARA
1. En. Aziz Ibrahim (Tetuan Aziz Anthony & Co.) bagi pihak Plaintif.
2. En. Lee Khai (Tetuan Ong & Manecksha) bagi pihak Defendan.
KES YANG DIRUJUK.
1. Tan Swee Hoe & Co. Ltd. v. Ali Hussain Bros [1979] 1 LNS 113; [1980] 2 MLJ 16 M.P.
23.11.96.

82 visits