CHAN CHENG LIAN v. CHIN JOO NEGAN & 1 ORS

CHAN CHENG LIAN v. CHIN JOO NEGAN & 1 ORS
HIGH COURT,
ABDUL HAMID MOHAMAD J
PETISYEN PERCERAIAN NO. 33-19-90
15 NOVEMBER 1996
[1996] 1 LNS 546

Counsel:
PEGUAMBELA DAN PEGUAMCARA
1. En. Gooi Hock Seng, (Tetuan Shan & Gooi) bagi pihak Pempetisyen.
2. En. C.V. Prabhakaran (Tetuan Praba & Associates) bagi pihak Responden.

JUDGMENT
(Lampiran 18)
Pempetisyen (Si Isteri) memfail petisyen perceraian ini terhadap Responden (Si Suami) dan Responden Bersama (adik Pempetisyen sendiri).
Pempetisyen dan Responden telah berkahwin pada 14 Julai 1976. Pempetisyen bekerja sebagai “production operator” di sebuah kilang manakala Responden adalah seorang “structural engineer” di Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang. Mereka mendapat dua orang anak, seorang perempuan (lahir tahun 1979) dan seorang lelaki (lahir tahun 1982). Alasan permohonan itu ialah kerana perkahwinan itu telah tidak boleh diselamatkan lagi. Ia berpunca daripada hubungan seks antara Responden dengan Responden Bersama. Juga, Responden dikatakan berkelakuan dengan cara yang tidak munasabah untuk membolehkan Pempetisyen hidup bersama Responden lagi.
[Page 2]
Decree Nisi untuk perceraian mereka diberi pada 8 Ogos 1991.
Pada 3 Oktober 1991 Pempetisyen memfail “Notice of Application for Anclllary Relief”. Dia memohon:
(a) supaya perintah nafkah untuk anak-anak mereka dipinda daripada RM281.00 sebulan kepada RM500.00 sebulan;
(b) sejumlah RM30,000.00 sebagai ganti tuntutan nafkahnya di masa hadapan;
(c) hak jagaan anak-anak mereka;
(d) separuh harga jualan tiga buah rumah yang dimiliki Responden;
(e) Kos.
Perbicaraan mengenai tuntutan-tuntutan ini bermula pada 4 Oktober 1996. Saya memberi keputusan pada 11 Oktober 1996. Perintah saya adalah seperti berikut:
(a) nafkah untuk anak-anak dipinda kepada RM400.00 sebulan mulai bulan Oktober 1996;
(b) sejumlah RM20,000.00 sebagai ganti tuntutan nafkah Pempetisyen?
(c) hak jagaan anak-anak kepada Pempetisyen, dengan akses berpatutan kepada Responden?
(d) RM40,000.00 diberi kepada Pempetisyen sebagai bahagiannya untuk harta perkahwinan mereka?
(e) kos kepada Pempetisyen.
[Page 3]
Atas cadangan Pempetisyen sendiri, wang berjumlah RM60,000.00 yang diperintahkan dibayar kepada Responden itu diletakkan dalam akaun tetap sebagai amanah untuk kedua-dua orang anak-anak itu.
Responden merayu terhadap perintah itu.
Sebelum memberi alasan saya mengenai perintah-perintah itu satu persatu, eloklah disebut secara am dahulu.
Pempetisyen mengenali Responden dalam tahun 1973. Masa itu Pempetisyen bekerja sebagai Jurujual di kedai gula-gula bapa Responden di Stesyen Keretapi. Gajinya masa itu RM80.00 sebulan.
Dua tahun kemudian (1975) Pempetisyen tinggal bersama-sama keluara Responden. Mereka berkahwin setahun kemudian. Pempetisyen tinggal bersama-sama keluarga Responden selama 10 tahun. Semasa tinggal di sana, Pempetisyen melakukan semua kerja-kerja rumah, menjaga emak Responden, menjaga adik/kakak Responden yang tidak siuman, menjaga anak-anak mereka sendiri, sambil menolong membungkus gula-gula dan barang-barang lain untuk dijual di kedai bapa Responden. Penjagaan ibu Responden itu termasuk memandikannya dan memakaikan pakaiannya. Sebelum Pempetisyen tinggal bersama-sama keluarga Responden, emak Responden cuma dimandikan sekali setahun, pada Tahun Baru Cina. Responden mula-mula memandikannya seminggu sekali [Page 4] kerana emak Responden tidak biasa mandi kerap-kerap. Semenjak tahun 1976 Pempetisyen memandikan emak Responden (emak mertua Pempetisyen ) setiap hari.
Selepas berkahwin bapa Responden tidak lagi membayar gaji kepada Pempetisyen. Nampaknya, sambil Pempetisyen sibuk dengan kerja-kerja itu Responden membuat hubungan sulit dengan adik isterinya, seorang ketua Jururawat. Seorang anak dilahirkan sebelum Responden bercerai dengan Pempetisyen.
Sekarang mereka telah berkahwin dan mempunyal tiga orang anak. Semua keterangan yang saya perturunkan ini saya terima.
Sekarang saya akan timbangkan permohonan Pempetisyen satu persatu.
(a) Nafkah anak-anak
Pada masa ini anak-anak itu berumur 17 dan 15 tahun. Mereka masih bersekolah. Gaji Responden sekarang ialah sebanyak RM3,400.00 sebulan. Dia mempunyai tiga orang anak dengan isterinya sekarang, adik Pempetisyen. Dia sendiri mengatakan dia bersedia membayar nafkah anak-anaknya denganPempetisyen sebanyak RM400.00 sebulan. Saya juga telah memerintahkan amaun yang sama. Rasanya tidak ada apa yang boleh dipertikaikannya dalam hal ini.
(b) Gantian nafkah kepada Pempetisyen.
Kita telah lihat pengorbanan Pempetisyen bukan sahaja [Page 5] kepada Responden dan anak-anaknya tetapi kepada keluarganya. Malangnya pengorbanan itu tidak dihargai. Responden membuat hubungan sulit dengan adik isterinya sendiri, mendapat anak seblum bercerai dengan Pempetisyen dan kemudian berkahwin dengan adik isterinya itu.
Pada masa ini gaji Responden sebagai seorang jurutera ialah sebanyak RM3,400.00 sebulan, mengikut katanya. Pendapatan dari sumber-sumber lain tidak disebut. Pendapatan Pempetisyen ialah sebanyak RM909.00 sebulan. Pempetisyen telah bermurah hati pula dengan mencadangkan bahawa apa-apa amaun yang diberi untuknya diletakkan sebagai amanah untuk anak-anaknya. Ini satu lagi pengorbanan Pempetlsyen, satu sifat yang saya tidak pernah temui dalam prosiding perceraian selama ini.
Menimbangkan semua faktor-faktor yang relevan, saya berpendapat bahawa RM20,000.00 adalah amat berpatutan.
(c) Hak jagaan anak-anak.
Responden tidak menuntut jagaan anak-anaknya dengan Pempetisyen. Saya memberinya kepada Pempetisyen.
(d) Bahagian harta perkahwinan.
Responden membeli tiga buah rumah kesemuanya. Rumah pertama di Persiaran Bawal dibeli atas nama Resonden, enam bulan sebelum mereka berkahwin. Patut diambil ingatan bahawa pada masa itu Pempetisyen sudah pun tinggal bersama-sama Responden. Ia siap 2 1/2 tahun selepas mereka berkahwin.
[Page 6]
Harga belian ialah RM64,950.00. Dalam tahun 1981 Responden membeli sebuah rumah lagi di Lengkok Tenggiri dengan harga RM112,000.00. Rumah ini juga dibeli atas nama Responden.
Dalam tahun 1988 Responden “menjual” rumah pertama itu kepada isteri keduanya. Dalam tahun 1991 Responden menjual pula rumah keduanya dengan harga RM170,000.00. Lepas itu dia beli pula rumah di Lorong Nagasari. Pempetisyen dengan terbuka mengakui dia tidak memberi sumbangan kewangan untuk membeli rumah-rumah itu. Responden pula cuba mengatakan bahawa wang untuk membeli rumah-rumah itu (rumah pertama dan kedua) diberi oleh bapanya. Ini langsung tidak munasabah. Tldak ada apa-apa keterangan mengenai pendapatan bapanya yang berniaga menjual gula-gula di Stesyen Keretapi. Jika rumah-rumah itu dibeli dengan wang bapanya, mengapa kedua-duanya atas nama Responden, seorang Jurutera, sedangkan dia mempunyai tanggungan lain, termasuk anak yang tidak siuman?
Kita tidak tahu berapa “harga jualan” rumah pertama kepada isteri keduanya. Harga beliannya dalam tahun 1976 pun RM64,950.00. Rumah kedua dijual dengan harga RM170,000.00 (1991) manakala harga beliannya ialah RM112,000.00 (1988).
Pempetisyen sekali lagi bermurah hati dan menawarkan apa-apa bayaran kepadanya diletakkan dalam amanah untuk anak-anak mereka.
[Page 7]
Dalam keadaan ini RM40,000.00 yang saya perintahkan itu amatlah berpatutan.
Saya juga memberikan kos kepada Pempetisyen.
Dato’ Abdul Hamid bin Hj. Mohamad
Hakim, Mahkamah Tlnggi
Pulau Pinang.
PEGUAMBELA DAN PEGUAMCARA
1. En. Gooi Hock Seng, (Tetuan Shan & Gooi) bagi pihak Pempetisyen.
2. En. C.V. Prabhakaran (Tetuan Praba & Associates) bagi pihak Responden.
15.11.96.

81 visits