CHULIA LETRIK (PG) SDN BHD v. EASTERN & ORIENTAL HOTEL (1951) SDN BHD

CHULIA LETRIK (PG) SDN BHD v. EASTERN & ORIENTAL HOTEL (1951) SDN BHD
HIGH COURT, PULAU PINANG
ABDUL HAMID MOHAMAD J
GUAMAN SIVIL NO. 23-60-88
10 SEPTEMBER 1996
[1996] 1 LNS 533

Counsel:
PEGUAMBELA & PEGUAMCARA
1. En. N. Nakaretnam (Tetuan Retnam, Ahmad Azhar & Co.) bagi pihak Plaintif.
2. En. Arivanandhan a/l Venugopal (Peguam yang menyebut bagi pihak Mah Kok & Din) Ruj : 129.126524.

JUDGMENT
Dalam kes ini Writ dan Pernyataan Tuntutan dikeluarkan pada 5 April 1988. Memorandum Kehadiran dimasukkan pada 21 April 1988. Pembelaan difail pada 26 Mei 1988. Pada 12 November 1988, Saman Minta Arahan difail. Pada 24 April 1989 Plaintif menukar peguamcaranya. Pada 17 Julai 1990 Defendan memfail Saman dalam Kamar memohon perintah supaya tindakan ini dibuang kerana ketiadaan pendakwaan. Pada 21 Mac 1991, Penolong Kanan Pendaftar memberi perintah mengenai Saman Minta Arahan. Antara perintah yang diberi ialah Plaintif hendaklah menetapkan tindakan ini untuk perbicaraan dalam masa 90 hari. Pada 12 Julai 1991 Plaintif menukar peguamcaranya lagi. Pada 4 Disember 1991 Permohonan Defendan untuk membuang tindakan ini kerana ketiadaan pendakwaan ditolak. Pada hari yang sama Plaintif menukar peguamcaranya sekali lagi. Pada 28 Julai 1992 peguamcara Plaintif memfail Afidavit Menentusahkan Senarai [Page 2] Dokumen. Peguamcara Defendan memfail Afidavit Menentusahkan Dokumen Defendan pada 23 Februari 1993. Mengikut rekod, tidak ada apa-apa tindakan diambil selepas itu oleh peguam Plaintif. Pada 20 Jun 1996 Penolong Kanan Pendaftar mengeluarkan Notis Tunjuk Sebab mengapa tindakan ini tidak patut ditolak kerana ketiadaan pendakwaan. Tarikh tunjuk sebab ditetapkan pada 27 Julai 1996.
Pada hari tersebut kedua-dua peguam Plaintif dan Defendan tidak hadir. Dua orang peguam lain menyebut bagi pihak mereka. Mahkamah diberitahu bahawa pihak Plaintif telah memfail penetapan untuk perbicaraan pada 9 Julai 1996, iaitu selepas menerima notis tunjuk sebab itu. Ikatan Pliding dan Ikatan Dokumen juga cuma difail pada hari yang sama. Tiada apa-apa afidavit difail untuk tunjuk sebab difailkan. Peguam Plaintif sendiri tidak hadir untuk memberi penjelasan. Tindakan ini telah mengambil masa selama lapan tahun. Namun demikian, pihak Plaintif tidak menetapkannya untuk perbicaraan sehingga menerima notis tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh Mahkamah, walaupun perintah untuknya berbuat demikian diberi lebih dari lima tahun dahulu yang menghendakinya melakukannya dalam masa 90 hari. Dalam keadaan ini saya membatalkan tindakan ini.
Dato’ Abdul Hamid bin Hj. Mohamad
Hakim, Mahkamah Tinggi
Pulau Pinang.
[Page 3]
PEGUAMBELA & PEGUAMCARA
1. En. N. Nakaretnam (Tetuan Retnam, Ahmad Azhar & Co.) bagi pihak Plaintif.
2. En. Arivanandhan a/l Venugopal (Peguam yang menyebut bagi pihak Mah Kok & Din) Ruj : 129.126524.
10.9.96.

79 visits