LUCKY PALM CO SDN BHD v. LIM KIM GEE T/A BAN LEONG KEDAI KAIN

LUCKY PALM CO SDN BHD v. LIM KIM GEE T/A BAN LEONG KEDAI KAIN
HIGH COURT, PULAU PINANG
ABDUL HAMID MOHAMED J
GUAMAN SIVIL NO. 22-313-95
29 AUGUST 1996
[1996] 1 LNS 531
Counsel:
PEGUAMBELA DAN PEGUAMCARA
1. En. R. Ramanathan (Tetuan Ram Pillai & Associates) … bagi pihak Plaintif/Perayu.
2. En. Jagdeep Singh Deo (Tetuan Karpal Singh & Co.) bagi pihak Defendan/Responden.

JUDGMENT
(Lampiran 9)
Pada 15 November 1995 Plaintif memulakan guaman ini menuntut wang berjumlah RM1,419,770.30, faedah dan kos. Hutang itu ialah untuk harga barang-barang PVC/getah yang dijual dan dihantarserah oleh Plaintif kepada Defendan atas permintaan Defendan.
Defendan memasukkan kehadiran pada 1 Disember 1995. Pada 2 Januari 1996 Plaintff memfail Saman dalam Kamar memohon penghakiman terus di bawah Aturan 14 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 (KMT 1980). Pada 11 Januari 1996 Defendan memfail Pembelaannya. Beberapa afidavit difail oleh kedua belah pihak selepas itu.
Pada 17 Jun 1996, Penolong Kanan Pendaftar menolak permohonan Plaintif. Plaintif merayu kepada Hakim dalam Kamar. Pada 2 Ogos 1996 saya membenarkan rayuan Plaintiff dari memberi penghakiman terus kepada Plaintif. Defendan merayu rayuan ini.
[Page 2]
Seperti biasa dalam permohonan seperti ini, soalnya ialah sama ada terdapat persoalan-persoalan yang patut dibicarakan atau sebab-sebab lain yang mematutkan perbicaraan penuh.
Mengikut Defendan, terdapat satu persetujuan di antaranya dengan Plaintif di mana dia dilantik sebagai ejen tunggal bagi membekalkan dan mengedar barangan lantai PVC Plalntif kepada pasaran tempatan di Malaysla. Agensi itu tanpa tarikh tamatnya. Mengikutnya, telah dipersetujui juga bahawa Defendan diberi antara 90-150 hari untuk membuat bayaran bagi barang-barang yang diterima. Mengikut Defendan, Plaintif, mengingkari persetujuan itu, dalam bulan Oktober 1994 hingga Mac 1995, telah menghantar barangan itu kepada pihak lain, tidak kepadanya sahaja sebagai ejen tunggal. Defendan membantah melalui surat penguamcaranya bertarikh 21 Disember 1994. Hal yang aerupa berlaku lagi dalam bulan Ogos 1995 dan Defendan juga membantah sekali lagi. Oleh sebab bantahannya tidak dihiraukan oleh Plaintif, Defendan telah memulakan guaman sivil No. 22-289-95 memohon perintah-perintah yang sama dengan yang dipohonnya dalam tuntutan balas dalam kes ini. Mengikut Defendan, Jika Plaintif tidak mengingkari persetujuan ejensi tunggal itu, Defendan akan dapat membekal kepada pemborong yang akan membuat bayaran kepadanya. Seterusnya Defendan pula boleh membayar kepada [Page 3] Plaintif. Defendan mengatakan persetujuan ejensi tunggal itu masih wujud. Dalam kata-kata lain, pembelaan Defendan ialah dia tidak dapat menjelaskan hutangnya kepada Plaintif kerana Plaintif mengingkari persetujuan ejensi tunggal itu. Defendan tidak menafikan wujudnya hutang itu.
Plaintif menafikan wujudnya persetujuan ejensi tunggal itu dan mengatakan bahawa Defendan telah dibekalkan dengan barangan itu dari ibu syarikat Plaintif di Korea sebagai pembeli biasa. Pertemuan antara Encik Lee Sung Kuen, Pengarah Urusan Syarikat Plaintif dengan Defendan yang disebut oleh Defendan itu, iaitu dalam bulan Mac 1994, adalah untuk menyambung bekalan dari kilang Plaintif yang dibina di Malaysia, bukan untuk melantiknya sebagai ejensi tunggal. Plaintif menafikan ia memberi tempoh antara 90-150 hari kepada Defendan untuk membuat bayaran. Plaintif juga telah mengemukakan surat daripada Defendan bertarikh 21 September 1995 yang berbunyi:
“LG PLASTICS SDN BHD.,
Plot 2 Prai Induatrial Estate IV
13600 Prai
Dear Sirs,
Confirmation of balance.
Accordlng to our record, the nett amount due to you is RM1, 441, 185. 14.
There is a difference of RM16, 715. 11 please refer to our Debit Note BLKK/01/95 dated 20. 3.95.
[Page 4]
Kindly clarify and advise.
Yours faithfully,
(sgd.)
BAN LEONG KEDAI KAIN”
Jadi, adalah amat jelas bahawa barangan itu telah dihantar, diterima, dan terdapat baki hutang yang tidak dijelaskan oleh Defendan dan hutang itu diakui oleh Defendan. Pembelaan Defendan lalah bahawa terdapat satu persetujuan ejensi tunggal yang dimungkiri oleh Plaintif. Perkara itu adalah perkara kes dalam tindakan Defendan terhadap Plaintif dalam guaman sivil satu lagi itu. Tuntutan balas dalam kes ini adalah sama dengan tuntutan Defendan dalam kes itu. Plaintif dalam permohonan ini tidak memohon tuntutan balas Defendan dibatalkan. Plaintif cuma memohon supaya penghakiman diberi untuk jumlah yang terhutang. Itu sahaja.
Jadi, soalnya ialah adakah pembelaan Defendan itu membangkitkan persoalan untuk dibicarakan dalam tuntutan Plaintif ini? Pada pandangan saya tidak. Apa yang dibangkitkan oleh Defendan itu tidak boleh menjadi satu pembelaan kepada tuntutan Plaintif. Kausa tindakan Defendan terhadap Plaintif yang terkandung dalam tuntutan balasnya dalam kes ini dan dalam pernyataan tuntutannya dalam kes satu lagi itu adalah berlainan.
Dalam keadaan ini saya meluluskan rayuan Plaintif dan memasukkan penghakiman kepada Plaintif seperti yang [Page 5] dipohon. Defendan tidak dihalang daripada meneruskan tuntutannya terhadap Plaintlf seperti terkandung dalam pernyataan tuntutannya dalam kes satu lagi itu dan juga dalam tuntutan balas dalam kes ini. Kos kepada Plaintif.
Dato’ Abdul Hamid bin Hj. Mohamad
Hakim, Mahkamah Tinggi
Pulau Pinang.
PEGUAMBELA DAN PEGUAMCARA
1. En. R. Ramanathan (Tetuan Ram Pillai & Associates) … bagi pihak Plaintif/Perayu.
2. En. Jagdeep Singh Deo (Tetuan Karpal Singh & Co.) bagi pihak Defendan/Responden.
29.8.96

92 visits