LIM CHAN SENG lwn. PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAM PULAU PINANG & SATU YANG LAIN

LIM CHAN SENG lwn. PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAM PULAU PINANG & SATU YANG LAIN
MAHKAMAH TINGGI,
ABDUL HAMID MOHAMED H
[SAMAN PEMULA NOS. 24-713-95 & 24-714-95]
4 JUN 1996
(1996) 3 CLJ 231; (2004 1 CLJ ISL 287; (1996) 2 SYA 8
UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN: Bidangkuasa – Bidangkuasa Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Syariah – Samada ditentukan dengan jelasnya oleh Perlembagaan Persekutuan – Peninggalan agama Islam oleh seorang mualaf – Keesahan – Samada Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa untuk membuat perisytiharan mengenainya – Samada merupakan bidangkuasa khusus Mahkamah Syariah – Mahkamah Syariah – Penentuan bidangkuasa – Syarat-syarat – Peranan Majlis Perundangan Negeri – Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang 1993 ss. 48 & 49 – Perlembagaan Persekutuan Per. 74, 77, 121(1A), Senarai II Jadual ke-9

UNDANG-UNDANG ISLAM: Peninggalan agama Islam – Peninggalan melalui Suratikatan Pol – Keesahan – Perisytiharan mengenainya – Samada merupakan bidangkuasa Mahkamah Syariah – Samada boleh dibicara dan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi – Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang 1993 ss. 48, 49 – Perlembagaan Persekutuan perkara per. 74, 77, 121 (1A), Senarai II Jadual 9
Kedua-dua plantif di dalam dua kes yang berlainan (digabungkan dengan persetujuan) memohon, melalui saman pemula, satu deklarasi bahawa penolakan agama Islam yang dibuat oleh mereka melalui Suratikatan Pol bertarikh 12 Julai 1995 dan 25 Mei 1995 masing-masing adalah mengikut undang-undang dan sah. Plantif di dalam kes pertama menyatakan bahawa dia memeluk agama Islam pada 22 Febuari 1994 dan menukar namanya kepada Mohamad Alif Lim bin Abdullah. Kemudian pada 12 Julai 1995 dia membuat Suratikatan Pol menolak agama Islam dan menyatakan keinginannya untuk memakai nama Lim Chan Seng. Plantif dalam kes kedua mengatakan bahawa dia memeluk agama Islam pada 25 Mac 1988 dan menggunakan nama Norliza Valarummathy bte Abdullah. Kemudian pada 25 Mei 1995 dia membuat Suratikatan Pol menolak kepercayaannya dalam agama Islam dan menyatakan hasratnya untuk menggunakan nama Valarammathy d/o Ngamurthi.
Defendan dalam kedua-dua kes, Pengarah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang, mempersoalkan bidangkuasa Mahkamah Tinggi untuk mendengar permohonan plaintif, dan dengan itu, telah memfailkan dua saman dalam kamar yang berasingan untuk membatalkan kedua-dua tindakan plaintif di bawah A. 18 k.19(i), (ii), (iii) Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980. Secara berkesannya, inti tentangan defendan ialah Mahkamah Tinggi, dalam kedudukannya sebagai Mahkamah Sivil, tidak mempunyai bidangkuasa untuk mendengar kes sebegini kerana perkara sedemikian terletak di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah.
Diputuskan (Menolak permohonan defendan):
[1] Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidang kuasa dalam perkara-perkarayang Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa keatasnya. Ini jelas dicerminkan oleh Per. 121(1A) Perlembagaan Persekutuan, dan dua kesMahkamah Agung iaitu Majlis Agama Islam Pulau Pinang lwn. Isa Abdul Rahman & Satu Yang lain dan Mohamed Habibullah bin Mahmood lwn. Faridah bte Dato’ Talib. (ms 298 e-g)
[2] Mahkamah Syariah bukan diwujudkan oleh Hukum Syarak. Sebaliknya ia diwujudkan oleh undang-undang bertulis Parlimen dan Dewan Undangan Negeri iaitu melalui Perlembagaan Persekutuan, Akta-akta Parlimen dan Enakmen-Enakmen Negeri. Oleh kerana inilah keadaannya, untuk menentukan bidang kuasa Mahkamah Syariah, adalah perlu untuk merujuk kepada undang-undang tersebut dan melihat samada bidang kuasa dalam sesuatu perkara itu diberi kepada Mahkamah Syariah ataupun Mahkamah Sivil. (ms 316 d-e & 313 f)
[3] Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan, semata-mata atasperuntukannya, tidak memberi bidang kuasa secara automatik kepada Mahkamah Syariah, walaupun dalam perkara-perkara yang berada di bawah Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan. Untuk memberi bidang kuasa sedemikian, Dewan Undangan Negeri mestilah terlebih dahulu bertindak atas kuasa yang diberikan kepadanya oleh Per. 74, Per. 77 dan Senarai Negeri Perlembagaan Persekutuan, dan berikutan itu menggubal undang-undang memberikan bidang kuasa kepada Mahkamah Syariah. Selepas ini dilakukan, barulah perkara berkenaan boleh termasuk dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah dan dengan itu terkeluar daribidang kuasa Mahkamah Sivil. Oleh yang demikian, dalam kes semasa ini, untuk menjadikan Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan halperkara yang dibangkitkan oleh kedua-dua plaintif, Majlis Perundangan Negeri mestilah terlebih dahulu meminda Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang 1993, dan memasukkan kedalamnya, peruntukan-peruntukan yang sewajarnya (sebagaimana yang dibuat terhadap s. 90(3) Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan 1991). (ms 307 a-b, 317 d-e & 318 g)
[4] Tidak ada sebarang peruntukan di dalam Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang 1993 yang memberi kuasa kepadaMahkamah Syariah untuk membicarakan isu berhubung halperkara murtad ataupun berhubung samada sesuatu peninggalan agama Islam itu sah atau sebaliknya. Selanjutnya, tidak ada peruntukan bahawa permohonan sepertimana yang dibuat oleh kedua-dua plaintif di sini, sekiranya permohonan sedemikian perlu dibuat, hendaklah dibuat kepada Mahkamah Syariah umpamanya. Adalah jelas bahawa, berdasarkan Enakmen 1993 ini, tiada bidang kuasa diberikan kepada Mahkamah Syariah di Pulau Pinang terhadap perkara yang dibangkitkan, dan oleh sebab itu, Mahkamah Sivil adalah tidak terhalang untuk mendengar dan membicarakan halperkara atau persoalan tersebut. (ms 318 f)
[5] Pernyataan oleh Mohamed Yusoff HMA dalam kes Dalip Kaur w/o Gurbox Singh lwn. Pegawai Polis Daerah (OCPD), Bukit Mertajam bahawa “in determining whether a Muslim has renounced Islam, the only forum qualified to answer the question is the Syariah Court” (diulangi dengan persetujuan oleh Gunn Chit Tuan HMA dalam Mohamed Habibullah ) tidak membangkitkan satu pernyataan mengikat bahawadalam setiap kes, apabila timbul sahaja persoalan murtad, maka persoalan tersebut mestilah termasuk di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah tanpa mengambil kira peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Enakmen Negeri yang berkaitan, atau pun fakta-fakta khusus yang terdapat dalam sesuatu kes, sepertimana yang berlaku dalam kes Dalip Kaur, di mana salah seorang dari pihak yang terbabit adalah bukan Islam. Sebagaimana duduknya halperkara, untuk menentukan soal bidang kuasa, Enakmen Negeri yang berkenaan, antara lain, dan semestinyalah, diperiksa dan diteliti. (ms 313 b-f)
[6] Walaupun keputusan Mahkamah Agung dalam kes Mohamed Habibullah telah menyelesaikan banyak masalah berhubung Per. 121(1A), terutamanya dalam menghalang Mahkamah Sivil dari mencerobohi skop bidang kuasa Mahkamah Syariah, namun begitu, isu penting berhubung pendekatan atau kayu ukur yang perlu dipakai oleh Mahkamah Syariah dalam menentukan bidang kuasanya, iaitu, samada ianya patut melihat kepada halperkara kes (subject matter) atau kepada jenis perintah yang dipohon, masih belum terjawab. Ini adalah kerana, secara kebetulan, di bawah Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984, terdapat peruntukan yang memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk mengeluarkan injunksi terhadap serang-sentuh (“injuction againts molestation”) sedangkan plantif di dalam kes itu, entah bagaimana, memilih untuk mendapatkan remedi di Mahkamah Sivil dan tidak di Mahkamah Syariah. (ms 312 d-h)
Obiter:
(1)Mahkamah ini bersetuju dengan pandangan bahawa Mahkamah Syariah adalah merupakan forum yang lebih sesuai untuk membicarakan kes-kes berhubung dengan Hukum Syarak. Namun begitu, kes-kes adalah diputuskan mengikut undang-undang, dan oleh sebab itu, jika Majlis Perundangan Negeri, walaupun diberi kuasa oleh Perlembagaan Persekutuan untuk membuat undang-undang, memilih untuk tidak berbuat demikian, maka Mahkamah tidak boleh berbuat apa-apa, kerana Mahkamah tidak boleh merampas kuasa membuat undang-undang itu, atau pun mengambil alih tugas badan perundangan tersebut. (ms 313 f)
(2)Ianya adalah silap untuk melihat kepada Per. 121(1A) Perlembagaan Persekutuan sebagai telah menyelesaikan masalah percanggahan bidang kuasa di antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil, atas dua sebab utama. Pertama, Mahkamah Syariah cuma mempunyai bidang kuasa terhadap orang-orang Islam sahaja, sedangkan persoalan Hukum Syarak boleh timbul dalam kes-kes di mana salah satu pihak adalah bukan Islam. Kedua, persoalan yang menyentuh Hukum Syarak juga boleh timbul bersekali dengan persoalan yang menyentuh undang-undang sivil yang jelas terletak dalam bidang kuasa Mahkamah Sivil. Pertelingkahan mengenai undang-undang tanah, misalnya, boleh berbangkit bersama-sama dengan persoalan mengenai tanah wakaf. (ms 302 f-i & 303 a)
(3)Satu jalan untuk mengatasi masalah percanggahan bidang kuasa ialah dengan memberi kuasa kepada Mahkamah Sivil untuk membicarakan dan memutuskan semua isu-isu dalam sesuatu kes seperti ini, termasuk persoalan Hukum Syarak. Tetapi semasa membicarakan kes tersebut Hakim Mahkamah Sivil hendaklah dibantu oleh seorang Hakim Syarie dan keputusan Hakim Syarie itu, mengenai Hukum syarak, haruslah mengikat Hakim Mahkamah Sivil tersebut. Satu lagi cara, yang lebih radikal, ialah dengan menyatukan Mahkamah Syariah dengan Mahkamah Sivil, yang bermakna, Hakim-hakim Syarie hendaklah juga dilantik ke Mahkamah Sivil. Jika timbul persoalan yang melibatkan undang-undang Sivil dan Hukum Syarak dalam satu kes, dua orang Hakim akan bersidang bersama-sama. Hakim Sivil akan memutuskan persoalan undang-undang Sivil dan Hakim Syarie memutuskan persoalan Hukum Syarak. (ms 320 a-c)
[Permohonan defendan ditolak dengan kos.]
[English Translation Of Headnotes
The two plantiffs in these actions (consolidated by consent) applied for a declaration that they had lawfully renounced the Islamic faith by their Deed Polls dated 12 July 1995 and 25 May 1995 respectively. The plantiff in the first action averred that he had embraced Islam on 22 February 1994 and changed his name to Mohamad Alif Lim b. Abdullah, and that on 12 July 1995, by a Deed Poll, he had renounced the Islamic faith and expressed his desire to use the name Lim Chan Seng. The plaintiff in the second action, for her part, averred that she had embraced Islam on 25 March 1988 and changed her name to Norliza Valarummathy bte Abdullah, and that on 25 May 1995, by a Deed Poll, she had renounced the Islamic faith and expressed her wish to use the name Valarummathy d/o Ngamurthi.
The defendant, the Pengarah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang, sought to challenge the jurisdiction of the High Court to entertain the plaintiffs’ applications, and in the upshot, filed two separate summons in chambers to strike out the actions under O. 18 r. 19(i)(ii) and (iii) Rules of the High Court 1980. In effect, the defendant’s contention was that the High Court, being a Civil Court, had no jurisdiction to hear the matter as the matter came within the exclusive jurisdiction of the Syariah Court.
Held (dismissing the application):
[1] The Civil Court has no jurisdiction in matters over which the Syariah Court has jurisdiction. That this is so is clearly reflected in Art. 121(1A) of the Federal Constitution, as well as in the judgments of the Supreme Court in Majlis Agama Islam Pulau Pinang lwn. Isa Abdul Rahman & Satu Yang Lain and Mohamed Habibullah bin Mahmood v. Faridah bte Dato’ Talib.
[2] The Syariah Court is not a creature of the Syariah Law (Hukum Syarak). Rather it owes its existence to the written laws of Parliament and State Legislatures i.e vide the Federal Constitution, Acts of Parliament and the State Enactments. This being the case, to ascertain the question of jurisdiction of the Syariah Court, it is incumbent that reference be made to these laws and see whether jurisdiction over the particular matter is given to the Syariah Court or the Civil Court.
[3] By itself, Art. 121(1A) of the Federal Constitution does not automatically confer jurisdiction to the Syariah Court, even in respect of matters that fall under the State List of the Ninth Schedule therein. To confer such jurisdiction, the State Legislature must first act upon the power given it by articles 74 and 77 and the said State List, and accordingly enact laws conferring the jurisdiction. Only then will the matter come under the jurisdiction of the Syariah Court to the exclusion of the Civil Court. In the circumstances, in the instant case, to enable the Syariah Court to have jurisdiction over the matters raised by the plaintiffs, the State Legislature must first amend the Penang Administration of Muslim Law Enactment 1993, and incorporate thereinto, appropriate provisions to that effect (as was done to the Negeri Sembilan Administration of Muslim Law Enactment 1991 vide its s. 90(3) thereof).
[4] There is nothing in the Penang Administration of Muslim Law Enactment 1993 that in any way empowers the Syariah Court to adjudicate on the issue of apostacy, or on the validity or otherwise of an alleged renunciation. Likewise, there is no provision to indicate that applications such as made by the plaintiffs herein, for instance, ought to be made in the Syariah Court, if at all. Clearly, by the Enactment, the Syariah Court had not been accorded with jurisdiction over the matter raised, and that being the case, it follows that there is no impediment for the Civil Court to hear and dispose of the matter.
[5] The dictum of Mohamed Yusoff SCJ in Dalip Kaur w/o Gurbox Singh v. Pegawai Polis Daerah (OCPD), Bukit Mertajam that “in determining whether a Muslim has renounced Islam, the only forum qualified to answer the question is the Syariah Court” (cited with approval by Gunn Chit Tuan SCJ in Mohamed Habibullah), did not give rise to a binding pronouncement that in every case, where the question of apostacy arises, the matter must necessarily come under the jurisdiction of the Syariah Court irrespective of the provisions of the relevant State Enactment, or the attendant peculiar facts of the case, such as happened in Dalip Kaur, where one of the parties is a non-Muslim. As it is, to determine the question of jurisdiction, the relevant State Enactment, inter alia, and of necessity, ought to be examined and looked into.
[6] Although the decision of the Supreme Court in Mohamed Habibullah has resolved various problems concerning Art. 121(1A), particularly in preventing the Civil Court from encroaching into the ambit of the Syariah Court’s jurisdiction, the cardinal issue concerning the approach or yardstick to be used by the Syariah Court in determining its jurisdiction, i.e., whether to look at the subject matter or at the type of order prayed, remains uncertain. This is so as, in that case, rather coincidentally, under the Islamic Family Law Act (Federal Territory) 1984, the provision regarding power to grant injunction against molestation was provided for but the plaintiff therein, somehow, had opted to seek the remedy from the Civil Court.
Obiter:
[1] This Court subscribes to the view that the Syariah Court would be the better forum wherein to try and hear cases concerning Syariah law. Nonetheless, cases are decided according to law, and so, if the State Legislature, despite the power given it by the Federal Constitution to enact laws, had not elected to do so, the Court should not, and cannot usurp that power or substitute itself for that role.
[2] It is incorrect to say that the issue of conflict of jurisdiction between the Syariah Court and the Civil Court has been resolved by Art. 121(1A) of the Federal Constitution for two main reasons. Firstly, the Syariah Court has the jurisdiction merely over the Muslims whereas issues concerning Islamic law may arise in cases where one of the parties is not a Muslim. Secondly, issues concerning Islamic law may arise together with other laws which properly come under the jurisdiction of the Civil Court. Disputes regarding land law, for instance, may arise together with issues on wakaf land.
[3] One way to overcome the conflict of jurisdiction between the two Courts is by giving the Civil Court power to hear and decide all the issues in the case including issues pertaining to Syariah law. However, during the trial the Civil Court Judge shall be assisted by a Syariah Court Judge and the latter’s decision on Syariah law shall be binding against the Civil Court. Another drastic solution would be by combining both the Courts, which means that Syariah Judges should also be appointed to the Civil Court. Consequently, issues concerning the two jurisdictions shall be presided and heard by both the Judges. The Civil Judge will decide upon the civil matters while the Syariah Judge, on his part, will decide on the syariah matters
[Defendant’s application dismissed with costs]
Editors’s Note: Administration of Islamic Law (Negeri Sembilan) Enactment 1991 has been repealed by the Administration of the Religion of Islam (Negeri Sembilan) Enactment 2003 [see s. 119 of the repealing enactment]
Kes-kes yang dirujuk:
Dalip Kaur w/o Gurbox Singh v. Pegawai Polis Daerah (OCPD), Bukit Mertajam & Anor. [1991] 1 CLJ 77 (Rep) [1991] 3 CLJ 2768; [1992] 1 MLJ a MA (dirujuk)
G. Rethinasamy v. Majlis Ugama Islam & Anor. [1993] 2 MLJ 166; [1993] 2 CLJ 605 (dirujuk)
Isa Abdul Rahman & Satu Yang Lain lwn. Majlis Agama Islam Pulau Pinang [1996] 1 CLJ 283 (diikuti)
Majlis Agama Islam Negeri Sembilan v. Hun Mun Meng [1993] 1 CLJ 179 (dirujuk)
Majlis Agama Islam Pulau Pinang lawan Isa Abdul Rahman & Satu Yang Lain [1996] 1 CLJ 283; [1992] 2 MLJ 244 (diikuti)
Mohamed Habibullah bin Mahmood v. Faridah bte. Dato’ Talib [1993] 1 CLJ 264; [1992] 2 MLJ 793 (dirujuk)
Myriam v. Mohamed Ariff [1983] 3 LNS 1 [1983] 2 SYA 1; [1640] 1 MLJ 265 (dirujuk)
Ng Wan Chan v. Majlis Ugama Islam Wilayah Persekutuan & Anor. [1991] 3 CLJ 328 (Rep) [1991] 2 CLJ 1559; [1991] (dirujuk)
Shahamin Faizul Kung bin Abdullah v. Asthma bt. Haji Junus [1991] 3 CLJ 723 (Rep) [1991] 3 CLJ 2220; [1991] 3 MLJ 2220 (dirujuk)
Soon Singh v. Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kedah & Anor. [1994] 2 CLJ 107; [1994] 1 MLJ 690 (dirujuk)
Taib bin Awang v. Mohamad bin Abdullah & Ors. [1984] 2 CLJ 501 (Rep) [1984] 1 CLJ 44; [1983] 2 MLJ 483 (dirujuk)
Tan Kim Luan v. Sabariah binti Md. Noor [1995] 1 CLJ 323 (dirujuk)
Tegas Sepakat Sdn. Bhd. v. Mohd. Faizal Tan bin Abdullah [1992] 3 CLJ Rep 679; [1992] 4 CLJ 2297 (dirujuk)
Perundangan yang dirujuk:
Administration of Islamic Law (Negeri Sembilan) Enactment 1991, s. 90(3)
Administration of Islamic Religious Affairs Enactment of the State of Penang 1993, ss. 48(1), 49(1), 77, 78, 79, 80, 81, 82, 83, 84, 85, 86, 87, 88, 89
Administration of Muslim Law Enactment 1965 (Perak), s. 146(2)
Civil Law Act 1956, s 3
Courts of Judicature Act 1964, s. 4
Federal Constitution, arts 74(1), 77, 121(A)
Islamic Family Law (Federal Territories) Act 1984, s. 107
Mahkamah Syariah Enactment 1983, s. 25
Kaunsel:
Bagi pihak plantif – Karpal Singh a/l Ram Singh (Jagdeep Singh Deo bersama-samanya); T/n Karpal Singh & Co
Bagi pihak defendan – Alizatul Khairi Osman Khairuddin (Penasihat Undang-Undang Negeri Pulau Pinang); Tuan Syed Marzidy Syed Marzuki TPR bersama-samanya)

PENGHAKIMAN
Abdul Hamid Mohamed H:
Kedua-dua kes ini mempunyai persoalan yang serupa dan telah digabungkan melalui satu perintah persetujuan. Kedua-duanya dihujahkan bersama dan saya akan beri keputusan bagi kedua-duanya sekali.
Fakta kes 24-713-95
Melalui saman pemula yang difailkan pada 19 Ogos 1995 plaintif memohon deklarasi bahawa penolakan agama Islam yang dibuatnya melalui Deed Poll yang bertarikh 12 Julai 1995 adalah mengikut undang-undang dan sah, dan kos.
Mengikut afidavitnya, plaintif mengatakan bahawa dia memeluk agama Islam pada 22 Februari 1994 dan memakai nama Muhammad Alif Lim bin Abdullah.Kemudian, pada 12 Julai 1995 dia membuat Deed Poll menolak agama Islam dan menyatakan keinginannya untuk memakai nama Lim Chan Seng.
Defendan, Pengarah Jabatan Agama Islam, Pulau Pinang, memasukkan kehadiran bersyarat. Ini diikuti oleh saman dalam kamar memohon perintah-perintah:
1. Saman dan Penyataan (sic) Tuntutan yang difailkan oleh plaintif dalamtindakan ini hendaklah dibatalkan menurut A. 18 k. 19 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 atas alasan bahawa:
i) ia tidak mendedahkan apa-apa kausa tindakan yang munasabah;
ii) ia mengaibkan, remeh atau menyusahkan;
iii) ia adalah suatu penyalahgunaan proses Mahkamah;
kerana Mahkamah Tinggi Sivil sebenarnya tiada mempunyai bidangkuasa bagi membicarakan kes ini.
2. Secara alternatifnya sekiranya permohonan di atas tidak dibenarkan,tempoh untuk menfailkan (sic) Afidavit Balasan dilanjutkan.
3. Segala perbicaraan kes ditangguhkan sehingga selesai pendengaranpermohonan ini.
4. Kos permohonan ini diberikan kepada defendan.
Fakta kes 24-714-95
Melalui Saman Pemula yang difailkan pada 19 Ogos 1995, plaintif memohon deklarasi bahawa penolakan agama Islam melalui Deed Poll yang bertarikh 25 Mei 1995 adalah mengikut undang-undang dan sah, dan kos.
Mengikut afidavitnya plaintif mengatakan bahawa dia memeluk agama Islam pada 25 Mac 1988 dan menggunakan nama Norliza Valarummathy bte Abdullah. Kemudian, pada 25 Mei 1995 dia membuat Deed Poll menolak kepercayaannya dalam agama Islam dan menyatakan niatnya untuk menggunakan nama Valarummathy d/o Ngamuthu.
Defendan, Pengarah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang, memasuki kehadiran bersyarat. Ini diikuti oleh saman dalam kamar, memohon perintah-perintah yang serupa seperti dalam kes 24-713-95.
Persoalan
Persoalan utama yang dihujahkan ialah samada Mahkamah ini mempunyai bidangkuasa dalam perkara ini. Penasihat Undang-Undang Negeri yang mewakili defendan menghujahkan bahawa Mahkamah ini tidak mempunyai bidangkuasa kerana perkara ini terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Penghakiman
Senarai II – Senarai Negeri Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan:
1. Except with respect to the Federal Territories of Kuala Lumpur and Labuan, Islamic law and personal and family law of persons professing the religion of Islam, including the Islamic law relating to succession, testate and intestate, betrothal, marriage, divorce, dower, maintenance, adoption, legitimacy, guardianship, gifts, partitions and non-charitable trusts; Wakafs and the definition and regulation of charitable and religious trusts, the appointment of trustees and the incorporation of persons in respect of Islamic religious and charitable endowments, institutions, trusts, charities and charitable institutions operating wholly within the State; Malay customs; Zakat, Fitrah and Baitulmal or similar Islamic religious revenue; mosques or any Islamic public places of worship, creation and punishment of offences by persons professing the religion of Islam against precepts of that religion, except in regard to matters included in the Federal List; the constitution, organisation and procedure of Syariah Courts, which shall have jurisdiction only over persons professing the religion of Islam and in respect only of any of the matters included in this paragraph, but shall not have jurisdiction in respect of offences except in so far as conferred by federal law, the control of propagating doctrines and beliefs among persons professing the religion of Islam; the determination of matters of Islamic law and doctrine and Malay custom.
Peruntukan ini mesti dibaca bersama-sama peruntukan Perkara 74 dan 77.
Perkara 74 memperuntukkan:
74. (1) Without prejudice to any power to make laws conferred on it by any other article, Parliament may make laws with respect to any of the matters enumerated in the Federal List or the concurrent list (that is to say, the First or Third List set out in the Ninth Schedule).
(2) Without prejudice to any power to make laws conferred on it by any other article, the legislature of a State may make laws with respect to any of the matters enumerated in the State list (that is to say, the Second List set out in the Ninth Schedule) or the Concurrent List.
(3)…
(4)…
Perkara 77 memperuntukkan:
77. The legislature of a State shall have power to make laws with respect to any matter not enumerated in any of the Lists set out in the Ninth Schedule, not being a matter in respect of which Parliament has power to make laws.
Peruntukan-peruntukan perkara 74, 77 dan Senarai II, Jadual Kesembilan ini telah wujud semenjak Perlembagaan itu dikanunkan.
Perkara 121 pula memperuntukkan:
121. (1) There shall be two High Courts of co-ordinate jurisdiction andstatus, namely –
(a)one in the states of Malaya, which shall be known as the High
Court in Malaya and shall have its principal registry in KualaLumpur, and
(b)one in the states of Sabah and Sarawak, which shall be known as the High Court in Sabah and Sarawak and shall have its principal registry at such place in the states of Sabah and Sarawak as the Yang di-Pertuan Agong may determine;
(c)(Repealed)
and such inferior Courts as may be provided by Federal law and the High Courts and inferior Courts shall have such jurisdiction and powers as may be conferred by or under Federal law.
(1A) The Courts referred to in clause (1) shall have no jurisdiction in respect of any matter within the jurisdiction of the Syariah Courts.
Fasal (1A) telah dimasukkan melalui Akta A704 dan mula berkuatkuasa pada 10 Jun 1988.
Apakah ertinya peruntukan-peruntukan ini? Ertinya, Badan Perundangan Negeri boleh membuat undang-undang mengenai perkara-perkara yang tersebut dalam Senarai II – Senarai Negeri, dan mengenai perkara yang tersebut dalam Badan Perundangan Senarai Bersama (Concurrent List). Senarai Bersama tidak berkenaan dalam kes ini.
Kedua, hakikat bahawa sesuatu perkara itu, misalnya perkahwinan dan perceraian, disebut dalam Senarai II tidak terus bererti bahawa Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa mengenainya. Badan Perundangan Negeri kenalah terlebih dahulu membuat undang-undang memberi kuasa mengenai perkara itu kepada Mahkamah Syariah. Selepas itu barulah Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa mengenai perkara itu. Sebab itulah dalam Undang-Undang Pentadbiran Ugama Islam Tahun 1959 (Pulau Pinang) diperuntukkan satu persatu bidangkuasa Mahkamah Kadi Besar dan Mahkamah Kadi itu – lihat s. 40. Mulai 31 Mac 1994 peruntukan itu telah digantikan oleh ss. 48 dan 49 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang 1993.
Apakah kesan peruntukan Perkara 121 (1A) itu? Perkara 121 (1A) bukanmemberi bidangkuasa kepada Mahkamah Syariah. Tetapi ia cuma mengatakan jika sesuatu perkara itu terletak dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah maka Mahkamah Tinggi dan Mahkamah bawahan (kesemuanya saya akan sebut “Mahkamah Sivil”) tidak mempunyai bidangkuasa mengenainya. Maka untuk mengetahui samada Mahkamah Sivil mempunyai bidangkuasa dalam sesuatu perkara atau tidak, kita kenalah melihat terlebih dahulu samada Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa mengenainya atau tidak.
Kalau Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa mengenai sesuatu perkara, maka Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidangkuasa mengenainya, dan sebaliknya.
Bagaimana kita hendak tahu samada Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa dalam sesuatu perkara atau tidak? Jawabnya, kita kenalah lihat undang-undang Negeri yang berkenaan. Dalam hal ini, undang-undang Negeri yang berkenaan ialah Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang 1993. Apakah yang diperuntukkan mengenai bidangkuasa Mahkamah Syariah?
Ini terdapat dalam ss. 48 dan 49 undang-undang itu:
48. (1) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa di seluruh Negeri Pulau Pinang dan hendak diketuai oleh seorang Hakim Syarie.
(2)Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah –
(a)dalam bidang kuasa jenayahnya membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang Islam dan boleh dihukum, di bawah enakmen ini, atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam yang sedang berkuatkuasa, dan boleh mengenakan apa-apa hukuman yang diperuntukkan baginya;
(b)dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semula tindakan dan prosiding dalam mana semua pihak adalah orang Islam dan yang berhubungan dengan –
(i)pertunangan, perkahwinan, ruju, perceraian, pembubaran perkahwinan (fasakh), nusyuz, atau pemisahan kehakiman (faraq) atau apa-apa perkara yang berkaitan dengan perhubungan di antara suami isteri;
(ii)apa-apa pelupusan atau tuntutan harta yang berbangkit daripada mana-mana perkara yang dinyatakan dalam subperenggan (i);
(iii)nafkah orang-orang tanggungan kesahtarafan, atau penjagaan ataujagaan (hadhanah) budak-budak;
(iv)pembahagian atau tuntutan harta sepencarian;
(v)wasiat atau alang semasa marad-al-maut seseorang si mati Islam;
(vi)alang semasa hidup, atau penyelesaian yang dibuat tanpa balasan yang memadai dengan wang atau nilaian wang, oleh seseorang Islam;
(vii)wakaf atau nazar;
(viii)pembahagian dan pewarisan harta berwasiat atau tak berwasiat;
(ix)penentuan orang-orang yang berhak kepada bahagian harta pusaka seseorang si mati Islam atau bahagian-bahagian yang kepadanya orang-orang itu masing-masing berhak; atau
(x)perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya bidang kuasa diberikan oleh mana-mana undang-undang bertulis.
49. (1) Sesuatu Mahkamah Rendah Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa di seluruh Negeri Pulau Pinang dan hendaklah diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Rendah Syariah.
(2)Mahkamah Rendah Syariah hendaklah:
(a)dalam bidang kuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang Islam di bawah enakmen ini atau mana mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam yang baginya hukuman maksimum yang diperuntukkan oleh enakmen ini atau mana-mana undang-undang bertulis itu tidak melebihi dua ribu ringgit, atau pemenjaraan selama tempoh satu tahun atau kedua-duanya dan boleh mengenakan mana-mana hukuman yang diperuntukkan baginya;
(b)dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding yang Mahkamah Tinggi Syariah diberikuasa untuk mendengar dan memutuskannya, yang amaun atau nilai hal perkara yang dipertikaikan itu tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau tidak dapat dianggarkan dengan wang.
Perlu disebut di sini bahawa s. 48 tidak menyebut mengenai bidangkuasa mendengar dan memutuskan soalan samada seseorang itu Islam atau tidak, walau pun, pada pandangan saya ia boleh dilakukan mengikut Senarai II – Senarai Negeri, di bawah rangkaikata “menentukan perkara-perkara Hukum Syarak dan iktikad” (“the determination of matters of Islamic Law and doctrine’). Penetapan hukum samada seseorang itu Islam atau tidak, semestinya perlu diputuskan mengikut Hukum Syarak.
Perenggan (x), s. 48(2) ada menyebut:
(x) perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya bidangkuasa diberikan oleh mana-mana undang-undang bertulis.
Apakah kesannya peruntukan itu?
Bagi saya perenggan (x) itu tidak menjadikan apa sahaja yang tersebut dalam Senaral II – Senarai Negeri, itu terletak di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah. Jika demikian 9 perenggan yang lain itu tidaklah perlu.
Perenggan (x) itu bagi saya, bererti perkara-perkara yang bidangkuasa mengenainya diberi kepada Mahkamah Syariah oleh mana-mana undang-undang bertulis, baik enakmen itu sendiri atau enakmen-enakmen lain yang dibuat oleh Badan Perundangan Negeri Pulau Pinang.
Maka kita kenalah menyemak samada terdapat mana-mana peruntukan lain yang memberi bidangkuasa itu.
Dalam Enakmen tahun 1993 itu sendiri terdapat satu bahagian, iaitu Bahagian VIII yang bertajuk “Masuk Islam” yang mengandungi 13 seksyen.
Seksyen 77 adalah mengenai “keupayaan” atau kelayakan untuk masuk Islam.
Seksyen 78 adalah mengenai apa yang perlu dilakukan oleh seseorang itu untuk masuk Islam.
Seksyen 79 memperuntukkan masa atau “saat” seseorang itu menjadi seorang Islam.
Seksyen 80 adalah mengenai kemasukan Islam kanak-kanak.
Seksyen 81 adalah mengenai tugas dan kewajipan orang yang masuk Islam.
Seksyen 82 adalah mengenai tugas dan kewajipan orang yang mengislamkan seseorang memberitahu hal itu kepada Majlis.
Seksyen 83 adalah mengenai tugas Pendaftar Masuk Islam untuk menyelenggarakan Daftar Masuk Islam.
Seksyen 84 memperuntukkan bahawa orang yang masuk Islam boleh memohon kepada Pendaftar Masuk Islam untuk didaftarkan.
Seksyen 85 adalah mengenai Sijil Masuk Islam.
Seksyen 86 memperuntukkan bahawa orang yang telah masuk Islam dan telah didaftarkan disifatkan sebagai seorang Islam bagi maksud undang-undang.
Seksyen 87 pula memperuntukkan cara menentukan samada seorang yang tidak didaftar itu seorang yang masuk Islam atau tidak.
Seksyen 88 adalah mengenai kesalahan memberi maklumat palsu.
Akhir sekali, s. 89 memberi kuasa kepada Majlis untuk melantik Pendaftar Masuk Islam.
Beberapa perkara patut disebut mengenai memohon kepada Pendaftar Masuk peruntukan-peruntukan ini.
Pertama, peruntukan-peruntukan ini peruntukan-peruntukan pentadbiran bagi mendaftar orang-orang masuk Islam yang ditugaskan kepada Pendaftar Masuk Islam.
Kedua, tidak ada peruntukan mengenai prosedur untuk keluar dari agama Islam seperti yang terdapat dalam Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991, s. 90(3) yang dipetik oleh Faiza Tamby Cik H dalam kes Majlis Agama Islam Negeri Sembilan v. Hun Mun Meng [1993] 1 CLJ 179, 181:
90. (3) Seseorang Islam atau seseorang saudara baru yang telah memeluk (sic) Agama Islam menurut Bahagian, ini, dan kemudian memutuskan untuk keluar daripada Agama ini hendaklah melaporkan keputusan tersebut kepada Pendaftar Saudara Baru dan Pendaftar Saudara Baru hendaklah mendaftarkan keputusan tersebut dalam borang yang ditetapkan. Sebelum keputusan tersebut dilaporkan dan didaftarkan dia hendaklah disifatkan masih seorang Islam.”
Jika terdapat peruntukan seperti dalam Enakmen Negeri Sembilan itu, maka bolehlah dikatakan bahawa untuk keluar dari agama Islam seseorang itu perlu mengikut prosedur itu. Jika ada peruntukan seperti itu saya tidak syak bahawa hanya dengan mengikut prosedur itu barulah tindakan untuk keluar dari agama Islam itu boleh diakui sah. Ertinya, cara-cara yang lain tidak sah.
Ketiga, dalam Enakmen tahun 1993 (Pulau Pinang) itu saya tidak dapati apa-apa peruntukan yang memberi bidangkuasa kepada Mahkamah Syariah untuk memutuskan samada sesuatu cara keluar dari agama Islam itu sah atau tidak. Peruntukan yang paling dekat dengan hal ini ialah seksyen 87:
87. Jika apa-apa soalan timbul dalam Negeri Pulau Pinang samada seorang itu adalah seorang yang masuk Islam, dan orang itu tidak didaftarkan dalam Daftar Masuk Islam atau di bawah mana-mana undang-undang mana-mana Negeri sebagai orang yang masuk Islam, soalan itu hendaklah diputuskan berdasarkan merit kes itu mengikuts. 78, 79 dan 80.
Peruntukan ini pun tidak berkenaan dengan kes ini. Ia mengenai orang-orang yang tidak didaftarkan dalam Daftar Masuk Islam. Lagi pula, nampaknya kuasa memutuskan persoalan itu diberi kepada Pendaftar Masuk Islam, bukan kepada Mahkamah Syariah.
Banyak orang menyangka bahawa dengan adanya Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan itu, masalah percanggahan bidangkuasa Mahkamah Syariah dengan Mahkamah Sivil telah selesai. Sebenarnya tidak. Sebab utamanya ialah, pertama, Mahkamah Syariah cuma mempunyai bidangkuasa terhadap orang-orang Islam. Persoalan Hukum Syarak boleh timbul dalam kes di mana salah satu pihak adalah bukan Islam. Misalnya kes Dalip Kaur w/o Gurbox Singh v. Pegawai Polis Daerah (OCPD), Bukit Mertajam & Anor. [1991] 1 CLJ 77 (Rep) [1991] 3 CLJ 2768; [1992] 1 MLJ a MA, kes G. Rethinasamy v. Majlis Ugama Islam & Anor. [1993] 2 MLJ 166; [1993] 2 CLJ 605 dan kes Tan Kim Luan v. Sabariah binti Md. Noor [1995] 1 CLJ 323, di mana plaintif-plaintif dalam kes-kes itu adalah orang bukan Islam.
Kedua, persoalan Hukum Syarak itu boleh timbul bersama-sama persoalan-persoalan undang-undang lain yang jelas terletak dalam bidangkuasa Mahkamah Sivil. Misalnya, dalam kes G. Rethinasamy, tuntutan adalah berdasarkan undang-undang Negara, khususnya hakmilik tidak boleh disangkal. Tetapi, dalam pembelaannya defendan-defendan membangkitkan pembelaan bahawa tanah itu tanah wakaf. Kes Tan Kim Luan bermula sebagai kes sewaan (tenancy), tetapi soal wakaf juga turut berbangkit.
Sekarang saya akan cuba mengkaji penghakiman-penghakiman yang telah diberikan mengenai perkara ini.
Kes paling awal yang saya temui yang memutuskan soal “murtad” ini, selepas Perkara 121(lA) diadakan ialah kes Ng Wan Chan v. Majlis Ugama Islam Wilayah Persekutuan & Anor. [1991] 3 CLJ 328 (Rep) [1991] 2 CLJ 1559; [1991]. Tarikh penghakiman ini dibuat ialah pada 26 Jun 1991. Malangnya dalam kes ini Perkara 121(lA) tidak disentuh langsung. Malah soal bidangkuasa nampaknya dipertikaikan, dan Eusoff Chin H (pada masa itu) memutuskan kes itu atas meritnya.
Kes kedua ialah kes Shahamin Faizul Kung bin Abdullah v. Asma bt. Haji Junus [1991] 3 CLJ 723 (Rep); [1991] 3 CLJ 2220. Penghakiman ini bertarikh 22 Julai 1991. Seperti yang dikatakan oleh Edgar Joseph Jr. (H) (pada masa itu) yang menghakimkan kes itu, permohonan itu, pada zahirnya, ialah satu writ habeas corpus tetapi isi dan kesannya ialah penjagaan (custody) anak oleh bapa budak itu, terhadap datuk perempuan budak itu (responden). Kedua-dua pihak beragama Islam. Bantahan awal dibangkitkan bahawa Mahkamah Tinggi tidak mempunyai bidangkuasa untuk membicarakan dan memutuskan kes itu, sebaliknya Mahkamah Kadi Besar Pulau Pinanglah yang mempunyai bidangkuasa. Perlu diambil perhatian bahawa s. 40(3)(b)(iii) Undang-Undang Pentadbiran Ugama Islam Tahun 1959 (Pulau Pinang) dengan jelas memperuntukkan bahawa Mahkamah Kadi Besar mempunyai bidangkuasa dalam hal penjagaan (custody) kanak-kanak Islam. Tetapi Hakim yang arif itu berpendapat bahawa Mahkamah Tinggi masih mempunyai bidangkuasa mengenainya. Hakim yang arif itu nampaknya mengikuti kes Myriam v. Mohamed Ariff [1983] 3 LNS 1 [1983] 2 SYA 1; [1971] 1 MLJ 265 yang banyak dikritik oleh penulis-penulis akademik dan memutuskan:
My research into the authorities (not cited to the Court), compels me to the conclusion that although the Administration of Muslim Law Enactment 1959, Penang, does expressly confer general civil jurisdiction on the Court of a Kathi Besar to hear and determine proceedings where the parties profess the Muslim religion and which relate, inter alia, to the guardianship or custody of infants, such jurisdiction is not exclusive. (tekanan ditambah)
Berhubung dengan Perkara 121(lA) Perlembagaan Persekutuan, Hakim yang arif itu berpendapat bahawa peruntukan itu tidak menghapuskan bidangkuasa Mahkamah Sivil kerana peruntukan s. 4, Akta Mahkamah Keadilan 1964 mengatasinya.
Sayugia diambil ingatan bahawa Perkara 121(1A) itu diadakan khusus untuk mengatasi masalah pertelingkahan bidangkuasa antara Mahkamah Sivil dengan Mahkamah Syariah seperti dalam kes Myriam. Ini dijelaskan oleh Tan Sri Datuk Professor Ahmad Ibrahim, orang yang saya boleh katakan bertanggungjawab bagi memasukkan pindaan ini, dalam rencananya bertajuk “The Amendment to Article 121 of the Federal Constitution: It effect on Administration of Islamic Law” [1989] 2 MLJ xvii:
The important effect of the amendment is to avoid for the future any conflict between the decisions of the Syariah Courts and the civil Courts which had occurred in a number of cases. For example, in Myriam v. Ariff…
Jadi kalau mengikut kes Shahamin, nampaknya hajat itu tidak kesampaian dan “hantu Myriam” masih berkeliaran.
Ketiga, kes Dalip Kaur. Penghakiman Mahkamah Agung bertarikh 8 November 1991. Kebetulan, di Mahkamah Tinggi, saya membicarakan kes itu. Dalam kes itu Dalip Kaur adalah seorang bukan Islam. Dia memohon perintah deklarasi bahawa anaknya semasa matinya bukan seorang Islam. Semasa perbicaraan di hadapan saya soal bidangkuasa tidak dibangkitkan langsung. Saya memutuskan kes itu berdasarkan keterangan yang dikemukakan di Mahkamah sambil mengambil kira pendapat yang diberi oleh Jawatankuasa Fatwa. Mahkamah Agung mengesahkan penghakiman saya itu. Dua penghakiman ditulis, satu oleh Hashim Yeop A. Sani, Hakim Besar Malaya yang jelas disetujui oleh Harun Hashim HMA. Satu penghakiman lagi ditulis oleh Mohamed Yusoff HMA. Penghakiman Mahkamah Agung yang ditulis oleh Hakim Besar (Malaya) itu berbunyi begini, di halaman 8:
As an appellate Court we would not like to interfere with the findings of fact of the trial Judge who saw and heard the witnesses and made an assessment on the credibility and weight of evidence before him. He did not misdirect himself in law or in fact. (tekanan ditambah)
Hakim Besar (Malaya) yang arif itu, dalam penghakimannya, menyebut tentang ketiadaan peruntukan mengenai prosedur untuk seseorang keluar dari agama Islam seperti yang pernah terdapat dalam s. 146(2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1965 (Perak) dan seterusnya berkata:
We are of the view that clear provisions should be incorporated in all the State Enactments to avoid difficulties of interpretation by the civil Courts. This is particularly important in view of the amendment to Article 121 of the Federal Constitution made by Act A704 of 1988. The new clause 1A of Article 121 of the Constitution effective from 10 June 1988 has taken away the jurisdiction of the civil Courts in respect of matters within the jurisdiction of the Syariah Courts.But that clause does not take away the jurisdiction of the civil Court to interpret any written laws of the states enacted for the administration of Muslim law. One of the opinions given in the fatwa of the Fatwa Committee in this case was that a convert who executes a deed poll renouncing Islam is a murtad (apostate). Of course this opinion is valid only for the State of Kedah. If there are clear provisions in the State Enactment the task of the civil Court is made easier when it is asked to make a declaration relating to the status of a person whether such person is or is not a Muslim under the Enactment. A clear provision can for example be in the form of a provision imposing obligation on the relevant authority to keep and maintain a register of converts who have executed a deed poll renouncing Islam.
Daripada penghakiman ini, nampaknya Mahkamah Agung menerima bahawaMahkamah Sivil mempunyai bidangkuasa memutuskan persoalan dalam kes itu.Juga Mahkamah Agung berpendapat bahawa Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan telah mengeluarkan dari bidangkuasa Mahkamah Sivil mengenai perkara-perkara yang terletak di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah.Tetapi, pindaan itu tidak mengeluarkan dari bidangkuasa Mahkamah Sivil kuasa untuk mentafsirkan mana-mana undang-undang bertulis Negeri yang dibuat mengenai pentadbiran undang-undang Islam.
Pandangan Mahkamah Agung ini nampaknya memansuhkan pandangan Edgar Joseph Jr. H (pada masa itu) dalam kes Shahamin yang mengatakan bahwa Perkara 121(A) Perlembagaan Malaysia itu tidak berkesan mengeluarkan dari bidangkuasa Mahkamah Sivil perkara-perkara yang terletak di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah.
Malangnya nasihat Hakim Besar (Malaya) untuk mengadakan peruntukan mengenai prosedur keluar dari agama Islam itu tidak diikuti apabila Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang dibuat kira-kira dua tahun kemudian. Maka, kes-kes ini adalah akibatnya.
Mohamed Yusoff HMA memulakan penghakimannya dengan berkata beliau telah berpeluang membaca penghakiman Hashim Yeop A. Sani, Hakim Besar (Malaya). Beliau mencapai keputusan yang serupa tetapi atas alasan-alasan yang berlainan.
Saya akan perturunkan bahagian penghakimannya yang berkenaan:
The present question, in my view, cannot be determined by a simple application of facts as has been found by the learned Judicial Commissioner on the basis of veracity and relevancy of evidence according to civil law. Such a serious issue would, to my mind, need consideration by eminent jurists who are properly qualified in the field of Islamic jurisprudence.
In this view it is imperative that the determination of the question in issue requires substantial consideration of the Islamic law by relevant jurists qualified to do so. The only forum qualified to do so is the Syariah Court.
At the end of his argument before this Court on 21 October 1991, Encik Karpal Singh conceded that our civil Court is not qualified to determine this question in issue but urged that the Court directs the learned Judicial Commissioner to refer the matter to the Chairman of the Fatwa Committee under s. 37(l) of the Kedah Administration of Muslim Law Enactment 1962, based on the facts as found by the learned Judicial Commissioner for a ruling by the Committee under s. 37(4) of the Enactment.
In my view, Encik Karpal Singh’s suggestion is not feasible. The amendment to Article 121 of the Federal Constitution which came into efect on 10 June 1988 and the provision of the new Article 121(A) has taken away the jurisdiction of the High Court in respect of any matter within the jurisdiction of the Syariah Courts and this is such a matter which the Syariah Court has to determine.
Further, I am also of the opinion that the provision in s. 37(4) of the Kedah Administration of Muslim Law Enactment 1962 has been overtaken and superseded by the constitutional amendment in Article 121(A) of the Federal Constitution and on that view the request by Encik Karpal Singh for this Court to direct the learned Judicial Commissioner to refer the matter for a ruling by the Fatwa Committee under the impugned section of the Enactment is not tenable.
However by consent of all the parties, this Court at its sitting on 21 October 1991, had directed the learned Judicial Commissioner to refer to the Fatwa Committee of the State of Kedah certain questions of Islamic Law that arose in the proceedings for final determination of this suit by the learned Judicial Commissioner. The questions that were framed and referred to the Committee were agreed to by the parties concerned. The learned Judicial Commissioner, after receiving the fatwa from the Fatwa Committee confirmed his earlier findings and decisions. On this basis, in my view, Encik Karpal Singh’s application to reopen the case on different issues cannot be allowed.
Dengan hormat, penghakiman ini membangkitkan beberapa persoalan. Jika Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidangkuasa rayuan itu tidak sepatutnya ditolak atas meritnya. Jika Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidangkuasa, maka rayuan itu patut ditolak terus atas alasan Mahkamah Tinggi tidak mempunyai bidangkuasa membicarakannya.
Saya bersetuju sepenuhnya dengan pandangan Hakim yang arif itu bahawa forum yang layak untuk memutuskan persoalan dalam kes itu adalah Mahkamah Syariah. Saya juga bersetuju sepenuhnya bahawa Perkara 121(lA) telah mengeluarkan dari bidangkuasa Mahkamah Sivil perkara-perkara yang termasuk di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah. Tetapi, soalnya adakah perkara initermasuk di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah? Sudahkah Badan Perundangan Negeri membuat undang-undang memberi bidangkuasa mengenai perkara ini kepada Mahkamah Syariah? Perkara 121 (1A) bukan memberi bidangkuasa kepada Mahkamah Syariah secara automatic. Badan Perundangan Negeri perlu terlebih dahulu membuat undang-undang memberi bidangkuasa dalam sesuatu perkara kepada Mahkamah Syariah. Setelah itu dibuat barulah perkara itu terkeluar dari bidangkuasa Mahkamah Sivil.
Saya berpendapat bahawa kesan kedua-dua penghakiman dalam kes itu secara tidak langsung, menolak pandangan Edgar Joseph Jr. H (pada masa itu) dalam kes Shahamin, yang mengatakan walau pun Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa dalam perkara penjagaan kanak-kanak Islam, Mahkamah Sivil masih mempunyai bidangkuasa mengenainya. Dalam kata-kata lain “Hantu Myriam” terkurung semula.
Enam bulan selepas kes Dalip Kaur diputuskan oleh Mahkamah Agung, Mahkamah itu pada 5 Mei 1992 memutuskan kes Majlis Agama Islam Pulau Pinang lwn. Isa Abdul Rahman & Satu yang lain [1996] 1 CLJ 283; [1992] 2 MLJ 244 Kes itu mengenai wakaf. Bidangkuasa Mahkamah Sivil dicabar. Mahkamah itu memutuskan bahawa oleh sebab perintah sebenarnya yang dikehendaki oleh responden ialah satu injunksi berkekalan, oleh sebab Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidangkuasa untuk mengeluarkan perintah injunksi, oleh sebab kuasa mengeluarkan injunksi terletak pada Mahkamah Tinggi, maka tuntutan responden untuk mendapat injunksi berkekalan hanya boleh dibicarakan oleh Mahkamah Tinggi sahaja. Mengenai Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan, Eusoff Chin HMA (pada masa itu) yang menulis penghakiman itu berkata:
Perlu diteliti samada Mahkamah Kadi Besar atau Mahkamah Kadi Pulau Pinang mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan tuntutan ini dan mengeluarkan perintah injunksi yang dipohon. Jika Mahkamah-Mahkamah itu mempunyai bidangkuasa untuk berbuat demikian, Mahkamah Tinggi adalah ditegah oleh perkara 121(lA) Perlembagaan Persekutuan daripada membicarakan tuntutan responden ini.
Patut diambil perhatian bahawa semua pihak dalam kes itu beragama Islam.Juga, perkara kes (subject matter) yang menjadi pertikaian ialah tanah wakaf.Tetapi, oleh kerana Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidangkuasa mengeluarkan perintah injunksi, dan cuma Mahkamah Tinggi mempunyai bidangkuasa berbuat demikian, Mahkamah Agung memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi mempunyai bidangkuasa mengenainya. Penghakiman ini, dengan hormat, tidak sunyi daripada menimbulkan masalah. Apakah perkara yang patut ditimbang untuk memutuskan samada Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa atau tidak terhadap sesuatu kes? Perkara kes (subject matter) atau jenis perintah yang dipohon? Jika jenis perintah yang dipohon menjadi pertimbangan, maka tindakan-tindakan yang mengikut perkara kesnyaterletak di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah (misalnya, hak penjagaan), boleh dimulakan di Mahkamah Sivil hanya dengan memasukkan satu prayer untuk injunksi.
Walau bagaimana pun, penghakiman ini sekali lagi menekankan prinsip bahawa jika Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa ke atas sesuatu kes, Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan menegah Mahkamah Sivil daripada membicaranya.
Jadi, “hantu Myriam” yang dikurung semula oleh Dalip Kaur sekarangdikunci oleh Isa Abdul Rahman Shahamin juga bolehlah dilupakan.
Lebih kurang tiga minggu selepas itu (25 June 1992) kes Tegas Sepakat Sdn.Bhd. v. Mohd. Faizal Tan bin Abdullah [1992] 3 CLJ Rep 679; [1992] 4 CLJ 2297 diputuskan. Ini penghakiman K.C. Vohrah (H). Peguam responden dalam kes itu cuba menghujahkan bahawa pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 121 (1A) telah mengeluarkan wakaf daripada bidangkuasa Mahkamah itu dan bahawa Mahkamah Tinggi itu terikat dengan perintah Mahkamah Syariah yang menerima fatwa baru mengenai tanah itu. Hakim yang arif itu tidak bersetuju kerana beliau berpendapat beliau terikat dengan penghakiman Mahkamah Persekutuan mengenai wakaf yang sama yang memutuskan bahawa wakaf yang dibuat dalam tahun 1909 itu adalah sah.
Rasanya tidaklah perlu dibuat apa-apa ulasan mengenai penghakiman ini.
Pada 3 Ogos 1992, Faiza Tamby Chik H mengeluarkan penghakiman dalam kes Majlis Agama Islam Negeri Sembilan lwn. Hun Mun Meng. Dalam kes itu Nurul Ain Hun bte Abdullah yang asalnya beragama Buddha, telah dengan sukarela memeluk agama Islam mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Enakmen Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991. Kemudian, pada 31 Julai 1992 dia mengadakan sidang akhbar di mana dia menyatakan keinginan meninggalkan agama Islam dan balik semula ke agama asalnya dan juga memakai semula nama asalnya. Pemohon, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, memohon writ habeas corpus terhadap bapa Nurul Ain Hun atas alasan bapanya itu telah menahannya menyalahi undang-undang. Faiza Tamby Chik H menolak permohonan itu.
Saya akan memetik bahagian-bahagian penghakiman itu yang berkenaan dengan kes ini.
Berkenaan cara keluar dari agama Islam, Hakim yang arif itu berkata, di halaman 181:
Saya berpendapat bahawa keputusan Cik Nurul Ain Hun untuk keluar daripada agama Islam melalui afidavit tersebut belumlah boleh disifatkan muktamad sehingga beliau sendiri menyatakan hasratnya sedemikian kepada pemohon (Majlis Agama Islam Negeri Sembilan – ditambah) dan keputusan tersebut didaftarkan.
Pendapat itu adalah berdasarkan peruntukan s. 90(3) Enakmen Negeri Sembilan itu yang saya telah perturunkan lebih awal.
Oleh sebab itu tidak dilakukan Hakim yang arif itu memutuskan bahawa Cik Nurul Ain Hun masih kekal sebagai seorang Islam.
Mengenai kesan Perkara 121(lA) Hakim yang arif itu berkata:
… Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidangkuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah…
Dua perkara perlu disebut mengenai penghakiman ini. Pertama, dalam membuat keputusan samada Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa atau tidak terhadap kes itu, Hakim yang arif itu melihat kepada perkara kes itu dan tidak kepada jenis perintah yang dipohon. Kalau beliau melihat kepada jenis perintah yang dipohon, seperti yang dibuat oleh Mahkamah Agung dalam kes Isa Abdul Rahman, beliau besar kemungkinan akan memutuskan bahawa Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidangkuasa kerana perintah yang dipohon ialah writ habeas corpus, yang Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidangkuasamengeluarkannya dan cuma Mahkamah Sivil mempunyai bidangkuasa itu.
Kedua, nampaknya Hakim yang arif itu tidak menimbang hakikat bahawa responden dalam kes itu adalah seorang bukan Islam. Bagaimana pemohon dalam kes itu hendak memulakan tindakan terhadapnya di Mahkamah Syariah, sedangkan Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidangkuasa terhadap seorang bukan Islam dan bagaimana pemohon hendak memohon writ habeas corpus di Mahkamah Syariah kerana Mahkamah itu tidak mempunyai bidangkuasa mengeluarkannya?
Selepas itu, pada 12 Disember 1992 saya memutuskan kes G. Rethinasamy. Rayuan ke Mahkamah Agung ditarik balik pada 7 Jun 1995 setelah berhujah separuh jalan. Plaintif dalam kes ini seorang bukan Islam. Dia memohon perintah perisytiharan bahawa dia adalah pemilik berdaftar tanah berkenaan dan/atau berhak mendapat milikan tanpa gangguan, gantirugi, faedah milikan kosong dan kos. Alasan tuntutannya ialah dia sudah didaftarkan sebagai tuanpunya berdaftar dan mempunyai hakmilik yang tidak boleh disangkal dan bahawa defendan pertama telah pun bersetuju untuk memindahkan kubur-kubur yang ada di atas tanah itu. Antara lain, defendan-defendan membangkitkan pembelaan bahawa tanah itu adalah tanah wakaf. Walaupun soal bidangkuasa tidak dibangkitkan, saya telah menulis dengan panjang lebar mengenainya, menyebut masalah-masalah yang masih dihadapi mengenai bidangkuasa walau pun selepas pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 121(lA) itu. Saya menerima pakai kes-kes Dalip Kaur dan Isa Abdul Abdul Rahman, kedua-duanya penghakiman Mahkamah Agung dan memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi mempunyai bidangkuasa membicarakan dan memutuskan kes itu.
Tiga hari selepas itu Mahkamah Agung mengeluarkan penghakimannya dalam kes Mohamed Habibullah bin Mahmood v. Faridah bte Dato’ Talib [1993] 1 CLJ 264; [1992] 2 MLJ 793. Penghakiman ini amat penting mengenai soal bidangkuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil.
Diperturunkan nota kepala laporan kes itu dalam Bahasa Malaysia yang saya dapati adalah tepat:
Plaintif dan defendan beragama Islam. Mereka telah berkahwin pada, 5 Ogos 1965 dan pada 3 Mac 1989, plaintif (si isteri) telah mengemukakan petisyen perceraian di Mahkamah Syariah di Kuala Lumpur. Plaintif mengata bahawa semasa perkahwinannya, beliau telah diserang-sentuh oleh suaminya beberapa kali dan seterusnya, beliau telah memfailkan guaman di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur terhadap suaminya menuntut ganti rugi dan injunksi menahan defendan dari menyerang, mengganggu berkali-kali atau memperkosa plaintif dan ahli keluarganya. Defendan telah memfail notis usul untuk mengetepikan injunksi sementara itu.
Isu di hadapan Mahkamah Tinggi adalah:
(a)samada Mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk menghakimi tindakan plaintif kerana ia melibatkan perkara yang terletak secara eksklusif di dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah; dan
(b)samada plaintif boleh memulakan tindakan ini terhadap defendan apabila s. 9(2) Ordinan Perempuan Bersuami 1957 melarang seorang isteri daripada mendakwa suaminya dalam tort.
Hakim yang arif telah memutuskan bahawa beliau mempunyai bidang kuasa mendengar kes itu dan s. 9(2) Ordinan Perempuan Bersuami 1957 tidak terpakai. (Lihat [1990] 1 MLJ 174.) Defendan telah membuat rayuan.
Diputuskan, membenarkan rayuan itu:
(1) Tujuan Parlimen dengan perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan adalah untuk menyingkir bidang kuasa Mahkamah Tinggi mengenai apa-apa perkara di dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah.
(2) Pihak-pihak dalam kes ini beragama Islam dan mereka adalah suami isteri.Tuduhan serangan dan serang-sentuh oleh plaintif jatuh di bawah s. 127 Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984 dan Mahkamah Syariah mempunyai kuasamemberi injunksi di bawah s. 107 Akta itu. Sudah pasti bahawa Mahkamah Syariah telah diberi bidang kuasa mengenai perkara di hadapan Mahkamah Tinggi di dalam kes ini.
(3) Akta Mahkamah Kehakiman 1964, termasuk s. 4, bukanlah suatu Akta atau peruntukan statutori yang membawa kesan ke atas Perlembagaan kerana ianya adalah undang-undang biasa yang bukan diperbuat di bawah perkara 159 Perlembagaan tetapi diperbuat dengan cara biasa. Oleh itu, ianya tidak boleh mengatasi peruntukan-peruntukan Perlembagaan seperti yang dipinda dari masa ke semasa.
(4) Oleh kerana defendan dan plaintif adalah suami isteri dan tuduhan serangan dan serang-sentuh yang merupakan tort tidak berhubungan dengan perlindungan atau keselamatan harta, plaintif dilarang oleh s. 9(2) Ordinan Perempuan Bersuami 1957 daripada mendakwa defendan.
(5) (Oleh Harun Hashim HMA) Berdasarkan fakta-fakta kes ini, Mahkamah Tinggi tidak mempunyai bidang kuasa untuk menghakimi tuntutan plaintif untuk mendapat ganti rugi bagi serangan dan serang-sentuh terhadap suaminya dan untuk mendapat injunksi yang timbul akibatnya. Perintah injunksi interim itu dibubarkan dan pemohonan membatalkan writ dan pernyataan tuntutan itu dibenarkan.
(6)(Oleh Mohamed Azmi HMA) Punca aduan plaintif berkaitan dengan kelakuan defendan semasa suatu perkahwinan Islam. Ia bukannya perkara sivil atau jenayah sepertimana yang dikatakan oleh Hakim perbicaraan. Dari segi fakta dan dari segi undang-undang, serangan dan serang-sentuh yang dituduh itu merupakan kesalahan hal-ehwal perkahwinan atau salah laku dan perkara itu sepatutnya diuruskan oleh Mahkamah dalam bidang kuasa hal-ehwal perkahwinan dan bukan dalam bidang kuasa sivil am.
(7)(Oleh Mohamed Azmi HMA) Sebaik sahaja kedua pihak itu telah menunduk kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah dan sebaik sahaja Mahkamah Syariah telah mengambil perhatian tentang kausa hal-ehwal perkahwinan atas alasan salah laku defendan, adalah suatu penyalahgunaan proses Mahkamah bagi plaintif untuk pergi ke Mahkamah Tinggi dan mengadu tentang salah laku yang sama.
(8)(Oleh Gunn Chit Tuan HMA) Akta yang dibuat oleh Parlimen yang mematuhi perkara 159, yang membenarkan pindaan Perlembagaan, adalah sah walaupun tidak konsisten dengan Perlembagaan. Sebaliknya, Akta yang tidak meminda Perlembagaan mestilah konsisten dengannya.
(9)(Oleh Gunn Chit Tuan HMA) Seksyen 4, 23 dan 24, yang mengatasi peruntukan sebarang undang-undang bertulis yang lain, tidak boleh mengatasi perkara 121(1A).
Per curiam:
(a)(Oleh Harun Hashim HMA) Apabila bidang kuasa dicabar, pendekatan yang betul adalah untuk melihat samada Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa dan bukan samada badan perundangan negeri mempunyai kuasa memperbuat undang-undang memberi bidang kuasa kepada Mahkamah Syariah.
(2)(Oleh Gunn Chit Tuan HMA) Dalam memutuskan samada seseorang yang beragama Islam telah menolak agama Islam, forum yang layak menjawab soalan itu adalah Mahkamah Syariah.
Sesungguhnya penghakiman ini menyelesaikan beberapa masalah. Pertama kesan perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan sekarang jelas: ia menyingkir bidangkuasa Mahkamah Tinggi mengenai apa-apa perkara di dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah.
Kedua, pendapat Edgar Joseph H (pada masa itu) dalam kes Shahamin bahawa s. 4 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 mengatasi Perkara 121 (1A) Perlembagaan Malaysia tidak disetujui oleh Mahkamah Agung. Ini bererti pindaan itu (Perkara 121(1A)) memberi kesan yang dihajati. Nampaknya Mohamed Habibullah memberi pukulan maut kepada “hantu Myriam” itu.
Harun Hashim (HMA), dalam penghakimannya, telah juga menunjukkan cara membuat pendekatan dalam memutuskan soalan samada Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa dalam sesuatu perkara dan oleh itu samada perkara itu terkeluar dari bidangkuasa Mahkamah Sivil. Katanya, di halaman 800:
I am therefore of the opinion that when there is a challenge to jurisdiction, as here, the correct approach is to firstly see whether the Syariah Court has jurisdiction and not whether the State Legislature has power to enact the law conferring jurisdiction on the Syariah Court.
Mula-mula saya menyangka bahawa penghakiman ini telah menyelesaikan masalah samada, dalam membuat pendekatan untuk mencari bidangkuasa Mahkamah Syariah, kita patut lihat kepada perkara kes atau kepada jenis perintah yang dipohon. Malangnya persoalan itu masih belum terjawab dengan jelas. Sebab, kebetulan dalam Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984, terdapat peruntukan yang memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk mengeluarkan injunksi terhadap serang-sentuh (“injunction against molestation”).
Selain dari itu pun, masalah bidang kuasa ini masih ada. Bagaimana jika perkara kes itu terletak di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah, tetapi salah seorang pihak dalam kes itu seorang bukan Islam yang Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidangkuasa ke atasnya? Bagaimana kalau dalam kes yang sama terdapat perkara yang terletak di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah dan terdapat pula perkara yang terletak di bawah bidangkuasa Mahkamah Sivil?Masalah ini perlulah diatasi dengan pindaan kepada undang-undang.
Ada satu perkara lagi yang saya ingin sentuh mengenai penghakiman ini kerana ia mempunyai kaitan terus dengan masalah dalam kes di hadapan saya sekarang. Gunn Chit Tuan HMA (pada masa itu) dalam penghakimannya nampaknya memetik dengan persetujuan dicta Mohamed Yusoff HMA dalam kes Dalip Kaur, “that in determining whether a Muslim has renounced Islam, the only forum qualified to answer the question is the Syariah Court.
Saya telah menyentuh mengenai dicta itu. Apa yang dikatakan oleh Gunn Chit Tuan HMA (pada masa itu) dalam ini juga adalah dicta, kerana kedua pihak dalam kes itu berugama Islam dan isu murtad tidak perlu diputuskan dalam kes ini.
Soalnya, adakah dicta itu satu pandangan muktamad Mahkamah Agung yang mengikat Mahkamah Tinggi bahawa dalam setiap kes di mana persoalan murtad itu berbangkit, tidak kira apa peruntukan undang-undang Negeri berkenaan mengenai bidangkuasa Mahkamah Syariah di negeri itu, tidak kira samada salah satu pihak dalam kes itu seorang bukan Islam seperti dalam kes Dalip Kaur, perkara itu terletak di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah?
Dengan hormat, pada pandangan saya tidak.
Seperti yang saya bincangkan tadi, Mahkamah Sivil cuma tidak mempunyai bidang kuasa dalam perkara yang Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa. Untuk mengetahui samada Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa dalam sesuatu perkara, kita perlulah merujuk kepada undang-undang Negeri berkenaan yang memperuntukkan bidangkuasa Mahkamah Syariah itu, samada bidangkuasa dalam perkara itu diberi kepada Mahkamah Syariah di Negeri itu atau tidak.
Selain dari itu, Mahkamah Syariah pada masa ini tidak mempunyai bidangkuasa jika salah satu pihak dalam kes itu tidak beragama Islam.
Akhir sekali pada 2 Februari 1994, Wan Adnan H memutuskan kes Soon Singh v. Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kedah & Anor. [1994] 2 CLJ 107; [1994] 1 MLJ 690. Fakta kes ini menyerupai kes-kes di hadapan saya ini.
Untuk ringkasannya saya akan petik nota kepala laporan kes itu:
Plaintif dibesarkan sebagai seorang yang beragama Sikh tetapi pada 14 Mei 1988, beliau telah memeluk agama Islam dan menukar namanya. Pentadbiran Undang-Undang Islam 1962 (‘Enakmen itu’). Pada 16 Julai 1992, beliau telah memeluk semula agama Sikh dan pada 27 Julai 1992, beliau telah menyempurnakan suatu suratikatan pol untuk menolak agama Islam, untuk kembali kepada kepercayaan Sikhnya yang asal dan untuk menggunakan nama Sikhnya yang asal. Oleh kerana pada tarikh penukaran agama beliau, plaintif berumur di bawah 18 tahun, peguamnya yang arif telah berhujah bahawa penukaran agama itu adalah tidak sah. Beliau telah memohon untuk suatu deklarasi bahawa plaintif bukan seorang Islam. Peguam untuk Jabatan Agama Islam Kedah, defendan kedua, telah membangkitkan suatu isu permulaan mengenai soalan bidang kuasa. Beliau berhujah, bahawa suatu Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk membuat deklarasi yang dipohon dan bahawa hanya Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa.
Diputuskan, menolak permohonan itu:
Adalah jelas daripada fatwa bahawa seorang Islam yang telah menolak kepercayaan Islam melalui suatu suratikatan pol atau yang telah menjalani suatu upacara pembaptisan untuk memeluk semula agama Sikh merupakan seorang Islam sehingga suatu deklarasi dibuat di dalam Mahkamah Syariah bahawa beliau adalah murtad. Oleh itu, menurut fatwa, plaintif masih merupakan seorang Islam. Beliau sepatutnya pergi ke Mahkamah Syariah untuk deklarasi itu. Samada penukaran agamanya adalah tidak sah juga merupakan suatu perkara yang sepatutnya dipertimbangkan oleh Mahkamah Syariah mengikut hukum syarak dan Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidang kuasa.
Saya difahamkan bahawa rayuan terhadap penghakiman ini masih belum didengar. Beberapa perkara patut diambil perhatian di sini. Pertama, s. 21 Enakmen Mahkamah Syariah Kedah 1983, yang memperuntukkan bidangkuasa Sivil Mahkamah Syariah di Kedah, tidak menyebut bahawa Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa untuk membuat perisytiharan berkenaan kedudukan seseorang Islam yang telah menolak agama Islam.
Enakmen Kedah itu juga nampaknya tidak mempunyai peruntukan mengenaiprosedur untuk keluar dari agama Islam seperti s. 90(3) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991. Namun demikian Hakim yang arif itu memutuskan bahawa perkara itu berletak dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah.
Dalam membuat keputusan itu Hakim yang arif itu bergantung kepada fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam Negeri Kedah dalam kes Dalip Kaur. Saya petik bahagian yang berkenaan:
S:Adakah seseorang yang beragama Islam yang menjalani upacara memeluk agama Sikh terkeluar daripada agama Islam?
J:Seseorang yang beragama Islam yang menjalani upacara memeluk agama Sikh adalah terkeluar daripada Islam (murtad). Namun begitu untuk menentukan samada seseorang itu terkeluar daripada Islam (murtad) atau tidak hendaklah terlebih dahulu disabitkan oleh mana-mana Mahkamah Syariah dan dihukum ia sebagai terkeluar daripada Islam (murtad), jika tidak ada disabitkan oleh mana-mana Mahkamah Syariah dan dihukum maka seseorang itu tetap di dalam agama Islamnya.
Saya perturunkan bahagian berikutnya penghakiman itu yang berkenaan, walau pun agak panjang:
It is clear from the fatwa that a Muslim who renounced the Islamic faith by a deed poll or who went through a baptism ceremony to reconvert to Sikhism continues to remain in Islam until a declaration has been made in a Syariah Court that he is a ‘murtad’.
This fatwa clearly shows that only a Syariah Court has the exclusive jurisdiction to determine whether or not a person has ceased to be a Muslim. The above fatwa is not contained in the Enactment. The Enactment does not contain the provisions of the Muslim law. It is not meant to. It is merely a law (as the name suggests) for the administration of Muslim law.
Section 25 of the Kaedah Mahkamah Syariah Enactment 1982 provides:
(1)Any provision or interpretation of any provision in the Enactment which is inconsistent with Hukum Syarak shall be void to the extent of the inconsistency.
(2)In the event of a lacuna or in the absence ofany matter not expressly provided for by this Enactment the Court shall apply Hukum Syarak.
Section 21 provides the civil jurisdiction of a Syariah Court in Kedah. It is not mentioned in the section that the Court has the jurisdiction to make a declaration on the status of a Muslim who had renounced the religion of Islam. Hukum Syarak will therefore apply. The fatwa committee in giving the fatwa followed Hukum Syarak (see s. 38 of the Enactment). According to the fatwa a Muslim who renounced the Islamic faith continues to remain in Islam until a Syariah Court makes a declaration that he has become a ‘murtad’. The Syariah Courts must necessarily have the jurisdiction. The Court can assume that jurisdiction under s. 25(2) quoted above.
The Muslim law on conversion is not provided in the Enactmant. There are only three sections on converts. Section 139 requires a register of converts to be maintained. Section 140 provides that no person shall be converted to the Muslim religion otherwise than in accordance with Muslim law. Who can convert and whether a person below the age of 18 years must have the consent of his parents to convert are not provided in the Enactment. The Muslim law in these respects though not provided in the Enactment must be followed. The fatwa that was issued by the fatwa comittee was based on the Muslim law.
In accordance with the fatwa, the plaintiff here is still a Muslim. He should go to a Syariah Court for the declaration. Whether or not his conversion is invalid is also a matter for the Syariah Court to determine in accordance with hukum Syarak. Article 11 of the Federal Constitution has no application.
Hakim yang arif itu juga memperolehi sokongan kepada keputusannya itu daripada dicta Mohamed Yusoff HMA dalam kes Dalip Kaur yang saya telah sebut lebih awal.
Dengan hormat kepada Hakim yang arif itu pada pandangan saya adalah tidak wajar menganggap soal samada Mahkamah Syariah dan oleh itu Mahkamah Sivil mempunyai bidangkuasa dalam sesuatu perkara itu sebagai satu persoalan yang boleh diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa, melalui fatwa. Jawatankuasa Fatwa boleh memutuskan persoalan Hukum Syarak: apa Hukum Syarak mengenai sesuatu perkara? Bukanlah dalam bidangkuasa Jawatankuasa Fatwa itu untuk memutuskan samada Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa dalam sesuatu perkara atau tidak dan oleh sebab itu Mahkamah Sivil tidak atau mempunyai bidangkuasa mengenainya. Mahkamah Syariah yang ada di Malaysia ini bukan diwujudkan oleh Hukum Syarak. Ia diwujudkan oleh undang-undang bertulis, oleh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, melalui Perlembagaan Persekutuan, Akta Parlimen dan Enakmen Negeri. Demikian juga dengan bidangkuasa Mahkamah itu. Maka kepada undang-undang itulah kita perlu lihat untuk mengetahui Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil mempunyai bidangkuasa atau tidak mengenai sesuatu perkara. Untukmemutuskannya melibatkan tafsiran undang-undang bertulis itu. Itu tugas Mahkamah Sivil dan di mana berkenaan, Mahkamah Syariah, bukan tugas Jawatankuasa Fatwa. Mahkamah Sivil memang mempunyai bidangkuasa untuk mentafsirkan undang-undang bertulis mengenai pentadbiran undang-undang Islam – lihat petikan penghakiman Hakim Besar (Malaya) dalam kes Dalip Kaur yang saya telah perturunkan lebih awal. Malah, itulah yang dibuat oleh Mahkamah Sivil dalam setiap kes yang dibicarakan olehnya.
Hakim yang arif itu juga berpendapat bahawa Mahkamah Syariah boleh mengambil bidangkuasa itu (“can assume that jurisdiction”) di bawah s. 25 Enakmen Mahkamah Syariah Kedah 1983 yang telah saya perturunkan sebelum ini. Sekali lagi, dengan hormat, saya tidak dapat bersetuju dengan hujah ini. Bagi saya, s. 25 itu bukan satu seksyen yang memperuntukkan bidangkuasa Mahkamah Syariah. Ia cuma mengatakan bahawa mana-mana peruntukan dalam Enakmen itu yang bercanggah dengan Hukum Syarak adalah terbatal. Jika terdapat apa-apa kekosongan atau perkara yang tidak disebut dalam Enakmen itu, Mahkamah itu hendaklah memakai Hukum Syarak. Peruntukan ini menghendaki Mahkamah Syariah memakai Hukum Syarak dalam menentukan sesuatu hukum, seperti s. 3 Akta Undang-Undang Sivil 1956 yang menghendakiMahkamah Sivil memakai undang-undang lazim England dan kaedah-kaedah ekuiti dalam keadaan-keadaan yang diperuntukkan. Ia tidak ada kena mengena dengan bidangkuasa Mahkamah Syariah. Lagi pula, bidangkuasa, seperti yang saya sebut lebih awal, bukanlah hukum Syarak. Bidangkuasa Mahkamah Syariah di negeri-negeri di Malaysia diperuntukkan oleh undang-undang bertulis di negara ini.
Hakim yang arif itu juga menganggap dicta Mohamed Yusoff HMA dalam kes Dalip Kaur menyokong pandangannya itu. Saya telah menyentuh mengenai dicta itu dan rasanya memadailah setakat itu.
Walau apa pun patut disebut bahawa dalam kes Soon Singh itu soal samada plaintif dalam kes itu memeluk agama Islam dengan sah juga dibangkitkan.Dalam hal ini kes itu berbeza dari kedua-dua kes di hadapan saya ini. Soal itu tidak timbul dalam kes-kes sekarang.
Daripada perbincangan yang agak panjang ini rasanya adalah jelas:
(a) bahawa Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 74 dan 77 dan Senarai II – Senarai Negeri, Jadual Kesembilan memberi kuasa kepada Badan Perundangan Negeri membuat undang-undang untuk memberi bidangkuasa kepada Mahkamah Syariah untuk “menentukan perkara-perkara Hukum Syarak dan iktikad” orang Islam, yang semestinya termasuk soal murtad;
(b) bahawa, jika bidangkuasa itu diberi kepada Mahkamah Syariah, Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidangkuasa mengenainya – Perkara 121(1A).
(c) Untuk memberi bidangkuasa itu kepada Mahkamah Syariah, Badan Perundangan Negeri kenalah membuat undang-undang mengenainya.
Maka, soalnya, sudahkah Badan Perundangan Negeri Pulau Pinang berbuat demikian? Jawabnya tidak.
Dalam keadaan itu hanya satu keputusan yang saya boleh buat, iaitu Mahkamah Syariah Pulau Pinang tidak diberi bidangkuasa untuk membicara dan memutuskan perkara ini. Oleh itu bidangkuasa ini tidak terkeluar daripada bidangkuasa Mahkamah Sivil.
Saya ingin jelaskan bahawa saya, sama seperti Hakim-Hakim lain yang membicarakan kes-kes yang saya telah dibincang sebelum ini, juga berpendapat bahawa Mahkamah Syariah adalah forum yang lebih layak untuk membicarakan kes-kes yang melibatkan Hukum Syarak – lihat penghakiman saya yangpanjang lebar dalam kes Isa Abdul Rahman. Tetapi, Mahkamah memutuskan kes mengikut undang-undang, bukan mengikut pandangan perbadi Hakim yang membicarakan kes itu. Jika Badan Perundangan Negeri, yang diberi kuasa oleh Perlembagaan Persekutuan untuk membuat sesuatu undang-undang tidak membuatnya, Mahkamah tidak boleh dan tidak patut mengambil alih peranan itu daripada Badan Perundangan Negeri. Mahkamah terpaksa memakai undang-undang yang ada pada masa ini.
Penasihat Undang-Undang Negeri juga menghujahkan bahawa tindakan plaintif-plaintif ini dibuat terlalu awal (“premature”), sebab, katanya plaintif-plaintif patut membuat permohonan kepada defendan terlebih dahulu. Beliau menarik perhatian saya kepada kes Talib bin Awang v. Mohamad bin Abdullah & Ors. [1984] 2 CLJ 501 (Rep) [1984] 1 CLJ 44; [1983] 2 MLJ 483.
Dengan hormat, saya dapati kes itu tidak menyokong hujahnya dalam kes ini.
Dalam kes itu plaintif membuat tuntutan di Mahkamah Sivil atas alasan bahawa dia telah didakwa dengan salahnya di Mahkamah Kadi atas satu kesalahan di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam, Trengganu 1958. Plaintif telah didapati bersalah dan dihukum penjara dua minggu. Rayuan terhadap keputusan itu belum diputuskan. Eusoff Chin H (pada masa itu), antara lain memutuskan, oleh sebab prosiding jenayah di Mahkamah Kadi belum diputuskan oleh Mahkamah Rayuan Syariah dengan memihak kepadanya, maka adalah terlalu awal (“premature”) bagi plaintif untuk memulakan tindakan itu.
Dalam kes ini, kita telah lihat bahawa tidak terdapat apa-apa peruntukan dalam Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang 1993, mengenai prosedur untuk keluar dari agama Islam, seperti yang terdapat diNegeri Sembilan. Tidak ada peruntukan bahawa permohonan kena dibuat di Mahkamah Syariah. Oleh itu tindakan ini tidaklah boleh dikatakan terlalu awal (“premature”).
Untuk memberi bidangkuasa dalam perkara ini kepada Mahkamah Syariah maka Badan Perundangan Negeri hendaklah mengambil tindakan meminda Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang 1993 untuk memasukkan dalam s. 48 peruntukan mengenainya. Peruntukan mengenai prosedur untuk keluar dari agama Islam seperti s. 90(3) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991 patutlah juga, dimasukkan.
Dengan adanya peruntukan-peruntukan itu, masalah seperti dalam kes ini tidaklah boleh berbangkit lagi. Tetapi, perlu diingati, masalah boleh masih timbul, jika salah satu pihak dalam kes itu seorang bukan Islam, seperti dalam kes Dalip Kaur. Masalah juga akan terus berbangkit dalam kes-kes mengenai perkara yang terletak di bawah bidangkuasa Mahkamah Sivil, seperti undang-undang tanah, tetapi timbul juga perkara yang terletak di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah, seperti wakaf, seperti dalam kes G. Rethinasamay dan Tan Kim Luan. Dalam keadaan itu, Mahkamah mana yang akan membicarakan kes itu? Perkara ini memerlukan perhatian serius dan segera.
Jika saya boleh syorkan, satu cara ialah dengan memberi kuasa kepada Mahkamah Sivil untuk membicarakan dan memutuskan semua persoalan-persoalan dalam sesuatu kes seperti itu, termasuk persoalan Hukum Syarak. Tetapi, semasa membicarakan kes-kes seperti itu Hakim Mahkamah Sivil hendaklah dibantu oleh seorang Hakim Syarie dan keputusan Hakim Syarie itu, mengenai Hukum Syarak itu, mengikat Hakim Mahkamah Sivil itu.
Itu lebih baik daripada cuba memisahkan bidangkuasa kedua-dua Mahkamah itu atau memberi bidangkuasa terhadap kes seperti itu kepada Mahkamah Syariah sepenuhnya.
Jika bidangkuasa dipisahkan untuk kes seperti itu, ertinya untuk menyelesaikan satu pertelingkahan, satu kes kena difail di Mahkamah Sivil dan satu lagi di Mahkamah Syariah. Keputusan Mahkamah mana yang muktamad? Bagaimana jika, seperti dalam kes G. Rethinasamy atau Tan Kim Luan, di mana soal wakaf dibangkitkan oleh pihak defendan? Adakah Hakim Mahkamah Sivil akan berkata: Mahkamah Sivil tidak ada bidangkuasa mengenai wakaf, oleh itu ia tidak boleh timbang pembelaan bahawa tanah itu tanah wakaf? Jika Mahkamah Sivil tidak boleh timbang pembelaan wakaf itu, maka Mahkamah Sivil akan memberi penghakiman kepada plaintif. Defendan akan pergi pula ke Mahkamah Syariah, membuat tuntutan atas alasan tanah itu tanah wakaf. Jika satu pihak lagi itu seorang bukan Islam, bagaimana? Katakanlah keputusan Mahkamah Syariah memihak kepada defendan di Mahkamah Sivil tadi, maka terdapat dua penghakiman yang bercanggah pula. Atau, Mahkamah Syariah akan mengambil pendirian bahawa kes itu telah diputuskan oleh Mahkamah Sivil, oleh itu kes itu res judicata. Ini bererti defendan di Mahkamah Sivil itu akan dihalang dari membangkitkan pembelaan wakaf. Ini tidak adil.
Jika bidangkuasa mengenai kes-kes seperti itu diberi terus kepada Mahkamah Syariah, bagaimana jika salah satu pihak, sekali lagi seperti kes G. Rethinasamy dan Tan Kim Luan, itu bukan Islam? Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidangkuasa terhadap mereka. Ini diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan yang saya fikir tidak mudah untuk dipinda. Bagaimana dengan persoalan-persoalan lain yang terletak dalam bidangkuasa Mahkamah Sivil dalam kes itu? Adakah semuanya hendak diberi kepada Mahkamah Syariah?
Ada satu cara lagi, yang lebih radikal: satukan Mahkamah Syariah dengan Mahkamah Sivil. Selain daripada melantik Hakim-Hakim biasa, lantik juga Hakim-Hakim Syarie di Mahkamah Sivil. Kes-kes biasa dibicarakan oleh Hakim-Hakim Sivil. Kes-kes yang melibatkan Hukum Syarak dibicarakan oleh Hakim-Hakim Syarie. Jika timbul persoalan-persoalan yang melibatkan undang-undang sivil dan Hukum Syarak dalam satu kes, dua orang Hakim akan bersidang bersama-sama, seorang Hakim Sivil dan seorang Hakim Syarie. Hakim Sivil memutuskan persoalan undang-undang sivil. Hakim Syarie memutuskan persoalan Hukum Syarak. Penghakiman dan perintah cuma satu dan dari Mahkamah yang satu. Kedudukan Hakim-Hakim itu juga sama. Pelaksanaan perintah akan lebih mudah dan berkesan. Pentadbiran kehakiman, saya yakin, akan lebih baik dan cekap. Pada pandangan saya, inilah yang sebaik-baiknya. Terserahlah kepada Badan Eksekutif dan Perundangan menimbangnya.
Berbalik kepada kes-kes ini, kesimpulannya saya menolak prayer 1 dalam kedua-dua saman dalam kamar berkenaan. Seterusnya, mengenai prayer 2, saya benarkan defendan-defendan dalam kedua-dua kes ini untuk memfail afidavit balasan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh perintah ini. Kos permohonan ini kepada plaintif-plaintif.
Also found [1996] 2 SYA 8, [1996] 3 CLJ 231

Disclaimer | Privacy Policy | Terms of Trade | Terms & Conditions of Use | Licence Agreement | FAQ| Sitemap
Copyright © 2015 CLJ Legal Network Sdn Bhd.
Email:[email protected] Tel: 603-4270 5421 Fax: 603-4270 540

488 visits