EVERLIGHT PANCY PLYWOOD SDN BHD v. AMMB PACTORS SDN BHD

EVERLIGHT PANCY PLYWOOD SDN BHD v. AMMB PACTORS SDN BHD
HIGH COURT, PULAU PINANG
ABDUL HAMID MOHAMED J
RAYUAN SIVIL NO. 12-154-95
9 MAY 1996
[1996] 1 LNS 547

Case(s) referred to:
1. Yupaporn Seangartnit v. Nell Allan Campbell Webb [1996] 1 CLJ 43; [1996] 1 AMR 197.
2. Syarikat Kayu Bersatu Sdn. Bhd. & 2 Ors. v. UMW (Sarawak) Sdn. Btid.[1995] 1 CLJ 113.
3. Ban Guan Sdn. Bhd. v. United Malaysian Steel Mills Bhd. [1975] 1 LNS 3; [1977] 2 MLJ 52.
4. United Manufacturers Sdn. Bhd. v. Pogon Tokou Sdn. Btld. & Rnor. [1985] 1 LNS 163; [1986] 1 MLJ 70.

Counsel:
PEGUAMBELA & PEGUAMCARA
1. En. Yeap Ghim Guan (Syarikat Yeap & Co.) bagi pihak Perayu.
2. Cik Ooi Eng Choo (Tetuan Wong-Chooi & Mohd. Nor) bagi pihak Responden.

JUDGMENT
Rayuan ini berbangkit daripada keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen George Town dalam permohonan di bawah Aturan 14 kaedah 21(1)(b)(c) dan/atau (d) C Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah 1980 (KMR 1980). Hakim Mahkamah Sesyen itu telah membatalkan pembelaan Defendan di bawah kaedah itu dan memberi penghakiman kepada Plaintif. Keputusan itu dibuat pada 30 Oktober 1995.
Jadi rayuan ini adalah rayuan di bawah Aturan 49 D kaedah 6 KMR 1980, iaitu rayuan kepada Hakim dalam Kamar.
Notis Rayuan bertarikh 9 November 1995 diterima oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi pada 14 November 1995. Tiada pertikaian timbul mengenainya.
Rekod rayuan difail pada 29 November 1995. Juga tiada pertikaian mengenalnya.
Peguam perayu tidak memfail memorandum rayuan langsung. Inilah yang menyebabkan peguam responden membuat bantahan terhadap rayuan ini. Bantahan itu dibuat berdasarkan penghakiman Mahkamah rayuan dalam kes Yupaporn Seangartnit v. Nell Allan Campbell Webb [1996] 1 CLJ 43; [1996] 1 AMR 1971.
[Page 2]
Penghakiman itu telah menimbulkan banyak masalah. Dengan penuh hormat kepada Mahkamah Rayuan, saya ingin membincangnya dan memberi pandangan saya mengenainya, sambil mengingatkan diri saya bahawa penghakiman itu mengikat Mahkamah ini.
Kedudukan sebelum 1.8.93
Sebelum 1.8.93 tidak ada perbezaan di antara rayuan dari Mahkamah Rendah ke Mahkamah Tinggi terhadap keputusan selepas perbicaraan penuh atau yang lainnya. Semua rayuan ke Mahkamah Tinggi didengar di Mahkamah terbuka. Terdapat sedikit perbezaan di segi prosedur di antara rayuan di mana perayu diwakili peguam dengan yang tidak diwakili peguam. Saya cuma akan merujuk kepada rayuan yang diwakili peguam.
Prosedurnya, setakat yang berkenaan sahaja, adalah seperti berikut:
(a) dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan notis rayuan kena difailkan – Aturan 49 kaedah 2 KMR 1980;
(b) apabila salinan sah alasan penghakiman dan nota keterangan siap, Mahkamah akan memberitahu peguam perayu hal itu mengikut Borang 141 – Aturan 49 kaedah E 2 KMR 1980;
(c) dalam masa 14 hari selepas menerima Borang 141, peguam perayu dikehendaki memfail memorandum rayuan – Aturan 55 kaedah 2 KMT 1980;
[Page 3]
(d) dalam masa 6 minggu selepas menerima Borang 141, peguam perayu dikehendaki memfail rekod rayuan yang mengandungi:
(a) pliding-pliding yang relevan;
(b) nota-nota keterangan;
(c) alasan-alasan penghakiman;
(d) keputusan itu;
(e) notis rayuan;
(f) segala ekshibit dokumentasi.
Kedudukan mulai 1.8.93.
Pindaan seperti yang terdapat dalam PU(A) 193/93 berkuatkuasa mulai 1 Ogos 1993. Kaedah 6 baru dlmasukkan:
“6. (1) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Aturan ini, sesuatu rayuan hendaklah dibuat kepada Hakim di dalam Kamar terhadap mana-mana keputusan yang dlbuat oleh Mahkamah selaln daripada keputusan yang dibuat selepas perbicaraan.
(2) Rayuan hendaklah dibawa dengan memfailkan suatu notis rayuan dalam Borang 140 dalam masa 14 hari dari hari keputusan itu diumumkan, dan menyampaikan suatu salinan notis itu kepada tiap-tiap pihak lain dalam prosiding itu dalam masa yang dihadkan bagi pemfailan rayuan kepada Pendaftar Mahkamah Tinggi.
(3) Dalam masa tiga minggu selepas pemfailan notis rayuan itu, perayu hendaklah memfailkan rekod rayuan di Mahkamah Tinggi dan rekod itu hendaklah mengandungi salinan-salinan –
(a) permohonan bagi keputusan;
(b) pernyataan tuntutan, dan jika pembelaan telah difailkan, pernyataan pembelaan;
[Page 4]
(c) segala afidavit yang difailkan untuk menyokong atau membangkang permohonan dan
(d) keputusan yang terhadapnya rayuan dibuat,
tetapi tidak termasuk nota-nota keterangan, alasan-alasan penghakiman atau apa-apa memorandum rayuan. “.
Pindaan itu mewujudkan satu prosedur baru, iaitu rayuan kepada Hakim dalam Kamar terhadap keputusan selain daripada yang dibuat selepas perbicaraan. Prosedurnya begini :
(a) dalam masa 14. hari dari hari keputusan diumumkan, notis rayuan dikehendaki difail dan disampaikan (Perhatian: Kaedah 6(2) Aturan 49 KMR 1980 menyebut “pemfailan rayuan kepada Pendaftar Mahkamah Tinggi” tetapi Borang 140 menyebut “Kepada Pendaf tar Mahkamah Sesyen di… /Majistret di ” Jadi, terdapat percanggahan antara peruntukan Kaedah 6(2) Aturan 49 KMR 1980 dengan Borang 140. Mungkin ini satu kesilapan dan ia patut dibetulkan. Notis rayuan sepatutnya difail di Mahkamah Sesyen atau Mahkamah Majistret berkenaan;
(b) dalam masa tiga minggu selepas pemfailan notis rayuan itu, perayu hendaklah memfailkan rekod-rekod rayuan yang mengandungi –
“(a) permohonan bagi keputusan,
(b) pernyataan tuntutan, dan jika pembelaan telah dlfailkan, pernyataan pembelaan;
[Page 5]
(c) segala afidavit yang difailkan untuk menyokong atau membangkang permohonan itu; dan
(d) keputusan yang terhadapnya rayuan dibuat tetapi tidak termasuk nota-nota keterangan. alasan-alasan penghakiman atau apa-apa memorandum rayuan.” (tekanan ditambah)
[Perlu disebut bahawa kaedah 6(1) Aturan 49 KMR 1980 tidak menyebut mengenai penyampaian rekod rayuan kepada pihak responden. Mungkin ini tertinggal. Rasanya, perkara ini patutlah dibetulkan.].
Apa yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Yupaporn Seangartnit v. Nell Allan Campbell Webb [1996] 1 CLJ 43; [1996] 1 AMR 1971?
Dalam kes itu penghakiman terus di bawah Aturan 26A (bukan 26 seperti yang dilaporkan), KMR 1980 diberi pada 19 November 1993. Pada 29 November 1993 (dalam tempoh 14 hari) perayu memfail notis rayuan. Pada 15 Disember 1993 (dalam tempoh tiga minggu dari tarikh pemfailan notis rayuan seperti yang dikehendaki) perayu memfail rekod rayuan. Rekod rayuan itu tidak termasuk nota-nota keterangan, alasan-alasan penghaklman atau memorandum rayuan.
Pada 27 Disember 1993 Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi menulis kepada peguam kedua-dua belah pihak memberitahu bahawa rekod rayuan telah diterima pada 15 Disember 1993 dan nombor rayuan telah diberi. Peguam perayu tidak mengambil apa-apa tindakan selepas itu. Rayuan ditetapkan untuk didengar pada 7hb Disember 1994.
[Page 6]
Pada 6 Disember 1994 peguam responden memberi notis bahawa dia akan membangkitkan bantahan awal atas alasan memorandum rayuan tidak disampaikan kepadanya mengikut Aturan 55 KMT 1980.
Perlu disebut bahawa dalam kes itu Borang 141 telah B disampaikan kepada peguam perayu pada 3 Januari 1994.
Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa perayu hendaklah memfail dan menyampaikan memorandum rayuan dalam tempoh 14 hari selepas menerima Borang 141 bersama-sama dengan satu salinan rekod rayuan. (Ini tidak dilakukan oleh peguam Perayu).
Mahkamah Rayuan berpendapat bahawa Aturan 49 kaedah 6(3) KMR 1980 tidak membatalkan kehendak Aturan 55 kaedah 2 KMT 1980. Mahkamah itu juga mengatakan bahawa selepas rayuan didaftarkan, alasan-alasan penghaklman dan nota keterangan boleh difail kemudian.
Perlu disebut juga bahawa Mahkamah Rayuan bersetuju dengan penghakiman Richard Malamjun H. dalam kes Syarikat Kayu Bersatu Sdn. Bhd. & 2 Ors. v. UMW (Sarawak) Sdn. Btid.[1995] 1 CLJ 1132.
Daripada penghakiman itu nampaknya –
(a) Memorandum rayuan kena difail dan disampaikan dalam masa 14 hari selepas Borang 141 diterima seperti dalam rayuan selepas perbicaraan;
[Page 7]
(b) rekod rayuan kena difail dan disampaikan bersama-sama memorandum rayuan itu, juga dalam masa 14 hari selepas menerima Borang 141; (c) alasan-alasan penghakiman dan nota keterangan “could come later”.
Pandangan :
Dengan rendah diri dan dengan penuh hormat saya akan beri pandangan saya mengenai penghakiman ini.
(a) Perlukah memorandum rayuan difail dan disampaikan?
Pertama, perlu diambil perhatlan bahawa kaedah 6, Aturan 55 KMR 1980 itu adalah satu kaedah yang khusus untuk rayuan terhadap keputusan selain daripada keputusan yang dibuat selepas perbicaraan. Ia dimasukkan kemudian daripada peruntukan-peruntukan lain yang sedia ada mengenai rayuan. Ertinya, selepas pindaan itu berkuatkuasa, terdapat dua jenis rayuan daripada Mahkamah Rendah:
(i) rayuan terhadap keputusan yang dibuat selepas perbicaraan;
(ii) rayuan terhadap keputusan selain daripada (i).
Rayuan dari jenis (11) pergi kepada Hakim dalam Kamar.
Rayuan dari jenis (1) pergi ke Mahkamah Terbuka.
Jadi untuk rayuan jenis (ii), prosedur baru yang dlperuntukkan dalam kaedah 6 itu mestilah diikuti. Ia sahajalah yang terpakai. Ia adalah satu prosedur yang lengkap, daripada memfail notis rayuan sampai ke pemfailan [Page 8] rekod rayuan. Peruntukan-peruntukan lain mengenai notis rayuan, memorandum rayuan dan rekod rayuan sudah tidak terpakai lagi.
Sebab itu kaedah 6 dimulakan dengan kata-kata “Walau apa pun apa-apa juga yang terkandung dalam Aturan ini ”
Memanglah perkataan “Aturan ini” dalam Aturan 49 kaedah 6 KMR 1980 merujuk kepada aturan itu dan bukan Aturan 55 kaedah 2 KMT 1980. Tetapi, adakah itu bererti bahawa Aturan 55 kaedah 2(1) KMT 1980 masih terpakai, seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Rayan itu?
Dengan rendah diri, saya berpendapat Aturan 55 kaedah 2 KMT 1980 tidak terpakai dalam rayuan kepada Hakim dalam Kamar. Sebabnya, pertama, seperti yang saya sebut di atas, Aturan 55 kaedah 2 KMT 1980 adalah peruntukan untuk semua rayuan sebelum pindaan kepada Aturan 49 dibuat. Pindaan itu (kaedah 6) diadakan khusus untuk rayuan kepada Hakim dalam Kamar.
Kedua, Aturan 55 kaedah 2 KMT 1980 itu tidak sesuai dipakai dalam rayuan kepada Hakim dalam Kamar. Aturan 55 kaedah 2 KMT 1980 mengatakan memorandum rayuan hendaklah difail dan disampaikan dalam masa 14 hari daripada penerimaan Borang 141. Borang 141 ialah untuk memberitahu bahawa alasan-alasan penghakiman dan nota-nota keterangan telah siap. Dalam rayuan kepada Hakim dalam Kamar, nota-nota keterangan dan alasan-alasan penghakiman tidak[Page 9] termasuk dalam rekod rayuan. Ertinya, alasan-alasan penghakiman tidak perlu ditulis dan nota-nota keterangan tidak perlu ditaip. Oleh itu Borang 141 tidak perlu dikeluarkan. Tidak ada apa yang hendak diberitahu. Jika demikian, tempoh 14 hari hendak dikira dari tarikh mana?
Lagi pula, tanpa alasan-alasan penghakiman dan nota-nota keterangan, bagaimana peguam perayu hendak menyediakan memorandumi rayuan?
Dalam kes Yupaporn Borang 141 dikeluarkan. Agaknya, walau pun tldak perlu dibuat, dalam kes itu alasan penghakiman ditulis dan nota ditaip. Oleh sebab itu Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa memorandum rayuan kena difail dan disampaikan dalam masa 14 hari selepas penerimaan Borang 141.
Dengan hormat, hakikat bahawa Majistret berkenaan telah melayan permintaanpeguam perayu dan menulis alasan penghakiman dan menyebabkan nota-nota keterangan ditaip, yang tidak perlu dilakukan mengikut undang-undang, tidak mengubah undang-undang. Soalnya ialah sama ada mengikut undang-undang memorandum rayuan perlu difail dan dlsampaikan atau tidak.
Kesimpulannya, saya dengan rendah dlri, berpendapat bahawa dalam rayuan kepada Hakim dalam Kamar, memorandum rayuan tidak perlu difail dan disampaikan.
[Page 10]
(b) Perlukah rekod rayuan difail dan disampaikan dalam masa 14 hari selepas menerima Borang 141 bersama-sama memorandum rayuan? Dalam penghakiman itu Mahkamah Rayuan berkata:
“In the present case Form 141 was served on the appellant’s solicitors on 3 January 1994. They should have followed up by filing and serving the memorandum of appeal within 14 days thereafter together with a copy of the appeal record.”.
Sekali lagi, dengan hormat, saya berpendapat pandangan ini bercanggah dengan peruntukan jelas dalam kaedah 6(3) Aturan 49 KMR 1980. Kaedah itu jelas mengatakan bahawa rekod rayuan kena difail dalam masa tiga minggu selepas memfail notis rayuan.
Adakah Mahkamah Rayuan berpendapat rekod rayuan kena difail sekall lagi, selepas menerima Borang 141? D
(c) Perlukah alasan-alasan penghakiman dan nota-nota keterangan difail dan disampaikan?
Sebelum Aturan 49 kaedah 6 KMR 1980 diwujudkan, nota-nota keterangan dan alasan-alasan penghakiman merupakan sebahagian daripada rekod rayuan – lihat kaedah 3A KMR 1980. Tlada peruntukan mengenainya dalam KMT 1980.
Di bawah kaedah 6 Aturan 49 KMR 1980, kedua-dua itu tidak termasuk dalam rekod rayuan. Mahkamah rayuan mengatakan “Once the appeal was registered, the grounds of judgment and notes of evidence could come later”. Ertinya, saya percaya, kena difail dan disampaikan kemudian.
[Page 11]
Dengan hormat, saya tidak temui mana-mana peruntukan yang menghendaki sedemikian. Kalau keduanya kena difail dan disampaikan, semestinya kedua-duanya patut merupakan sebahagian daripada rekod rayuan. Kaedah 6 Aturan 49 jelas mengatakan sebaliknya.
Kedua, dikatakan kedua-duanya “could come later”. Bila? Dari tarikh mana?
Kesimpulannya, dengan hormat saya berpendapat bahawa dalam rayuan di bawah kaedah 6 Aturan 49 KMR 1980:
(a) Hakim Mahkamah Seskyen dan Majistret tidak perlu menulis alasan-alasan penghakiman;
(b) nota-nota keterangan tidak perlu disediakan;
(c) Borang 141 tidak perlu dikeluarkan;
(d) memorandum rayuan tidak perlu difail dalam masa 14 hari selepas menerima Borang 141;
(e) rekod rayuan tidak perlu difail dalam masa 14 hari selepas menerima Borang 141 bersama-sama memorandum rayuan;
(f) nota-nota keterangan dan alasan-alasan penghakiman tidak perlu difail kemudian.
Dengan rendah diri, saya berpendapat prosedur di bawah kaedah 6 cuma menghendaki –
(a) notis rayuan difail dan disampaikan dalam masa 14 hari selepas keputusan diumumkan;
[Page 12]
(b) rekod rayuan yang mengandungi dokumen-dokumen yang disebut dalam kaedah 6(3) difail dalam masa tiga minggu selepas pemfailan notis rayuan. Itu sahaja.
Walau apa pun, ini hanya pandangan saya. Saya terima bahawa penghakiman Mahkamah Rayuan itu mengikat saya. Tetapi, saya berpendapat bahawa penghakiman itu tidak terpakai kepada rayuan ini. Rayuan ini difail sebelum daripada penghakiman kes Yupaporn1 itu dilaporkan. Sebelum itu, amalan di Mahkamah ini, dan saya percaya di semua Mahkamah di negara ini adalah seperti yang dilakukan oleh peguam perayu dan diperuntukkan dalam kaedah 6 Aturan 49 KMR 1980, iaitu:
(a) notis rayuan kena difail dalam masa 14 hari selepas penghakiman diumumkan.;
(b) rekod rayuan kena difail dalam masa tiga minggu selepas pemfailan notis rayuan itu;
(c) alasan-alasan penghakiman, nota-nota keterangan dan memorandum rayuan tidak perlu difailkan.
Saya berpendapat, adalah amat tidak adil bagi Mahkamah ini untuk menolak rayuan ini semata-mata kerana perayu tldak mematuhi apa yang diputuskan dalam kes Yupaporn itu, yang dilaporkan selepas notis rayuan dan rekod rayuan dalam rayuan ini difail. Apa yang dilakukan oleh peguam perayu itu adalah mengikut amalan selepas kaedah 6(3) Aturan 49 KMR 1980 diwujudkan, dan, dengan hormat, mengikut [Page 13] kehendak kaedah itu. Adakah adil bagi Mahkamah ini mengenakan syarat baru yang diadakan selepas segala-gala yang perlu dibuat pada masa itu, telah dibuat. Oleh itu saya menolak bantahan awal itu.
Sekarang saya akan bincangkan merit rayuan ini.
Ini adalah permohonan untuk membatalkan pembelaan di bawah Aturan 14 kaedah 21(1), (b), (c) dan/atau (d) KMR 1980. Telah banyak penghakiman ditulis mengenainya. Tidaklah perlu bagi saya menulisnya dengan panjang lebar. Untuk membatalkan pembelaan di bawah perenggan (b), (c) atau), kaedah 21(1) Aturan 14, KMR 1980 pembelaan itu mestilah tidak berasas, tidak boleh dihujahkan atau tidak menimbulkan apa-apa persoalan fakta atau undang-undang yang patut dibicarakan. Sebagai mlsalan – lihat Ban Guan Sdn. Bhd. v. United Malaysian Steel Mills Bhd. [1975] 1 LNS 3; [1977] 2 MLJ 523 dan United Manufacturers Sdn. Bhd. v. Pogon Tokou Sdn. Btld. & Rnor. [1985] 1 LNS 163; [1986] 1 MLJ 704.
Dalam membuat keputusan sama ada pembelaan Defendan patut dibatalkan atau tidak, saya tidak mengambil kira dua afidavit yang difail oleh Defendan, kerana kedua-duanya difail di luar tempoh 14 hari yang dibenarkan untuk berbuat demlkian- Aturan 24 kaedah 4(2)(b) KMR 1980.
Jadi, saya meneliti pembelaan Defendan. Ringkasnya Defendan menafikan apa-apa pengetuan mengenai perjanjian pemfaktoran itu, menafikan penerimaan notis serahhak, [Page 14] menafikan ia berhutang kepada Plaintif atau Penyerahhak. invois-invois yang dikemukakan oleh Plaintif menunjukkan transaksi yang berlaku dalam tempoh lebih kurang sebulan sahaja. Invois-invois itu menggunakan kepada surat “H.K. Tan Trading Co. (Transport Agency)” tetapi di atasnya dicop dengan cop Hong K. Tan Trading & Transport Sdn. Bhd.” Nampaknya nama yang mula disebut itu nama satu firma, manakala nama yang kedua disebut itu nama sebuah syarikat berhad. Tidak ada penjelasan mengenainya. Kita ingin tahu sama ada hutang yang dikatakan itu hutang kepada firma itu atau kepada syarikat berhad itu.
Saya tidak mengatakan pembelaan Defendan kuat atau tidak. Tetapi, adalah jelas bagi saya bahawa kita tidak boleh mengatakan bahawa pembelaan Defendan tidak berasas langsung, bahawa tidak ada apa-apa persoalan fakta yang patut dibicarakan langsung.
Ini adalah permohonan untuk membatalkan pembelaan Defendan atas alasan bahawa pembelaan itu mengaibkan, remeh atau menyusahkan? atau ia menjejaskan, menghalang atau melengahkan perbicaraan tindakan ini dengan adil; atau ia adalah satu penyalahgunaan proses Mahkamah. Saya tidak fikir pembelaan Defendan patut dibatalkan atas salah satu alasan ini.
Oleh itu saya meluluskan rayuan ini dengan kos.
Dato’ Abdul Hamid bin Hj. Mohamed
Hakim, Mahkamah Tinggi
Pulau Pinang.
[Page 15]
PEGUAMBELA & PEGUAMCARA
1. En. Yeap Ghim Guan (Syarikat Yeap & Co.) bagi pihak Perayu.
2. Cik Ooi Eng Choo (Tetuan Wong-Chooi & Mohd. Nor) bagi pihak Responden.
SENARAI KES YANG DIRUJUK
1. Yupaporn Seangartnit v. Nell Allan Campbell Webb [1996] 1 CLJ 43; [1996] 1 AMR 197.
2. Syarikat Kayu Bersatu Sdn. Bhd. & 2 Ors. v. UMW (Sarawak) Sdn. Btid.[1995] 1 CLJ 113.
3. Ban Guan Sdn. Bhd. v. United Malaysian Steel Mills Bhd. [1975] 1 LNS 3; [1977] 2 MLJ 52.
4. United Manufacturers Sdn. Bhd. v. Pogon Tokou Sdn. Btld. & Rnor. [1985] 1 LNS 163; [1986] 1 MLJ 70.
9.5.96.

119 visits