OCBC BANK (MALAYSIA) BERHAD v. HUAT TATT SDN BHD

OCBC BANK (MALAYSIA) BERHAD v. HUAT TATT SDN BHD
HIGH COURT, PULAU PINANG
ABDUL HAMID MOHAMED J
GUAMAN SIVIL NO. 22-142-89
8 APRIL 1996
[1996] 1 LNS 544

Case(s) referred to:
1. Retnam Pillai v. Bahagia Trading Agency [1976] 1 LNS 136; [1977] 1 MLJ 127.
2. Hock Hua Bank v. Sahari bin Murid [1980] 1 LNS 92; [1981] 1 MLJ 143 M.P.

Counsel:
PEGUAMBELA DAN PEGUAMCARA
1. En. Harjit Singh Sangay (Tetuan Harjit Singh Sangay) bagi pihak Perayu/Defendan.
2. Cik Elaine Ong (Tetuan Shook Lin & Bok) bagi pihak Resonden/Plaintif.

ALASAN PENGHAKIMAN
(Lampiran 36)
Saya akan perturunkan kronologi perjalanan kes ini untuk, antara lain, menunjukkan sekali lagi mengapa selepas tujuh tahun barulah Mahkamah ini mendengar rayuan daripada keputusan Penolong Kanan Pendaftar berkenaan penghakiman terus.
Writ dan pernyataan tuntutan difail pada 16 Mac 1989 dan disampaikan pada 19 April 1989. Pada 1 Jun Sijil Ketakhadiran dan Saman-dalam-Kamar untuk penghakiman ingkar difail oleh peguam Plaintif. Pada 28 September 1989 Memorandum Kehadiran difail. Pada 17 Januari 1990 Defendan memfail Pembelaannya.
Pada 19 Mac 1990 Defendan memfail Saman-dalam-Kamar untuk mendapat kebenaran memfail kehadiran dan pembelaan. Pada 16 Aril 1990, Penolong Kanan Pendaftar, setelah mendengar Saman-dalam-Kamar Plaintif untuk mendapat penghakiman ingkar, meluluskannya. Pada hari yang sama Penolong Kanan Pendaftar menolak permohonan Defendan untuk [Page 2] kebenaran memfail kehadiran dan pembelaan lewat masa. Tiada rayuan terhadap kedua-dua keputusan itu. Pada 20 Jun 1990 Defendan memfail Saman-dalam-Kamar untuk mengketepikan Penghakiman Ingkar itu – Lampiran 16. Semasa mendengar Lampilran 16 itu, peguam Plaintif membangkitkan bantahan awal. Ini ditolak oleh Penolong Kanan Pendaftar. Tiada rayuan oleh Plaintif.
Setelah ditangguh beberapa kali, Lampiran 16 itu didengar atas meritnya oleh Penolong Kanan Pendaftar pada 21 September 1993. Keputusan diberi pada 3 November 1993 menolak permohonan itu (Lampiran 16). Esoknya peguam Plaintif memfail notis rayuan kepada Hakim dalam Kamar (Lampiran 36).
Selepas itu terdapat permohonan lain pula oleh Plalntif untuk menukar nama Plalntif. Permohonan itu diluluskan pada 8 Disember 1994.
Rayuan ini (Lampiran 36) ditangguh beberapa kali dengan persetujuan kedua belah pihak, termasuk untuk penyelesaian. Seperti yang kerap berlaku ia tidak dapat diselesaikan dan kedua pihak berhujah. Saya memberi keputusan pada 5 Januari 1996 menolak rayuan ini. Defendan merayu ke Mahkamah Rayuan.
Seperti yang saya telah perturunkan tadi, permohonan Plaintif untuk mendapat penghakiman ingkar dan permohonan Defendan untuk mendapat kebenaran memfail kehadiran dan [Page 3] pembelaan lewat didengar pada hari yang sama oleh Penolong Kanan Pendaftar. Penolong Kanan Pendaftar telah menolak permohonan Defendan dan meluluskan permohonan Plaintif, memberi penghakiman ingkar. Defendan tidak merayu terhadap keputusan itu. Sebaliknya dua bulan kemudian Plaintif memfail Saman-dalam-Kamar ini untuk mengketepikan penghakiman ingkar itu. Adalah Jelas bahawa Defendan tidak sepatutnya memfail permohonan untuk mengketepikan penghakiman ingkar itu. Ia sepatutnya, lebih awal merayu terhadap keputusan Penolong Kanan Pendaftar itu. Kes-kes Retnam Pillai v. Bahagia Trading Agency [1976] 1 LNS 136; [1977] 1 MLJ 1271, Hock Hua Bank v. Sahari bin Murid [1980] 1 LNS 92; [1981] 1 MLJ 1432adalah berkenaan. Atas alasan ini sahaja rayuan ini patut ditolak.
Supaya rayuan ini tidak berulang alik antara Mahkamah ini dengan Mahkamah Rayuan, malah Mahkamah Persekutuan, biarlah saya memutuskan juga rayuan ini atas meritnya.
Peguam Defendan menghujahkan bahawa Plaintif telah “waive” kelewatan memfail kehadiran. Beliau merujuk kepada surat peguamcara Plaintif bertarikh 3 Oktober 1989 Ekshibit C, Lampiran 14.
Saya telah meneliti surat itu. Ia tidak menyebut berkenaan persetujuan memfail kehadiran lewat.
Di samping itu, peguamcara Plaintif memfail satu afidavit (Lampiran 20) menafikan bahawa beliau, sebagai peguamcara Plaintif menerima Memorandum Kehadiran atau [Page 4] Pembelaan Defendan. Kedua-duanya disampaikan selepas salinan bermeterai Sijil Ketakhadiran Defendan dikeluarkan pada 10 Jun 1989. Surat peguamcara Plaintif bertarikh 3 Oktober 1989 itu juga tidak mengandungi permintaan Pernyataan Pembelaan kerana Pembelaan itu tidak boleh difail di luar masa.
Adalah jelas bahawa hujah ini tidak berasas. Selanjutnya dihujahkan bahawa kadar faedah bagi kemudahan-kemudahan selain daripada “overdraft”, iaitu “letters of credit”, “letters of guarantee” dan “Trust Receipts” tidak jelas daripada surat tawaran Plaintif.
Hal ini dijelaskan oleh Plaintif dalam afidavitnya di Lampiran 34 perenggan 5 bahawa tuntutan ini hanya mengenai akaun overdraft sahaja. Pernyataan Akaun dikemukakan-Ekshibit OCBC-6, Lampiran 19. Afidavit itu juga menyatakan dengan jelasnya kadar faedah yang dikenakan. Notis-notis perubahan kadar faedah juga dikemukakan Ekshibit OCBC 7.
Adalah jelas bagi saya bahawa pembelaan Defendan tidak mempunyai apa-apa merit.
Atas alasan ini juga rayuan ini patut ditolak. Oleh itu saya menolak rayuan ini dengan kos.
Dato’ Abdul Hamid bin Hj. Mohamed
Hakim,
Mahkamah Tinggi
Pulau Pinang.
[Page 5]
PEGUAMBELA DAN PEGUAMCARA
1. En. Harjit Singh Sangay (Tetuan Harjit Singh Sangay) bagi pihak Perayu/Defendan.
2. Cik Elaine Ong (Tetuan Shook Lin & Bok) bagi pihak Resonden/Plaintif.
SENARAI KES YANG DIRUJUK
1. Retnam Pillai v. Bahagia Trading Agency [1976] 1 LNS 136; [1977] 1 MLJ 127.
2. Hock Hua Bank v. Sahari bin Murid [1980] 1 LNS 92; [1981] 1 MLJ 143 M.P.
8.4.96.

99 visits