CHUAN POH ENG SDN BHD & 1 ORS v. LEE GUAT CHEOW & CO SDN BHD & 2 ORS

CHUAN POH ENG SDN BHD & 1 ORS v. LEE GUAT CHEOW & CO SDN BHD & 2 ORS
HIGH COURT, PULAU PINANG
ABDUL HAMID MOHAMED J
GUAMAN SIVIL NO. 22-460-93
16 JANUARY 1996
[1996] 1 LNS 524
Counsel:
PEGUAMCARA & PEGUAMBELA
1. En. Tan Beng Hong (Tetuan Tan Beng Hong & Co, ) … bagi pihak Plaintif.
2. En. Ganesh Ponniah (Tetuan Geh Cheng Lok & Co. … bagi pihak Defendan 2.
3. En. Paul Chin (Tetuan Thillaimuthu & Phock Kin) [perbicaraan sehingga 25.10.95] dan Cik Khoo Guat Kim [perbicaraan 12 dan 13.12.95] … bagi pihak Defendan 1.

JUDGMENT

Untuk memahami kes ini latar belakangnya perlulah disebut.
Pada 12 Ogos 1992, Plaintif-Plaintif dalam Guaman ini memperolehi penghakiman ingkar terhadap Defendan Pertama (Lee Guat Cheow & Co. Sdn. Bhd. ) berjumlah RM100,000.00 dan kos dalam kes Mahkamah Sesyen No. 25-323-81. Jumlah itu belum dijelaskan. Penghakiman itu sehingga tarikh saya membuat keputusan ini masih belum diketepikan, walau pun permohonan untuk mengketepikannya telah dibuat.
Dalam tahun 1988, Defendan Pertama dalam Guaman ini memfail guaman sivil di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang terhadap Defendan Kedua dan Ketiga dalam Guaman ini (Lee Eng Eow dan Herbert Jin-Yuen Ho). Nombor kes itu ialah 22-129-88. Fail kes itu telah menjadi tiga jilid tebalnya, kerana berbagai-bagai permohonan telah dibuat. Walau [Page 2] bagaimana pun pada 27 November 1990 atas permohonan Defendan Pertama (Plaintif dalam Guaman No. 22-129-88 itu) dan tanpa sebarang bantahan oleh peguam Defendan-Defendan dalam kes itu (Defendan Kedua dan Ketiga sekarang) Mahkamah ini memerintahkan seperti berikut:
“IT IS ORDERED that Mr. Prederick Weatherly of P. Weatherly & Co., Standard Chartered Bank Chambers, 2nd Floor, Beach Street, 10300 Penang be appointed as Provisional Receiver and Manager of the abovenamed Plaintiff company and the Kota Lima Estate which is fully owned by the company until the final settlement of this action AND IT IS LASTLY ORDERED that costs of this application be costs in the cause.”
Pada 29 Ogos 1991, kedua-dua pihak dalam Guaman 22-129-88 itu (Defendan-Defendan sekarang) memasukkan satu perintah dengan persetujuan seperti berikut:
“THIS ACTION coming on this day for trial before this Court in the presence of Mr, Tan Phock Kin of Counsel for the Plaintiff and Mr. R.J. Manecksha (Miss Goh Siew Kin with him) of Counsel for the Defendants and UPON READING the pleading and UPON HEARING counsel for the plaintiff and for the defendants.
AND the Plaintiff and the Defendants by their counsel stating that they have consented and agreed to the terms of the ORDER as set out below:-
THIS COURT DOTH ORDER :-
(1) that the Provisional Recelver and Manager Mr. Prederick Weatherly of F. Weatherly & Co., 2nd Ploor, Standard Chartered Bank Chambers, Beach Street, 10300 Penang be appointed Liquidator of the Plaintiff company abovenamed and of the Plaintiff company’s fully owned Kota Lima Estate (except those sold) and do forthwith take over all the assets and liabilities of the company and the said estate and their [Page 3] accounting and other record including the title deed to the estate.
(2) that the abovenamed Liquidator do reappoint M/s. Plantation Agencies Sdn Bhd as the Managing Agent of the Kota Lima Estate (except those sold).
(3) that on taking up duties as Liquidator in addition to their other duties as a priority:-
(i) do prepare accounts of the Plaintiff company and the said estate for the period as from 1.1.86 onwards for purposes of submitting same to the Directors for approval and statutory General Meeting for adoption;
(ii) do furnish a report within 6 months to the Directors advising them as to the progress of the sale;
(4) The Liquidator do to take steps to sell the Kota Lima Estate (except those sold) and on the sale being effected the Liquidator do wind up the company and distribute the balance of the proceeds of winding up to members in accordance with their entitlements;
(6) [sic] that Plaintiffs whole costs of and incidental to these proceedings including getting up unless agreed to by both parties be taxed by the Senior Assistant Registrar and be paid by the 1st Defendant to the solicitors for the Plaintiff.”
Pada 27 November 1993, Plaintif-Plaintif sekarang memulakan guaman ini terhadap Plaintif dan Defendan-Defendan dalam guaman No. 22-129-88 itu. Mereka semua menjadi Defendan-Defendan sekarang.
Dalam tuntutan ini, Plaintif-Plaintif mengatakan bahawa Plaintif-Plaintif, telah memperolehi penghakiman ingkar terhadap Defendan (Defendan Pertama) seperti yang [Page 4] saya telah sebut awal tadi. Oleh sebab jumlah penghakiman itu belum dijelaskan, Defendan Pertama adalah penghutang penghakiman kepada Plaintif-Plaintif. Plaintif-Plaintif merujuk kepada kedua-dua perintah dalam Guaman Sivil 22-129-88 yang saya sebut itu dan menyatakan bahawa perintah-perintah itu tidak sah kerana ia diperolehi secara bercanggah dengan syarat-syarat yang berkenaan dengan pembubaran sesebuah syarikat di bawah Akta Syarikat-Syarikat 1965 dan memohon, antara lain, supaya perintah bertarikh 29 Ogos 1991 itu diketepikan.
Defendan-Defendan (sekarang) memasuki pembelaan pada 5 Mel 1994. Saya akan sebut mana-mana yang berkenaan semasa membincang hujah-hujah kedua belah pihak kemudian.
Pada 1 Julai 1994, peguam Plaintif-Plaintif (sekarang) memfail Saman-dalam-Kamar memohon perintah bahawa isu berikut dibicarakan sebagai isu awalan dalam tindakan ini:
“Sama ada pihak-pihak dalam tindakan yang berdaftar di dalam Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Guaman bernombor 22-129-88 boleh memasuki dalam Penghakiman Persetujuan melantik orang yang dinamakan untuk menjadi Pembubar Sementara (Provisional Liquidator) dengan arahan untuk menjual sebidang hartanah yang dikenali sebagai Kota Lima Estate yang didaftarkaan didalam nama Lee Guat Cheow & Company Sdn. Bhd. dan selepas itu untuk menggulung syarikat tersebut dan membahagikan hasil penjualan kepada ahli-ahlinya menurut hak-hak mereka masing-masing.”.
Ini terkandung dalam Lampiran 5.
Pada 12 Julai 1995, semasa mendengar permohonan Lampiran 5 itu, peguam Defendan-Defendan (sekarang) [Page 5] mengatakan bahawa beliau tidak ada bantahan terhadap perbicaraan kes ini atas isu awalan, tetapi beliau tidak puashati dengan isu seperti yang dinyatakan dalam Lampiran 5 itu. Saya menangguhkan pendengaran itu kepada 25 Oktober 1995 untuk membolehkan kedua-dua pihak berbincang dan bersetuju mengenai isu yang hendak dibicarakan itu.
Pada 25 Oktober 1995, peguam kedua-dua belah pihak hadir lagi. Kali ini peguam Defendan-Defendan (sekarang) membangkitkan bantahan awal pula. Beliau menghujahkan bahawa kes ini tidak perlu didengar kerana terdapat perintah menggantungkan pelaksanaan perintah bertarikh 29 Ogos 1991.
Peguam Plaintif-Plaintif (sekarang) menghujahkan bahawa perintah penggantungan pelaksanaan itu ialah untuk membolehkan Plaintif-Plaintif (sekarang) memfail tindakan ini (Guaman 22-460-93).
Saya bersetuju dengan hujah peguam Plaintif-Plaintif dan menolak bantahan awal itu.
Oleh sebab peguam kedua-dua belah pihak masih belum bersetuju dengan isu awalan itu, saya arahkan mereka menyatakan isu-isu itu. Encik Tan Beng Hong, peguam mengatakan bahawa cuma terdapat isu:
whether parties in CS 22-129-88 could enter into a consent judgment appointing a named person to be a provisional liquidator with direction to finalise a piece of real property known as Kota Lima Estate registered in the name of Lee Guat Chew Sdn. Bhd. -thereafter to wind up the said company and to [Page6] distribute the balance of proceeds to its members in accordance with their entitlement.”
Encik Paul Chin, peguam Defendan-Defendan mengatakan seperti berikut:
“Says there is another issue
1. Order dated 29.8.91 not a consent order.
2. Whether Plaintiff has locus standi in this suit because Plaintiff had obtained a default Judgment in the Sessions Court 25-323-81. That Judgment forms the basis of Plaintiff’s claim here. That Judgment in Default was obtained on 12.8.92 after the order dated 29.8.91 but before that stay order.”
Saya menetapkan 12 Disember 1995 untuk membicara isu-isu itu.
Sementara itu pada 7 Disember 1995 Defendan Pertama memfail Petisyen untuk menggulung dirinya. Kali ini ia dibuat mengikut Akta Syarikat-Syarikat 1965.
Kerana saya tidak mahu perbicaraan atas isu-isu awalan itu menghalang pendengaran permohonan Defendan Pertama (sekarang) untuk mengenepikan penghakiman ingkar bertarikh 12 Ogos 1992 di Mahkamah Sesyen, saya mengarahkan supaya Mahkamah Sesyen meneruskan dengan pendengaran permohonan itu.
Sampai kepada 12 Disember 1995. Kali ini Cik Khoo bersama-sama Encik Tan Phock Kin hadir mewakili Defendan-Defendan.
[Page 7]
Seperti yang saya sebut tadi semasa Encik Paul Chin mewakil Defendan-Defendan pada 25 Oktober 1995, beliau membangkitkan persoalan sama ada perintah bertarikh 29 Ogos 1991 itu satu perintah dengan persetujuan. Cik Khoo yang mewakili Defendan-Defendan pada 12 Disember 1995 tidak pula menghujahkan isu itu. Beliau nampaknya menerima bahawa perintah itu adalah perintah dengan persetujuan. Sebenarnya tidak boleh dinafikan bahawa perintah iu adalah perintah dengan persetujuan. Lihat sahaja perintah itu yang saya telah perturunkan lebih awal.
Cik Khoo, yang mewakili Defendan-Defendan pada 12 Disember 1995 cuba menghujahkan bahawa oleh sebab perintah itu satu perintah dengan persetujuan, ia tidak boleh diketepikan. Saya berpendapat bahawa hujah ini tidak berasas. Plaintif-Plaintif sekarang bukannya pihak dalam tindakan itu. Plaintif-Plaintif tidak memberi persetujuan untuk memasukkan perintah itu. Maka tidaklah boleh dikatakan Plaintif-Plalntif tertahan daripada mengambil tindakan untuk mengketepikannya, melalui tindakan ini.
Apa yang lebih penting, taagi saya, ialah sama ada Plaintif-Plaintif mempunyai locus standi untuk mengambil tindakan untuk mengketepikannya atau tidak. Ini tertakluk kepada soalan sama ada ia menyentuh kepentingan mereka atau tidak.
[Page 8]
Sehingga tarikh saya mendengar permohonan ini Plaintif-Plaintif masih mempunyai satu penghakiman, walau penghakiman ingkar, terhadap Defendan Pertama. Hutang penghakiman itu masih belum dijelaskan. Ertinya Plaintif-Plaintif adalah pemiutang penghakiman terhadap syarikat itu (Defendan Pertama). Katakanlah penghakiman itu diketepikan. Dalam keadaan itu pun tuntutan Plaintif-Plaintif terhadap Defendan Pertama masih kekal. Kerana, kejayaan mengketepikan penghakiman ingkar bukan bererti sekaligus tuntutan Plaintif-Plaintif itu terbuang. Dalam keadan itu pun, Plaintif-Plaintif masih menjadi pemiutang terhadap Defendan Pertama. Sebagai pemiutang (pemiutang penghakiman atau bukan), Plaintif-Plaintif semestinya mempunyai kepentingan yang membolehkannya masuk campur dalam prosiding penggulungan syarikat Defendan Pertama, sama ada untuk menyokong atau membantahnya. Plaintif-Plaintif akan mempunyai peluang itu jika penggulungan itu dibuat melalui petisyen di bawah Akta Syarikat-Syarikat 1965. Tetapi, dengan cara yang dibuat dalam kes ini, melalui tindakan sivil dan dengan persetujuan pihak-pihak dalam guaman sivil itu, Plaintif-Plaintif telah dinafikan hak mereka untuk berbuat demikian. Apatah lagi perintah yang diperolehi dengan persetujuan pihak-pihak itu, antara lain, ialah untuk menjual tanah yang dimiliki oleh syarikat itu dan [Page 9] membahagi-bahagikan pendapatan itu di antara mereka. Jika itu dibiar dilakukan, Plaintif-Plaintif, malah pemiutang-pemiutang lain, jika ada, tidak akan berpeluang menuntut hutang mereka daripada Defendan Pertama. Dalam keadaan ini, saya berpendapat bahawa kepentingan Plaintif-Plaintif dan pemiutang-pemiutang lain, jika ada, akan terjejas. Oleh itu saya berpendapat Plaintif-Plaintif mempunyai “locus standi” untuk mengambil tindakan ini.
Selain dari itu, saya berpendapat bahawa perintah itu taksah dan batal kerana ia diperolehi bukan dengan cara yang ditetapkan oleh undang-undang. Akta Syarikat-Syarikat 1965 dan Kaedah-Kaedah Penggulugan Syarikat-Syarikat 1972 memperuntukkan cara bagaimana permohonan penggulungan hendak dibuat. Adalah penghakiman saya bahawa cara itu mestilah diikuti untuk menggulung sesebuah syarikat.
Peguam Defendan-Defendan, sambil mengakui bahawa perlantikan pelikuidasi itu tidak mengikut peraturan, menghujahkan bahawa “irregularity” itu boleh dibaiki di bawah peruntukan 355(2) Akta Syarikat-Syarikat 1965. Hujah itu nyata tidak berasas. Kerana, pertama seksyen itu mengatakan:
“355(1) No proceeding under this Act shall be invalidated by any defect irregularity or deficiency of notice or time unless the Court is of opinion that substantial injustice has been or may be caused thereby which cannot be remedied by any order of the Court.”.
Prosiding dalam Guaman Sivil No. 22-129-88 itu bukannya satu prosiding di bawah Akta itu. Prosiding di bawah Akta itu ialah melalui satu Petisyen Prosiding itu ialah satu guaman sivil biasa yang bukan untuk menggulung syarikat. Kedua, kecatatannya bukan mengenai notis atau masa. Jadi peruntukan seksyen 355 (1) itu jelas tidak terpakai dalam kes ini.
Tambahn pula, empat tahun selepas mendapat perintah itu dan lima hari sebelum tarikh penghujahan kes ini, Defendan Pertama sendiri memfail satu Petisyen untuk perintah penggulungannya sendiri mengikut Akta Syarikat-Syarikat 1965. Ini seolah-olah satu pengakuan bahawa perintah bertarikh 29 Ogos 1991 itu tak sah. Jika tidak, mengapa hendak digulung sekali lagi?
Atas alasan-alasan ini saya mengetepikan perintah bertarikh 29 Ogos 1991 itu dengan kos.
Abdul Hamid Bin Hj. Mohamed
Hakim, Mahkamah Tinggi
Pulau Pinang.
PEGUAMCARA & PEGUAMBELA
1. En. Tan Beng Hong (Tetuan Tan Beng Hong & Co, ) … bagi pihak Plaintif.
2. En. Ganesh Ponniah (Tetuan Geh Cheng Lok & Co. … bagi pihak Defendan 2.
3. En. Paul Chin (Tetuan Thillaimuthu & Phock Kin) [perbicaraan sehingga 25.10.95] dan Cik Khoo Guat Kim [perbicaraan 12 dan 13.12.95] … bagi pihak Defendan 1.
16.1.96.

93 visits