ANG THYE CHIN lwn. CHUA KOW & LAGI

ANG THYE CHIN lwn. CHUA KOW & LAGI
MAHKAMAH TINGGI MALAYA, SHAH ALAM
DATO’ ABDUL HAMID BIN HAJI MOHAMED H
PETISYEN NO. 2 OF 1995
25 SEPTEMBER 1995
[1996] 1 CLJ 49

UNDANG-UNDANG PILIHANRAYA: Petisyen untuk membatalkan keputusan pilihanraya – Keterangan dikemukakan bahawa responden kedua tidak layak bertanding dalam pilihanraya – Kesan penyertaan responden kedua dalam pilihanraya – Pemakaian peruntukan s. 32(c) dan (e) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 – Kesilapan catatan pada papan mata – Perbezaan keputusan yang tercatat di papan mata dengan yang diisytiharkan dan diwartakan – Kegagalan Pegawai Pengurus melayan permohonan mengira semula undi – Samada terdapat ketakpatuhan kepada peruntukan-peruntukan Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 – Pertimbangan s. 32(b) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.

ELECTION LAW: Petition to set aside election results – Evidence submitted that 2nd respondent not eligible to stand for election – Effect of 2nd respondent’s participation in elections – Application of s. 32(c) and (e) Election Offences Act 1954 – Error in recording on tally board – Difference in decision recorded on tally board and decision announced and gazetted – Failure by Presiding Officer to act on application for recount of votes – Whether any non-compliance with provisions of Election Offences Act 1954 – Consideration of s. 32(b) Election Offences Act 1954.

[EnglishTranslation of Catchwords]
Pempetisyen merupakan seorang calon dalam pilihanraya bahagian N41, Bandar Kelang, Selangor.
Responden pertama diisytiharkan sebagai dipilih dalam pilihanraya tersebut.
Petisyen ini difailkan untuk membatalkan keputusan pilihanraya tersebut, diantara lain, atas alasan bahawa responden kedua tidak layak menjadi calon dalam pilihanraya tersebut oleh kerana beliau tidak menyerahkan Penyata Berkenaan Belanja Pilihanraya seperti yang dikehendaki oleh s. 23 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 (Akta tersebut). Soalan yang timbul ialah samada pempetisyen boleh memakai peruntukan-peruntukan s. 32(c) dan (e) Akta tersebut untuk membatalkan pemilihan responden pertama atas kegagalan responden kedua tersebut.
Pempetisyen juga menyarankan bahawa beberapa ketakpatuhan kepada peruntukan-peruntukan Akta tersebut membolehkan Mahkamah membatalkan keputusan pilihanraya tersebut dan pempetisyen merujuk kepada s. 32(b) Akta tersebut.
Diputuskan:
[1] Setakat yang berkenaan s. 32(e) Akta tersebut itu menyatakan “pemilihan seseorang calon dalam sesuatu pilihanraya…”. Adalah jelas bahawa peruntukan ini terpakai terhadap seseorang calon yang dipilih bukan yang tidak dipilih atau kalah.
Memandangkan keputusan Rigby H. dalam kes Re Election of Cheah Seng Teik atas peruntukan yang sama, ia adalah jelas bahawa pempetisyen gagal atas alasan ini.
[2] Merujuk kepada soalan samada s. 32(c) Akta tersebut boleh dipakai dalam kes ini, ia memang betul bahawa kegagalan mengemukakan penyata perbelanjaan mengikut s. 23 itu adalah satu perbuatan yang menyalahi undang-undang.
Namun demikian s. 32 itu hanya terpakai terhadap calon yang dipilih atau yang berjaya.
Responden kedua bukanlah calon yang dipilih.
Dia adalah seorang calon yang kalah dan hilang wang pertaruhannya.
[3] Selain daripada itu, perbuatan menyalahi undang-undang itu hendaklah dilakukan oleh calon yang dipilih atau ejennya “berhubung dengan pilihanraya itu”, ertinya Pilihanraya Umum 1995 dan bukan pilihanraya sebelumnya.
Dalam kes ini, daripada keterangan yang diberi, adalah jelas bahawa kegagalan responden kedua mengemukakan penyata itu adalah dilakukan “berhubung dengan ” pilihanraya sebelumnya.
Oleh yang demikian kesalahan itu tidak boleh digunakan sebagai satu alasan di bawah perenggan (c) s. 32 Akta tersebut.
[4] Dibawah s. 32(b) Akta tersebut, pemilihan seseorang calon dalam sesuatu pilihanraya itu hendaklah diistiharkan sebagai batal jika Hakim Pilihanraya berpuashati bahawa kerana ketakpatuhan peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan pilihanraya, pilihanraya itu telah tidak dijalankan mengikut prinsip-prinsip yang ditetapkan di dalam undang-undang bertulis dan bahawa ketakpatuhan itu telah menyentuh keputusan pilihanraya itu.
[5] Hujah Peguam pempetisyen bahawa kesilapan pengiraan yang terdapat dalam papan mata adalah suatu ketakpatuhan undang-undang adalah tidak betul.
Ini adalah kerana arahanarahan dalam Buku Panduan Calon dan Buku Panduan Pegawai Pengurus yang dirujuknya hanyalah arahan pentadbiran.
Ia bukanlah “undang-undang bertulis”. Walaupun sepatutnya papan-papan mata itu diisi dengan betul dan dikemaskini apabila perlu, kegagalan dan kecuaian yang berlaku dalam kes ini mengenai pengisian papan mata itu bukanlah satu ketakpatuhan di bawah s. 32(b) Akta tersebut dan ia tidak menjadikan pilihanraya itu tidak dijalankan mengikut prinsip-prinsip yang ditetapkan didalam undang-undang bertulis mengenai pilihanraya.
Ia juga tidak menyentuh keputusan pilihanraya itu.
[6] Walaupun ia benar bahawa terdapat perbezaan diantara keputusan yang tercatat di papan mata dengan yang diistiharkan dan diwartakan, ia tidak menyentuh keputusan pilihanraya kerana selepas kesilapan itu diketahui pempetisyen dan juga responden kedua telah meminta kiraan semula dibuat.
Walaupun permohonan untuk kiraan semula ditolak, semakan telah dibuat kepada helaian-helaian mata dan Borang 14. Keputusan yang diistiharkan itu ialah keputusan yang diperolehi setelah menyemak semula helaian mata itu.
Oleh yang demikian ia tidak boleh dikatakan bahawa kesilapan di papan mata yang tidak dibetulkan itu menyentuh keputusan pilihanraya itu.
[7] Ia adalah betul bagi Pegawai Pengurus menolak permohonan untuk mengira semula kertas undi di tempat penjumlahan resmi undi-undi.
Ini adalah kerana di bawah peraturan 25 Peraturan-Peraturan Pilihanraya (Penjalanan Pilihanraya) 1981 tugas mengira undi ialah tugas ketua tempat mengundi yang dilakukan ditempat mengundi.
Menurut peraturan 25D tugas Pegawai Pegurus ialah hanya untuk membuat pemjumlahan resmi undi-undi.
Lain-lain alasan yang dikemukakan oleh pempetisyen tidak ditimbang kerana tidak mematuhi peruntukan kaedah 4, Kaedah-Kaedah Petisyen Pilihanraya 1954. [Petisyen ditolak dengan kos kepada responden pertama dan ketiga.
Responden pertama disahkan telah dipilih dengan saksama].

Case(s) referred to:
Re Election of Cheah Seng Teik [1958] 1 LNS 61 [1958] 24 MLJ 275 (dikuti)
Nobert Choong Kai Chong & Anor. v. Mohamed Idris bin Haji Ibrahim & Anor. [1978] 1 LNS 133; [1980] 1 MLJ 316 (dirujuk)
Bong Geok Beng v. Ahmed Nordin bin Mohamed Amin [1978] 1 LNS 18 [1980] 1 MLJ 167 (dirujuk)
Zulkarnaini bin Mohamed Noor v. Syed Omar bin Mohamed & Anor. [1978] 1 LNS 245
Isahak Hamid v. Mustapha [1965] 1 LNS 63
Woodward v. Sarsons LR 10 CP 743-745 (dirujuk)
Abdul Karim v. Mohamed Taib & Anor. [1968] 1 LNS 1 [1969] 2 MLJ 72 (dirujuk)
Mohamed Jaafar v. Sulaiman & Anor. [1969] 1 LNS 111
Muip bin Tabib v. Dato’ James Wong [1970] 1 LNS 83 [1971] 1 MLJ 246 (dirujuk)
Morgan and Others v. Simpson and Another [1974] 3 All ER 722 (dirujuk)
Re Tanjung Puteri Johore State Election Petition: Abdul Razak bin Ahmad v. Dato’ Md. Yunus bin Sulaiman & Anor. [1988] 1 LNS 158;[1988] 2 MLJ 111 (dirujuk)
Abdul Hameed bin Mamat v. Ustaz Baharudin bin Mohd. & Ors. [1993] Mallal’s Digest (dirujuk)
Other source(s) referred to:
Akta Akuan Berkanun 1960
Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, ss. 23, 32(b), (c), (e)
Akta Keterangan 1950, s. 114(g)
Akta Pilihanraya 1958, s. 5
Kaedah-Kaedah Petisyen Pilihanraya 1954, k. 4
Perlembagaan Persekutuan, Perkara 48(1)(d)
Perlembagaan Negeri Selangor, Perkara 64(1)(d)
Peraturan-Peraturan Pilihanraya (Perjalanan Pilihanraya) 1981, peraturan 25, 25C, 25D, 30(1), (c)
Representation of the People Act 1949 (UK), s. 37(1)

Counsel:
Bagi pihak pempetisyen – Muhammad Shafee Abdullah; (Hasnah Rezua Merican bin Habib Mericanbersamanya); T/n. Shafee & Co.;
Bagi pihak responden pertama – Teng Chang Khim; T/n. Oeh & Teng
Bagi pihak responden ketiga – Badariah bt Hassan, Peguam Kanan Persekutuan (Baizura bt Kamalbersamanya)

PENGHAKIMAN
Abdul Hamid Mohamed H:
Petisyen ini difail oleh seorang calon dan pengundi di bahagian N41, Bandar Kelang, Selangor Darul Ehsan.
Terdapat tiga orang calon dalam pilihanraya yang diadakan pada 25 April 1995 itu, iaitu pempetisyen, responden pertama dan responden kedua.
Responden pertama diisytiharkan sebagai dipilih (berjaya). Responden ketiga ialah pegawai pengurus pilihanraya bagi bahagian itu.
Saya akan memperturunkan alasan-alasan petisyen ini semasa saya membincangnya satu persatu kelak.
Alasan pertama responden kedua tidak layak
Pilihanraya ini adalah satu pertandingan tiga penjuru, iaitu diantara pempetisyen, responden pertama dan responden kedua.
Responden pertama adalah calon yang diisytiharkan mendapat undi majoriti.
Responden kedua, mengikut keputusan yang diwartakan, cuma mendapat 188 undi.
Tidak dipertikaikan bahawa responden kedua pernah bertanding dalam satu pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Bandaraya yang diadakan pada 28 Mei 1994.
Tidak dipertikaikan bahawa beliau atau wakil pilihanrayanya, sehingga hari ini tidak menyerahkan kepada Pegawai Pilihanraya Negeri, penyata berkenaan dengan belanja pilihanraya (penyata perbelanjaan) seperti yang dikehendaki oleh s. 23 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954. Tidak dipertikaikan bahawa tidak ada apa-apa bantahan oleh mana-mana calon dibuat semasa tempoh untuk bantahan pada hari penamaan calon pilihanraya ini.
Juga tidak dipertikaikan bahawa responden kedua, semasa mengemukakan kertas penamaannya, juga mengemukakan Akuan Berkanun (Borang 5A di bawah Peraturan 4(7) Peraturan-Peraturan Pilihanraya (Penjalanan Pilihanrayanya) 1981) mengakui:
1. Saya adalah berkelayakan dengan sewajarnya untuk dipilih sebagai seorang Ahli Dewan Undangan bagi Negeri Selangor Darul Ehsan mengikut peruntukan-peruntukan Perlembagaan Negeri Selangor Darul Ehsan.
2. Saya tidak hilang kelayakan menurut mana-mana peruntukan perlembagaan tersebut atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain untuk dipilih sebagai seorang ahli Dewan Undangan bagi Negeri Selangor.
Saya membuat akuan ini dengan kepercayaan bahawa apa-apa yang tersebut di dalamnya adalah benar, serta menurut Akta Akuan Berkanun 1960.
Perakuan ini dibuat di hadapan seorang Pesuruhjaya Sumpah.
Sayugia juga disebut bahawa pada 12 April 1995, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia telah mengedarkan kepada semua Pegawai Pilihanraya Negeri satu surat pekeliling yang bertajuk “Kedudukan Calon-Calon Yang Tidak Mengemukakan Penyata Perbelanjaan Pilihanraya Yang Lalu”. Malangnya, pekeliling itu cuma menyebut nama-nama calon yang bertanding dalam Pilihanraya Umum 1990.
Nama-nama calon yang mengambil bahagian dalam pilihanraya kecil yang tidak mengemukakan penyata perbelanjaan itu tidak disebut.
Oleh itu nama responden kedua tidak terdapat dalam senarai itu.
Dalam hal ini, Encik Abdul Hakim bin Borhan, responden ketiga, (SR6), Pegawai Pengurus pilihanraya bagi bahagian berkenaan dalam keterangannya mengatakan bahawa beliau cuma mendapat tahu bahawa responden kedua “tidak layak” apabila beliau diberi tahu oleh pempetisyen selepas pilihanraya itu.
Semasa disoal balas oleh Peguam pempetisyen, beliau berkata jika nama, responden kedua terdapat dalam senarai yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya itu (D13), beliau tidak akan membenarkan responden kedua bertanding.
Pihak pempetisyen cuba menonjolkan keterangan bahawa Suruhanjaya Pilihanraya tahu atau sepatutnya tahu berkenaan kegagalan responden kedua mengemukakan penyata itu.
Keterangan ini dikemukakan melalui responden kedua sendiri semasa beliau dipanggil menjadi saksi pempetisyen.
Katanya, dua hari sebelum hari penamaan calon beliau pergi ke pejabat Suruhanjaya Pilihanraya di Shah Alam untuk mendapat kertas pencalonan.
Seorang ketua kerani, seorang perempuan Cina bertanya kepadanya mengapa beliau masih tidak mengemukakan penyata perbelanjaan itu.
Beliau tidak pasti nama ketua, kerani itu.
Walaubagaimana pun ketua kerani itu tidak dipanggil, dan andaian di bawah s. 114(g) Akta Keterangan 1950 adalah terpakai.
Walaubagaimana pun saya berpendapat, apa-apa perbualan di antara responden kedua dengan ketua kerani itu, jika ada dan seperti yang dikatakan oleh responden kedua itu tidaklah penting dalam menimbangkan kes ini.
Saya terima bahawa Suruhanjaya Pilihanraya patut tahu hal ini.
Saya juga terima bahawa responden ketiga, Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Kelang, yang dilantik menjadi Pegawai Pengurus pilihanraya itu, pada hari penamaan calon tidak tahu kedudukan responden kedua itu atau apa perbualan yang berlaku, jika ada, di antara responden kedua dengan ketua kerani di pejabat Suruhanjaya Pilihanraya itu (bukan pejabat responden ketiga). Tetapi pada pendapat saya semua ini juga tidak penting dalam memutuskan kes ini.
Hakikatnya ialah, dan dipersetujui oleh semua pihak, bahawa responden kedua tidak layak bertanding dalam pilihanraya itu.
Soalnya ialah apakah kesannya kepada pilihanraya itu? Adakah pilihanraya itu terbatal kerana penyertaan responden kedua yang cuma mendapat 188 undi (seperti yang diwartakan itu)?
Sebelumsaya meneliti undang-undang berkenaan, patutlah disebut bahawa dalam petisyennya, pempetisyen mengatakan di perenggan 4(ii) bahawa permohonan responden kedua untuk pencalonan di bahagian Pilihanraya Negeri N37 Kota Raja telah ditolak oleh Suruhanjaya Pilihanraya pada hari yang sama atas alasan yang sama.
Tidak ada keterangan langsung mengenai hal ini.
Responden kedua sendiri dalam keterangannya. mengatakan bahawa pada hari penamaan calon itu beliau tidak pergi ke bahagian Shah Bandarnya kerana pencadangnya tidak hadir. (Juga tidak ada keterangan sama ada “Kota Raja” dan “Shah Bandaraya” itu bahagian yang sama). Oleh itu beliau pergi ke bahagian Bandar Kelang (N41) ini.
Sekarang eloklah saya bincang peruntukan undang-undang yang berkenaan dengan alasan ini.
Pertama, Perkara 64 Perlembagaan Negeri Selangor:
64(1) Subject to the provisions of this article a person is disqualified for being a member of the Legislative Assembly if:
(a)…
(b)…
(c)…
(d) having been nominated for election to either House of Parliment or to the Legislative Assembly or having acted as election agent to a person so nominated, he has failed to lodge any return of election expenses required by law within the time and in the manner so required; or
Berkenaan pemakaian peruntukan ini pun timbul perbalahan.
Ini kerana pempetisyen dalam petisyennya merujuk kepada Perkara 48(1)(d) Perlembagaan Persekutuan dan tidak, seperti yang sepatutnya, kepada Perkara 64(1)(d) Perlembagaan Negeri Selangor. Saya tidak fikir itu adalah satu kesilapan yang serius, memandangkan bahawa kedua-dua peruntukan itu adalah sama, malah peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan itulah yang mengikut jadual kelapan Perlembagaan Persekutuan, dikehendaki dimasukkan ke dalam Perlembagaan Negeri-Negeri, termasuk Negeri Selangor, dan telah dimasukkan.
Oleh itu saya tidak bersetuju dengan hujah peguam-peguam responden-responden supaya pihak pempetisyen tidak dibenarkan merujuk kepada Perlembagaan Negeri Selangor itu.
Oleh sebab berkenaan alasan ini pempetisyen memakai peruntukan-peruntukan s. 32(c) dan (e) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 (lihat C11, di muka surat 8, petisyen), maka saya akan memperuntukannya:
32. Pemilihan seseorang calon dalam, sesuatu pilihanraya hendaklah diisytiharkan sebagai batal atas suatu petisyen pilihanraya atas mana-mana daripada alasan-alasan yang berikut yang boleh dibuktikan dengan memuaskan hati Hakim Pilihanraya:
(a)…
(b)…
(c) bahawa sesuatu perbuatan rasuah atau perbuatan yang menyalahi undang-undang telah dilakukan berhubungan dengan pilihanraya itu oleh calon itu atau dengan setahu atau persetujuannya, atau oleh seseorang ejen calon itu;
(d)…
(e) bahawa calon itu, pada masa pemilihannya, adalah seorang yang telah hilang kelayakannya untuk dipilih.
Saya akan bincangkan alasan di bawah perenggan (e), s. 32 itu terlebih dahulu.
Setakat yang berkenaan seksyen itu menyatakan “Pemilihan seseorang calon dalam sesuatu pilihanraya hendaklah diisytiharkan sebagai batal…. (jika – ditambah)… dibuktikan… bahawa calon itu, pada masa pemilihannya, adalah seorang yang telah hilang kelayakannya untuk dipilih.
Adalah jelas bahawa peruntukan ini terpakai terhadap seorang calon yang dipilih, atau dalam bahasa biasa yang berjaya, bukan yang tidak dipilih atau kalah.
Perkara ini telah pun diputuskan oleh Rigby H. 37 tahun dahulu dalam kes Re Election of Cheah Seng Teik [1958] 24 MLJ 275. Saya akan perturunkan perenggan yang berkenaan di muka surat 277:
Section 32 specifies the five grounds on, or under, which an election may be declared to be void by the Election Judge on an election petition.
Grounds 32(a), (c) and (d) deal with corrupt practices, bribery, treating, etc. and are irrelevant for consideration.
Ground (c) (sic, should be (e)) provides that the election of a candidate shall be declared void if it be proved that the candidate was “at the time of his election a person disqualified for election”. Again, in my view, this subsection is irrelevant and of no assistance to the petitioner since it deals only with the position of an elected candidate – not a candidate for election who has been unsuccessful in respect of whom it is subsequently proved that at the time of his election he was, for one reason or another, disqualified for election.
Bagi saya tidak ada apa. yang lebih jelas dari ini.
Saya bersetuju sepenuhnya dengan pendapat itu.
Malah, saya katakan, dengan atau tanpa penghakiman itu pun, inilah pendapat saya mengenai s. 32(e) itu.
Oleh itu, adalah penghakiman saya bahawa pempetisyen gagal atas alasan ini.
Saya akan bincang pula alasan pempetisyen di bawah perenggan (c). Setakat yang berkenaan perenggan (c), s. 32 itu mengatakan:
Pemilihan seseorang calon dalam sesuatu pilihanraya hendaklah diisytiharkan sebagai batal… (jika – ditambah)… dibuktikan… bahawa perbuatan rasuah atau perbuatan yang menyalahi undang-undang telah dilakukan berhubungan dengan pilihanraya itu oleh calon itu atau dengan setahu atau persetujuannya, atau oleh seseorang ejen calon itu;
Memang betul bahawa kegagalan mengemukakan penyata perbelanjaan mengikut s. 23 itu adalah satu perbuatan yang menyalahi undang-undang.
Ini diperuntukkan oleh subseksyen (4), s. 23 itu:
(a) Jika seseorang calon atau ejen pilihanraya tidak mematuhi kehendak-kehendak subseksyen (1) atau (2) dia adalah bersalah atas suatu perbuatan yang menyalahi undang-undang dan seksyen ini adalah tambahan kepada dan bukan mengurangkan kuasa s. 11.”
Seksyen 11 adalah mengenai hukuman dan ketakupayaan kerana perbuatan rasuah.
Sekarang mari kita lihat sama ada perenggan (c) s. 32 itu terpakai dalam kes ini.
Pertama, seperti yang saya sebut tadi, s. 32 itu adalah terpakai terhadap calon yang dipilih atau yang berjaya.
Responden kedua bukanlah calon yang dipilih.
Dia adalah seorang calon yang kalah dan hilang wang pertaruhannya.
Kedua, perbuatan menyalahi undang-undang itu hendaklah dilakukan oleh calon yang dipillh itu atau ejennya “berhubungan dengan pilihanraya itu”, ertinya Pilihanraya Umum 1995, bukan pilihanraya sebelumnya.
Dalam kes ini kegagalan mengemukakan penyata itu adalah dilakukan”berhubungan dengan” pillhanraya sebelumnya.
Walau pun perbuatan itu menyalahi undang-undang, ia bukan dilakukan oleh calon yang terpillh (responden pertama). Juga ia bukan berhubungan dengan pilihanraya 1995 ini.
Oleh itu kesalahan itu tidak boleh digunakan sebagai satu alasan di bawah perenggan (c). Alasan yang boleh digunakan, jika calon itu calon yang terpilih, ialah di bawah perenggan (e).
Jadi, alasan pempetisyen di bawah perenggan (c) juga gagal.
Semasa berhujah, Peguam pempetisyen menghujahkan bahawa s. 32(b) juga terpakai.
Sayugia diambil ingatan bahawa alasan ini tidak disebut dalam, petisyen, dan Mahkamah tidak perlu menimbangnya.
Autoriti yang tepat dalam hal ini, saya dapati ialah kes Nobert Choong Kai Chong & Anor. v. Mohamed Idris bin Haji Ibrahim & Anor. [1980] 1 MLJ 316 Harun H. (pada masa itu) dalam penghakimannya, dimuka surat 317 berkata:
Here nowhere in the petisyen is it stated that the ground relied on is s. 32(b) of the said Act. This omission in my view is fatal to an election petition since such a petition may be presented on one of two grounds under s. 31 and one of five main grounds unders. 32 of the Election Offences Act and the respondents must know precisely on which particular ground the petitioner is relying on to declare an election void: see also Muip bin Tabib v. Dato James Wong [1971] 1 MLJ 65, 75. It was contended for the petitioner that it is not necessary to refer to the law in the petition as a rejected candidate has the right to bring an election petition under the proviso to Reg. 7(5) of the Regulations. I do not agree, as that right is conferred by s. 32(b) of the Election Offences Act and not by the proviso which is only a reminder of that right: see also Abdul Karim v. Mohamed Taib & Anor. [1969] 2 MLJ 72.
Dalam kes Bong Geok Beng v. Ahmad Nordin bin Mohamed Amin [1980] 1 MLJ 167, Wan Yahya H. (pada masa itu) memutuskan:
Held:
[1]…
[2]Section 32 of the Election Offences Act, 1954 requires the petitiioner not only to state specifically in his petition which provisions of the law on which non-compliance is alleged to have taken place but also to supply adequate information as to how the respondent is said to have offended the law.
Di muka surat 169 Hakim yang arif itu menjelaskan:
In a more colloquial language this election trial is like a card game; at the expected time each player has to place his cards on the table so as to determine his position in accordance with the rules of the game.
Once the cards are on the table no change of mind is tolerated.
If allowed, it will not only prevent proper determination of the game but will precipitate confusion and chaos.
Setahun sebelum kedua-dua kes yang baru disebut itu diputuskan, Mohamed Zahir H. dalam kes Zulkarnaini Bin Mohamed Noor V. Syed Omar Bin Mohamed & Anor [1978] 1 LNS 245di mukasurat 144 berkata:
It is to be noted that it is under s. 32 of the Act that it has been held that the petitioner must plead in his petition the non-compliance of the law by the respondent and such noncompliance affected the result of the election Muip bin Tabib v. Dato’ James Wong [1970] 1 LNS 83[1971] 1 MLJ 246.
Selain dari itu saya juga berpendapat bahawa subseksyen (b) juga tidak terpakai kerana s. 32 itu seperti yang saya telah katakan, hanya terpakai untuk membatalkan pemilihan calon yang dipilih.
Saya tidak fikir adalah perlu bagi saya membincangkan peruntukan 32(b) itu dengan lebih mendalam di bawah alasan pertama ini.
Ini saya akan lakukan semasa membincangkan alasan kedua kelak, kerana ia lebih berkenaan di bawah alasan itu.
Kesimpulannya, penghakiman saya ialah petisyen ini gagal di bawah alasan pertama iaitu yang berbangkit daripada kegagalan responden kedua mengemukakan penyata perbelanjaannya bagi pilihanraya Negeri Shah Bandaraya yang berlangsung pada 28 Mei 1994 itu.
Alasan Kedua: Ketakpatuhan
Di bawah tajuk ini pempetisyen memberi beberapa alasan dalam petisyennya.
Saya akan perturunkan satu persatu semasa membincangnya kelak.
Sebelum itu eloklah dibincangkan undang-undang berkenaan terlebih dahulu.
Peruntukan yang paling berkenaan dalam hal ini ialah s. 32(b):
32. Pemilihan seseorang; calon dalam sesuatu pilihanraya hendaklah diisytiharkan sebagai batal atas suatu petisyen pilihanraya atas mana-mana daripada alasan-alasan yang berikut yang boleh dibuktikan dengan memuaskan hati Hakim Pilihanraya:
(a)…
(b) ketakpatuhan peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan sesuatu pilihanraya jika didapati bahawa pilihanraya itu telah tidak dijalankan mengikut prinsip-prinsip yang ditetapkan di dalam undang-undang bertulis itu dan bahawa ketakpatuhan itu telah menyentuh keputusan pilihanraya itu;
“Menyentuh” di sini ertinya “affected” – lihat naskah Inggeris.
Mula-mula saya membaca peruntukan ini, saya dapati ia amat jelas sekali.
Tetapi setelah mendengar hujah En. Shafee, Peguam pempetisyen, nampaknya, ada pula tafsiran lain yang diberikan kepada peruntukan itu.
Maka saya terpaksa membincangnya dengan lebih mendalam.
Seksyen 32(b) itu telah wujud dalam undang-undang bertulis kita semenjak tahun 1954.
Dalam tahun 1958, Rigby H dalam memutuskan kes Re Election of Cheah Seng Teik [1958] 24 MLJ 275 telah memberi pandangannya mengenai peruntukan ini.
Katanya di muka surat 277:
The only remaining subsection available to the petitioner for the purposes of the petition is s. 32(b). That subsection provides that the election of a candidate may be declared void on an election petition for “non-compliance with the provisions of any written law relating to any election, if it appears (sekarang jika Hakim Pilihanraya berpuas hati – ditambah) that the election was not conducted in accordance with the principles laid down in such written law and that such non-compliance affected the result of the election.
It is to be noted that mere non-compliance with the provisions of such written law is not by itself, sufficient to avoid the election; the non-compliance must have affected the result of the election.
Dalam tahun 1965, Ismail Khan H. (pada masa itu), dalam memutuskan kesIsahak Hamid V. Mustapha [1965] 1 LNS 63juga mentafsirkan peruntukan s. 32(b) itu demikian juga.
Di muka surat 19, dengan jelas beliau berkata:
It is clear that the ground stated in the petition for the relief claimed brings it within the ambit of s. 32(b) of the Ordinance. To succeed, however, the petitioner has to establish that not only was there a non-compliance with the provisions of the section, but that because of such non-compliance the election was not conducted according to the principles of such election law and further that such non-compliance has affected the result of the election.
Memandangkan kepada hujah En. Shafee yang saya akan bincangkan kemudian, patutlah disebut bahawa Ismail Khan H. (pada masa itu) dalam kes itu ada merujuk kepada kes Woodward v. Sarsons LR 10 CP 743-745.
Dalam tahun 1969, Syed Othman H. (pada masa itu), dalam kes Abdul Karim v. Mohamed Taib & Anor. [1969] 2 MLJ 72 tanpa merujuk kepada kes Re Election of Cheah Seng Teik [1958] 1 LNS 61Re Election of Cheah Seng Teik (supra) atau mana-mana kes, memberi pendapat yang sama dengan pendapat Rigby H. itu.
Setahun kemudian dalam kes Mohamed Jaafar V. Sulaiman & Anor [1969] 1 LNS 111Chang Min Tat H. (pada masa itu) juga memberi tafsiran yang sama kepada s. 32(b) itu.
Beliau juga memetik kes Woodward v. Sarsons LR 10 CP 743-745.
Pada tahun berikutnya, B.T.H. Lee H. dalam kes Muip bin Tabib v. Dato’ James Wong [1970] 1 LNS 83[1971] 1 MLJ 246 juga memberi pendapat yang sama.
Patut diambil perhatian tidak satu pun kes-kes Malaya/Malaysia yang saya sebut di atas, dirujuk olehnya.
Sebaliknya beliau merujuk kepada kes-kes dari India.
Patutlah disebut di sini pada tahun 1974, Mahkamah Rayuan di England yang diketuai oleh Lord Denning M.R. telah memutuskan kes Morgan and Others v. Simpson and Another [1974] 3 All ER 722. Di peringkat ini memadailah disebut bahawa Lord Denning, dalam mentafsirkan peruntukkan s. 37(1) Representation of the People Act, 1949, memutuskan seperti berikut:
(1) If the election was conducted so badly that it was not substantially in accordance with the law as to elections, the election is vitiated, irrespective of whether the result was affected, or not…
(2) If the election was so conducted that it was substantially in accordance with the law as to elections, it is not vitiated by a breach of the rules or a mistake at the polls – provided that it did not affect the result of the election…
(3) But, even though the election was conducted substantially in accordance with the law as to elections, nevertheless if there was a breach of the rules or a mistake at the polls – and it did affect the result – then the election is vitiated.
Perlu disebut bahawa Lord Denning M.R. tidak bersetuju dengan pendapat dalam kes Woodward v. Sarsons LR 10 CP 743-745 yang dipetik oleh Ismail Khan H. (pada masa itu) dalam, kes Isahak Hamid V. Mustapha [1965] 1 LNS 63dan oleh Chang Min Tat H. (pada masa itu) dalam kes Mohamed Jaafar V. Sulaiman & Anor [1969] 1 LNS 111
Dalam tahun 1979 Mohamed Zahir H. dalam kes Zulkarnaini bin Mohamed & Anor. v. Syed Omar bin Mohamed [1979] 2 MLJ 143 mengikuti kes Muip bin Tabib v. Dato’ James Wong [1970] 1 LNS 83[1971] 1 MLJ 246 dan memberi pendapat yang sama dengan apa yang dikatakan dalam. keskes dari Malaya/Malaysia yang saya telah perturunkan di atas itu.
Petikan penghakiman Mohamed Zahir H. (pada masa itu) itu saya telah perturunkan sebelum ini.
Kemudian, dalam, tahun 1988 kes Re Tanjung Puteri Johore State Election Petition: Abdul Razak bin Ahmad v. Dato’ Md. Yunus bin Sulaiman & Anor. [1988] 2 MLJ 111 diputuskan.
Ringkasnya, dalam memutuskan kes ini, Wan Yahya H. (pada masa itu) mengikuti Morgan and Others v. Simpson & Anor. [1974] 3 All ER 722 tetapi tidak mengikuti kes Mohamed Jaafar V. Sulaiman & Anor [1969] 1 LNS 111atau pun Woodward v. Sarsons LR 10 CP 743- 745. Tiada rujukan dibuat kepada kes-kes Malaya/Malaysia yang lain yang memberi tafairan yang sama kepada s. 32(b) dengan kes Mohamed Jaafar V. Sulaiman & Anor [1969] 1 LNS 111yang saya sebutkan sebelum ini.
En. Mohd.
Shafee, semasa berhujah merujukkan saya kepada kes Abdul Hameed bin Mamat v. Ustaz Baharudin bin Mohd. & Ors. [1993] Mallal’s Digest yang nota mengenainya terdapat dalam [1993] Mallal’s Digest perenggan 746. Mengikut nota itu Ahmad Fairuz H. dalam memutuskan kes itu mengikuti penghakiman Wan Yahya H. (pada masa itu) dalam kes Re Tanjung Puteri Johore State Election Petition: Abdul Razak bin Ahmad v. Dato’ Md. Yunus bin Sulaiman & Anor. [1988] 1 LNS 158;[1988] 2MLJ 111 dan memutuskan:
(5) although the various discrepancies in the way the election was conducted did not affect the outcome of the election, the Court should still declare the election void as it was not conducted in accordance with the law.
Jadi, di hadapan saya terdapat dua tafsiran kepada s. 32(b) itu; satu seperti yang diputuskan dalam kes Re Election of Cheah Seng Teik [1958] 24 MLJ 275,Isahak Hamid V. Mustapha [1965] 1 LNS 63, Abdul Karim v. Mohamed Taib & Anor. [1969] 2 MLJ 72, Mohamed Jaafar V. Sulaiman & Anor [1969] 1 LNS 111, Muip bin Tabib v. Dato’ James Wong [1970] 1 LNS 83[1971] 1 MLJ 246 danZulkarnaini bin Mohamed & Anor. v. Syed Omar bin Mohamed [1979] 2 MLJ 143 semuanya penghakiman Hakim-Hakim Pilihanraya di Malaya/Malaysia, yang berjaya saya temui dalam tempoh yang singkat dan tanpa bantuan komputer itu.
Satu lagi ialah seperti yangdiputuskan dalam kes Re Tanjung Puteri Johore State Election Petition: Abdul Razak bin Ahmad v. Dato’ Md. Yunus bin Sulaiman & Anor. [1988] 1 LNS 158;[1988] 2 MLJ 111 dan Abdul Hameed bin Mamat v. Ustaz Baharuddin bin Mohd. & Ors. [1993] Mallal’s Digest.
Adalah jelas selama 21 tahun semenjak peruntukan itu diwujudkan Hakim-Hakim Pilihanraya di negara kita sekata tentang maknanya walau pun jalan yang mereka lalui berlainan: ada yang tidak merujuk kepada mana-mana kes langsung, ada yang merujuk kepada kes di England yang diputuskan pada tahun 1875, dan ada pula yang merujuk kepada kes-kes dari India sahaja.
Tetapi keputusan mereka serupa.
Cuma mulai tahun 1988 Wan Yahya H. (pada masa itu) dalam kes Re Tanjung Puteri Johore State Election Petition: Abdul Razak bin Ahmad v. Dato’ Md. Yunus bin Sulaiman & Anor. [1988] 1 LNS 158;[1988] 2 MLJ 111 tiba-tiba mengikuti pandangan Lord Denning M.R. dalam kes Morgan and Others v. Simpson and Another [1974] 3 All ER 722. Kes ini diikuti pula oleh Ahmad Fairuz H. dalam kes Abdul Hameed bin Mamat v. Ustaz Baharudin bin Mohd. & Ors. [1993] Mallal’s Digest.
Dalam membuat pilihan ini, pendekatan saya adalah mudah.
Pertama, tugas Mahkamah bukan membuat undang-undang.
Itu tugas Parlimen.
Tugas Mahkamah ialah memberi kesan kepada undang-undang yang dibuat oleh Parlimen sama ada ia bersetuju dengannya atau tidak.
Kedua, jika undang-undang yang dibuat oleh Parlimen itu jelas tidaklah perlu bagi Mahkamah merayau ke negara-negara lain untuk mencari autoriti untuk mentafsirkan peruntukan itu.
Ketiga, jika telah terdapat penghakiman Mahkamah di negara ini, apatah lagi jika semuanya sekata dan bagi tempoh yang lama pula, kita tidak harus meninggalkannya untuk menerima pakai satu tafsiran baru yang dibuat oleh Hakim-Hakim di negara lain dalam memutuskan keskes di negara itu mengikut undang-undang negara itu, dan keadaan atau amalan di negara itu.
Selain dari itu saya juga telah meneliti penghakiman Lord Denning M.R. itu.
Satu perkara yang menarik perhatian saya ialah bahawa peruntukan s. 37(1) Representation of the People Act, 1949 (England) itu digubal secara negatif.
Maka Lord Denning M.R. menukarkannya kepada positif.
Maka, antara lain perkataan “and” ditukar kepada “or” dan “not” kepada “did”.
Walau pun agak panjang, saya perturunkan bahagian berkenaan daripada penghakimannya:
Such being the facts, I turn to the law.
It depends on s. 37(1) of the Representation of the People Act 1949, which says:
No local government election shall be declared invalid by reason of any act or omission of the returning officer or any other person in breach of his official duty in connection with the election or otherwise of the local elections rules if it appears to the tribunal having cognizance of the question that the election was so conducted as to be substantially in accordance with the law as to elections and that the act or omission did not affect its result.
That section is expressed in the negative. It says when an election is not to be declared invalid.
The question of law in this case is whether it should be transformed into the positive so as to show when an election is to be declared invalid.
So that it should run: ‘A local government election shall be decalred invalid (by reason of any act or omission of the returning officer or any other person in breach of his official duty in connection with the election or otherwise of the local elections rules) if it appears to the tribunal having cognisance of the question that the election was not so conducted as to be substantially in accordance with the law as to elections or that the act or omission did affect the result.
I think that the section should be transformed so as to read positively in the way I have stated. I have come to this conclusion from the history of the law as to elections and the cases under the statutes to which I now turn, underlining the important points.
Tanpa mengatakan beliau patut atau tidak patut berbuat demikian, undang-undang kita yang berkenaan, iaitu s. 32(b) telah digubal secara positif.
Tadi saya telah perturunkannya dalam Bahasa Malaysia.
Saya akan perturunkan pula naskah Bahasa Inggerisnya supaya mudah dibandingkan dengan peruntukan undang-undang England itu:
The election of a candidate at any election shall be declared to be void on an election petition on any of the following grounds which may be proved to the satisfaction of the Election Judge:
(a)…
(b) non-compliance with the provisions of any written law relating to any election if it appears that the election was not conducted in accordance with the principles laid down in such written law and that such non-compliance affected the result of the election;
Maka tidak ada ruang untuk mengubal undang-undang kita itu dari negatif kepada positif.
Ia sudah digubal dalam bentuk positif 20 tahun sebelum Lord Denning M.R. berbuat demikian kepada undang-undang negaranya.
Parlimen kita lebih arif nampaknya.
Saya sedar bahawa terdapat satu peruntukan, iaitu peraturan 30(c), Peraturan-Peraturan Pilihanraya (Penjalanan Pilihanraya) 1981 yang hampir serupa dengan peruntukan di England itu dan juga digubal secara negatif.
Tetapi, seperti yang dikatakan oleh Wan Yahya H. (pada masa itu dalam kes Re Tanjung Puteri Johore State Election Petition: Abdul Razak bin Ahmad v. Dato’ Md. Yunus bin Sulaiman & Anor. [1988] 1 LNS 158;[1988] 2 MLJ 111:
In my view, reg. 30(c) is merely a saving provision in the Regulations and not the authoritative provision for avoiding an election.
The real authority enabling the election judge to declare the election of a candidate void is contained in s. 32(b)…
Dalam keadaan ini, saya lebih cenderung kepada mengikuti pandangan yang telah wujud begitu lama di negara kita daripada mengikuti pandangan Lord Denning M.R. itu.
Undangundang kita begitu jelas dan telah digubal dalam bentuk positif, maka ia tidak perlu lagi digubal semula daripada negatif kepada positif seperti yang dilakukan oleh Lord Denning M.R. kepada undang-undang di negaranya itu.
Jadi, kesimpulannya dalam penghakiman saya, di bawah s. 32(b), pemilihan seseorang calon dalam, sesuatu pilihanraya itu hendaklah diisytiharkan sebagai batal jika Hakim Pilihanraya berpuashati bahawa kerana ketakpatuhan peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan pilihanraya, pilihanraya itu telah tidak dijalankan mengikut prinsip-prinsip yang ditetapkan di dalam undang-undang bertulis dan bahawa ketakpatuhan itu telah menyentuh keputusan pilihanraya itu.
Sekarang eloklah saya menimbang fakta-fakta mengenai tuduhan ketakpatuhan itu.
Kesilapan catatan pada papan mata
Saya akan bincang terlebih dahulu mengenal kesilapan catatan pada, papan mata.
Perjumlahan undi diadakan di Dewan Hamzah, Kelang.
Papan-papan mata disediakan untuk mencatat jumlah undi yang diterima oleh calon-calon.
Gambar foto papan mata bagi bahagian N41 dikemukakan.
Tidak dipertikaikan bahawa angka-angka yang tercatat seperti di dalam gambar itu (P3AD) adalah angka-angka yang memang tercatat di papan mata itu.
Catatan di papan mata itu mulai dibuat lebih kurang pukul 8.00 malam dan selesai lebih kurang pada pukul 11.00 malam.
Catatan itu tidak dipinda bila-bila masa baik sebelum atau selepas pengumuman dibuat pada lebih kurang 7.30 pagi esoknya.
Juga tidak dinafikan bahawa terdapat kesilapan beberapa angka yang tercatat di papan itu.
Pertama, bagi saloran 5. Saya perturunkan di sini:
Undi yang diperolehi: Ang Thye Chin – 222 Pu Palan – 01 Chua Kow – 232
Jumlah undi yang diterima oleh semua calon – 455 Undi yang ditolak – 01 Jumlah keseluruhan undi – 232
Adalah jelas bahawa angka 232 bagi jumlah keseluruhan undi itu tidak betul.
Ia sepatutnya 456.
Adalah jelas bahawa angka yang dicatatkan dalam ruangan itu ialah bilangan undi yang diperolehi oleh Chua Kow.
Mengenai jumlah undi bagi keseluruhan N. 41 pula (P3D), apa yang dicatatkan adalah seperti, berikut:
Undi yang diperolehi: Ang Thye Chin – 13,466 Pu Palan – 187 Chua Kow – 13,611
Jumlah undi yang diterima oleh semua calon – 27,685 Undi yang ditolak – 421 Jumlah keseluruhan undi – 27,624
Daripada catatan itu, pempetisyen mengatakan bahawa terdapat lebihan 61 undi yang diterima oleh semua calon daripada kertas undi yang dikeluarkan.
Berdasarkan apa yang tercatat di papan mata itu, apa yang dikatakan oleh pempetisyen itu memang betul.
Tetapi jika kita membuat kiraan sedikit angka “27,685” itu sepatutnya berada di ruangan kanan sekali, iaitu jumlah keseluruhan undi atau lebih tepat lagi jumlah kertas undi yang dikeluarkan.
Sebaliknya angka “27,624” itu sepatutnya berada di ruangan “Jumlah Undi Yang Diterima oleh Semua Calon”. Tetapi angka “27,624” itu pun tidak betul.
Sepatutnya “27,264”. Jika jumlah undi yang diterima oleh semua calon (27,264) ditambah dengan jumlah undi yang ditolak (421), jawapannya ialah 27,685, iaitu jumlah keseluruhan undi.
Walaubagaimana pun bahawa terdapat beberapa kesilapan catatan angka-angka pada papan mata itu adalah terbukti.
Soalnya, apakah kesannya di sisi undang-undang?
Peguam pempetisyen menghujahkan bahawa kesilapan itu adalah suatu ketakpatuhan undangundang.
Hujahnya bolehlah diringkaskan begini.
Pertama beliau merujuk kepada seksyen 5 Akta Pilihanraya 1958 yang, antara lain, menyatakan bahawa Suruhanjaya Pilihanraya hendaklah menjalankan kawalan dan penyeliaan ke atas penjalanan pentadbiran pilihanraya dan juga berkuasa mengeluarkan kepada pegawai-pegawai pilihanraya apa-apa arahan yang difikirkan perlu.
Berikutan dengan itu, Suruhanjaya Pilihanraya telah mengeluarkan Buku Panduan Calon dan Buku Panduan Pegawai Pengurus Peguam pempetisyen sendiri tidak menghujahkan bahawa buku-buku panduan itu adalah “undang-undang bertulis”, tetapi menghujahkan bahawa oleh sebab arahan-arahan itu dibuat di bawah kuasa yang diberikan oleh s. 5 Akta Pilihanraya 1958, maka papan mata itu hendaklah diisi dengan betul dan jika terdapat pembetulan bilangan undi yang diperolehi, misalnya, catatan di papan mata itu hendaklah dibetulkan.
Jika tidak, itu satu ketakpatuhan di bawah s. 32(b).
Dalam hal ini, penghakiman saya ialah, pertama, arahan-arahan yang terkandung dalam bukubuku panduan itu hanyalah arahan pentadbiran.
Ia bukanlah “undang-undang bertulis”. Oleh itu kegagalan mengisi papan mata itu dengan betul atau mengemaskininya malah kegagalan menyediakannya pun, bukanlah satu ketakpatuhan di bawah s. 32(b). Tujuan papan mata itu diadakan ialah untuk membolehkan semua yang hadir, pegawai-pegawai pilihanraya, caloncalon dan wakil-wakil mereka melihat dan mengetahui dengan mudah dan cepat kedudukan calon-calon itu dalam pilihanraya itu.
Memanglah sepatutnya papan-papan mata itu diisi dengan betul dan dikemaskini apabila perlu.
Jika tidak tiada guna ia disediakan.
Ia hanya akan menimbulkan kekeliruan, ketidakpuasan hati dan bantahan seperti dalam kes ini.
Walau bagaimana pun, pada pandangan saya, kegagalan dan kecuaian yang berlaku dalam kes ini mengenai pengisian papan mata itu bukanlah satu ketakpatuhan di bawah s. 32(b).
Perbezaan keputusan yang tercatat di papan mata dengan yang diisytiharkan dan diwartakan.
Apa yang lebih penting ialah kekeliruan yang seterusnya berbangkit daripada bebezaan di antara angka-angka yang terdapat di papan mata dengan yang diisytiharkan dan yang diwartakan.
Saya telah perturunkan tadi angka-angka yang tercatat di papan mata.
Sekarang kita lihat pula angka-angka yang dikatakan diisytiharkan.
Mengikut pempetisyen keputusan yang diisytiharkan adalah seperti berikut: Ang Thye Chin – 13,466 Pu Palan – 188 Chua Kow – 13,611 Undi rosak – 404
Jumlah keseluruhan undi yang diterima dan jumlah keseluruhan kertas undi yang dikeluarkan tidak diumumkan.
Keterangan pempetisyen dalam hal ini disokong oleh En. Pritpal Singh (SP2) seorang pembantu kepada pempetisyen dan En. Mohd.
Bashir bin Abu Kassim (SP3), seorang “Pengarah DUN41 bagi UMNO”
Sebaliknya, Enclk Abdul Hakim bin Borhan (responden ketiga), Pegawai Pengurus pilihanraya bagi bahagian N41 itu, memberi keterangan bahawa beliau mengisytiharkan keputusan seperti berikut: Ang Thye Chin (BN) – 13,461 M.P Pupalan (Bebas) – 188 Chua Kow Eng (DAP) – 13,606 Undi yang ditolak – 404 Bilangan – 27,255
Mengikut beliau, beliau juga mengumumkan peratus undi yang dibuang berbanding dengan jumlah pemilih iaitu 71.4% dan seterusnya mengisytiharkan Encik Chua Kow Eng (responden pertama) dipilih sebagai ahli Dewan Undangan Negeri bagi Bahagian N41, Bandar Kelang itu.
Beliau mengemukakan satu dokumen bertajuk “Pengisytiharan Keputusan Pilihanraya” (D18) yang mengikut beliau, beliau membacanya semasa membuat perisytiharaan itu.
Peguam pempetisyen cuba mencadangkan bahawa dokumen itu sebenarnya belum dibuat pada masa perisytiharan itu dibuat dan ianya cuma dibuat kemudiannya.
Ini dinafikan oleh responden ketiga. SR2, Penolong Pengurus pilihanraya itu juga memberi keterangan bahawa beliau ada melihat borang pengumuman (D18) pagi itu.
Memandangkan bahawa beban membuktikan dokumen itu belum ada pada masa perisytiharan itu dibuat terletak ke atas pempetisyen, yang tidak dibuktikan, maka saya terima bahawa dokumen itu, telah ada pada masa itu.
Saya juga terima keterangan responden ketiga bahawa beliau membacanya semasa membuat perisytiharan itu.
Maka kita berhadapan dengan keterangan Pegawai Pengurus pilihanraya (responden ketiga) yang mengatakan angka-angka yang beliau isytiharkan ialah seperti dalam D18, dengan tiga orang pendengar (seorang calon dan dua orang penyokongnya) yang mengatakan bahawa angka yang mereka dengar diumumkan adalah sebahagian daripadanya berlainan.
Atas imbangan kebarangkalian, saya menerima keterangan responden ketiga mengenai angka-angka dan apa-apa yang diisytiharkannya.
Seterusnya kita pergi pula kepada angka-angka yang diwartakan.
Keputusan pilihanraya itu diwartakan dalam PU (B) 277, setakat yang berkenaan, seperti berikut:
Bilangan undi yang diberi kepada: Ang Thye Chin – 13,461 Pu Palan – 188 Chua Kow @ Chua Kow Eng – 13,606 Jumlah undi diberi – 27,225 Bilangan kertas undi ditolak – 404
Jumlah kertas undi di dalam peti undi – 27,659 Jumlah kertas undi dikeluarkan – 27,720
Di sini pun berlaku kesilapan lagi.
Jumlah undi diberi yang diwartakan sebanyak 27,225 itu pula tidak betul.
Yang betul ialah “27,255”. Oleh itu satu pembetulan telah dibuat melalui PU (B) 335.
Jadi, berdasarkan fakta seperti yang saya terima pun, terdapat perbezaan di antara apa yang tercatat di papan mata bagi satu pihak dengan apa yang diisytiharkan dan diwartakan (setelah dibuat pembetulan), di satu pihak lain.
Apakah kesannya di sisi undang-undang?
Pempetisyen mengatakan bahawa angka-angka yang tercatat di papan mata itulah “keputusan sebenar”. Jika dimaksudkan bahawa itu adalah “keputusan resmi”, saya tidak bersetuju dengan pandangan itu.
Seperti yang saya sebut tadi papan mata itu diadakan cuma untuk memudahkan orang-orang yang hadir melihat dan mengetahui keputusan dengan mudah.
Keputusan resmi ialah yang diisytiharkan dan diwartakan.
Kegagalan mengisi papan mata itu dengan betul bukanlah suatu ketakpatuhan di bawah s. 32(b). Ia juga tidaklah menjadikan pilihanraya itu tidak dijalankan mengikut prinsip-prinsip yang ditetapkan di dalam undangundang bertulis mengenai pilihanraya.
Ia juga tidak menyentuh keputusan pilihanraya itu.
Berkenaan sama ada ia menyentuh keputusan pilihanraya itu patut disebut secara ringkas, adalah jelas bahawa selepas papan mata itu diisi dan pempetisyen dan pembantu-pembantunya ternampak kesilapan angka-angka yang dicatatkan, pempetisyen dan juga responden kedua meminta kiraan semula dibuat.
Mulai lebih kurang pukul 3.00, malam hingga lebih kurang pukul 7.00 pagi esok, semakan dibuat kepada helaian-helaian mata dan Borang 14. Selepas itu barulah keputusan diisytiharkan.
Keputusan yang diisytiharkan itu ialah keputusan yang diperolehli setelah menyemak semula helaian mata itu.
Apa yang tidak dilakukan ialah membetulkan angka-angka yang tertulis di papan mata itu.
Oleh itu saya tidak nampak bagaimana hendak dikatakan bahawa terdapat kesilapan di papan mata yang tidak dibetulkan itu menyentuh keputusan pilihanraya itu.
Permohonan Mengira semula kepada Pegawai Pengurus
Mengikut Petisyen, disebabkan majoriti 145 adalah sangat kecil, satu permohonan bertulis untuk pengiraan semula dibuat kepada Pegawai Pengurus (responden ketiga). Tetapi responden ketiga enggan berbuat demikian.
Terdapat pertikaian sama ada permohonan itu dibuat secara bertulis atau secara lisan.
Tetapi itu tidaklah penting.
Hakikatnya, responden ketiga pun mengaku ada permohonan untuk mengira semula dibuat oleh pempetisyen dan responden kedua.
Juga tidak dipertikaikan, bahawa permohonan pengiraan semula tidak dilayan.
Apa yang dibuat ialah menyemak Borang 14 dan setiap helaian mata.
Ini dilakukan mulai lebih kurang pukul 3.00 malam hinggalah ke pagi esoknya, lebih kurang pukul 7.00 pagi.
Sepanjang penyemakan itu pempetisyen atau wakilnya hadir.
Responden pertama terus menerus berada di meja itu.
Responden kedua sekejap ada sekejap tak ada.
Semakan itu dibuat dengan amat teliti.
Setiap tanda dibilang.
Bantahan didengar dan kesilapan dibetulkan.
Setelah selesai, mengikut responden pertama, pempetisyen berkata “puas hati”. Mengikut Encik Rosli bin Haji Udin (SR2), Penolong Pengurus Pilihanraya itu, “selepas meneliti semula semua calon bersetuju.
Tak ada yang tak puas hati.
Tak ada bantahan”.
Saya dapati, adalah betul bagi Pegawai Pengurus menolak permohonan untuk mengira semula kertas undi di tempat penjumlahan resmi undi-undi.
Kerana, di bawah Peraturan-Peraturan Pilihanraya (Penjalanan Pilihanraya) 1981 yang berkuatkuasa sekarang, tugas mengira undi ialah tugas ketua tempat mengundi yang dilakukan di tempat mengundi – peraturan 25. Hanya undi-undi pos yang dikira oleh Pegawai Pengurus – peraturan 25C. Selain dari itu tugasnya ialah membuat penjumlahan resmi undi-undi peraturan 25D
Tetapi, dalam kes ini, walaupun pengiraan semula tidak dilakukan (Pegawai Pengurus tidak ada kuasa melakukannya), Penolong Pengurus (SR2) telah membuat penyemakan semula Borang 14 dan helaian mata seperti yang saya sebutkan tadi yang berlarutan hingga ke siang esoknya.
Saya tidak fikir ada apa lagi yang patut dirunguti oleh pempetisyen.
Ejen mengira tidak dibenarkan masuk
Encik Ang Aik Chin (SP5) dipanggil memberi keterangan.
Dia memberi keterangan bahawa dia tidak dibenarkan masuk ke tempat mengira undi oleh Ketua Tempat Mengundi di Saloran2 di Sekolah Pin Wah. Peguam responden pertama membantah keterangan saksi itu dalam hal ini.
Alasannya ialah kerana alasan ini dan fakta mengenainya tidak disebut langsung dalam petisyen.
Peguam pempetisyen mengatakan ini termasuk di bawah perenggan (2) di mukasurat 8 petisyen.
Oleh sebab perkara ini berbangkit dengan tiba-tiba, kedua pihak juga tidak bersedia berhujah sepenuhnya mengenainya dan untuk tidak menghentikan perbicaraan yang sedang berjalan kerana hendak mendengar hujah dan membuat keputusan mengenai bantahan ini, saya menangguhkan keputusan mengenainya ke akhir perbicaraan, dan jika saya bersetuju dengan bantahan itu, maka semua keterangan mengenainya akan diketepikan.
Maka saya membuat keputusan itu sekarang.
Saya sekarang berkesempatan meneliti petisyen ini.
Memang betul bahawa tidak terdapat sebarang alasan atas fakta yang dikemukakan mengenai alasan baru yang hendak dikemukakan itu.
Perenggan (2) itu cuma menyebut “Bahawa pelakuan Ketua-Ketua Tempat Mengundi di pusat-pusat pengundian dan Pegawai Pengurus, Abdul Hakim bin Borhan (responden ketiga) masing-masing mencabuli peruntukan-peruntukan s. 32(b) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.” Perenggan ini adalah berkaitan dengan perenggan D di muka surat 7 petisyen itu.
Walau bagaimana pun fakta mengenai keengganan ketua tempat mengundi mana yang tidak membenarkan SP5 masuk ke tempat mengira itu tidak tersebut di mana-mana dalam petisyen itu.
Ini jelas tidak mematuhi kehendak kaedah 4, Kaedah-Kaedah Petisyen Pilihanraya 1954. Kes Bong Geok Beng v. Ahmed Nordin bin Mohamed Amin [1980] 1 MLJ 167 yang nota kepalanya saya telah petik sebelum ini, adalah authoriti dalam hal ini.
Oleh itu, saya tidak akan menimbang alasan ini dan mengenepikan semua keterangan mengenainya.
Permohonan mengira semula kepada ketua tempat mengundi
Alasan ini hanya “ditumpang” kepada alasan yang baru dibincang sebelum ini.
Ia mengatakan bahawa satu permohonan “secara lisan kepada lain-lain Ketua Tempat Mengundi di pusatpusat pengundian masing-masing” ada dibuat.
Tidak disebut di saloran mana.
Tidak ada fakta diberi.
Ini jelas tidak mematuhi peruntukan kaedah 4, Kaedah-Kaedah Petisyen Pilihanraya 1954. Oleh itu saya tidak akan menimbang alasan ini.
Kes Bong Geok Beng v. Ahmed Nordin bin Mohamed Amin [1978] 1 LNS 18[1980] 1 MLJ 167 juga berkenaan.
Ketakpatuhan berkenaan mengira undi Pos
Tidak sepatah pun diplidkan, baik alasan, fakta atau undang-undang yang tidak dipatuhi berkenaan pengiraan undi pos.
Atas alasan yang sama yang baru sebut di atas saya tidak akan menimbang alasan ini.
Kesimpulan
Kesimpulannya, adalah penghakiman saya bahawa pempetisyen tidak berjaya di bawah semua alasan yang dikemukakannya untuk mendapat perintah-perintah yang dipohonnya.
Petisyen ini ditolak.
Saya sahkan bahawa Chua Kow @ Chua Kow Eng telah dipilih dengan saksama.
Mengenai kos, saya perintahkan pempetisyen membayar kos kepada responden pertama dan ketiga.
Wang sekuriti yang dimasukkan hendaklah dibayar kepada responden pertama dan ketiga masing-masing sama banyak, terhadap kos (atau sebahagian daripadanya) yang ditaksirkan, jika tidak dipersetujui oleh pihak-pihak.
Menggunakan budibicara saya, adalah keputusan saya bahawa responden kedua tidak berhak mendapat apa-apa kos.
Seterusnya saya mengesyurkan kepada Suruhanjaya Pilihanraya supaya membawa ke perhatian Pendakwa Raya fakta bahawa responden kedua telah melanggar peruntukan s. 23 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 dan juga Akta Akuan Berkanun 1960 untuk dipertimbangkan samada pendakwaan patut dibuat terhadapnya atau tidak.
Untuk tujuan itu Ekshibit D10, Dll dan D12 hendaklah dikembalikan kepada Pegawai Pilihanraya Negeri Selangor.
Akhir sekali, saya mengesyorkan bahawa peruntukan peraturan 30(1) Peraturan-Peraturan Pilihanraya (Penjalanan Pilihanraya) 1981 dikaji semula dengan tujuan untuk memansuh atau memindanya kerana sudah terdapat s. 32(b) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mengenainya.
Jika tidak hendak dimansuhkan pun, pada pandangan saya ia patutlah dipinda supaya selaras dengan peruntukan-peruntukan s. 32(b) itu.

88 visits