BAN HOE LEONG METAL INDUSTRIES SDN BHD v. KESATUAN PEKERJA-PEKERJA PERUSAHAAN ALAT-ALAT PENGANGKUTAN

BAN HOE LEONG METAL INDUSTRIES SDN BHD v. KESATUAN PEKERJA-PEKERJA PERUSAHAAN ALAT-ALAT PENGANGKUTAN
HIGH COURT, PULAU PINANG
ABDUL HAMID MOHAMED J
USUL PEMULA NO. 25-58-92
16 AUGUST 1995
[1995] 1 LNS 498
Case(s) referred to:
1. Pahang South Union Omnibus Co. Bhd. v. Minister of Labour and Manpower & Anor. [1981] CLJ 83; [1981] CLJ 74 (Rep); [1981] 2 MLJ 199.
2. South East Asia Fire Bricks Sdn Bhd v. Non-Metallic Mineral Products Manufacturers Employees Union & Ors. [1980] 1 LNS 71; [1980] 2 MLJ 165 PC.
3. Nadarajah & Anor v. Golf Resort (M) Bhd. [1992] 1 MLJ 506.
Counsel:
PEGUAMBELA & PEGUAMCARA
1. En. Mohamed Aslam bin Mohamed Mydin, Cik Ooi Eng Choo bersama-samanya, bagi pihak Pemohon.
2. En. Mohideen Abdul Kader (Tetuan Mohideen & Partners).

JUDGMENT
Notis Usul ini dikeluarkan pada 1 Oktober 1992 untuk mendapat satu perintah certiorari untuk membatalkan Award Mahkamah Peruaahaan No. 216 tahun 1992 yang dibuat pada 25 Ogos 1992. Kebenaran untuk memohon perintah itu diberi pada 13 Mei 1993. Notis Usul Pemula difail pada 26 Mei 1993. Saya menolak permohonan ini pada 24 Pebruari 1995. Pemohon merayu.
Mula-mula eloklah diperturunkan fakta-fakta kes ini dahulu. Encik Dinagaran s/o Kunjuraman dan Encik Mohd. Yusof bin Ramli (pekerja-pekerja itu) itu bekerja sebagai pengimpal (welding) dengan Syarikat Pemohon pada 13 Mei 1986 dan 17 Disember 1981, masing-masing. Melalui surat bertarikh 15 Februari 1988 pekerja-pekerja itu diberitahu bahawa bahagian pengimpalan (welding) Syarikat itu akan ditutup dan oleh itu kedudukan mereka adalah berlebihan (redundant) dan mereka akan diberhentikan mulai 16 Februari 1988.
[Page 2]
Melalui surat-surat bertarikh 15 Februari 1988 Pemohon membayar faedah-faedah pemberhentian kepada Pekerja-pekerja itu. Kedua-dua mereka menandatangani penerimaan faedah-faedah itu pada 22 Februari 1988. Mengikut surat bertarikh 21 Februari 1988 Mohd. Yusof menyatakan bahawa pemberhentiannya taksah dan dia menerima bayaran itu dengan bantahan.
Kes ini dirujuk ke Mahkamah Perusahaan. Pihak-pihak dalam kes itu ialah Ban Hoe Leong Metal Industries Sdn. Bhd. (Syarikat) dan, Kesatuan Pekerja-Pekerja Perusahaan Alat-Alat Pengangkutan dan Sekutu (Kesatuan).
Dalam pernyataan kesnya Kesatuan mengatakan bahawa perberhentian pekerja-pekerja itu “unjustified” taksah dan tak berkesan kerana ia melanggar keadilan asasi (natural justice) dan tanpa sebab atau alasan yang patut.
Kesatuan memohon perintah supaya pekerja-pekerja itu diambil semula dan supaya mereka dibayar tunggakan gaji dan elaun dari tarikh pembuangan kepada tarikh diambil semula.
Syarikat pula dalam Pernyataan Jawapannya mengatakan bahawa pekerja-pekerja itu diberhentikan kerana mereka berlebihan (redundant).
Dalam perbicaraan di Mahkamah Perusahaan yang mengambil masa selama empat hari itu, beberapa orang saksi memberi keterangan. Dalam Awardnya (No. 216 tahun 1992) Pengerusi Mahkamah itu menulis:
[Page 3]
“Thus I’m of the opinion that there is preponderance of evidence in the present case, that the dismissals of the Claimants were done with ulterior motive of getting rid of the protem committee members, including the two Claimants.”
Mahkamah itu juga merujuk kepada satu kes lagi, Award No. 33 tahun 1992 yang melibatkan seorang “welder” lain bernama Mohouna a/p Murugam yang mengikut keputusan Mahkamah itu juga diberhentikan kerja atas alasan yang sama.
Satu perkara yang mesti diingati ialah bahawa prosiding ini bukan aatu rayuan, tetapi satu ulangkaji kehakiman. Jadi pihak yang memohon hendaklah menunjukkan bahawa Mahkamah Perusahaan telah bertindak tanpa atau melampaui bidangkuasa dan melanggar keadilan asasi – lihat Pahang South Union Omnibus Co. Bhd. v. Minister of Labour and Manpower & Anor. [1981] CLJ 83; [1981] CLJ 74 (Rep); [1981] 2 MLJ 1991, South East Asia Fire Bricks Sdn Bhd v. Non-Metallic Mineral Products Manufacturers Employees Union & Ors. [1980] 1 LNS 71; [1980] 2 MLJ 165.2.
Saya bersetuju dengan hujah peguam Responden bahawa pertikaian ini adalah satu pertikaian kesatuan seperti yang ditakrifkan oleh seksyen 2 Akta Perhubungan Perusahaan 1967, bahawa ia telah dirujuk oleh Menteri ke Mahkamah itu dengan teratur dan Mahkamah itu telah memberi perhatian kepada persoalan yang tepat iaitu sama ada terdapat keadaan “redundancy” di Syarikat berkenaan yang boleh [Page 4] menjustifikasikan pemberhentian pekerjaan pekerja-pekerja itu. Berdasarkan keterangan yang dikemukakan, Mahkamah itu telah membuat keputuaan bahawa tidak terdapat “redundancy”‘ dan membuat awardnya. Keputusan itu adalah dalam lingkungan bidangkuasa Mahkamah itu.
Pihak Syarikat menghujahkan bahawa Mahkamah Perusahaan telah bertindak tanpa atau melampaui bidangkuasa kerana tidak mengambilkira keputusan pengurusan.
Saya tidak fikir bahawa asalkan pihak majikan mengatakan bahawa terdapat “redundancy” Mahkamah Perusahaan mesti menerimanya. Dalam hal ini, Pengerusi Mahkamah itu, dengan betul mengatakan, “Since the Company is relying on redundancy as the reason for dismissals, the onus is on them to prove that that is the real reason. So it is now incumbent upon this Court to scrutinise the evidence of the witnesses for the Company namely CO-W1, CO-W2, CO-W3, CO-W4”.
Dan selepas menimbangnya Mahkamah itu membuat keputuaan yang dibuatnya itu, yang bahagian pentingnya telah diperturunkan lebih awal.
Kedua, dihujahkan bahawa Mahkamah itu telah menimbangkan perkara yang tidak berkenaan, iaitu berkenaan pemberhentian seorang pekerja bernama Mohouna a/p Murugam. Meneliti Award ini, adalah jelas keputusan dalam kes ini bukan dibuat berdasarkan fakta dan keputusan dalam kes [Page 5] itu. Mahkamah itu cuma mengatakan bahawa Mahkamah itu, secara majoriti bersetuju dengan pandangan yang diberikan dalam kes itu. Saya tidak nampak apa salahnya. Sayugia diingati juga bahawa rujukan kepada kes itu cuma dibuat selepas Mahkamah itu menimbang keterangan dalam kes ini.
Peguam pihak Syarikat juga menghujahkan bahawa Responden Pertama (Kesatuan) tidak mempunyai locus standi.
Isu ini tidak pernah dibangkitkan di Mahkamah Perusahaan. Saya berpendapat Mahkamah ini bukanlah forum untuk membangkitnya bantahan seperti itu.
Dihujahkan juga bahawa Mahkamah Perusahaan telah juga tersilap kerana melayan tuntutan pekerja-pekerja itu walaupun mereka telah menerima gaji-gaji pemberhentian bersama lain-lain bayaran. Mereka telah tertahan (estopped) daripada berbuat demikian, hujahnya. Dalam hal ini saya bersetuju dan mengikut penghakiman Eusoff Chin J. (pada masa itu) dalam kes Nadarajah & Anor. v. Golf Resort (M) Bhd.3. Dalam penghakiman itu, beliau, antara lain mengatakan
“Technical rules such as estoppel, limitation, laches, acquiescence, etc (unless otherwise provided for in the Act) have no place in industrial jurisdiction and they should not be allowed to be invoked for defeating claims which are just and proper.”
Akhirnya peguam Syarikat menghujahkan bahawa Mahkamah Peruaahaan tidak sepatutnya membuat Award kepada seorang [Page 6] pekerja (Mohd. Yusof) yang tidak hadir di Mahkamah, itu semasa perbicaraan.
Saya tidak fikir itu adalah satu alasan untuk mengeluarkan perintah certiorari terhadap Mahkamah Perusahaan itu. Walau pun dia tidak hadir, pekerja yang seorang lagi hadir. Tuntutan dibuat oleh Kesatuan bagi pihak mereka dan peguam Kesatuan hadir di sepanjang perbicaraan. Kegagalan hadir atau memberi keterangan tidaklah boleh dijadikan alasan untuk mengeluarkan perintah certiorari. Seperti yang saya sebut lebih awal, ini adalah ulangkaji kehakiman, bukan rayuan. Soal inferens yang menentang adalah soal keterangan. Dalam ulangkaji kehakiman bukanlah tugas Mahkamah untuk meneliti sama ada setiap peratuan mengenai keterangan dipatuhi, seperti dalam rayuan. Mahkamah ini juga tidak sepatutnya campur tangan dalam penemuan fakta Mahkamah itu. Saya dapati bahawa Pemohon tidak dapat menunjukkan bahawa Mahkamah Perusahaan telah bertindak tanpa atau melampaui bidangkuasa atau melanggar keadilan asasi.
Saya menolak permohonan ini dengan kos.
Abdul Hamid bin Hj. Mohamed
Hakim, Mahkamah Tinggi
Pulau Pinang.
[Page 7]
PEGUAMBELA & PEGUAMCARA
1. En. Mohamed Aslam bin Mohamed Mydin, Cik Ooi Eng Choo bersama-samanya, bagi pihak Pemohon.
2. En. Mohideen Abdul Kader (Tetuan Mohideen & Partners).
SENARAI KES YANG DIRUJUK
1. Pahang South Union Omnibus Co. Bhd. v. Minister of Labour and Manpower & Anor. [1981] CLJ 83; [1981] CLJ 74 (Rep); [1981] 2 MLJ 199.
2. South East Asia Fire Bricks Sdn Bhd v. Non-Metallic Mineral Products Manufacturers Employees Union & Ors. [1980] 1 LNS 71; [1980] 2 MLJ 165 PC.
3. Nadarajah & Anor v. Golf Resort (M) Bhd. [1992] 1 MLJ 506.
16.8.95.

207 visits