CHAN KAR ENG v. RAM L BELANI DAN LAIN-LAIN

CHAN KAR ENG v. RAM L BELANI DAN LAIN-LAIN
HIGH COURT, PULAU PINANG
ABDUL HAMID MOHAMED J
USUL PEMULA NO 25-45 OF 1992
3 MAY 1993
[1993] 1 LNS 176
Counsel:
Darshan Singh (Darshan Singh & Co) bagi pihak pemohon.
Ahmad Zaki bin Hj Husin (Penasihat Undang-Undang Negeri) bagi pihak responden pertama dan kedua.

PENGHAKIMAN
Kedua pihak bersetuju hujah-hujah mereka dalam kes 25-26-92 dipakai dalam kes ini. Tetapi satu perbezaan fakta perlu disebut di sini, iaitu pada tarikh bantahan terhadap persidangan Jemaah yang dipengerusikan oleh Responden Pertama itu dibuat, ada Pengerusi terlantik.
Oleh itu alasan yang saya berikan dalam kes 25-26-92 bahawa, jika perlantikan Responden Pertama sah pun, beliau tidak boleh menjalankan tugas Pengerusi kerana tidak ada Pengerusi terlantik, tidak terpakai dalam kes ini.
Tetapi keputusan saya bahawa perlantikan Responden Pertama sebagai Timbalan Pengerusi taksah atas alasan-alasan yang saya berikan dalam kes itu adalah terpakai.
Oleh itu permohonan (prayer) pertama diluluskan. Permohonan (prayer) kedua ditolak, juga atas alasan yang sama yang saya berikan dalam kes itu. Responden-Responden hendaklah membayar kos Pemohon.
Bertarikh hari ini, 3hb Mei 1993.

49 visits