YEO SIAK WENG v. WEE AH LIAN

YEO SIAK WENG v. WEE AH LIAN
HIGH COURT, PULAU PINANG
ABDUL HAMID MOHAMED J
USUL PEMULA NO 25-31 OF 1992
1 MARCH 1993
[1993] 1 LNS 165

Counsel:
Petra Oon (Lim, Lim & Oon) bagi pihak pemohon.
S P Annamalai (Annamalai & Co) bagi pihak responden.

ALASAN PENGHAKIMAN
(Lampiran 1)
Dulu Plaintif dan Defendan adalah suami-isteri. Mereka bercerai. Tetapi, pergaduhan di antara mereka tidak tamat di situ. Mereka bergaduh pula berkenaan harta. Ini menyebabkan kes yang berpanjangan dan beberapa banyak perintah dibuat oleh Mahkamah. Akhir sekali adalah perintah yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan Singapura pada 28 Februari 1992.
Perlu disebut di sini bahawa semua yang saya sebutkan di atas berlaku di Singapura. Kes ini berbangkit di sini kerana harta (rumah) berkenaan terletak di Pulau Pinang.
Pada 16 April 1986, Responden (isteri) memasukkan kaveat terhadap harta di Pulau Pinang itu. Dalam Akuan Berkanunnya bertarikh 15 April 1986, dia mengatakan bahawa harta tersebut dibeli oleh suaminya atas nama suaminya daripada hasil pendapatan mereka bersama. Atas alasan itulah kaveat itu dimasukkan. [2]
Kemudian, pada 28 Februari 1992, Mahkamah Rayuan Singapura memutuskan kes mereka. Perintah Mahkamah itu, berkenaan dengan harta di Pulau Pinang itu, menyatakan:
“The Respondent (Pemohon sekarang – ditambah) do pay the Appellant (Responden sekarang – ditambah) the sum of $207,000.00 in lieu of No. 27 Puncak Ria Lima, Penang.”
Pada 17 Mac 1992, Responden memasukkan kaveat baru ke atas harta berkenaan. Dalam Perisytiharaan Berkanunnya bertarikh 12 Mac 1992 di perenggan 2 hingga 5, Responden menyatakan:
“2. The legal proceedings between me and my husband, TEO SIAK WENG in the Singapore High Court vide Divorce Petition No. 618 of 1986 and the Singapore Court of Appeal vide Civil Appeal No. 87 of 1990 had been concluded by a Judgment of the Court of Appeal dated 28th February 1992 and a photocopy of the said Judgment is produced and exhibited herewith marked as “W-1″.
3. Mr. Teo Siak Weng is required to pay to me a sum of $207,000/- in lieu of the said property in addition to various other sums of monies and in these circumstances I do have a just and valid interest in the said property which requires to be protected by a private caveat.
4. The Private Caveat Bil. No. 904/86 Jilid No. 132 Folio No. 32 lodged by me on 16.4.86 against the said property will be expiring on or about 15th April 1992 after 6 years. The said Tan Siak Weng had on or about 6th April 1991 filed Penang High Court Originating Motion No. 25-16-1991 for removal of the said private caveat but these proceedings had by consent of counsel been adjourned sine die on 10.10.91.
5. In view of the changes brought about by the Singapore Court of Appeal Judgment on 28.2.92 and in view of my claims against the said property thereunder I have a caveatible interest in the said property and I am hereby applying for a fresh caveat to be entered against the said property.” [3]
Adalah nyata bahawa asas tuntutan Responden berdasarkan perintah Mahkamah Rayuan Singapura itu. Soalnya adakah Perintah itu memberi “title to, or any registrable interest in, any alienated land or any right to such title or interest” – seksyen 323 Kanun Tanah Negara.
Dalam penghakiman saya, Perintah itu adalah satu perintah supaya Pemohon membayar wang sebanyak $207,000.00. Wang sejumlah itu dikehendaki dibayar sebagai ganti (in lieu of) harta tersebut. Apabila sesuatu perkara telah diganti, ia tidak ada lagi. Yang ada ialah pengganti, iaitu bayaran sejumlah wang. Hak untuk dibayar sejumlah wang bukanlah hak atau kepentingan yang boleh menjadi asas memasukkan kaveat persendirian di bawah seksyen 323 Kanun Tanan Negara.
Atas alasan ini sahaja permohonan patut diluluskan.
Peguam Responden cuba mengajak saya menimbang perkara-perkara yang menyebabkan Mahkamah Rayuan Singapura itu membuat keputusan itu. Khususnya beliau menghujahkan bahawa perintah itu dibuat sedemikian rupa kerana Pemohon telah memaklumkan Mahkamah itu bahawa harta itu “was fully encumbered in that the International Bank of Singapore had a lien on it, equivalent to its market value” – lihat [1992] 1 SCR 688 @ 697 H.
Saya berpendapat alasan mengapa Mahkamah rayuan Singapura itu membuat perintah sedemikian tidak berkenaan dalam memutuskan persoalan di hadapan saya. Kerana, [4] bukanlah peranan Mahkamah ini untuk mengulangkaji penghakiman itu.
Satu perkara lagi yang patut diambil perhatian ialah penghakiman itu masih belum didaftarkan di Malaysia dan, oleh itu, masih belum boleh dilaksanakan di Malaysia.
Atas alasan ini saya meluluskan permohonan Pemohon seperti yang terkandung dalam perenggan (a), (b), (c), (d) yang akan ditaksirkan oleh Penolong Kanan Pendaftar, dan (e).

156 visits