CHAN EWE LEONG THOMAS & LAIN-LAIN v. DATO LEE SAIK KEE & LAIN-LAIN

CHAN EWE LEONG THOMAS & LAIN-LAIN v. DATO LEE SAIK KEE & LAIN-LAIN
HIGH COURT, PULAU PINANG
ABDUL HAMID J
SAMAN PEMULA NO 24-753-92 DAN 24-826-92
14 DECEMBER 1992
[1992] 1 LNS 46; (1993) 2 CLJ 151

PERSATUAN YANG TIDAK DIPERBADANKAN – Undi proksi – Pemilihan ahli jawatankuasa – Sama ada seorang ahli yang tidak hadir boleh mengundi bagi pihak lain yang tidak hadir – Sama ada pengerusi salah membuat keputusan tidak mengemukakan soal ini kepada mesyuarat usul

PERSATUAN YANG TIDAK DIPERBADANKAN – Mesyuarat – Kuasa pengerusi – Sama ada pengerusi patut mempengerusi mesyuarat memandangkan beliau mempunyai kepentingan dalam mesyuarat itu

PERSATUAN YANG TIDAK DIPERBADANKAN – Mesyuarat – Kuasa pengerusi – Sama ada pengerusi boleh mengenepikan kehendak ahli-ahli
Case(s) referred to:
McMillan v Le Roi Mining Co Ltd [1906] 1 Ch 331 (diikuti)
Carruth v Imperial Chemical Industries Ltd [1937] AC 707; [1937] 2 All ER 422 (dirujuk)
Florence Bailes v Dr Ng Jit Leong [1985] 1 MLJ 374 (dibeza)
NVR Nagappa Chettiar v The Madras Race Club AIR [1951] Madras 831 (tidak diikut)
Narayana Chettiar & Anor v The Kaleeswaran Mills Ltd [1952] AIR Madras 515 (tidak diikut)
Wishart v Henneberry (1962) 3 FLR 171 (dirujuk)
Kerr v Kerr [1976] BCR 69 (dirujuk)
Byng v London Life Association Ltd [1990] 1 Ch 170 (dirujuk)
Tanjong Jaga Sdn Bhd v Minister of Labour and Manpower & Anor [1987] 1 MLJ 124 (dibeza)
Ex p Mawby [1854] E1 EBL 717 (dirujuk)
Morgan & Ors v Simpson & Anor [1974] 3 All ER 722 (dirujuk
Counsel:
Gan Teik Chee (Gan Teik Chee & Ho) bagi pihak plaintif dalam Saman Pemula No 24?753?92.
T Thomas (Skrine & Co) bagi pihak plaintif dalam Saman Pemula No 24?826?92.
Rumi Manecksha (Ong & Manecksha) bagi pihak defendan dalam kedua-dua Saman Pemula No 24?753?92 dan 24?826?92.

Abdul Hamid H
Terdapat dua kes yang berkaitan. Kedua-duanya berperkara yang sama. Kesemua pihak bersetuju kedua-duanya didengar bersama.
Dalam kedua-dua kes, kesemua plaintiff dan defendan adalah ahli-ahli biasa Penang Turf Club. Secara ringkas, plaintif-plaintif dalam kedua-dua kes ini memohon perisytiharan bahawa pemilihan defendan pertama hingga kelapan sebagai ahli-ahli jawatankuasa kelab (‘AJK kelab’) dan pemilihan defendan kesembilan hingga ketujuhbelas sebagai ahli-ahli jawatankuasa pe(‘AJK pemilihan’) adalah tidak sah dan lain-lain perintah sampingan.
Walaupun dalam kedua-dua kes terdapat permohonan melalui saman dalam kamar untuk perintah injunksi sementara, dengan persetujuan semua pihak, demi untuk menyelesaikan perbalahan ini dengan segera, saya mengarahkan saman pemula didengar terus. Ini telah dilakukan dan inilah penghakiman saya.
Fakta-fakta, terutama sekali tentang apa yang berlaku dalam mesyurat agung, dipersetujui seperti yang terkandung dalam laporan verbatim yang dikemukakan. Alasan-alasan yang dikemukakan dalam kedua-dua kes ini adalah sama, walaupun terdapat sedikit perbezaan tentang pendekatannya.
Supaya mudah mengikutinya, eloklah diperturunkan fakta-fakta yang tidak dipertikaikan dan/atau yang saya terima.
Kelab itu mengadakan mesyuarat agungnya pada 28 Julai 1992. Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Tuan Haji Sidek selaku pemangku Yang Dipertua kelab itu. Antara agenda dalam mesyuarat itu ialah pemilihan lapan orang AJK kelab dan sembilan orang AJK pemilihan.
Di sini eloklah diperturunkan secara ringkas apa yang berlaku dalam mesyuarat itu mengikut susunan mana yang terdahulu. Hanya perkara-perkara yang penting bagi memutuskan kes ini sahaja diperturunkan.
Apabila mesyuarat itu sampai ke peringkat pemilihan AJK kelab, terdapat perbincangan yang panjang lebar berkenaan cara ahli-ahli yang telah memberi proksi tetapi hadir dalam mesyuarat itu hendak mengundi. Ahli-ahli menyuarakan kebimbangan mereka kiranya akan berlaku keadaan di mana undi seorang ahli itu dikira dua kali, sekali melalui kertas undi dan sekali melalui undi proksi. Akhirnya, ahli-ahli diberi pilihan. Sesiapa yang mahu proksinya kekal (‘proxy to stand’) dikehendaki menyerahkan balik kertas undi (‘ballot paper’) mereka. Mereka yang mengundi dengan menggunakan kertas undi, proksinya dibatalkan. Tidak ada bantahan tentang cara ini.
Pengundian dijalankan. Mesyuarat ditangguhkan untuk jamuan ringan.
Apabila mesyuarat disambung semula, pengerusi memaklumkan mesyuabahawa pengiraan sudah hampir siap. Dan, pada masa itulah pengerusi mengumumkan bahawa undi proksi yang dipegang oleh pemegang-pemegang proksi yang tidak hadir, tidak akan dikira.
Mulai dari titik itulah kekecohan berlaku. Sebilangan ahli-ahli membantah keputusan itu. Ada yang menyokong.
Usul dikemukakan dan disokong supaya persoalan itu diputuskan oleh mesyuarat. Pengerusi tidak membenarkan usul itu.
Usul tidak percaya terhadap pengerusi dikemukakan dan disokong. Pengerusi tidak membenarkannya juga.
Pengerusi mengisytiharkan keputusan. Undi-undi yang diambil kira ialah undi-undi yang dibuat melalui kertas undi dan undi-undi proksi yang peproksi itu hadir. Perlu disebut di sini bahawa pemegang-pemegang proksi itu tidak mengundi dengan menggunakan kertas undi. Asalkan seseorang pemegang proksi itu hadir, bilangan proksi yang telah didepositkan olehnya di pejabat setiausaha diambil kira secara automatik.
Mesyuarat sampai ke peringkat pemilihan AJK pemilihan (‘election committee’). Sedang pengundian itu berjalan, Tun Dato’ Seri Dr Lim Chong Eu (‘Tun Dr Lim’), plaintif dalam Kes No 24-826-92 tiba.
Antara lain, beliau meminta supaya persoalan sama ada undi proksi yang dipegang oleh ahli yang tidak hadir patut diambil kira atau tidak dikemukakan untuk keputusan mesyuarat. Ini tidak dipersetujui oleh pengerusi. Cadangan dibuat dan disokong supaya dibuat pengiraan semula. Adalah nyata tujuan cadangan itu ialah supaya proksi yang dipegang oleh Tun Dr Lim diambil kira, kerana beliau telah hadir. Pengerusi menolak cadangan itu kerana, mengikut pendapatnya, pemilihan AJK kelab telah selesai dan keputusan telah diisytiharkan. Tun Dr Lim berhujah bahawa pengundian bagi kedua-dua jawatankuasa belum selesai. Beliau meminta kertas undi. Tidak dinafikan bahawa kertas undi tidak diberi kepada Tun Dr Lim bagi pemilihan kedua-dua jawatankuasa dan proksi yang dipegangnya, bagi pemilihan kedua-dua jawatankuasa itu, tidak dikira.
Tun Dr Lim sekali lagi meminta persoalan itu dikemukakan untuk diputuskan oleh mesyuarat. Apabila permintaan itu tidak dipersetujui, seorang ahli mengusulkan supaya mesyuarat diminta memutuskan sama ada pengerusi berkuasa mengenepikan (‘overrule’) kehendak ahli-ahli. Usul itu disokong. Tetapi pengerusi tidak membenarkannya.
Kemudian, seorang ahli mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap pengerusi dan disokong. Pengerusi menolak usul itu atas alasan ia di luar aturan.
Tun Dr Lim dan penyokong-penyokongnya keluar meninggalkan mesyuarat itu. Keadaan menjadi reda. Mesyuarat diteruskan.
Kemudian pengerusi mengisytiharkan keputusan pemilihan AJK pe. Cara pengiraan undi dibuat adalah sama seperti bagi pemilihan AJK kelab. Tun Dr Lim tidak berpeluang mengundi dan proksi yang dipegangnya tidak dikira.
Adalah jelas bahawa pokok pangkal perbalahan berbangkit daripada pengumuman yang dibuat oleh pengerusi bahawa undi proksi yang pemegang-pemegangnya tidak hadir tidak akan dikira. Perbalahan yang lainnya berbangkit daripada pengumuman itu. Alasan-alasan selain daripada mengenai betul atau tidaknya keputusan pengerusi dalam perkara itu, seperti cara pengundian melalui proksi tidak betul, pengerusi tidak patut mempengerusikan mesyuarat semasa pemilihan dijalankan adalah alasan-alasan yang difikirkan kemudian dan dihujahkan di mahkamah ini untuk mendapat perintah-perintah yang dipohon.
Saya berpendapat bahawa yang penting hendaklah dipentingkan, yang utama diutamakan. Mahkamah ini patut memberi perhatian kepada perpokok itu terlebih dahulu.
Soalnya, adakah keputusan yang dibuat oleh pengerusi itu betul?
Dalam memutuskan persoalan ini, pertama, perlu diambil perhatian peruntukan k 23:
No general proxies shall be allowed. The vote of any ordinary member may, however, be given on his behalf by another ordinary member by proxy provided that the instrument appointing the proxy be in writing and in order, and shall, in the opinion of the chairman, state clearly the vote of the absent member on any question before the meeting. The instrument appointing the proxy must be deposited at the secretary’s office not less than 48 hours before the time for holding the meeting or adjourned meeting, as the case may be, at which the person named in such instrument proposes to vote.
Borang proksi, yang disedia dan digunakan adalah seperti berikut:
I,………… of………… an ordinary member of the Penang Turf Club declare that I authorize………… to act and vote as and for me the election of eight members of committee and subsequently the president and also, nine members of the election committee as set out hereunder at the annual general meeting to be held on the………… day of………… 19…. at………… pm or at any adjournment thereof.
Members of Committee Members of Election Committee
……………………
……………………
……………………
……………………
……………………
………………………………………………………………..
……………………
……………………
……………………
President
…………
Dated this………… day of………… 19….
…………
(signature of ordinary member)
Memanglah k 23 dan borang proksi itu tidak menyebut bahawa pemegang proksi mesti hadir jika dia hendak mengundi. Tetapi, dalam penghakiman saya, adalah jelas bahawa dia mestilah hadir jika dia hendak mengundi. Kaedah itu mengatakan: ‘The vote of any ordinary member may, however, be given on his behalf by another ordinary member by proxy ?’. Ertinya, undi seseorang ahli biasa boleh diberi bagi pihaknya melalui proksi. Bagaimana dia (pemegang proksi) akan mengundi bagi pihak ahli lain kalau dia sendiri tidak hadir? Kalau dia sendiri tidak boleh mengundi bagi dirinya kalau dia tidak hadir, begaimana hendak dikatakan dia boleh mengundi bagi pihak ahli lain yang juga tidak hadir? Kaedah itu juga merujuk kepada pemberian proksi itu sebagai ‘the absent member’. Ini juga menunjukkan bahawa ahli yang hendak mengundi bagi pihak ahli yang tidak hadir itu adalah ahli yang hadir. Di akhir kaedah itu, terdapat kata-kata ‘at which the person named in such instrument proposes to vote’. Ini menunjukkan pemegang proksi itu akan mengundi. Borang proksi itu sendiri mengatakan bahawa pemberi proksi itu ‘authorizes ? to act and vote as and for me ?’. Ertinya pemberi proksi cuma memberi kuasa kepada pemegang proksi untuk mengundi bagi pihaknya.
Kesimpulannya, dalam penghakiman saya, seorang ahli yang tidak hadir di mesyuarat agung itu tidak boleh mengundi bagi pihak ahli lain yang tidak hadir. Kes Mc Millan v Le Roi Mining Co Ltd 1 juga menyokong pandangan ini. Oleh itu, dalam penghakiman saya, keputusan yang dibuat oleh pengerusi itu adalah betul.
Sekarang, eloklah saya bincangkan hujah peguam plaintif-plaintif dalam Kes No 24?753?92 bahawa cara pengundian proksi itu dijalankan tidak betul dan oleh itu pengundian yang dibuat tidak sah.
Perlu disebut di sini bahawa pemegang-pemegang proksi tidak diberi kertas undi untuk membuat pengundian proksi. Proksi yang dipegang oleh mereka dikira sebagai undi, asalkan mereka hadir dalam mesyuarat itu.
Kaedah-kaedah kelab itu tidak menyebut bagaimana cara pengundian jawatankuasa kelab dan jawatankuasa pemilihan patut dilakukan. Tetapi kelab itu ada menyediakan tiga jenis kertas undi (‘ballot paper’), satu masing-masing untuk pemilihan AJK kelab, AJK pemilihan dan Yang Dipertua.
Kertas undi AJK kelab mengandungi dua kolum (‘column’), satu untuk nama-nama calun dan satu lagi untuk ditandakan oleh ahli yang mengundi. Kertas undi AJK pemilihan pula hanya mempunyai satu kolum. Seseorang ahli mengundi dengan menulis nama calun-calun yang dipilihnya. Kedua-dua kertas undi itu tidak mempunyai kolum untuk undi proksi. Adalah jelas bahawa kertas undi itu adalah untuk undi biasa, bukan undi proksi. Jika ia hendak dipakai untuk undi proksi, cara yang mudah ialah dengan memberi seseorang ahli yang hendak mengundi secara proksi itu dan menghendakimengisi sebilangan borang yang sama banyak dengan bilangan proksi yang dipegangnya atau, jika cuma sehelai kertas undi itu diberi, menghendakimenyatakan bilangan undi proksi yang dipegangnya dalam kertas undi itu. Kedua-dua cara itu tidak dilakukan. Sebaliknya, asalkan pemegang-pemegang proksi itu hadir, undi proksinya dikira secara automatik daripada borang proksi yang didepositkan oleh ahli itu di pejabat setiausaha.
Seperti yang saya telah sebutkan, kaedah-kaedah kelab tidak memcara pengundian proksi patut dilakukan. Sepanjang-panjang mesyuarat itu tidak ada apa-apa bantahan dibangkitkan berkenaan cara yang dipakai itu. Tidak boleh dikatakan bahawa hasil daripada penggunaan cara itu, terdapat salah kira undi-undi proksi. Semua undi proksi yang dipegang oleh ahli yang hadir dikira.
Persetujuan semua ahli dalam mesyuarat itu dengan cara itu adalah jelas dari laporan verbatim mesyuarat itu. Mereka tidak patut diizinkan memsekarang. Mereka boleh tetapi tidak membangkitkan perkara itu dalam mesyuarat itu. Dalam penghakiman saya, mereka telah ‘waived’ hak untuk membantah cara pengundian proksi itu ? lihat Carruth v Imperial Chemical Industries Ltd 2. Cara yang digunakan itu tidak melanggar peruntukan mana-mana kaedah kelab itu. Ia bukanlah satu ‘illegality which cannot be waived’.
Kesimpulan penghakiman saya berkenaan isu ini ialah cara pengundian proksi itu dilakukan tidak melanggar mana-mana peruntukan kaedah kelab itu, cara yang digunakan itu tidak menyebabkan apa-apa kecacatan dalam pengundian itu dan oleh sebab tidak ada apa-apa bantahan dibuat dalam mesyuarat itu, ahli-ahli bolehlah disifatkan sebagai telah ‘waived’ hak mereka untuk membantah. Oleh itu, pemilihan yang dibuat tidak menjadi tidak sah atas alasan itu.
Sekarang, eloklah saya timbangkan hujah bahawa Tuan Haji Sidek tidak sepatutnya mempengerusikan mesyuarat itu kerana beliau mempunyai kepentingan, sebab beliau sendiri bertanding untuk jawatan AJK.
Tidak boleh dan tidak dinafikan bahawa beliau diberikuasa oleh k 6 untuk mempengerusikan mesyuarat itu. Soalnya adakah hakikat bahawa beliau bertanding untuk jawatan AJK kelab sahaja menjadikannya tidak layak untuk mempengerusikan mesyuarat itu? Jawapan saya ialah ‘tidak’. Adakah hakikat itu dengan sendirinya menjadikannya tidak layak untuk mempengerusikan mesyuarat itu semasa mesyuarat itu membuat pemilihan AJK kelab?
Eloklah saya bincang autoriti-autoriti yang dikemukakan terlebih dahulu.
Saya dirujukkan kepada kes Florence Bailes v Dr Ng Jit Leong 3 di mana Ajaib Singh H memutuskan bahawa penggantungan keahlian plaintif tak sah kerana, antara lain:
Held: (1)…
(2)…
(3)… there was a real likelihood of bias on the part of a member of the committee concerned, namely, Mr Stone because of his close relationship with Madam Teoh.
Sambil pemakaian kaedah keadilan asasi dalam kes itu tidak boleh diper, kes itu bukanlah satu autoriti yang tepat dengan persoalan yang sedang dipertimbangkan.
Dua kes dari India yang dirujukkan oleh peguam-peguam plaintif-plaintif adalah lebih berkenaan. Kes-kes itu ialahNVR Nagappa Chettiar v The Madras Race Club 4 and Narayana Chettiar v The Kaleeswaran Mills Ltd 5.
Dalam kes Nagappa Chettiar 4, diputuskan bahawa pemilihan ‘managing committee’ tidak sah. Salah satu daripada sebab-sebab yang diberi ialah pengerusi mesyuarat itu sendiri adalah seorang calun untuk jawatan itu. Tetapi perlu diambil perhatian bahawa terdapat bantahan di mesyuarat itu berkenaan keesahan pencalunan calun-calun yang bertanding. Pengerusi mesyuarat itu sendiri membuat keputusan bahawa pencalunan mereka, termasuk dirinya adalah sah.
Kes Narayana Chettiar v The Kaleeswaran Mills Ltd 5 juga nampaknya menyokong pandangan bahawa seseorang itu tidak patut mempengerusikan sesuatu mesyuarat jika agenda mesyuarat itu termasuk pengesahan perlansebagai pengarah syarikat berkenaan.
Perlu disebut bahawa pandangan-pandangan hakim-hakim yang arif dari India itu hanyalah bersifat ‘persuasive’ kepada mahkamah di negara kita. Saya tidak fikir mahkamah-mahkamah di negara ini patut mengikut secara buta tuli setiap pandangan hakim-hakim itu. Kita perlu menilai pandangan-pandangan itu berdasarkan amalan yang biasanya dilakukan di negara kita. Sebagai perbandingan penerimaan ‘common law of England’ di negara ini pun tertakluk kepada kesesuaiannya dengan keadaan di negara kita. Ini diperuntukkan oleh s 3 Akta Undang-Undang Sivil 1956. Malangnya, peruntukan ini kerap-kali dilupai.
Hakikat bahawa tidak terdapat sebarang penghakiman oleh mahkamah-mahkamah di negara ini, (saya diberitahu oleh peguam kedua belah pihak) menunjukkan bahawa perkara seperti itu tidak pernah dibangkitkan di negara kita. Sebaliknya, saya yakin, adalah satu kebiasaan di negara ini bagi seseorang itu mempengerusikan mesyuarat sesebuah persatuan atau kelab walaupun dia sendiri turut bertanding untuk sesuatu jawatan. Atas alasan itu sahaja, saya tidak fikir kita boleh berkata bahawa semua mesyuarat kelab dan persatuan di negara ini tidak mengikuti kaedah keadilan asasi dan semuanya tidak sah.
Kesimpulannya, dalam penghakiman saya, hakikat bahawa sesuatu mesitu dipengerusikan oleh seorang pengerusi yang turut bertanding untuk sesuatu jawatan tidaklah, atas sebab itu sahaja, menjadi tidak sah. Tetapi, jika oleh sebab kepentingan dirinya, dia mengendalikan mesyuarat itu dengan cara yang berat sebelah, dengan cara yang melanggar peraturan-peraturan kelab atau persatuan itu, dengan cara yang tidak adil, seperti menghalang ahli-ahli yang berhak mengundi daripada mengundi dan memorang-orang yang tidak berhak mengundi, mengundi dan, dengan itu, menyebabkan keputusan pemilihan yang tidak betul, maka mahkamah patutlah campur tangan. Dalam lain perkataan, apa yang harus diberi peroleh mahkamah bukanlah kepada diri pengerusi itu tetapi kepada tindakannya. Jika didapati tindakannya itu seperti dan membawa akibat seperti, yang saya sebut di atas, mahkamah patutlah campur tangan. Tetapi, mahkamah tidak patut campur tangan semata-mata kerana suatu mesyuarat itu dipengerusikan oleh seorang yang bertanding untuk sesuatu jawatan.
Di sini, perlulah ditimbang pula tindakan Tuan Haji Sidek dalam memmesyuarat dan memutuskan sama ada tindakannya itu mekaedah-kaedah kelab, melanggar peraturan-peraturan mesyuarat, berat sebelah dan mengakibatkan pemilihan yang tidak betul.
Fakta-fakta yang menjadi alasan bagi hujah ini ialah:
(a) Yang Dipertua kelab semasa melawat Tun Dr Lim di hospital tidak memberitahu Tun Dr Lim bahawa beliau mesti hadir jika beliau mahu mengundi secara proksi;
(b) Tuan Haji Sidek sepatutnya membuat pengumuman itu lebih awal;
(c) keengganan Tuan Haji Sidek mengemukakan persoalan itu kepada mes, walaupun ada usul yang dicadang dan disokong untuk berbuat demikian;
(d) keengganan Tuan Haji Sidek mengemukakan kepada mesyuarat usul sama ada pengerusi berhak mengenepikan kehendak ahli-ahli; dan
(e) keengganan Tuan Haji Sidek untuk mengemukakan kepada mesyuarat usul undi tidak percaya terhadapnya walaupun dicadang dan disokong.
Berkenaan (a), saya berpendapat bahawa tidak ada apa-apa tanggungjawab di sisi undang-undang atau kaedah kelab yang menghendaki Yang Di-pertua kelab berbuat demikian, apatah lagi di katil hospital. Undi proksi beliau sendiri pun tidak dikira atas alasan yang sama. Lagi pula, Tuan Haji Sidek tidak boleh dipersalahkan kerana kegagalan beliau.
Berkenaan (b), saya juga berpendapat bahawa tidak terdapat bukti bahawa Tuan Haji Sidek sengaja memilih saat itu untuk mengecewakan Tun Dr Lim dan penyokong-penyokongnya.
Bagaimana jika beliau tidak membuat pengumuman itu langsung tetapi pengiraan undi dibuat atas prinsip yang sama? Bagaimana jika beliau juga mengumumkan bahawa cuma ahli-ahli yang hadir boleh mengundi bagi dirinya sendiri, pada masa itu? Adakah akan dihujahkan bahawa, jika dibuat, ini juga dibuat dengan cara yang tidak jujur, kerana ia dibuat pada masa itu?
Setiap ahli harus tahu bahawa jika dia hendak mewakili seorang yang tak hadir dia perlulah hadir, sama seperti seorang ahli tahu jika dia hendak mengundi sendiri dia mesti hadir. Pengumuman itu hanyalah untuk makluman. Masa pengumuman itu dibuat tidaklah boleh dijadikan alasan bahawa ia dilakukan dengan cara mala fide. Malah, dalam penghakiman saya, tidak ada apa salahnya jika beliau tidak membuat pengumuman itu langsung.
(c), (d) dan (e) boleh dibincangkan bersama.
Mengenai persoalan ini, peruntukan kk 6, 22 dan 55 dirujukkan. Supaya mudah dirujuk, eloklah diperturunkan di sini:
(6) ? The president or the acting president as the case may be shall during his term of office preside at all general meetings and all meetings of the committee and shall be responsible for the proper conduct of all such meetings.
(22) ? All questions other than a question arising under rr 39 and 52 shall be decided by a majority of votes, the chairman having, in case of equality of votes, a second or casting vote.
(55) Every member shall be bound by and submit to the rules and by-laws of the club.
Beberapa autoriti dari England dan Australia dikemukakan. Tetapi, antaranya, kes-kes Wishart v Henneberry 6 dan Kerr v Kerr 7 adalah lebih berkenaan.
Wishart 6 adalah penghakiman Commonwealth Industrial Court, Sydney, manakala Kerr v Kerr 7 adalah keputusan Mahkamah Tinggi, Timaru (saya tidak tahu di mana letaknya). Prinsip-prinsip yang disebut dalam kes-kes itu berkenaan peranan, kuasa dan tanggungjawab seseorang pengerusi bolehlah dibaca sebagai panduan. Saya tidak bercadang menganalisanya seperti yang saya perlu lakukan sekiranya ia penghakiman Mahkamah Agung Malaysia atau mentafsirkannya seperti ia suatu akta Parlimen Malaysia.
Rasanya, lebih bermanafaat kiranya saya membincangkan fakta-fakta kes ini dan membuat keputusan mengenainya.
Salahkah pengerusi kerana beliau tidak mengemukakan kepada mesyuarat usul sama ada soal pemegang proksi yang tidak hadir boleh mengundi bagi pihak ahli-ahli yang memberi proksi itu?
Dihujahkan bagi pihak plaintif-plaintif bahawa mengikut k 22, semua persoalan (selain daripada persoalan yang berbangkit di bawah kk 39 dan 52) mestilah diputuskan dengan undi terbanyak. Oleh itu, pengerusi mestilah mengemukakan usul itu untuk diputuskan oleh mesyuarat.
Dalam penghakiman saya, kaedah itu tidak mewajibkan pengerusi mengemukakan apa sahaja usul asalkan ada pencadang dan penyokong untuk diputuskan oleh mesyuarat, tidak kira ia munasabah atau tidak, relevan atau tidak dan tidak kira apa jenisnya.
Soal yang berbangkit dan diputuskan oleh pengerusi ialah soal pentafsiran kaedah-kaedah kelab, terutama sekali k 23. Ini bukan soal yang sesuai diputuskan dengan cara undi. Saya berpendapat bahawa dalam sesuatu mesyuarat, soal tafsiran sesuatu kaedah terletak di bawah bidang kuasa pengerusi. Jika tafsirannya tidak betul dan mengakibatkan pemilihan calun-calun yang tidak sepatutnya terpilih, keputusannya bolehlah dicabar di mahkamah. Tetapi seperti yang saya telah putuskan, keputusannya adalah betul. Keenggannya mengemukakan usul itu untuk diundi pun betul. Se, jika keenggannya mengemukakan usul itu tidak betul pun, itu tidak menjadikan keputusan lebih awal yang betul itu tidak betul.
(d) mempunyai kaitan yang rapat dengan (c) dan apa yang saya katakan mengenai (c) adalah terpakai.
Berkenaan (e), k 6 memberi kuasa kepada jawatankuasa kelab melantik seorang pemangku Yang Dipertua yang diberi kuasa pula mempengerusikan mesyuarat. Hanya Yang Dipertua atau di mana pemangku Yang Dipertua dilantik dalam keadaan-keadaan yang diperuntukkan dalam kaedah itu, pemangku Yang Dipertua, sahaja yang diberikuasa mempengerusikan mesyuarat.
Kaedah 55 jelas mengatakan: ‘Every member shall be bound and submit to the rules and by-laws of the club.’
Oleh itu, apabila jawatankuasa kelab melantik seorang pemangku Yang Dipertua, dan selagi beliau memegang jawatan itu, dia berhak memmesyuarat. Ahli-ahli, walaupun dengan suara terbanyak, tidak boleh berkata mereka tidak mahu beliau mempengerusikan mesyuarat. Selagi beliau menjadi pemangku Yang Dipertua, beliau berhak memmesyuarat.
Saya bersetuju bahawa, mengikut amalan demokrasi, beliau patut mengemukakan usul tidak percaya terhadapnya untuk diputuskan oleh mesyuarat. Tetapi, kalau usul itu mendapat sokongan suara terbanyak pun, itu tidak akan membatalkan haknya untuk mempengerusikan mesyuarat itu kerana dia masih pemangku Yang Dipertua, k 6 memberi kuasa kepadanya berbuat demikian dan mengikut k 55, ahli-ahli tertakluk kepadanya. Dia mesti dipecat terlebih dahulu daripada menjadi pemangku Yang Dipertua. Kuasa ini terletak kepada jawatankuasa kelab, bukan mesyuarat kerana jawatankuasalah yang berkuasa untuk memcat dan melantiknya. Dalam hal ini, peruntukan s 47 Akta Tafsiran 1967 bolehlah dipakai. Jika mesyuarat itu berkuasa memecatnya sekalipun, tidak ada usul sedemikian.
Oleh itu, dalam penghakiman saya, walaupun pengerusi patut mengeusul tidak percaya terhadapnya kepada mesyuarat, kegagalannya berbuat demikian tidak menjadikan dia hilang kelayakan mempengerusikan mesyuarat itu. Kegagalan itu juga tidak menjadikan mesyuarat itu tidak sah. Apatah lagi, dalam kes ini, di mana usul itu berbangkit daripada suatu keputusannya yang betul!
Dirujukkan kepada saya oleh peguam plaintif dalam Kes No 24?826?92 kes Byng v London Life Association Ltd 8 terutama sekali kepada satu petikan yang terdapat dalam penghakiman Sri Nicholas Browne-Wilkinson VC, di halaman 189:
The quotation from FN Rogers’ book might suggest that if the chairman’s decision proves in the event to have an adverse effect on the members, that will render the decision invalid. In my judgment that is not the correct test. The chairman’s decision will not be declared invalid unless on the facts which he knew or ought to have known he failed to take into account all the relevant factors, took into account irrelevant factors or reached a conclusion which no reasonable chairman, properly directing himself as to his duties, could have reached, ie the test is the same as that applicable on judicial review in accordance with the principles of Associated Provincial Picture Houses Ltd v Wednesbury Corp [1948] 1 KB 223. This was the approach adopted by Uthwatt J in Second Consolidated Trust v Ceylon and Amalgamated Tea and Rubber Estates Ltd [1943] 2 All ER 567 where he held a chairman’s decision invalid on the grounds that he had failed to take into account a relevant factor.
Beliau menghujahkan bahawa apa yang dikenali sebagai ‘Wednesbury principle’ itu hendaklah dipakai kerana ia adalah sebahagian daripada undang-undang di negara ini. Beliau memetik kes Tanjong Jaga Sdn Bhd v Minister of Labour and Manpower & Anor 9.
Eloklah diambil perhatian kepada apa yang dikatakan oleh Abdoolcader HMA dalam kes itu berkenaan ‘Wednesbury principle’ itu. Katanya, di halaman 129?130:
In exercising his functions in this regard, the registrar had an unfettered diswhich was subject to a duty to act responsibly in the Wednesbury sense (Associated Provincial Picture Houses Ltd v Wednesbury Corp ), that is to say, if a decision-making body comes to its decision on no evidence or comes to an unreasonable finding ? so unreasonable that a reasonable person would not have come to it ? then the courts will interfere. The Wednesbury principle refers in effect, in the words of Lord Diplock in Bromley London Council v Greater London Council & Anor (at p 821), to decisions that, looked at objectively, are so devoid of any plausible justification that no reasonable body of persons could have reached them.
Petikan ini tidak boleh dipertikaikan, baik dari segi kesahihannya atau kebijaksanaannya. Ia, sebagai sebahagian daripada penghakiman Mahkamah Agung, saya terima. Tetapi, perlu diingat bahawa apa yang dicabarkan dalam kes itu ialah keputusan Pendaftar Kesatuan Sekerja dan Menteri Buruh dan Tenaga Manusia dalam menjalankan tugas mereka di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Peraturan-Peraturan Perhubugan Perusahaan 1980.
Soalnya, patutkah dan sesuaikah prinsip yang sama juga dipakai terhadap setiap orang yang mempengerusikan mesyuarat setiap persatuan termasuk persatuan penjaja dan khairat kematian? Rasanya adalah keterlaluan menghendaki sedemikian.
Sebaliknya, jika prinsip itu patut dipakai pun, dalam penghakiman saya, keputusan-keputusan Tuan Haji Sidek itu, dalam keadaan kes ini, tidaklah bolah dikatakan tidak mengambil kira faktor-faktor yang sepatutnya diambil kira, atau mengambil kira faktor-faktor yang tidak sepatutnya diambil kira, atau keputusan-keputusannya begitu tidak munasabah sekali.
Tuan Haji Sidek telah membuat keputusan yang betul dalam perkara pokok. Usul-usul yang yang berikutan selepas itu berbangkit daripada keputusan yang betul itu. Dalam keadaan itu usul-usul itu yang tidak munasabah. Katakanlah, bahawa Tuan Haji Sidek silap kerana tidak mengemukakan usul-usul itu kepada mesyuarat. Adakah kesilapan itu menjadikan keputusan dalam perkara pokok yang betul itu tidak betul? Perlu diingat, ini bukan dan tidak patut disamakan dengan suatu permohonan habeas corpus di mana jika di suatu peringkat satu tindakan dilakukan dengan cara yang tidak betul, maka semua tindakan dan keputusan, sebelum atau selepasnya, menjadi tidak sah.
Saya telah meneliti laporan verbatim mesyuarat itu. Saya dapati bahawa pada masa Tun Dr Lim tiba, pemilihan jawatankuasa kelab telah selesai. Keputusannya pun telah diisytiharkan. Oleh itu, tindakan pengerusi menolak pengiraan semula adalah betul. Pemilihan ahli-ahli jawatankuasa kelab adalah sah.
Bagaimana dengan pemilihan jawatankuasa pemilihan?
Daripada laporan verbatim mesyuarat itu, adalah jelas bahawa semasa Tun Dr Lim tiba, pemilihan jawatankuasa pemilihan masih berjalan. Berkeputusan pengerusi sendiri berkenaan undi proksi, yang dalam penghakiman saya adalah betul, undi proksi yang dipegang oleh Tun Dr Lim sepatutnya dikira kerana beliau telah hadir pada masa itu, tidak kira sama ada beliau memintanya dikira atau tidak. Beliau juga berhak mengundi bagi dirinya sendiri, tidak kira sama ada beliau meminta kertas undi atau tidak. Undi-undi proksi ahli-ahli lain yang hadir pun dikira tanpa diminta. Mereka juga diberi kertas undi tanpa meminta. Beliau juga patut diberi hak yang sama dengan cara yang sama.
Saya bersetuju bahawa jika seseorang ahli tidak, dengan cara yang tidak betul, dibenarkan mengundi dan akibatnya keputusan pemilihan itu berdaripada yang sepatutnya, pemilihan itu adalah tidak sah ? lihat Ex p Mawby 10, Morgan & Ors v Simpson & Anor 11.
Dalam kes ini, tidak boleh dinafikan bahawa memandangkan kepada bilangan undi proksi yang dipegang oleh Tun Dr Lim, keputusan pemilihan itu besar kemungkinan berlainan jika beliau diberi peluang mengundi.
Oleh itu, saya membuat perintah-perintah berikut bagi kedua-dua kes:
(1) saya isytiharkan bahawa pemilihan AJK kelab itu yang dibuat pada 28 Julai 1992 adalah sah, tetapi pemilihan AJK pemilihan adalah tidak sah;
(2) AJK pemilihan yang dipilih pada 28 Julai 1992 itu adalah ditahan daripada bertugas atas sifat mereka sebagai AJK pemilihan;
(3) saya arahkan supaya satu mesyuarat agung luarbiasa diadakan dengan seberapa segera, khusus dan hanya untuk pemilihan AJK pemilihan. Mesyuarat itu hendaklah diadakan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh kaedah-kaedah kelab; dan
(4) berkenaan kos:
(a) plaintif-plaintif dalam Saman Pemula No 24?753?92, sendiri, hendaklah membayar kos defendan kedua hingga kelapan. Defendan kelapan (sebagai pengerusi mesyuarat), sendiri, dan defendan kesembilan hingga ketujuhbelas hendaklah membayar kos plaintif-plaintif, tetapi terhad kepada tuntutan yang berkenaan dengan jawatanpemilihan sahaja; dan
(b) plaintif dalam Saman Pemula No 24?826?92, sendiri, hendaklah membayar kos defendan-defendan pertama hingga kelapan (melainkan keenam) dalam kes itu. Defendan pertama, sendiri, (sebagai pengerusi mesyuarat) dan defendan kesembilan hingga ketujuhbelas, sendiri, hendaklah membayar kos plaintif, tetapi terhad kepada tuntutan yang berkenaan dengan jawatankuasa pemilihan sahaja.

84 visits