TAN AH TOO v. TIMBALAN MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI MALAYSIA & LAIN
TAN AH TOO v. TIMBALAN MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI MALAYSIA & LAIN
HIGH COURT, PULAU PINANG
ABDUL HAMID MOHAMED
PERMOHONAN JENAYAH NO: 44-159-90
9 JANUARY 1992
[1992] 1 LNS 96
PERINTAH TAHANAN
Pemohon ditangkap dan ditahan pada Jun 22, 1990 di bawah s 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985. Pada Ogos 20, 1990 Timbalan Menteri Dalam Negeri mengeluarkan perintah tahanan di bawah s 6(1) Akta itu, mengarahkan dia ditahan selama dua tabun di Pusat Pemulihan Akhlak, Muar, Johor.
Hanya satu alasan dikemukakan oleh peguam pernohon dalam hujalnya. Beliau menghujahkan bahawa penurtukan s 3(2) proviso (c) Akta itu telah tidak dipatuhi sebab Pemangku Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis II Osman bin Awal menerima laporan hal keadaan penangkapan dan penahanan pemohon pada Julai 5, 1990 jam 9.30 pagi dan melaporkan hal keadaan itu kepada Menteri Dalam Negeripada hari yang sama. Mengikut beliau inn menunjukkan pegawai itu tidak memberi apa-apa pertimbangan (did notapplvhis mind) kepada laporan itu. Beliau menarik perhatian mahkamah kepada kes Tan Yap Seng v Ketua Polis Negara [1991] 4 CLJ 118 (Rep); [1991] 2 CLJ 1400, dalam mana Edgar Joseph Jr H berkata pada mukasurat 1401:
“In the context of proviso (c) to s 3(2) in particular, not forgetting that if correctly invoked, it would result in the continued detention of a subject without trial, my view is that it would, prima facie, be wrong for the designated officer to submit his report to the Minister immediately. By “immediately”, I mean automatically without any interval of time, for had he done so, it could be argued, with considerable justification, that he could not have directed his mind to the particular circumstances of the detainee’s case. In other words, he would lay himself open to the attack that he had acted as a mere rubber stamp.”
Peruntukan seksyen berkenaan patutlah diperturunkan terlebih dahulu. Saya memperturunkan peruntukan dalam naskah Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, kerana terdapat sedikit perbezaan di antara keduanya.
Seksyen 3(2) naskah Bahasa Malaysia mempenmtukkan:
“3. (2) Mana-mana orang yang ditangkap dan ditahan di bawah seksyen ini boleh ditahan dalam jagaan polis selama suatu tempoh yang tidak melebihi enam puluh hari tanpa suatu perintah tahanan dibuat mengenai orang itu di bawah subseksyen (l) s 6:
Dengan syarat bahawa-
(a)…
(b)…
(c) orang itu tidak boleh ditahan selama lebih daripada empat belas hari melainkan jika seorang pegawai polis yang berpangkat Timbalan Penguasa atau yang lebih tinggi telah melaporkan hal keadaan penangkapan dan penahanan itu kepada Ketua Polis Negara atau kepada seorang pegawai polis yang diketapkan oleh Ketua Polis Negara bagi maksud itu dan Ketua Polis Negara atau pegawai polis yang diketapkan sedemikian olehnya mengikut mana yang berkenaan, hendaklah melaporkanma kepada Menteri.”
Naskah Bahasa Inggeris adalah seperti berikut:
“3. (2) Any person arrested and detained wider this section may be detained in police custody for a period not exceeding sixty days without an order of detention having been made in respect of him under subsection (1) of s 6:
Provided that-
(a)….
(b)…
(c) he shall not be detained for more than fourteen days unless a police officer of or above the rank of Deputy Superintendent has reported the circumstances of the arrest and detention to the Inspector-General or to a police officer designated by the Inspector-General in that behalf and the Inspector-General or police officer so designated by him, as the case may be, shall forthwith report the same to the Minister.”
Rasanya patutlah disebut di sini, walaupun perkara ini tidak mempunyai kesan dalam penghakiman kes ini, bahawa dalam naskah Bahasa Malaysia tidak terdapat perkataan yang bermaksud “forthwith” seperti yang terdapat dalam naskah Bahasa Inggeris itu. Memandangkan bahawa naskah Bahasa Malaysia adalah naskah sahih, perkataan “forthwith”dalam naskah Bahasa Inggeris itu sepatutnya tidak ada. Oleh itu perkataan “forthwith” itu hendaklah diketepikan dalam mentafsirkan peruntukan s 3(2) proviso 35 (c) itu.
Hakim yang Arif itu dalam penghakimannya dalam kes Tan Yap Seng itu nampaknya berpendapat bahawa seorang pegawai polis yang diketapkan itu tidak sepatutnya melaporkan hal keadaan penangkapan dan penahanan orang tahanan yang diterimanya itu, dengan serta merta (immediately) kepada Menteri.
Tetapi, pada pandangan saya, pandangan itu hanya obiter. Ia bukan asas keputusan kes itu. Perlu diambil perhatian bahawa dalam kes itu pegawai polis yang diketapkan itu tidak menyebut tarikh bila beliau mengemukakan laporan itu kepada Menteri. Oleh sebab itu mahkamah tidak boleh membuat anggapan bahawa beliau melaporkan dalam tempoh yang dihadkan, iaitu dalam masa 14 hari daripada tarikh tangkapan.
Dalam kes ini, tarikh laporan itu dibuat kepada Menteri ada disebut dan ianya adalah dalam tempoh 14 hari itu. Jadi, mengikut ratio decidendi kes itu, tidak ada kegagalan mematuhi peruntukan s 3(2) proviso (c) Akta berkenaan dalam kes ini, atas alasan itu.
Berkenaan pandangan obiter yang disebut di alas, soalnya adakah peruntukan itu mensyaratkan bahawa pegawai polis yang ditetapkan itu tidak boleh melaporkan hal keadaan penangkapan dan penahanan orang tahanan dengan “serta merta”? Dengan penuh hormat, Saya tidak temui sebarang perkataan dalam peruntukan itu yang mensyaratkan demikian. Saya juga tidak fakir mahkamah patut membaca perkataan yang tidak ada dalam peruntukan itu.
Selain daripada itu, jika, seperti dalam kes ini, pegawai itu melaporkan pada hari yang sama, adakah itu bererti dengan “serta merta”?
Memanglah pegawai itu diharapkan mernbaca laporan itu dan mengambil keputusan untuk melaporkan kepada Menteri sebelum nrelaporkannya. Tetapi adalah tidak munasabah untuk mengatakan pegawai itu perlu mengambil masa berhari-hari ataupun berjam jam untuk berbuat demikian. Oleh itu, hakikat bahawa pegawai An melaporkan kepada Menteri pada hari yang lama tidaklah bererti bahawa beliau melaporkan dengan serta merta dan oleh itu tidak membacanya atau menimbangnya.
Saya juga tidak fikir bahawa pegawai itu dikehendaki menyebut dalam afidavitnya bahawa dia membaca dan menimbang laporan itu, jika itu perlu dilakukan pun, kerana pemohon sendiri tidak membangkitkan perkara itu dengan spesifik dalam afidavit menyokong permohonannya. Afidavit menyokong permohonan ini tidak langsung menyebut tentang kegagalan mematuhi peruntukan s 3(2) proviso (c) Akta berkenaan.
Adalah amat anih apabila seorang pegawai mengambil masa tujuh atau lapan hari (walaupun masih dalam tempoh 14 hari), beliau dikatakan mengambil masa yang terlalu panjang, bukan dalam masa yang berpatutan (saya pernah mendengar hujah seperti itu), tetapi bila beliau melaporkan pada hari yang sama dikatakan pula beliau melakukannya terlalu cepat!.
Perlu diambil perhatian bahawa proviso (c) itu cuma menghendaki pegawai polis yang ditetapkan itu “melaporkannya kepada Menteri”. Sava bersetuju beliau hendaklah rnelaporkannva dalam masa 14 hari. Oleh itu asalkan pegawai itu melaporkan kepada Menteri dalam masa 14 hari, peruntukan proviso (c) itu sudah dipatuhi. Di samping itu, seperti yang saga telah sebutkan, hakikat bahawa laporan itu dibuat pada hari yang sama dengan tarikh ianya diterima bukanlah melanggar kehendak proviso itu.