MAHKAMAH TINGGI PULAU PINANG SAMAN PEMULA NO. 24-795-91 DALIP KAUR W/O GURBUX SINGH V. KETUA POLIS DAERAH (OCPD) BALAI BOLIS DAERAH BUKIT MERTAJAM PULAU PINANG

MAHKAMAH TINGGI PULAU PINANG
SAMAN PEMULA NO. 24-795-91
DALIP KAUR W/O GURBUX SINGH V. KETUA POLIS DAERAH (OCPD) BALAI BOLIS DAERAH BUKIT MERTAJAM PULAU PINANG
17 Oktober 1991
Dato’ Abdul Hamid Mhamad

ALASAN PENGHAKIMAN

Plaintif memohon melalui Saman Pemula untuk mendapat perintah-perintah berikut:

“(a) satu deklarasi bahawa Gurdev Singh a/l Guruvak Singh (K.P. A1028701 si mati) pada masa kematiannya pada atau kira-kira 3hb. Oktober 1991 ada-lah bukan seorang Muslim dan/atau telah menolak agama Islam.
(b) bahawa Plaitif yang merupakan ibu si maati da si mati telah meninggal dunia sebagai seorangf bujangm, adalah berhak menuntuk mayat si mati.
(c) selanjutnya apa-apa atau lain-lain perintah dan
(d) kos diperuntukan.”

Saman Pemula itu menamakan Pegawai Polis Daerah Bukit Mertajam sebagai Defendan.

Pada 20 Oktober 1991 Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darulaman memohon untuk mencelah dan dibenarkan.

Kesemuanya 9 Afidavit difailkan oleh ketiga-tiga pihak.

Memandangkan bahawa pertikaian dalam kes ini adalah pertikaian fakta, maka untuk membolehkan saya membuat keputusan yang saksama, memandangkan bahawa pertikaian ini adalah sensitif, atas persetujuan semua pihak saya mengarahan supaya keterangan lisan didengar.

Setelah mendengar dua orang saksi, terutama sekali setelah mendengar ket-erangan PW1, seorang Pesuruhjaya Sumpah yang memberi keterangan bahawa si mati ada menandatangani satu Deed Poll mengisytiharkan bahawa dia keluar daripada menganut agama Islam, saya mengarahkan supaya Deed Poll (P2) itu dan lain-lain dokumen yang mempunyai tandatangan si mati diperiksa dan dianalisa oleh seorang pakar tulisan. Ini dilakukan.

Pakar tulisan itu (CW1 = Court Witness1) memberi keterangan lisan. Semasa memberi keterangan, beliau ditunjukkan oleh Encik Karpal Singh, peguam Plantif, 5 dokumen lagi (iaitu surat-surat yang dihantar oleh si mati kepada Siti Noraini, tunangnya (DW1) untuk diperikta juga.
Tanpa mengira sama ada ianya benar atau tidak setakat ini, eloklah diperturunk-an tarikh-tarikh dan apa yang berlaku atau dikatakan berlaku atau dilakukan, mengikut mana yang lebih awal, untuk mendapat gambaran keseluruhan:

1989 – Gurdev Singh (si mati) berkenalan dengan Siti Noraini (DW1) yang bekerja di kilang yang sama.
1.6.91 – Si mati memeluk agama Islam
6.9.91 – Si mati memukul Suti Noraini di hadapan kilang tempat mereka bekerja kerana Siti Noraini keluar dengan seorang lelaki Cina.
– Malamnya si mati membawa Siti Noraini keluar minum. Ini diaturkan oleh Krishna Kumar (PW6).
7.9.91 – Si mati membawa Siti Noraini ke Pulau Pinang.
– Lebih kurang tarikh yang sama Padri Kuil Sikh Kulim mengatakan dia membaptise si mati sebagai seorang yang beragama Sikh.
9.9.91 – Si mati dikatakan membuat Deed Poll mengisytiharkan dia keluar da-ripada agama Islam.
28.9.91 – Si mati dan Siti Noraini bertunang. Si mati pergi ke Majlis itu bersama abangnya (PW2). Si mati memberi cincin kepada Noraini. Mengikut Noraini tarikh perkahwinan ditetapkan pada 25 November 1991.
2.10.91 – Kali terakhir Noraini berjuma dengan si mati. Si mati datang ke rumah yang disewa oleh Noraini lebih kurang pukul 11.00 malam dan menghantarnya ke kilang. Mengikut Noraini, si mati memberitahu kepa-danya bahawa esoknya dia akan pergi ke Pejabat Pendaftaran untuk me-nukar namanya dalam kad pengenalan kepada nama Islamnya.
3.10.91 – 6.45 pagi, polis dimaklumkan berkenaan penemuan mayat si mati.
25.11.91 – Tarikh perkahwinan (mengikut Noraini).
Bahawa si mati telah memeluk agama Islam pada 1hb. Jun 1991 tidak boleh dinafikatn – lihat affidavit Setiausaha Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Kedah (Lampiran 6 dan 11), affidavit Kadi Daerah Kulim (Lampiran 12) dan Borang Ikrar Orang Yang Masuk Islam (D17).

Soalnya adakah selepas itu dia menolak agama Islam dan kembali semula kepada agama asalnya, agama Sikh?

Keterangan yang dikemukakan bagi menyokong saranan bahawa si mati telah keluar daripada agama Islam adalah:

(a) Deed Poll (P2) yang dikatakan dibuat oleh si mati pada 9hb. September 1991.

(b) Pernyataan paderi Kuil Sikh di Kulim dalam afidavitnya yang mengatakan si mati sering pergi sembahyang di kuilnya. Dia juga mengatakan bahawa lebih kurang sebulan sebelum 5 Oktober 1991 dia telah “membatised” si mati sebagai men-ganut agama Sikh. Abang si mati juga member keterangan bahawa dia selalu melihat si mati pergi sembahyang di kuil itu.

(c) Keterangan abang si mati (PW2) bahawa si mati memakan babi. Seorang rakan si mati (PW5) juga berkata si mati makan babi.

(d) Keterangan abang si mati (PW2) bahawa si mati tidak berkhatan.

Sebaliknya, keterangan yang menunjukkan bahawa si mati kekal sebagai seorang Islam adalah terdapat dalam keterangan Siti Noraini yang mengatakan bahawa mereka bertunang pada 2hb. September 1991. Pada tarikh itu si mati memberi cincin kepadanya dan tarikh perkahwinan ditetapkan pada 25 November 1991. Selain da-ripada itu Siti Noraini juga mengatakan bahawa pada malam terakhir dia menemui si mati (malam terakhir dalam hayat si mati) si mati memberitahunya bahawa dia akan ke pejabat pendaftaran esoknya untuk membuat kad pengenalan baru untuk menukar na-manya kepada nama Islamnya.

Keterangan bagi pihak Plaintif yang paling penting ialah Deed Poll bertarikh 9hb. September 1991.

Mengikut affidavit emak si mati (Lampiran 2) dia menjumpai Deed Poll itu sema-sa dia memeriksa barangan peribadi si mati selepas kematian si mati. Cara penemuan ini agak anih. Anih juga rasanya tiada seorang pun ahli keluarganya yang tahu berke-naan Deed Poll itu sebelum itu. Jika hendak disarankan bahawa si mati membuat Deed Poll itu kerana kecewa atau marahkan Siti Noraini, adalah lebih munasabah kiranya sekurang-kurangna abangnya tahu atau diberitahu memandangkan dia begitu terlibat dalam usaha mencari Siti Noraini pada 6hb.September 1991 yang berakhir dengan Siti Noraini dipukul, dibawa ke rumah PW5 dan kemudian dia (abang si mati) sendiri menghantar Siti Noraini pulang. Abang si mati tahu adiknya memeluk agama Islam. Ini mengikut keterangannya sendiri.

Encik Sathasivam, seorang Pesuruhjaya Sumpah yang sebelum itu bekerja se-bagai kerani peguam memberi keterangan lisan, disamping secara affidavit (Lampiran 9) bahawa pada 9hb. September 1991 si mati telah pergi ke pejabatnya di Butterworth lebih kurang pukul 2.30 petang. Si mati membawa bersamanya Deed Poll yang telah disediakan. Dia menerangkan isi kandungan Deed Poll itu kepada si mati dalam baha-sa Inggeris. Kedua-duua mereka menurunkan tandatangan. Encik Sathasivam menerima $4/- dan mencatitnya dalam “Buku Register”.

Beberapa perkara perlu disebut di sini. Pertama, Encik Sathasivam mengatakan dia menerangkan isi kandungan Deed Poll itu kepada si mati dalam bahasa Inggeris, pada hal Deed Poll itu mengikutnya dibawa sendiri oleh simati dan isi kandungannya adalah dalam bahasa Inggeris. Juga hakikat bahawa penerangan itu dibuat tidak ter-catit dalam Deed Poll itu.

Kedua, apabila ditunjuk gambar si mati, PW1 mengatakan “nampak serupa”. Tidak ada keterangan bahawa dia memeriksa kad pengenalan si mati dan memastikan bahawa namanya sama, sebelum menyuruh si mati menurunkan tandatangannya.

Patut juga disebut bahawa Deed Poll ini asalnya tidak disetem. Ia cuma disetem oleh Encik Shanmugam, salah seorang peguam Plaintif pada 7hb. Oktober 1991.

Pada 14hb. Oktober 1991 di sebelah pagi, Penasihat Undang-undang Negeri Kedah yang mewakili Pencelah memohon untuk memanggil semula PW1. Encik Shanmugam, salah seorang peguam Plaintif berjanji akan cuba menghubunginya untuk datang ke Mahkamah di sebelah petang, atau selewat-lewatnya pada esoknya (15 Ok-tober 1991). Dia tidak dapat dihubungi. Khabarnya dia pergi ke Kuala Lumpur. Mung-kin benar. Walau bagaimana pun saya tidak mengambilkira fakta ini.

Walau bagaimanapun, keterangan PW1 mestilah ditimbang berdasarkan kese-luruhan keterangan.

Deed Poll ini telah diperiksa oleh pakar tulisan, CW1, dengan membandingkan dengan lain-lain tandatangan si mati. Mengikut keterangan beliau manakala tandatan-gan yang diambil daripada surat-surat si mati kepada Siti Noraini dan Borang Ikrar Orang Yang Memeluk Islam (D17) adalah daripada “common authorship”, tandatangan pada Deed Poll itu tidak “originate” daripada penulis tandatangan yang sama dengan tandatangan yang terdapat dalam surat-surat si mati kepada Siti Noraini dan Borang Ikrar Orang Masuk Islam si mati.

Beliau disoal dengan panjang lebar oleh peguam Plaintif yang meminta dia membandingkan tandatangan-tandatangan yang terdapat pada surat-surat lain yang dihantar oleh si mati kepada Siti Noraini. Saya juga menyoal beliau untuk memuaskan hati saya.

Saya terima bahawa undang-undang berkenaan keterangan pakar tulisan adalah seperti yang dinyatakan oleh Hashim Yeop A. Sani H. (pada masa itu) dalam kes Public Prosecutor v.Mohamed Kassim bin Yatim 1.

“Held…. (1) evidence of experts can never go beyond an opinion and can never therefre be of absolute certainty. It has always been accepted that expert evidence especially of handwriting can never be conclusive;”

Oleh itu saya tidak mengatakan bahawa keterangan pakar tulisan (CW1) itu ada-lah conclusive bahawa tandatangan pada /deed Pollitu bukan tandatangan si mati. Wa-lau bagamanapun keterangannya patutlah ditimbang bersama-sama dengan ket-erangan lain dalam membuat keputusan sama ada Deed Poll itu dibuat oleh si mati atau tidak.

Pihak Plaintif cuba menonjolkan bahawa si mati membuat Deed Poll itu kerana marahkan /siti Noraini yang keluar bersama seorang lelaki Cina. Memang benar pada 6hb. /sepotemnber 1991 si mati memarahkan /siti Noraini kerana itu dan memukulnya. Tetapi, mengiukut keterangan Siti Noraini, yang saya terima, pada malam itu si mati membawanya keluar. Ini diuruskan olah Krishna Kumar, seorang Senior Supervisor di kilang itu (PW6) yang turut sama mencari Siti Noraini pada pagi hari itu. Nampaknya tujuannya adalah untuk”mendamaikan” mereka.

Esoknya (7hb. September 1991) si mati membawanya ke Pulau Pinang.

Jadi adalah tidak munasabah mengatakan dua hari selepas itu (iaitu pada 9hb. September 1991) si mnati pergi membuat Deed Poll itu kerana marahkan Siti Noraini.

Di sini eloklah disebut sedikit berkenaan kebolehpercayaan keterangan Siti Noraini. Dia adalah seorang gadis kampung berumur 21 tahun. Adalah jelas daripada cara dia memberi keterangan dan daripada apa yang dikatakannya bahawa dia adalah seorang saksi yang boleh dipercayai. Dalam keterangannya terdapat nyataan-nyataan yang memudaratkan agtu sekurang-kurangnya tidak menolong kes pihak yang me-manggilnya sebagai saksi. Sebagai misalan, apabila ditanya apa yang terjadi pada 6hb. September 1991, dia menjawab “kami bergaduh”. Ditanya mengapa, dia menjawab “punca pergaduhan itu kerana saya keluar dengan seorang lelaki Cina nama Jeffrey”. Dia mengaku terdapat perbeZaan pada tandatangan si matidalam suirat-surat yang dihantar kepadanya. Dia mengaku dia tidak ingat sama ada selepasbertunang simati ada menghantar surat kepadanya. Dia juga dengan terus-terang menjawab dia takingat sama ada dia berjumpa si mati pada 9hb. September 1991 – iaitu hari yang dikatakan si mati pergi ke Butterworth untuk membuat Deed Poll itu.

Dalam keadaan itu saya tidak sedikit pun merasa ragu-ru tentang kebenaran keterangannya.

Keterangannya seterusnya adalahpenting. Mengikutnya pada 28hb. /September 1991 si mati dan abangsa (PW2) menghadiri majlis pertu nangannya dengan si mati. Si mati memberinya sebentuk cincin yang masih dipakainya semasa memberiketerangan. Tarikh perkahwinan dtetapkanolehsimatimeminta perkahwinan mereka dilangsungan pada 17h. November 1991. Perkahwinan adalah mengikut adat Melayu.

Selepas itu mereka terus berjumpa, sama adas i mati pergi mengambilnya di ru-mahnya atau mereka berjumpa dikilang tempat mereka bekerja. Mereka ada keluar makan di Penanti. Kali terakhir dia menemui si mati ialah pada 2h . Oktober 1991 jam 11.00 malam apabila si mati menghantarnya ketempat kerja. Malam itu si mati mem-beritahunya bahawa esoknya dia (si mati) akan pergi ke Pejabat Pendaftaran untuk menukar namanya kepada nama Islamnya.

Saya terima keterangan ini.

Jadi soalnya, jika benar si mati kerana marahkan Siti Noraini membuat perisyti-haran keluar daripada Agama Islam pada 9hb. September 1991 (katakanlah dia masih marah), kelakuannya selepas itu tidak selaras dengan kemarahannya (jika masih ada). Mengapa berjumpa dan keluar bersama? Mengapa si mati harus bertunang dengan Siti Noraini dan memberi cincin pertunangan kepadanya? Mengapa si mati bersetuju menetapkan tarikh perkahwinan? Mengapa dia bersusah payah menghantar Siti Noraini ke tempat kerja? Mengapa dia hendak menukar nama dalam kad pengenalannya kepada nama Islamnya?

Perlu disebut disini bahawa abang si mati, sambil mengakui bahawa dia menghadiri majlis pertunangan itu cuba berdolak-dalik berkenaan tarikh perkahwinan. Dia juga mengatakan adiknya bertunang dengan Siti Noraini untuk membalas dendam. Ini amat tidak munasabah. Bagaimana seorang itu membalas dendam dengan bertu-nang, member cincin, menetapkan tarikh perkahwinan, hendak menukar nama dalam kad pengenalan kepada nama Islam? Semua itu se olah-olah menjerut tengkok sendiri.

Eloklah saya sebut di sini tentang pemerhatian saya berkenaan kebole-hpercayaan abang si mati (PW2). Saya katakana dengan terus gterang, dalam pen-galaman saya selama 22 tahun di Mahkamah, dalam berbagai kapoasiti, saya belum pernah m enemuiseorang saksi ssepertinya yang tidak silu-silu berdolak-dalik, menggembur-gembur sesuatu perkara,ungkinpada pandangannya untuk mengukuhkan keterangannya tanpa menyedari bahawa ia meroosakkan keterangannya sendiri. Se-bagi misalan, cara dia menggambarkan, denganperkataan dan gerak-geri, bagaimana si mati “menumbuk”, “menendang” dan “menerajang” Siti Noraini pada 6hb. /September 1991, Siti Noraini sepatutnya telah mati atau cedera parah. Tetapi malam itu juga Noraini keluar bersama-sama di mati dan Krishna Kumar dan esoknya /Siti Noraini per-gike Pulau Pinang bersama-sama si mati. Demikian juga keterangannya berkenaan si mati memakan babi. Antara lain katanya “Wen cook pork everyday at home”. Selapoas itumungkin dia menyedari itu tidak munasabah lantas dia berkata “almost everyday”. Kemudian, dalam soalan balas dia mengubahpula kepada “Lauknya campur-campur, selalunya ayam atau daging”. Juga keterangannya berkenaan tarikh dan masa si mati memukul Siti Noraini dalam afidavitnya dan dalam keterangan lisannya tidak betul. Dia terpaksa dipangil semula pada hari kedua perbicaraan untuk membetulkannya. Disoal sama ada dia tidak bekerja hari itu, mula-mula dia berkata hari itu hari cuti am. Kemudian dia berkata dia cuti sakit.

Saya mesti berhati-hati untuk menerima keterangannya.

Di sini eloklah saya memberi keputusan saya berkenaan kesahihan Deed Poll itu. Memandangkan kepada keterangan pakar tulisan (CW1) yang bererti ia bukan ditandatangani oleh si mati, memandangkan bahawa Pesuruhjaya Sumpah berkenaan tidak memeriksa kad pengenalan orang yang menurunkan tandatangan itu, me-mandangkan kepada keterangan Siti Noraini yang menunjukkan bahawa si mati pada malam 6hb. September 1991 dan esoknya sudah tidak marah lagi kepadanya, bahawa mereka terus berjumpa, keluar makan, dia dihantar oleh si mati ke tempat kerja, per-tunangan mereka, pemberian cincin, penetapan tarikh perkahwinan dan niat si mati un-tuk menukar namanya kepada nama Islam, saya berpuashati, atas imbangan kemung-kinan, bahawa /deed Poll itu tidak dibuat oleh si mati.

Biarlah saya bincang pula tentang perbuatan si mati yang dikatakan berten-tangan dengan sifat seorang Islam.
Pertama, dikatakan dia makan bagi. Ini terdapat dalam keterangan abang si mati (PW2) dan rakan si mati (PW5). Walau pun seperti yang saya katakan lebih awal, bahawa saya perlu berhati-hati untuk menerima keterangan PW2, tetapi me-mandangkan bahawa ia disokong oleh keterangan PW5 mungkin si mati makan babi termasuk selepas dia memeluk agama Islam. Tetapi tidak makan bagi bukan syarat terdahulu (condition precedent) menjadi Islam. Kedudukannya adalah seperti seorang Hindu yang memakan daging lembu, seorang Kristian yang berzina atau, jika tidak silap saya, seorang Sikh yang menghisap rokok. Perbuatan itu tidak menjadikan seseorang itu tidak beragama Hindu, Kristian atau Sikh, mengikut yang berkenaan.

Abang si mati (PW2) member keterangan bahawa si mati tidak berkhatan se-hingga kematiannya. Saya terima keterangan ini. Saya akui bahawa kebiasaannya seorang Islam berkhatan sama seperti seorang Sikh biasanya memakai serban. Tetapi seorang Islam yang tidak berkhatan tidak menjadi bukan-Islam, sama seperti seorang Sikh yang tidak memakai serban tidak menjadi bukan-Sikh. Lagi pula memandangkan bahawa si mati baru memeluk agama Islam selama 4 bulan dan baru bertunang selama 4 hari sebelum dia mati, adalah munasabah dia belum melakukannya lagi.

Alegasi yang lebih serius ialah bahawa si mati bersembahyang di kuil Sikh dan dibaptisekan sebagai seorang yang beragama Sikh. Jika salah satu perbuatan ini ter-bukti tentulah dia telah murtad.

Biarlah saya timbang alegasi ini sekarang.

Keterangan berkenaan si mati pergi sembahyang di kuil Sikh pertama diberi oleh abang si mati (PW2).

Saya telah menyebut tentang pemerhatian saya terhadap saksi ini dan bahawa Mahkamah mesti berhati-hati dalam menerima keterangannya.

Peguam Plaintif menghujahkan bahawa keterangan abang si mati, patutlah diterima kerana Penasihat Undang-undang Negeri, semasa menyoalbalas saksi itu tid-ak “put” kepadanya.

Memang benar Penasihat Undang-undang Negeri tidak menggunakan perkataan “put”. Tetapi beliau m enyoal-balas saksiitu dalam hal itu.

Dalam penghakiman saya, perkataan “put” itu bukanlah satu perkataan sakti yang jika digunakan keputusan harus diberi kepada satu pihak, dan jika tidak digunakan keputusan hendaklah diberi kepada pihak yang lain.

Sesuatu keputusan hendaklah dibuat berdasarkan semua keterangan secara keseluruhan.

Seorang padri di Kuil Sikh, Kulim memfailkan afidavit menatakan:
‘3. Saya kenal rapat dengan si mati kerana dia sering datang ke kuil setiap Jumaat dan pada lain-lain peristiwa dan lain-lain perayaan. Dia biasanya sembahyang di kuil dan juga mengambil bahagian di dalam memberi barangan kepada pengikut-pengikut yang datang ke kuil tersebut.”

Pertama perlu diambil perhatian bahawa dia tidak memberi keterangan lisan dan tidak disoal-balas.

Kedua, dia tidsak menyebut bilakan tempohnya si mati dikaakan datang ke kuil itu untuk bersembahyang. Kalau itu berlaku sebelum dia memeluk agama Islam,. Ia tidak relevan. Jikab itu berlaku selepas dia memeluk agama Islam, seperti yang dikatakan oleh abang si mati * yang seperti yang saya sebut lebih awal, Mahkamah ha-rus berhati-hati dalam menerimanya), saya berpendapat ketiadaan keterangan se-baliknya sahaja tidak bererti Mahkamah mesti menerima alegasi ini. Mahkamah mesti menimbang alegasi itu berdasarkan keseluruhan keterangan.

Soalnya adakah alegasi itu munasabah memandangkan kepada keseluruhan keterangan?

Dia memeluk agama Islam pada 1hb. Jun 1991. Dia bertunang dengan Siti Noraini pada 28hb. September 1991 untuk berkahwin mengikut “cara orang Melayu” pada 25hb. November 1991. Si mati bercadang hendak menukarkan namanya dalam kad pengenalannya kepada nama Islam pada 3hb. Oktober 1991. Adakah munasabah dalam tempoh itu dia pergi bersembahyang di kuil Sikh?

Dalam penghakiman saya, atas imbangan kemungkinan tidak.

Padri itu juga mengatakan dalam afidavitnya:

“Kira-kira sebulan yang lalu, tarikh yang sebenar saya tidak berapa ingat, si mati telah datang kepada saya dan telah meminta dirinya di “baptize” dan saya kemudian telah memberikan air suci dan membuat “baptism” terhadapnya mengikut agama Sikh”
.
Memandangkan bahawa affidavit itu diikrarkan pada 5 Oktober 1991, maka “kira-kira sebulan yang lalu” itu adalah lebih kurang 5 September 1991.

Nampaknya dia cuba mengaitkan tarikh “baptism” itu kepada tarikh si mati memukul Siti Noraini (6 September 1991) dan tarikh si mati dikatakan membuat Deed Poll (9hb September 1991). Ini seolah-olah untuk menunjukkan bahawa simati melakukan “baptism” itu kerana marahkan Siti Noraini.

Saya telah bincang soal “marah” ini dengan panjang lebar. Kita telah melihat bahawa apa yang dilakukan oleh si mati selepas peristiwa itu tidak selaras dengan sa-ranan bahawa dia masih marah. Pada malamnya dia membawa Siti Noraini keluar ber-sama-sama Krishna Kumar (PW6). Esoknya dia membawa Siti Noraini ke Pulau Pinang. Pakar tulisan (CW1) telah memberi yang kesannya ialah tandatangan pada Deed Poll itu bukan tandatangan si mati. Tambahan pula selepas itu si mati bertunang dengan Siti Noraini untuk berkahwin mengikut “cara orang Melayu”. Padri itu tidak memberi keterahgan lisan dan tidak disoal siasat.

Jadi, dalam penghakiman saya, menimbang keseluruhan keterangan, alegasi ini tidak terbukti atas imbangan kemungkinan.

Kesimpulannya, saya tidak merasa ragu-ragu barang sedikit pun bahawa si mati telah memeluk agama Islam pada 1hb. Jun 1991. Saya dapati Plaintif tidak berjaya membuktikan atas imangan kemungkinan bahawa dia telah membuat perisytiharan keluar daripada agama Islam melalui Deed Poll bertarikh 9hb. September 1991 atau melakukan sesuatu yang menyebabkannya murtad. Dalam penghakiman saya dia kekal sebagai seorang Islam sehingga dia mati.

Permohonan ini ditolak dengan kos.

t.t.

(Abdul Hamid bin Hj. Mohamed)
Pesuruhjaya Kehakiman
Mahkamah Tinggi
Pulau Pinang

PEGUAM:-

1. Encik Kapal Singh (Karpal Singh & Co.) bersama-sama N. Shanmugam bagi pihak Plaintif
2. Encik Hassan bin Lah (Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah) bagi pihak Majlis Ugama Islam
3. Puan Haliza bt. Othman (Peguam Persekutuan) bagi pihak Defendan.

KES YANG DIRUJUK:-

1. Public Prosecutor v. Mohamed Kassim bin Yatim [1977] 1 MLJ 64

224 visits