EPILOG KEPADA “PELANTIKAN MENTERI BESAR: BUDI BICARA BUKAN SESUKA HATI”

EPILOG KEPADA “PELANTIKAN MENTERI BESAR: BUDI BICARA BUKAN SESUKA HATI”

Semalam (17 03 2022), saya telah menyiarkan rencana berkenaan. Hari ini, saya menerima satu petikan daripada rencana Tunku Abdul Rahman dalam kolumnya bertajuk “As I See It” dalam akhbar The Star yang dihantar (forward) oleh seorang veteran UMNO dari Pulau Pinang. Ia sangat tepat dengan isu yang sedang dibincangkan. Saya akan menterjemahkannya ke Bahasa Melayu dan meletakkan petikan asalnya sebagai nota akhir (end note) untuk faedah pembaca:

“Justeru, raja tidak boleh memecat Menteri Besar yang hanya boleh disingkirkan daripada jawatannya dengan undi majoriti ahli dewan. Dengan cara yang sama, seorang raja tidak boleh menolak untuk menerima Menteri Besar yang dicadangkan oleh rakyat.

Apa yang akan berlaku jika baginda berbuat demikian dan majlis perundangan negeri menghantar semula orang yang sama sebagai Menteri Besar? Baginda hanya boleh memberi persetujuan tetapi tidak berhak memilih Menteri Besar mengikut kehendak hatinya sendiri.

Ini kerana Menteri Besar adalah orang rakyat dan sekiranya raja diberi hak untuk memilihnya, Menteri Besar akan menjadi orang raja dan tunduk kepada kehendaknya. Ini akan menjadikan demokrasi terbalik.

Ertinya, kuasa Sultan adalah terhad dan peranan mereka dalam badan perundangan setiap negeri adalah kecil atau simbolik.”

Tidak ada apa yang perlu ditambah lagi.

Tun Abdul Hamid Mohamad

18 03 2022

1 visits