UCAPAN DI MAJLIS PERKAHWINAN MURNI

DEWAN MERAK KAYANGAN, FELDA, JALAN SEMARAK KUALA LUMPUR


 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh and good evening.

– Yang Amat Arif Tun Dato’ Seri Ahmad Fairuz Bin Dato’ Sheikh Abdul Halim,
– Yang Mulia Tengku Toh Puan Noriah Binti Tengku Ismail,
– Yang Berbahagia Tan Sri Abdul Gani Patail dan Yang Berbahagia Puan Sri Maimun Binti Arif,
– Yang Amat Arif Tan Sri Dato’ Siti Norma Binti Yaakob dan Yang Berbahagia Dato’ Seri Meor Ayob Bin Mior Shafie,
– Yang Amat Arif Dato’ Richard Malanjum,
– Tuan Yang Terutama Dato’ Mohd. Khalis Bin Ali Hassan dan Yang Berbahagia Datin Saripah Binti Mohd, Jaafar,
– Yang Berbahagia Dr. Abdul Majid Bin Salleh dan Yang Berbahagia Puan Noriah Binti Che Soh,
– Yang Arif-Yang Arif Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan, Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi dan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Kehakiman,
– Tan Sri-Tan Sri dan Puan Sri-Puan Sri, Dato’-Dato’ dan Datin-Datin, dif-dif kehormat, tuan-tuan dan puan sekalian.

Satu dilema yang saya sekeluarga hadapi semasa menyediakan senarai jemputan ialah antara tidak mahu menyusahkan orang dan tidak mahu mengguriskan perasaan orang. Kami tidak mahu menyusahkan orang yang tidak dapat hadir dengan menjemput mereka. Di sebaliknya, kami juga tidak mahu mengguriskan perasaan orang yang dapat dan ingin hadir tetapi kami tidak dapat atau terlupa untuk jemput mereka. Maka apa yang kami boleh lakukan ialah memohon berbanyak-banyak ma’af jika kami menyusahkan tuan-tuan dan puan-puan atau telah mengguriskan perasaan yang lainnya.

Hadirin yang saya hormati seklian,

Dalam tempoh dua tahun pertama Murni berkerja di Wisma Putra, saya dan isteri khuatir kiranya Murni tidak akan atau tidak boleh berkahwin. Malah, jika beliau hendak berkahwin juga pun, mungkin beliau tidak akan mendapat cuti. Kerana, pada masa itu, beliau terpaksa berkerja siang dan malam tujuh hari seminggu. Tetapi, suatu perkara telah mengubah keadaan itu, ia itu, keputusan Malaysia untuk tidak membina jambatan separuh (“half bridge”) di Selat Johor. Tidak lama selepas keputusan itu dibuat, Murni mula mempunyai sedikit masa lapang. Mungkin, pada masa itulah hubungan antara Murni dan Amin terjalin. Saya percaya, bagi Murni dan Amin, keputusan Malaysia untuk tidak membina jambatan separuh itu adalah satu keputusan yang baik dan betul. Jika Tan Sri Fuzi ingin tahu, itulah sebabnya Murni bersungguh-sungguh dalam usaha mempertahankan keputusan itu.

Tuan-tuan dan puan sekalian,

Biar apa pun, kehendak Allah tetap berlaku, walau pun, di dunia ini, biasanya, kehendak Allah dilaksanakan melalui tangan manusia. Maka kami sekeluarga bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala yang telah mengizinkan segala-galanya berlaku. Di samping itu, tuan-tuan dan puan-puanlah yang menjayakan majlis ini. Maka, kepada Yang Amat Arif Tun, kepada Yang Mulia Tengku Toh Puan Noriah, kepada Tan Sri-Tan Sri dan Puan Sri-Puan Sri, Dato’-Dato’ dan Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian, saya sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menerima undangan kami, melapangkan masa dan menghadiri majlis kami yang tidak sepertinya ini. Ada yang datang dari jauh, ada yang lebih dekat, kepada semua mereka kami ucapkan ribuan terima kasih. Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan hadiah-hadiah yang dihulurkan. Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak, baik orang perseorangan atau kumpulan, yang telah membantu dalam mengadakan majlis ini dan menjayakannya.

Di samping itu, kami memohon berbanyak-banyak maaf kiranya terdapat apa-apa kesilapan, kekurangan, kelemahan dan sebagainya dalam majlis ini.

Sama-samalah kita do’akan semoga kedua-dua pengantin akan hidup berbagia sebagai suami-isteri hingga ke anak cucu.

Distinguished guests ladies and gentlemen,

I had written my speech in Malay first. When I was about to translate it into English, I remembered a story about a Korean General translating a speech by an American General to Korean Army Officers. This is how the story goes: During the Korean War, an American General visited the South Korean Army Headquarters. Korean Army Officers were assembled in a hall. The American General gave a speech in English. It was translated by a Korean General into Korean. In the speech, the American General told a joke. It was a long one. The Korean General translated it in one sentence and everybody laughed. Later, the American General asked the Korean General how he did it. The Korean General replied, “Very simple. I just told them that you had just told a joke and I ordered them to laugh.”

Ladies and gentlemen,

Unfortunately, I am not in a position to do that. However, as a compromise, I shall only translate the gist of my speech in Malay into English. This is how it goes:

My family and I are grateful to Allah s.w.t. for making this event possible. We thank you all from the bottom of our hearts for accepting our invitation and for attending this function. We also thank you for your presents. We apologize for any shortcomings on our part. Let us pray that the marriage of Murni and Amin will be blessed by Allah SWT. Period.

Wabillahi taufiq walhidayah. Wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Thank you.

1,081 visits