PEMBUKAAN PUSAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG P.PINANG

UCAPAN DI MAJLIS PEMBUKAAN PUSAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG JAWATANKUASA PEGUAM PULAU PINANG

27 Mei 1994

 

Tuan Pengerusi Pusat Penasihat Undang-Undang, Pengerusi dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Peguam Pulau Pinang, tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Saya merasa gembira kerana diberi peluang merasmikan Pusat Penasihat Undang-Undang Pusat Bandar ini pada hari ini. Biasanya tugas pembukaan resmi dilakukan oleh orang-orang politik. Saya harap saya tidak melanggar bidangkuasa mereka.

Sebagai seorang anak kampung, saya mengetahui masalah-masalah yang dihadapi oleh orang awam berhubung dengan undang-undang. Mereka tidak tahu ke mana mereka hendak tuju walau pun hanya untuk mendapat nasihat. Untuk menemui peguam mereka tidak mampu, kerana biasanya bayaran kepeguaman di luar kemampuan mereka. Apatah lagi, apabila ada di antara mereka yang setelah bergadai dan meminjam untuk mengambil perkhidmatan peguam, tidak dapat melihat hasilnya. Tidak kurang pula yang diperdaya oleh “orang-orang tengah.”

Menyedari keadaan ini, pada tahun 1972, semasa Kerajaan mula membuka Biro Bantuan Guaman, saya telah menawarkan diri untuk berkhidmat di Biro Bantuan Guaman.

Akibatnya saya telah dihantar ke Alor Setar untuk berkhidmat dalam Biro Bantuan Guaman yang baru ditubuhkan bagi Kedah dan Perlis. Selama tiga tahun lapan bulan saya berkhidmat di sana. Walau pun bidangkuasa biro itu amat terhad pada masa itu, dapat juga saya memberi sedikit sebanyak khidmat kepada mereka-mereka yang memerlukan perkhidmatan itu. Pengalaman itu juga mengajar saya satu perkara, iaitu, “even amongst the ‘rakyats’, there are crooks”. Maka saya meletakkan satu cogankata di pintu bilik saya yang berbunya: Datanglah dengan ikhlas. Pulanglah dengan senyum.

Saya gembira tuan-tuan telah menjalankan perkhidmatan ini. Saya juga gembira melihat bilangan kes-kes yang telah dikendalikan oleh Pusat ini, yang telah melebihi 1000 kes. Cuma saya kurang gembira apabila melihat bilangan peguam-peguam yang menawarkan diri mereka untuk perkhidmatan ini, yang hanya berjumlah 14 orang.

Maka saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru peguam-peguam di Pulau Pinang ini supaya menyumbang sedikit masa dan tenaga mereka kepada perkhidmatan ini.

Saya yakin peguam-peguam yang sudah terkenal di Pulau Pinang mampu meluangkan sedikit masa bagi perkhidmatan ini. Mereka tidak patut mengasingkan diri mereka dari masyarakat yang tidak senasib dengan mereka.

Bagi peguam-peguam baru dan “chambering students” pula, pengalaman yang akan mereka perolehi melalui perkhidmatan ini amatlah berguna kepada mereka. Ia akan memberi peluang kepada mereka untuk berhadapan dengan masalah harian orang awam berkenaan undang-undang yang semestinya berlainan dan tidak boleh dipelajarai dalam buku-buku teks.

Ladies and Gentlemen,

We all believe in the rule of law. We all believe that no man should be deprived of life, liberty and property except in accordance with law. Through this centre you can provide services to ensure that the rule of law is practiced.

But, while the rule of law is important, I say that law and order is also important. We can afford to talk about the rule of law because there is law and order. If there is no law and order, we would only be thinking of survival, if we are still around and able to think.

We see examples of countries where the rule of law is guaranteed at the expense of law and order. We also see examples of countries where law and order is maintained at the expense of the rule of law. Both are bad. We must have both.

But no nation is perfect. No government is perfect. No society is perfect. Indeed no one is perfect. So we should not expect 100% law and order and 100% compliance with the rule of law in a country. I believe that so long as there is a reasonable level of both and so long as the disparity between the two is not too great we should be happy. I think that we can safely say that Malaysia is one country where we can reasobnable be happy in this respect.

It is wrong to think that the responsibility of maintaining law and order is that of the authorities alone. It is also wrong, in my view, to think that the duty to comply with the law rests on those in authority alone. Members of public too have responsibilities and not just rights. Just as those in authority must act in accordance with law and not to abuse it, the public too has a responsibility to abide by the law. Nobody has a licence to cheat, to kill and so on. Nobody, including the public, is above the law.

Therefore, while you advise your clients of their rights, you should also remind them of their responsibilities. While you insist on those in authority not to abuse the law, you should also advise your clients not to flout the law.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Ada satu perkara yang saya ingin menarik perhatian tuan-tuan. Ini berkenaan permohonan-permohonan dalam kamar yang kononnya dibuat secara persendirian oleh Pemohon-Pemohon. Kerapkali ia berkenaan perintah perletakan hak (vesting order). Memang kita tidak boleh melarang orang awam daripada membuat permohonan sendiri, tanpa memakai perkhidmatan peguam. Tetapi kita tahu bahawa permohonan-permohonan itu bukan dibuat oleh mereka sendiri. Ada orang yang mencari makan menyediakan permohonan-permohonan itu. Saya yakin mereka bukanlah peguam. Permohonan-permohonan seperti ini kerapkali memberi masalah kepada mahkamah kerana kerapkali tidak lengkap, tidak betul malah tidak jujur dan memerlukan mahkamah meneliti sendiri dari segi fakta dan undang-undang, tugas yang biasanya mahkamah boleh mendapat bantuan peguam yang membuat permohonan, jika ada peguam yang mewakili pemohon.

Saya harap tuan-tuan akan membincang cara-cara mengatasi masalah ini. Mungkin satu caranya ialah pemohon-pemohon itu dirujukkan ke Pusat ini.

Akhir sekali saya berharap bahawa banyak lagi cawangan pusat ini akan dibuka di masa hadapan, tidak kiralah siapa yang akan meresmikannya. Jika boleh saya ingin mengesyurkan satu cawangan akan dibuka di Kepala Batas yang kebetulan adalah kampung saya.

Maka saya dengan gembiranya dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, mengisytiharkan Pusat Nasihat Undang-undang Pusat Bandar ini dibuka dengan resminya.

[DATO’ ABDUL HAMID BIN HAJI MOHAMED]
HAKIM, MAHKAMAH TINGGI (1)
PULAU PINANG.

Bertarikh: 27 Mei 1994.

86 visits