UCAPAN DI MAJLIS PERKAHWINAN MOHD. ARIF ABDUL HAMID DAN ROZLINDA YAHYA
UCAPAN DI MAJLIS PERKAHWINAN MOHD. ARIF ABDUL HAMID DAN ROZLINDA YAHYA
DEWAN MERAK KAYANGAN, BALAI FELDA
KUALA LUMPUR
28.2.2004
Assalaimualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.
Yang Amat Arif Tan Sri Dato’ Sri Ahmad Fairuz Bin Dato’ Sheikh Abdul Halim, Ketua Hakim Negara dan Yang Berbahagia Puan Sri Dato’ Sri Mazni Binti Mohamed Noor,
Yang Berhormat Dato’ Seri Mohd. Shariff Bin Haji Omar, Timbalan Menteri Pertanian dan Datin Seri Barinah Md. Nor,
Yang Amat Arif Tan Sri Dato’ Haidar Bin Mohd. Noor, Hakim Besar Malaya dan Puan Sri Datin Sharifah Mariam Idid,
Yang Amat Arif Tan Sri Dato’ Amar Steve Shim Lip Kiong, Hakim Basar Sabah dan Sarawak dan Puan Sri Datin Nelly Tan Peck Lian,
Yang dihormati, Encik Yahya Bin Nain dan Puan Norish Binti Shahadan.
Dato’-Dato’dan Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian.
Saya, bagi pihak diri saya, isteri saya dan keluarga saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tan Sri-Tan Sri dan Puan Sri-Puan Sri, Dato’-Dato’ dan Datin-Datin dan Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian kerana sudi menerima undangan kami dan sudi hadir untuk memeriahkan majlis perkahwinan Mohd. Arif dan Rozlinda ini. Kehadiran Tan Sri-Tan Sri dan Puan Sri-Puan Sri, Dato’-Dato’ dan Datin-Datin dan Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian sangat-sangatlah kami hargai.
Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala sumbangan dan hadiah yang telah dihulurkan oleh tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Saya percaya ia akan amat berguna kepada pasangan baru yang akan memulakan rumahtangga mereka sendiri itu.
Saya juga merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah membantu kami, dengan apa cara juga pun, untuk menjayakan majlis ini. Antara mereka, ialah Tuan Haji Kahar dan Kak Wan. (Sebenarnya, Tuan Haji Kahar adalah “Tok Guru” saya, Tok Guru Pancing.) Juga tidak dilupai, Suraya dan Malik, Ruby dan Encik Mohamad dan lain-lain yang saya tidak dapat sebut nama mereka seorang demi seorang. Kami amat terhutang budi kepada mereka semua.
Jika terdapat apa-apa kesilapan atau kekurangan saya pohonkan ampun dan maaf.
Akhir sekali, sama-samalah kita do’akan semoga perkahwinan Mohd. Arif dan Rozlinda ini akan berpanjangan, berbahagia dan dirahmati Allah Subhanahu Wata’ala.
Terima kasih. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat malam.